Eh eh lamanya ekau sambung birthday, Abby. Best kah? Takde gambar-gambar untuk dikongsi?!

Haha statement tidak berkadaran. Saya punya ultah, saya punya suka lah bukan. Mahu berapa lama dibiarkan bersawang blog ni?. Tetapi..saya pernah sanggup ‘memadukan’ blog ini dengan perkara lain lama-lama. Pokok pangkal, tidur mandi makan mesti teringat punya.

Cuma yang membataskan hanya si kecil dalam tummy ni dan simptom serta tempias sifat mim alif lam sin yg disokong penuh oleh baby saya. Dalam erti kata lain, dia mahu saya rehat sepenuhnya lorh. Isnin-Jumaat sudah kerjaan, ditambah Sabtu Ahad mahu dihadap sahaja laptop, dia pun pandai merajuk what…Hehe

Ya, sekarang saya sedang lagi kira detik dan minggu untuk menginjak ke usia 9 bulan pregnancy. Fuhh~ Takut, debor, cuak campur gerun pun ada. Macam-macam persoalan bergolak. Persiapan? Jangan cakap. Beg saya dan bayi sudah disediakan awal-awal. Bising Tok Ma setiap kali Sg Buloh. Ditanya macam-macam:

Dah asingkan beg dah? Beg awak dan beg baby? Berapa banyak lampin awak bawak? Kain batik cukup tak? Baju-baju dia dah masukkan?

Wah, kaget. Siapa kaget sekarang? Saya ke Tok Ma? Hahaha.Yang penting, 1 family saya memang sedang dalam keadaan debor tetapi pura-pura tak mahu debor. Gitulah mereka. Gerangannya mmg gitu. Relaks tetapi tidak relaks pun. Hahaha. Tok Abah lagi sempoi. Cool sahaja. Tetapi jauh sudut hati saya tahu dia pun excited sama nak jadi atuk. Hehehe. Comel sangat lah tu!

Baik, minggu sudah saya ada antenatal check up. Semuanya berada di dalam keadaan baik-baik sahaja. Bayi saya juga sudah seberat 2.3kg. Alhamdulilah. Patutlah mengah Ibu sayang. Kalau menendang sekarang, memang dah tahap berkungfu dah rasanya. Cuma tiada ‘jodoh’ saya je nak tgk kecomelan kakinya timbul kat muka perut ni. Hahaha. Tak apalah sayang, janji kamu bahagia dan keluar dengan mudah nnti.

Bahan bacaan saya, semakin-makin bertambah lately. Encik Suami turutkan sahaja. Dia tahu saya kaki magazine maka dia akur. Dek kerana saat-saat saya sedang begini, Encik Suami pun jadi belek buku sama. Dalam diam, saya perasan. Adakalah, dia mahu share dengan saya. Tetapi saya dah tahu dulu. Hehehehe. Tak apa, dia lagi sibuk dengan dunia sukannya, dunia parenthood ni, dia mmg harap saya spoon fed dia pada awalnya. Tetapi sekarang, dia sendiri ambil inisiatif nak tahu. Chaiyok3 hun!

Hmm selera? Bertambah-tambah. Saya tidak memilih sangat makan. Cuma mulut memang kerap sangat ‘bersenam’. Selang dua jam, mesti ‘bersenam’. Sedangkan saya bersenam hujung minggu sahaja. Hahahaha…Kalau mahu tengok saya bersenam dengan dashyatnya, tengoklah saya semasa sedang shopping. Memang rajin dan ronda. Hehehehe. Itulah senaman dan terapi terbaik pernah saya buat sepanjang pregnancy. Kawan-kawan lain boleh cuba eh.

Ada masa saya blogging lagi k. Sekarang, blog kena dibahagi-bahagi dengan urusan kantor. Kena siapkan kerja as if esok maternity leaves bermula!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Go Abby, go!

Popularity: 62% [?]

Sindrom awal-awal mengandung dahulu menyerang. M.A.L.A.S. Bukan semua perkara. 1 ini sahaja. Blogging. Sedangkan, boleh dikatakan tiap-tiap minggu saya punya aktiviti dan rencana. Kalau tidak melibatkan rakan, sahabat dan Encik Suami, dah tentu-tentu tentang saya dan baby, yg sekarang macam dah jadi rutin berdua di rumah.

Berdua sahaja okeyh? Bosan tetapi redha.

Encik Suami sekarang ini sedang lagi gigih bekerja, segigih bola World Cup yang digolek-golek pemain dunia (ada nada berbaur cemburu tak? Hahahaha). Ditinggalkan saya dengan penuh kasih sayang tinggal dengan baby. Saya yang jadi pusing memikirkan apakah aktiviti yang patut saya buat dengan baby.

Baby, kalau sudah boleh memberontak, mesti ‘bising-bising’ ngadu minta dibawa berjalan juga. Sebaiknya, saya duduk-duduk sahaja di rumah, menghadap lappy dan membaca blog orang. Baby, diperdengar bacaan ayat suci dgn toy kegemarannya dan rakaman-rakaman khas yang dibuat Ibu dan Abah. Apakah? Of course suara merdu kami berdua. Hehehe. Akan saya cerita di lain post.

Baik-baik, syaratnya mahu pendek aje. Saya undur diri sekarang. Rindu saya, baca past entry posts saya ya. Bosan juga, tunggu sahaja update bila ada ya. Penangan ini. Penangan bayi yang dah pandai meraih perhatian saya daripada terus leka blogging. Hahaha. Love!

Popularity: 28% [?]

Menunggu detik hendak berpindah, makan masa, makan hari, makan bulan. Bila tiba hari berpindah, TOING, sekelip mata sahaja dah ada di rumah baru. Dengan barang-barang dan kotak-kotak berbungkus di sana sini, niat hati memang rajin mahu dikemas semua. Pelan-pelan si Ibu mengandung ni kemas rumah, siap juga mana yang dihajatkan.

Bila mengemas memang tidak terasa lenguh dan sengal sendi. Nah, cuba kau duduk diam seminit dua. Sakitnya, ngilunya macam orang buat kerja 1 bulan, siang malam. Perghh, pinggang rasa mahu tercabut. Tulang belakang rasa mahu terpatah dua. Wah, sumpah!Tidak mahu pindah lagi!Kalau hendak pindah pun, biar lagi 7-8 tahun. Tunggu baby hendak mula bersekolah. Sumpah penat!

Baik! Luahan rasa yang tidak patut ada pada hari baru dan minggu baru macam hari ini. Tapi saya mahu teriak juga!Sebab saya tidak duduk goyang kaki, makan terbaring depan TV OKEYH hujung minggu lepas~!

Dalam penat berpindah dan selongkar barang pun, si Ibu ini boleh gigih pusing IKEA cari barang-barang baru. Dashyat tidak? Gigih sangat. Mana boleh tidak gigih, kalau sana-sini barang semua on SALES. Ibu punya tangan grab sahaja sana sini. Seronot!Encik Suami tolong grab sama. Manis tak? Hehehe. Barang-barang kecil dahulu, bukan perabot besar gabak. Kalau iya pun, bukan sekarang waktunya. Nanti-nanti. Janji puas dapat grab dlm 10 barang bawuuuu!

Baik-baik. Semua tidak mahu baca saya membebel. Semua mahu tengok gambar. Nanti ya. Langsir dan hiasan rumah sedang diusahakan Encik Suami. Kerja-kerja berat ala-ala guna tangga dan tenaga lebih dari 4 kerat ni, Ibu memang ditegah sama sekali. Free-free ja kena marah nanti. Baik Ibu on tv, layan program Imam Muda. Eh best kan program realiti baru ni. Sudah mula tonton minggu lepas, dengan harapan baby enjoy sama. :-)

Baik, sakit pinggang saya sudah menyerang balik. Bukan boleh saya duduk sebarang 10 minit. Agaknya selang 2 minit duduk pun dah patut Ibu ni kena baring. Huahuahua. Tidak cukup tidur pun ya. Baik-baik saya qada’ nanti. Sambung kerjaan yok!

Popularity: 18% [?]

Wah, lama tidak menulis-nulis di sini. Tidaklah berapa lama mana, tetapi cukup lama untuk saya sebagai seorang dedicated blogger. Eceh. Blog ini asalnya minat, sampai sekarang juga masih minat, tetapi jikalau 1 hari, jadi 1 profesion atau sumber pendapatan, macam menarik juga kan?

Eh eh ada unsur-unsur niaga di situ. Ada bau-bau eh? Pandailah korang. Mana belajar nieh? Hehehe.

Al-kisah cerita, apa yang mendatang ini adalah peluang. Adalah menjadi satu KERUGIAN besar kalau peluang ADA, tetapi DIPERSIA macam itu sahaja. Eh pantang kalau tidak cuba, kalau dah ada peluang macam ini. Bukan orang Melayu namanya. Orang dungu adalah. Baik-baik. Saya cuba untuk tidak beremosi, sebab saya sedang enak benar dengan perasaan yang saya punya sekarang. Perasaan berbunga-bunga hendak memulakan perniagaan, ehem ehem.

Baik, apakah bentuk perniagaan? Saya harap kalian boleh bersabar sehingga esok atau lusa. Sebab saya perlukan masa membuat kira-kira dan penyata apa yang patut. Sesi photography model bersama produk juga perlu ada. Kalian tunggu sahaja. Sabar menanti, please?

Jujur saya katakan di sini, saya tidak mahu gelarnya perniagaan atas talian (online). Tetapi ya, saya menggunakan medium talian untuk menghebahkan kepada semua. Sebab ini satu-satunya cara untuk saya ‘sampai’ kepada anda. Untuk perniagaan saya ini, saya lebih suka kalau anda juga menggunakan talian sebagai medium untuk anda mengenal produk-produk saya. Kemudian, menempah dan membuat bayaran seperti yang dikehendaki. Sebaiknya, saya sendiri akan menghantar ke tempat anda. Boleh bukan? Salahkah?

Ini percubaan pertama. Tegas saya, ini percubaan pertama. Jangkaun saya, tidaklah melangit mana. Tetapi cukup sekadar saya boleh habiskan stock mana yang ada. Baik bukan? Sudah cukup baik, bukan? Masuk bulan kedua, saya kasi UP lagi. Stock juga tambah lagi. Moga saya berjaya.

Kalian tunggu sahaja update di sini ya. Stay tune, readers !

Popularity: 7% [?]

Yeay!Waktu sudah menunjukkan jam 6.30pm dan ini menandakan kami punya 3 jam sahaja lagi untuk menjual totes, handbags and backpacks yang ada. Wee! We are so happy and super contented with the past 8 hours we’ve been through for today. Hehehe. 1 pencapaian lah kira!

Izzaldin & Izyan, pemilik ThisIsClubMod risau juga. Adalah beberapa panggilan masuk daripada mereka.

Risau ler tu. Ini Abby la. Nabilah Saleh. *Ceh eceh, cuma melakukan aksi riak di situ. Opss nada riak, bukan aksi. WT kau merepek ni Abby? Ok fine. Itu nada bila dah yakin sikit. Orait lah tu kan, saya happy ni. Hope pasangan I&I happy jugak lah kan. Hahaha. Berani la kalau mereka marah/kutuk hasil kepenatan atau *kerja keras saya ni. Berani la. Huhu…

Lebih menyeronokkan bila Abby dapat menikmati (What…?).Silap. Melihat dengan teliti semua genap e@curve ni. Dengan banyak tertepeknya perkataan LEASED di sana sini (tanpa ada penghuni), tidak kurang juga merasa banyak jenis makan yang masyuk dan best2 di sini. Ehe….

Saya cuba Popeyes (mashed potatonya yang marvellous) dan juga makanan di Cafe Deligateux (milik Maisarah Sani). Pendek kata kenyang dan dapat lari sedikit dari selera Isnin-Jumaat.

Eceh, mulut gatal la tu nak merasa makan2 pelik a.k.a mahal2. Eh eh hello. Makan bukan kira mahal, janji sedap dulu. Contoh macam cuppies Tiramasu Cafe Deligateux. Yummmy~. Cuma tidak betah manis. Kena makan pelan-pelan. The taste is totally pure, Mai. Love it.

Ambil juga sedikit masa berborak dengan Mai.

Oh gaya berborak seperti kawan lama. Padahal ini baru pertemuan kali kedua kami. She’s warm and so do me. Sebab itu boleh berborak itu ini. We were chatting about ourselves actually. Background, what are we working on now and etc. Sharing stories sahaja. *Perhatian: Encik Suami dan Encik Faris tidak perlu cemburu because we are really working and not flirting. Hehehe..Of course we are kan Mai?

Laporan terkini: Keadaan riuh di e@curve. Ramai yang berkunjung ke kedai, tetapi belum ada yang membeli. Maka score masih kekal 10 totes. Wee!

Rakan pejabat, si Aziah ada datang. Sekali rembat 2 beg!Oh dia memang ada style. Memang boleh jadi pengikut trend brand ini. Thanks to you, Aziah. Saya pula, seperti mahu membeli. *Eh, saya supporter besar taw. Memang tidak boleh dinafikan. Regular customer sendiri selling totes, memang kena dengan jiwa lah kan?

Ok, cukup sudah membangga diri. Tidak perlu berlebih2.

Seronok juga sebab dapat update from time to time di Twitter. Lagi-lagi bila ada yang reply. Best. Wah2, promosi tidak perlu guna mulut sekarang. Teknologi memang tanpa sempadan.

Tetiba rindu pada Korea. Sangat.

Tidak apa, esok masih ada, Insyallah. Esok, saya di mana? Wah. Itu surprise!Memang ada perancangan. Baek punya. Tunggu update.

Popularity: 5% [?]

Mari adik, mari kakak, mari abang!Jangan malu jangan segan. Tengok sahaja tidak kena bayar, okeyh? Jadi mari ke mari!

Wah, permulaan entry yang penuh semangat gitu. Teriak macam tidak payah guna mic atau speaker. Semangat membara ni, berkobar-kobar. Awatnya Abby?

Hehe. Ini namanya Abby telah menjumpai atau mencuba sesuatu yang baru. Sebab itu jadi semangat bercerita kepada semua orang. Ada yang tahu mungkin macam tidak percaya. Ada yang tahu juga, mungkin juga mengutuk.

Eh eh, kenapa harus berfikiran -ve di suatu pagi yang baru? Persetan sahaja. Mulut orang tidak akan berhenti mengata perkara yang sia-sia.

Baiklah. Di sini saya berada, mengupdate blog dari e@curve. Luar biasa. Serius dan ini pertama kali. Terima kasih kepada Yan dan suami. Mungkin pertama kali dan mungkin juga terakhir kali. *sob sob Tidak apa, janji ada. Membawa juga teman, si Angah. Di dalam kepala duk ligat fikir macam-macam untuk *menambah keseronokan cerita kehidupan AbbyHakka.

Serius, tidak tipu. Bukankah saya sudah bilang saya punya perasaan khas iaitu cepat bosan? Bila ada peluang begini, saya harap saya tidak menyusahkan orang lain.

Walaupun hujung minggu, saya tidak kisah berada di luar rumah sementelah Encik Suami juga gigih bekerja di Jalan Tun Razak sana. Dia merestui sahaja apa keinginan saya. *Mulia dan bahagia rasanya bila dilimpahi keredhaan si Suami. Sebab itu saya jadi semangat ini hari. Lebih semangat daripada biasa. Wee!

p/s: Thanks to Aziah, ma office mate for being so supportive. 2 totes she bought!Wee!

Popularity: 4% [?]

Kalian, saya akan berada di e@curve sepanjang hari ini.

Come and grab some totes / handbags with ThisIsClubMod brand.

Lokasi: Tingkat 1

Jumpa di sana!

p/s: am super duper excited to get new experience. Izyan, my apology for stressing you last night. Wee!

Popularity: 4% [?]

Saya hendak bercerita, kalian sudi dengar tak?Atau dalam erti kata lain, kalian sudi baca tak? Saya redha, pasrah kalau ada orang jawab TIDAK. Saya peduli apa. Maka, izinkan saya bercerita..

Sejak dua minggu kebelakangan ini, diri terasa sangat sangat penat. Terasa dihambat dengan pukulan badai yang sangat kuat.

Ah, mula sudah deskripsi melampau. Idea tengah melimpah ruah. Sampai meleleh keluar daripada isi periuk. *Ok, Abby merapik. Sila scroll.

Bukan apa. Tuntutan kerja. Alhamdulilah. Kenapa bersyukur? Iyalah, itu tanda ketua nampak kita. Seronok? Ya, enjoy!Sebab didedahkan lagi dengan banyak lagi perkara baru. Tetapi sebenarnya Abby punya 1 perasaan pelik. Itupun kalau kalian mahu tahu. Abby discover perasaan ini atau *perasaan khas ini apabila terjadinya suatu incident itu. Ok, itu tidak perlu cerita. Pendek kata ia berbalik pada soal kerja, atau komitmen atau yang ada kaitannya.

Perasaan pelik itu idakler pelik benar. Cuma cepat bosan.

Fuhh, takut sungguh hendak mengkhabarkan kepada semua. Bukan apa, saya tidak tahu apakah perasaan ini normal ada pada semua orang, atau hanya pada sesetengah orang yang di dalam kategori *Mim Alif Lam Sin / * Confident level tinggi / * lain-lain. Saya main teka sahaja. Saya gusar. Saya sedikit takut.

Adakala mulut terpacul, lahirkan rasa kebosanan yang cepat. Ini tahap berani mati. Tetapi bila difikirkan lebih baik luah daripada cerita. Mungkin saya perlukan rehat yang panjang. Mungkin saya perlukan rehat yang berkualiti. Atau mungkin saya perlu ke luar negara. Ini tidak tipu sebab menurut boss, sesekali lihat negara luar, mmg boleh buat kita lupa negara sendiri

*serious ke boss, for real???

atau……mungkin ada isi.

Wah3.  Statement tidak berkadaran. Apakah kaitan? Ok, saya mamai. Saya capek. Itu yang benarnya. Maka saya cepat bosan. Begitu kut.

Tidak apa. Saya punya cara ‘rawatan’ atasi kebosanan. Cara saya sendiri. Nanti ada masa, kalau sudi dengar, saya cerita. Saya teringin hendak bercerita. Tidak ada punca, maka cerita pasal kebosanan.

Alih-alih entry ini jadi bosan kan?Ah, persetan.

Eh Sabtu datang lagi!!!!!!Hujung minggu ini menarik!Saya bantu seorang kawan. Saya rasa saya akan menulis banyak entry Sabtu nanti!. Pada sesiapa yang free atau berkunjung ke Cineleisure Sabtu ini, jumpa saya di sana!!Okeyh?

Yan, belum apa-apa aku dah promosi dulu!Best2!*Hang, jangan pressure. Hehe…

Popularity: 3% [?]

Sahaja mahu berkongsi satu pemandangan. Yang permai lagi indah.

Kelihatan rumah kami di situ. Permai sahaja sekelilingnya….

Sebagaimana permai juga rumahtangga kami sehingga ke hari ini. Moga berkekalan sampai hujung nyawa, amin~

p/s: Gambar hasil tangkapan my baby, N97. Saya sangat, sangat dan sangat  jatuh cinta dengan hasilnya. Sehingga mula rasa menjauh hati dengan Blackberry (BB). BB tidak boleh capture gambar se cun ini!

Popularity: 5% [?]

Yeay!Rasa seronok sangat apabila sesuatu perkara yang kita usahakan mendapatkan sokongan jitu daripada ramai orang. Tidakkah ianya seperti perasaan berada on top of the world?

Sungguh rugi sekali kalau anda tidak pernah mempunyai perasaan sedemikian. Walaupun perkara yang kita usahakan itu hanya umpama seperti bijih kacang (bukan seperti mana jasa Tun M kepada negara kita la kan?), tetapi kalau ada sokongan yang best2…fuhh!

Begitulah kiranya yang terjadi bila Abby sudah punya domain dot com ini. Terima kasih ya kepada orang perseorangan tersebut. Teruslah menyokong hamba sepertimana anda mengenali saya seadanya.

Wah3. Ayat artis terima award. Sangat tidak boleh diterima dek akal. Apakah??

Ok, jika anda lihat blog saya ini sederhana sahaja. Setelah berjam-jam lamanya membelek-belek theme yang sesuai, ini sahaja yang saya rasakan terbaik untuk tatapan semua. Selesa dibaca dan yang penting, gambar yang terbaik dapat lah menjadi santapan mata anda.

Tidak mahu theme yang menyusahkan saya dan pembaca. Biarlah bersederhana dan nice. Hehe…

Cuma nampakkah anda pada label YOUR LOGO HERE. Ok, itu memang fake giler. Hahaha. Saya memang tidak suka itu. Tetapi saya sudah memikirkan apa yang best untuk ditepek di situ. Kalian tunggu k. Saya mendapatkan khidmat profesional untuk menggantikan label tersebut. Oh 1 lagi, perkara kecil yang saya usahakan dan tidak sabar untuk kongsikan bersama semua. Sabar naaa…

Saya berada di satu lagi hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Encik Suami seperti biasa akan bekerja. Jarang-jarang sekali dapat beliau bercuti bersama isteri tercinta. Tidak mengapa, kalau sudah namanya bekerja, bekerjalah kita seadanya. Jangan pernah merungut, walaupun mulut cam *^&%$)((* sahaja bila kita merungut atau mengeluh. Itu normal, sayangku.

Encik suami, dalam banyak hal lebih banyak membisu dan berdiam diri. Tetapi tangan dan kuasa ‘kuda’ nya apabila bekerja sentiasa berada di tahap terbaik. *Walaupun Abby sendiri ketidak’tahan’an dengan tahap cerewetnya, tetapi itulah dia Encik Suami. Si teliti. Wee!

Mengutuk atau menceritakan kelebihan encik suami? Saya rasa ianya lebih kepada pujian!*Walaupun dia kata, saya tak suka bila dia cerewet. Of course lah, cerewet kalau sudah sampai setengah jam sahaja ambil masa beli minyak rambut. Hahahaha…

Eh, saya ada cerita yang lebih menarik daripada ini. Semalam lepas kerja, saya dan Encik Suami did some shopping. Di IKEA. Sungguh menjaga belanjawan betul semalam. Saya dalam banyak hal mmg tegas lah kan, katanya Financial Advisor keluarga. Hahahaha….

Bersambung lagi di episod ‘Belanjawan itu Bagus’. Itupun kalau ada iman yang kuat…Huhuhu

Popularity: 3% [?]

  • Latest Tweets

    abbyhakka

    • @abbyhakka it is a good name! - posted on

    • @abbyhakka alalala soon we all plak yg akan mengharungi benda yang sama.. All the best nabila.. - posted on

    • @abbyhakka hai abby.. How's ur baby n his mommy? - posted on

  • Rakan Blog