Category Archives: Menjelang Hari Bahagia

Ceritera Kahwin, Siri II…

Ceritera Kahwin, Siri II…

Saya tidak gemar post panjang-panjang. Kalau ada, seperti bukan saya sahaja yang menulis. Al-maklum, saya bukan lagi penulis rencana. Tetapi rindu untuk terus bertinta dan menulis artikel panjang memang tidak pernah lupus. Untuk edisi blog, saya lebih suka lakukan ia secara berepisod. Baru ada followers, tak gitu?

Perasan seh. Sumbat longkang baru tahu. Boleh terbahak orang baca tau, Abby!

Kita bersambung lagi…

Album : MAJLIS BERTANDANG Tarikh: 21 November 2009

Pasti ramai yang ternanti-nantikan gambar di sebelah Penang. Tema juga satu kelainan, sebab saya jarang-jarang sekali memakai persalinan serba pink. Jom!

Potret di atas cukup romantis.

Semasa sedang bersiap, team WOW!Art Photography memang sedia menemani kami di sebuah pent house waktu itu. Pent house tempat kami, pengantin bersiap dan tempat keluarga saya menginap di Penang. Pemandangan dari pent house tu sangat cantik. Boleh nampak 1 Penang dah. Sejuk, tak payah cerita.

Eh Mr Kumaran ada? Ya, kami mengusungnya sampai ke Penang. Lovely touch by him tu mmg saya perlu di mana. Eceh, ayat pancing tak hengat. Padanan warna creme dan pink memang kena dengan kami berdua. Dan sekali lagi, Kumar did a good job.

Seperti mana meriahnya majlis di Sungai Buloh, di Ayer Itam Penang ini juga menjanjikan kelainan. Mana taknya, sudah macam syurga makanan. Hidangan nasi putih dan nasi minyak memang wajib ada. Ditambah pula dengan popia, laksa dan teh tarik, memang kelam kabut keluarga mertua dibuatnya. Bab makan, mana boleh kita berkira. Bagi sahaja, pasti ada yang makan. Alhamdulilah, licinnnnnnn semua! Hehe.

Indah kan padanan warna creme dan pink. Saya sokong kalau anda mahu ikut tema yang sama. Bercitarasa tinggi juga Encik Suami saya ya. Dia lah yang pilih color ini. Wee!

Selesai sahaja majlis petang itu, kami ke Bukit Lanchang untuk sesi outdoor kira-kira selama sejam. Di atas, hasilnya. Superb!

Aiseh, pengulangan ayat. Sorilah. Dah I suka, kang deskripsi melampau, ada yang meluat. Nanti bubuh perbendaharaan kata berlebihan, kata saya mcm bijak. Ishk. Susah. Yang penting saya suka!

ALBUM EDISI KHAS : SESI OUTDOOR 1 HARI BERSAMA WOW! Team

Kenapa saya panggil edisi khas? On few reasons :

1. Hanya mengandungi gambar-gambar eksklusif kami.

2. Kami menambah wang untuknya.

3. Gambar perkahwinan kami terlalu banyak menyebabkan gambar-gambar eksklusif khas memerlukan 1 ALBUM khas untuknya.

4. Khas yang teramat khas sebab diambil oleh WOW! team SAHAJA. Dan tiada photographer daripada syarikat lain waktu itu. Maka, khas lah bukan?

AMARAN: Saya berkeras soal ini. Jangan ada sesiapa yang copycat. Sungguh keji perbuatan itu, kamu tahu? Perlu saya ulang, keji! Jadi jangan buat. Mahu kena saman, sila buat.

Lokasi : Kandang kuda di Sungai Buloh Country Resort

Kapsyen: The cheeky side of US!

Lokasi: Love Lane, Penang

Kapsyen: Love is in the air mode. Apa jua scene romantis antara kami bukan sekadar lakonan, dan itu semua berjaya dicaptured. Wee!

Lokasi: Love Lane, Penang.

Kapsyen: Kami berlakon. Penunggang motorsikal tidak.

Lokasi: Sg Buloh, Saujana Utama

Kapsyen: Our B&W pictures. Mr Hubby’s pose, Stunning!

Lokasi: Bangunan hampir runtuh dan separuh terbakar berdekatan Padang Kota Lama

Kapsyen: Tema pose dan make up waktu ini adalah Gothic. Cubaan pertama terus menjadi. Orang yang paling sukakan shot-shot di atas adalah Mr Kumaran. Tak percaya? Baca bawah.

Audio: AHHHHHHHHHHHHHHHHH! Classssssssssss GILERRR gambar tuuuu Abby!

Saya memang tidak boleh lupa jeritan itu. Susah kalau dah dengar jeritan Pak Andam sorang ni. Boleh jadi igauan. Hahaha

Lokasi, Kapsyen & Audio: Sama seperti di atas.

Ini mmg shot kegemaran saya. WOW! Team jom, kita shoot lagi. CINTA!!!!!

Lokasi: Di sebatang titi yang hampir runtuh.

Kapsyen: Ok, saya memang gayat bila nampak air laju bila tengok laut di bawah titi. Angin kuat, sehingga rasa boleh diterbangkan angin. Hasilnya, kami berlatarbelakangkan juga Jambatan Pulau Pinang itu. Yeay!

Lokasi: Batu Lancang, Penang

Kapsyen: Tiada siapa tahu lokasi sebenar photoshoot ini. Huhu. Kalau tahu, ramai tak mahu p. Hehe. Tetapi hasilnya, tidaklah sescary mana. Malah cantik, mcm Cinta itu ada di mana-mana. Sungguh ironic. Haha. Ok hanya yang tahu sahaja, boleh gelak.

Maka, selesai sudah ‘hutang gambar kahwin’ saya pada anda semua. Lega, 1000x lebih lega rasanya sekarang. Maaf sebab tunggu terlalu lama.

Kepada sesiapa yang menunggu la. Kepada sesiapa yang tidak, ada saya kisah? Hehe

Macam mana? Anda suka? Anda mahu naik pelamin? Jangan lupa singgah Facebook saya dan dapatkan maklumat. Rujuk juga post tajuk Papa…razzi kalau anda mahu kenal photographer kahwin saya.

Ada pernah dengar khabar kurang baik tentang saya? Tidak? Tetapi ada yang berlaku. Mujur saya dan kandungan OK. Alhamdulilah. Ada masa, saya cerita.

Popularity: 48% [?]

Ceritera Kahwin…

Ceritera Kahwin…

Mana pernah selesai Ceritera Kahwin saya. Jangan pernah ada yang bosan, jangan pernah ada yang cemburu, okeyh? Secara rasminya, saya dan Encik Suami telah pun menerima kesemua 4 buah (BUAH ya..!bukan bijik, bukan seketul) album perkahwinan kami. Yeay! Tiada perkataan yang sesuai dapat menggambarkan kepuasan hati kami, melainkan rasa gembira yang amat3 sangat sebab semuanya looked perfect dan cantik belaka.

Disebabkan saya terlalu sayangkannya, saya tidak gemor mengusungnya ke sana ke mari. Saya berkongsi sahaja kesemuanya di dalam blog kesayangan untuk tatapan semua. Copyright adalah milik WOW! Art Photography.

Jangan pernah selingkuh, jangan pernah ada yang mahu mencuri-curi ya. Saya tidak tahu, tetapi ADA yang lebih mengetahui. Ha tak cukup takut ker??! Kalau tidak, Hafiz you have all the rights to do whatever necessary. Me, support!!!

Kita mulakan dengan ALBUM PERNIKAHAN & MALAM BERINAI kami. Tarikh: 23 Oktober 2009.

Ohh tangan itulah yang berjaya menatarias muka saya dengan baik sekali. Ramai yang memuji hasil tangan Mr Kumaran kita. Ramai yang bertanya, ramai juga yang minta recommend (eh eh sama maksudlah itu). Waktu ini hati memang sangat-sangat berdebar. Entah bagaimana Encik Suami masa lafazkan nikah nanti ya. Itu kata hati. Sampaikan dialog saya pada Hafiz waktu itu:

Hafiz:

So how is your feeling?

Me:

Entah. I rasa macam birthday party I je.

Ok. Jawapan tidak bernas. Birthday party last buat pun masa umur 10 tahun. Penipu sangat Abby tu. Hahahaha. Next!

Keluarga belah En Suami sedang bersiap sedia. Jarak perjalanan rombongan Pengantin Lelaki ke rumah Pengantin Perempuan adalah sepelaung sahaja. Dalam erti kata lain, main-cak-cak pun dah boleh sampai. Hehe

Saat-saat yang mendebarkan. Dengan sekali lafaz (Hebatlah Encik Suami!!), saya sudah sah menjadi miliknya. Cuma 1 sahaja yang tidak terduga, Abah menyerahkan sendiri saya kepada Encik Suami. So significant! Meleleh air mata, bukan 1 rekaan, okeyh?. Memang mengharukan. Patutlah gugup semacam petang tu. Ada tanggungjawab besar rupanya.

Saat-saat lega selepas ijab kabul. Wee!!!!Dalam masa sedetik dua sahaja, ikatan dan hubungan kami menjadi halal. Syukur ke hadratnya kerana memudahkan segala urusan. Paling3 kami tidak lupa adalah kehadiran teman-teman baik yang mmg sentiasa ada bersama masa kami waktu ini. Tengok sahaja gambar!I don’t mind sharing my happiness with them as they have prayed a lot for me. Heart everyone!

Di sebelah malam, sesi inai-inaian pula. Eh eh, nama rasmi malam berinai. Berpakaian serba merah, 1st time EVER in my life berpakaian merah hati macam tu. Tapi tak sangka, it suited me and hubby well. Terasa macam barbie doll malam itu.

Kemuncaknya malam ini apabila lagu Poco-poco dipasang. Okay, bala tentera yang sudah praktis seminggu memang tunggu masa mahu bergoyang. Memang sangat best!Tengok sahaja gambar di atas. Hafiz and team did a smart job!Bukti boleh tunjuk pada anak-anak.

Meriah! Itu deskripsi yang terbaik boleh saya berikan. Teringin membuat kapsyen la untuk gambar-gambar di atas. Bolehkah? Rujuk kembali gambar di atas ya.

Terima sahaja. Redha. Mahu baca, baca. Ini domain siapa? Wakakakaka!!

Mahu kita teruskan? Jom!

Album: HARI PERSANDINGAN, Tarikh: 24 Oktober 2009

Saya sangat3 adore gambar potrait di atas. Nicely edited dan superb composition. Kalau tengok gambar ini, rasa semarak bukan main rasa cinta dalam hati.

Fuh fuh, ayat berunsur lucah. Tetapi baik sekali untuk keharmonian rumah tangga. Jangan ada yang cemburu. Segerakan sahaja hubungan sedia ada yang anda punya kepada ikatan perkahwinan ya. Sekian.

Dalam banyak-banyak shots di atas, saya cukup3 gemar gambar saya sedang menadah tangan itu. Ohhhh…sungguh rasa bukan diri sendiri. Kumaran, you really did an awesome job!!!And please, do the same thing for my cukur jambul in future? Mak rela muka mak kena tenyeh dengan kamu nyah!Berkualiti. Hehe.

Sedang tunggu saat untuk disandingkan. Semua kawan yang saya kenali dan jemput juga sudah mula datang dan mengintai saya di bilik.

Rombongan Pengantin Lelaki pun tiba. En Suami looked so charming that day. Dengan persalinan baju pilihan saya sendiri (terasa diri memang bercitarasa habisss!) sepadan dengan warna hiasan dan tema majlis, everything looked so gooood.

Persembahan pencak silat juga adalah yang terbaik. Sampai ada yang berkata, majlis perkahwinan saya memang mengekalkan adat dan tradisi Melayu. Alhamdulilah, saya sendiri kurang menyedarinya. Terima kasih pada si kecil yang bersilat itu hari. Anda sangat comel. Dah terbayang muka dan wajah bakal anak pun ada. Opps..

Tanpa saya duga, terlalu ramai rakan dan teman sekerja kami yang hadir. Banyak, tidak terkira. Terima kasih!Ada yang dijemput melalui kad, ada juga pakai mulut sahaja. Kehadiran En Salleh Kassim dan Pn Rosliwaty Ramly lah yang paling tidak terduga. Terima kasih banyak3. Hadiah perkahwinan daripada kalian pun terlalu banyak untuk saya dan Encik Suami buat masa sekarang. Terima kasih atas segala ingatan dan doa anda.

Eh motif ucapan mengharukan? Haruslah. Kahwin sekali seumur hidup. Kalau sudah manis macam ini sekali ini, kau ingat mudah ke nak lupa? Eh eh, ada yang jealous lagi. Tenang. Tenang. :p

Akhir sekali, tarian poco-poco jadi tarikan. Kali ini memang takde segan silu lah semua. Glad glad. Terlalu manis untuk dikenang sampai bila-bila. Hugs and kisses to everyone!

Popularity: 30% [?]

Ceritera Kahwin…

Ceritera Kahwin…

Eh kahwin, kahwin? Bila cerita mahu berkesudahan? Hehe. Perkahwinan adalah once-in-a-lifetime event, kawan-kawan. Sampai bila pun cerita tidak akan berkesudahan. Moga anda semua tidak jemu atau jelak menatap gambar perkahwinan saya. Sebabnya saya tidak lagi menyiarkan sepenuhnya gambar-gambar sekitar majlis 2 hari 1 malam itu. Tetapi kalau sudah ada yang bosan, maafkan saya. Alihkan cursor ke tanda X di hujung atas sebelah kanan anda, habis cerita! Haha..

Majlis Berinai

Deskripsi: Majlis Merenjis pasangan pengantin, percikan 49 das bunga api,  tarian Poco-poco dan sesi bergambar bersama keluarga.

Kami berkaroeke lagu jiwang (pada sesetengah orang), tetapi sedikit yucckssss pada kami. Eiiii!Tidak perlu cerita tajuk apa. Gambar-gambar di atas adalah usaha keras WOW! Team, official wedding photographer kami.

Tidak bosan? Mahu lagi? Baik. Tunggu sahaja update di sini.

Popularity: 32% [?]

Rindu saya, gambar?

Rindu saya, gambar?

Wah, statement tidak berkadaran. Adakah patut mereka rindu gambar-gambar saya daripada cerita-cerita saya?

Eh adakah bezakah dua perkatan itu? It’s all about me. Takde bezalah bukan?

Ohh rupanya mereka lebih sukakan gambar-gambar tangkapan saya daripada gambar saya. Oh begitu. Sampai hati kalian kan? Rajuk ah rajuk. Baik, saya tunaikan hasrat kalian. Saya titipkan gambar sahaja lah ya untuk kali ini. Lebih baik ada daripada tiada.

Ahaks. Baik bukan gambar-gambar saya di atas. Terkena! Saya suka!

Popularity: 31% [?]

1 Februari….

1 Februari….

Wah tetiba ada tarikh keramat baru. 1 Februari. Bermula tahun ini, tarikh ini akan ditunggu dan diraikan selalu. Apakah?

1 Februari 2010. Macam senonoh je tarikh. Haha…*Senonoh eh. Rasanya selain cuti Hari Wilayah, takde perayaan lain kan? orait lah kan!

Hehe…Tarikh apa? Kalian tunggu naaa….

Berbalik kepada kehidupan normalku, chewah~ Banyak perkara menarik berlaku minggu lalu. Antaranya:

1. Diberitahu skop kerja akan bertambah

Wee!Suka3. I’ll get more exposure and exposure. Thank you for the opportunity. I’ll serve my best.

2. Skop kerja baru adalah mencabar.

Sangat! Tidak apa, apa guna ada akal kalau tidak boleh diguna?

3. Seronok ‘bicara niaga’ dengan Izyan Ahmad

Teruja!Such inspirational. Thanks friend. We cling to each other right? Insyallah will always.

4. Merangka pertemuan lagi dengan Waizuri Girls Ahad ini.

Ah, seronot!Syiok!Tunggu update.

5. Seorang lagi sahabat mencuba nasib untuk menjadi host, tetapi nasib tidak menyebelahi. But we know you’ve done your best J! Keep it up, girl!

6. Seorang lagi sahabat baik, Ainiz Nadia Ahmad Kamal sudah mahu melangsungkan pertunangan. Alhamdulilah, am so excited knowing this dear. Insyallah Abby dan Encik Suami bakal berkampung di Raub dan bercuti honeymoon di sana.

Itu adalah sebahagian. Banyak lagi tetapi kurang penting dinyatakan di sini. Minggu lalu juga kami sekali lagi berkunjung ke WOW!Studio for good. Thanks to you, Hafiz. Berkesempatan juga berjumpa Maisarah Sani, Faris Fakri‘s girl. Such a sweet girl. Happy knowing you.

Bila singgah, terasa diri ada di rumah. Sudah boleh sandar kepala dan santai. Cet, tidak sedar diri kepunyaan orang. Hahaha…*Eh lupa2. Hafiz Ismail sudah mahu kahwin!Wee. Tempias..Amin!

*Eh mana gambar-gambar kahwin dari CD? Kenapa tidak tepek?

Mahukah kalian? Wah banyak. Saya tepek hanya yang tiada di dalam facebook ok. Bolehkah? Antara yang paling abadi, adalah moment pernikahan. Saya sangat suka dengan koleksi gambar yang ada.

Sudah lenguh tangan. Letih wei. Banyak sangat. Kamu lihat di facebook, boleh? Kamu semua kan baik hati, memahami saya yang giler gambar!!! ini, boleh bukan? Sayang semua!

Status: Update tanpa ada gangguan. Encik Suami? Depan TV. Tengok Oprah. Oprah kan ‘isteri’ no 2 dia. Ahaksss…

Popularity: 27% [?]

Walimatulurus…

Walimatulurus…

Walimatulurus_Undangan

Salam sejahtera buat semua. Salam kebahagiaan juga buat anda dan seisi keluarga, mahupun insan yang anda cinta dan sayang.

Sungguh petang ini, bahasa yang Abby hendak gunakan biar yang baik-baik dan lembut sahaja. Ala penuh dengan belaian kasih sayang dan seribu rahmat kebahagiaan yang bakal muncul.

Arghh, padahal hati tidak. Mr fiancee pulang ke kampung halaman utk 4 hari. Kaget!Feeling tak besh benor! Jauh je rasa…okay, berpijak di bumi nyata Abby! hehe..

Dalam duk menghitung hari, Abby akui satu-persatu simptom kronik a.k.a ‘orang nak kahwin mmg alaminya kut’ berlaku, antaranya:

1. Tidak lena tidur malam. Masuk tido seawal jam 10pm. Tetapi selang dua jam mesti terjaga. Tepat jam 6am, terjaga terus tak fikir panjang, bersiap pergi kerja. Serius, tidur yang tidak ada kualiti sejak seminggu lepas.

2. Di tempat kerja, sudah mula ada tanda-tanda ‘haywire’

Arghh tidak, memang berlaku kesilapan. Mujur tidak membawa kepada kemarahan yang menggila. Ampun, sangat-sangat dikesali. Cis, haywire benor!

3. Buat apa pun serba tak kena. Contoh situasi: sangat-sangat nervous dan cuak bila tengok rumah bersepah.

Apakah? Faham tak? Serabut. Tengok penggunaan ayat pun dah macam wayar celaru.

Maksudnya, sendiri rasa tak confident, sendiri rasa ‘tidak perfect’ dan macam-macam lagilah.  Aishhhh…Shouldn’t be this way, kan kengkawan? Banyak juga Abby berdoa agar semuanya OK menjelang saat-saat akhir ini.

Sekian, tidak mahu cerita lebih pasal ini.

Hadirlah rakan-rakan blogger dan semua sahabat serta kenalan
ke Hari Himpunan Bersejarah saya dan pasangan mengikut keterangan di atas. Kehadiran anda sememangnya dinantikan pasangan mempelai serta tuan rumah. Moga kegembiraan hari bersejarah ini dapat saya kongsikan bersama anda semua, yang sudi hadir meraikan cinta kami. :-)

Oh tidak sabar rasanya untuk memanjakan diri di D’Ratu minggu hadapan. Juga ‘Hen’sParty’ bersama BFF di Cineleisure. Cant cant wait. Teruja!

Popularity: 29% [?]

Hitung hari…

Hitung hari…

Yang benar, lagi nyata. Hanya tinggal…

17 hari

sahaja lagi.

Ampun memang kaget sekejap rasanya. Memang lurve tengok ticker wedding, tetapi lurve juga hati ini untuk dup dap.

Bila berborak dengan Mr fiancee, kami siap bertekak macam orang tak percaya tarikh dah dekat.

Apa kau giler Abby? Makin nak kahwin, makin bertekak?! Argh bertekak mengada-ngada. Dulu beriya citer kat orang, ‘Lama lagi….’, ’4 bulan lagi…’. Ha amik kau…sekarang, terdiam ja. Bila ditanya, senyum kambing kami.

Persiapan?

Alhamdulilah. Bilik Abby sudah tidak seperti bilik anak dara tetapi sudah seperti bilik pengantin. Kosong, sepi. Tiap-tiap hari pun kena bebel dengan Mama. Kalau tidak, sampai ke sudah Abby tidak keruan hendak mulakan langkah mengemas itu ini.

Untuk pengetahuan, Abby bercuti kahwin pun bermula Jumaat, hari nikah itu. 22hb, Abby masih lagi bekerja. Harap-harap tidak akan banyak tekanan hari itu. Balik kerja, berehat, tolong-tolong sambil tunggu saudara mara datang.

Ah asyik, anak-anak akan datang lagi umah Kak Bilah!Tidak sabar mahu bergambar kahwin bersama mereka semua.

Kembali bekerja semula pun pada Selasa, 27hb. Memang tidak dapat bercuti panjang.

Menunggu pula majlis bertandang selang 3 minggu. Itupun kes serupa. 21 Nov, tarikh sanding. 20 Nov Subuh baru kami bertolak pulang ke Penang. Menyusul di sebelah petangnya pula, saudara mara dan keluarga Abby bertolak ke pulau. Bermalam di satu pusat peranginan yang telah pihak keluarga mertua sediakan.

Kelainan ?

Majlis kahwin semua pun serupa. Ada upacara nikah, ada juga upacara bersanding.

Cuma..

Abby ingin lakukan sedikit kelainan. Moga-moga menjadi dan lancar semuanya. Kelainan yang dimaksudkan adalah yang setakat ini di dalam keluarga Abby, tiada siapa lagi yang pernah adakan seumpamanya.

Aku tahu, orang lain lagi sakan majlisnya. Beriya!Apalah sangat kelainan yang 2 ini. Tak apa, niatnya biar semua happy. Biar aku juga happy!

Oh ya, sebelum itu biar Abby perkenalkan tema perkahwinan iaitu…

Meriah tetapi penuh kesederhanaan!

Bila sudah diagih-agih kad jemputan, terasa tidak cukup print 1000 keping shj.

Ahhh stress…backup cards takde. Cis, itupun kau nak citer ke Abby? Huhu..

Berbalik pada soal  kelainan, tentatif program adalah seperti berikut :

23hb Oct (3pm) – Akad Nikah

23hb Oct (8pm) – Malam Berinai, Poco-poco dance

24hb Oct (10am) – Majlis Khatam Al-Quran

24hb Oct (2pm) – Majlis Persandingan

Ermm..ada kelainan ker? Ada ker? Lu pikirlah sendiri. Hehe

See you guys there! Cant wait!

Popularity: 32% [?]

Lebaran Kali Ini…

Lebaran Kali Ini…

Lebaran kali ini cukup, cukup sederhana. Cukup dengan kehadiran keluarga tercinta di sekeliling, dengan kesihatan yang walafiat diberikan serta kehadiran seorang insan yang bakal bergelar pasangan hidup. Cukup.

1 Syawal adalah esok hari. Di sebelah pagi Abby dan keluarga (kemungkinan disertai juga oleh Mr fiancee) akan beraya di Segambut (tahun pertama tanpa Nenek Timah) dan diikuti sebelah petangnya pula di Sabak Bernam. Mungkin tidur di sana semalam dua.

Bila sudah berpindah ke Sungai Buloh, sudah tidak merasa kami jarak perjalanan yang jauh. Jenguk kiri, jenguk kanan…sampai dah ke kampung. Alhamdulilah :-)

Tiada apa lagi yang mahu ditintakan buat masa ini. Melainkan rasa syukur kerana dapat menunaikan ibadah puasa di samping berharap ketemu lagi Ramadhan tahun hadapan. Syukur juga kerana hari raya ini, Abby dapat meraikannya dengan ‘aman’ sekali tanpa usikan kerja. Alhamdulilah ;-)

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin

dari Nabilah Saleh & Ismail Ali

untuk sahabat handai dan semua pembaca Abbythejournalist yang setia mengikuti perjalanan suka duka hidup kami, tidak kurang juga yang tidak meminatinya (barangkali)..

Semoga Lebaran ini diraikan dengan meriah bersama keluarga dan insan tersayang, berwaspada ketika memandu pergi dan pulang ke kampung halaman serta beroleh barakah dan 1000 kegembiraan di hari yang mulia ini.

Popularity: 29% [?]

Sambungan Iftar…

Sambungan Iftar…

Ramadhan 10

Amacam wajah baru wordpress Abby? Abby suka!Simple sekali lagi temanya, tetapi padat dengan widgets.

Kiranya tidak ada masalah kawan-kawan untuk tidak mengetahui perkembangan terbaru tentang kita.

Ok, masuk Ramadhan ke 10, rumah Abby jadi sepi semula. Cuti hujung minggu yang panjang macam ini memang berlalu dengan sangat-sangat cepat. Masa betul-betul mencemburui saat-saat gemilang macam ini kan?

Sabtu lalu, kalau mengikut laporan status facebook Abby, semua pun tahu kemeriahan suasana berbuka di rumah No 31….Sg Buloh. Dah macam hari-hari raya, hanya tertinggal 1 family sahaja yang tidak dpt dpt turun serta.

Best tak mo hengat!Mr fiancee jadi saksi. Kena minta mr fiancee wat testimonial la macam ni ;-)

1 malam juga mereka berkampung. Alih-alih majlis iftar bertukar jadi majlis AJK tertinggi 24 Oktober 2009.

Wah, tarikh apa tu? Keramat benor! Sampai kena meeting…

Yes. Gambar ini menjadi bukti.

DSC_1675

See, saya tidak tipu anda bukan. ;-)

Memang ada meeting al-kisahnya. Hambo sahaja yang tidak tahu menahu. Pembahagian tugas diberitahu, tentatif program pun semua ahli keluarga kena ambil tahu. Wah, begini rupanya kalau hendak buat majlis kahwin ya.

DSC_1659

Macam khusyuk and fokus benar semua orang pun. Hehe…Abby, bukan lagi mendengar, main-main dengan D50. Momen-momen begini la best kalau diambil gambar. Masa ini, Abah yang jadi pengerusi. Bincang kesemua hal utk majlis Abby nanti, dari A-Z.

DSC_1670

Orang yang tidak berapa fokus dengan meeting. Hehe.. Mereka semua memang well-known dengan Abby yang tak reti duduk diam, sebab hobi memang suka snap sana sini. Peace! Diaorang pun dah tak  kaku nak pose. Bagus2.

Banyak betul initisari mesyuarat pada malam itu. Abby jadi kaget menghitung hari. Semoga segala urusan dipermudahkanNya. Amin…

Yeay, sekian sahaja cerita hujung minggu yang panjang ini. Minggu depan ada satu kali lagi. Mahu buat apa pula ya?

Persiapan kahwin pulak la.

Guess what?

I’ve tried 2 out of 3 wedding dresses! Both are lovely and dashing~

Yeay!

Popularity: 44% [?]

Puasa…

Puasa…

Ramadhan 6

Tup tup sudah masuk enam hari umat Islam berpuasa. Alhamdulilah segala urusan dipermudahkanNya, walaupun ada 1 hari itu agak ‘mati’ Abby dibuatnya, tekak mahupun tenaga badan.

Aish, itulah namanya dugaan. Walau bagaimanapun, Abby sukses pada hari itu~ Tabah sekejap! Hehe..

Bakal keluarga mertua yang juga berkampung di KL sejak Ramadhan 1 juga sudah mahu pulang ke Penang pagi ini. Abby tidak sempat jumpa kerana sudahpun sampai di pejabat. Tetapi sempat lagi terima pesanan khidmat masyarakat menerusi sms daripada mr fiancee mengingatkan supaya hati-hati memandu ke tempat kerja. Oh shweeet~

Sepanjang enam hari berpuasa ini, padat rasanya aktiviti selepas balik kerja 4.45pm. Berbuka di luar, berjalan-jalan sehingga ke Nilai 3 dan banyak lagi la.

Tetamu dari jauh datang, atenyer…Dibawa berjalan-jalan la semua. Tapi syiok, sebab bukan selalu 9 orang dari 2 keluarga ini dapat berkumpul. Alhamdulilah ;-)

Esok, hari keramat, hari Gaji.

Ceh, ingatkan apa ke mendanya la…

Esok juga, rancangnya mahu ke Ampang Park itu. Mengambil persalinan untuk majlis bertandang. Sudah siap!Baru punya masa untuk ambil. Dan mungkin berbuka di luar dengan mr fiancee, untuk pertama kali Ramadhan tahun ini.

It’s…

1 month 27 days

more to go!

Popularity: 26% [?]