Category Archives: Kewartawanan

Sebuah keluarga…

Sebuah keluarga…

Sabtu dan ahad yang lalu, aku memilih untuk tidak bekerja memandangkan kedua ibu bapaku datang ke KL membutuhkan bantuan ku….

Itupun kerana adik perempuanku yang ingin ke Education Fair The Star di KLCC…katanya hendak sukar hendak buat keputusan untuk melangkah ke alam kolej pula selepas selesainya SPM…

Adik lelakiku tidak turut serta pula….kalau tidak, memang teruk jadi mangsa buli ku..haha…

Apabila mengenangkan keluarga kita, semestinya yang indah dan manis belaka datang ke fikiran ku…:-) namun, ada juga merasakan keluarga mereka tidak sesempurna mana…tapi percayalah, bahawa rezeki setiap orang itu berlainan dan yang pasti DIA punya alasan kenapa kita dikurniakan begitu…

Apapun di dalam dunia ini, tidak dapat ditandingi dengan kasih sayang sebuah keluarga. Susah, senang manapun mereka tetap keluarga kita…Kita harus ingat, satu hari…kita akan berkeluarga, pastinya perkara yang baik ingin diterapkan dan jauhi segala yang boleh membawa kepada perpecahan keluarga…

Dalam semua perkara, kesederhanaan lebih menjamin kebahagiaan. Tidak perlu kita gah dengan kekayaan, andainya kita miskin kasih sayang….Jangan gah dengan pangkat ayah atau ibu kita, andainya kita tidak diberikan perhatian…Itu semua tidak sepatutnya berlaku di dalam sebuah keluarga…

Apa yang aku ada hari ini, sudah lebih dari cukup. Tiada galang penggantinya terhadap kedua-dua orang insan yang bergelar mama dan abah kepada diriku. Satu sahaja harapan ku kini, agar aku dapat mengekalkan didikan dan tunjuk ajar mereka sehingga kepada generasi yang mendatang.

Bagi keluarga yang ditimpa musibah pula, percayalah….Tuhan menduga kekuatan dan kesabaran kita di dalam menjaga insan bergelar mak dan bapa ini. Tiada lain yang perlu kita lakukan, agar terus berdoa supaya kesenangan dan limpahan kasih sayang itu berterusan…walaupun kita jauh dari kedua orang tua kita….

Keluarga yang menjadi idamanku biarlah bersederhana di dalam segala hal tetapi suasana meriah tetap ada apabila sesekali berjumpa….tidak ubah seperti di dalam paparan filem di bawah (menantu diraikan dan dialu-alukan ke dalam keluarga si suami dengan mengadakan sesi perkenalan yang sangat menggamit hati sesiapa yang sayangkan keluarga….i wish to be in her place *wink*………..soon)

Popularity: 7% [?]

Kesukaanku…

Kesukaanku…

Apa yang menjadi kesukaan, sudah tentu hanya empunya diri sahaja yang tahu…Tapi bagaimana pula dengan sesuatu yang tidak menjadi kegemaran anda?Apa perasaan yang wujud dan lahir agaknya?

Yang pasti, diri ini gemar belajar daripada kesilapan diri sendiri mahupun kesilapan orang lain.. ;-)

Kenapa pulak dgn kesilapan orang lain nak dijadikan teladan?Kerana..saya tidak mahu mengulangi kesilapan orang lain kepada keluarga, orang tersayang mahupun kenalan kerana tindakan mempelajari dari kesilapan adalah suatu tindakan yang bukan sahaja bermain di bibir mulut, tetapi perlulah dipraktikkan…

Kematangan bukan diukur dengan perkiraan umur seseorang, tetapi ianya dinilai berdasarkan kekuatan mata hati dan sanubari di dalam dirinya  menempuh kehidupan…Bukan senang untuk bergelar si matang, kerana yang matang itu hanya dapat dilihat oleh orang lain, bukan diri sendiri ;-)

Lain orang, lain caranya…Lain orang, lain pula perangainya…Itulah yang mencerminkan diri kita yang sebenar baik dari segil lahiriah mahupun dalaman…

Apapun, bertindaklah mengikut kesukaan anda setelah menimbal balik pandangan dan nasihat orang yang lebih dewasa agar kebahagiaan di masa akan datang kekal sebagai satu jaminan hidup…amin:-)

Dan sekarang, menjadi kesukaanku yg dari dahulu lagi iaitu melihat keletah si cilik terutama seperti di bawah ini……… ;-)

Popularity: 7% [?]

Anda inginkan khidmat penulisan?

Anda inginkan khidmat penulisan?

Alhamdulilah…

Bakat dan kelebihan yang dikurniakan olehNYA adalah suatu pemberian yang tidak terhingga kepada umatNya..Apalah kiranya kelebihan itu dijadikan sumber pendapatan mahupun sebagai ilmu untuk diamalkan bersama saudara ku yang lain?

hik3..bukannya apa..memandangkan bidang kewartawanan adalah bidang yang ku minat dan kini dah pun berada pada tahap yang membanggakan, aku yakin kebolehan menulisku adalah sesuatu yang menjadi passionate ku selama ini…

Maka dengan itu, kepada sesiapa yang inginkan khidmat penulisan tidak kisahlah apa jua tetapi khasnya kepada penulisan skrip, saya bersedia melakukannya…Insyallah, di dalam usaha saya masih melengkapkan ilmu sedia ada, dengan adanya kepercayaan dan keyakinan anda terhadap saya..Saya boleh menyiapkannya mengikut standard yang anda kehendaki…

Berilah peluang kepada diri ini untuk terus mengasah penanya sehingga bisa menulis tinta yang terulung satu hari nanti….amin….

Ikhlas,

Nabilah Saleh 

Popularity: 7% [?]

Dari jendela bernama…..

Dari jendela bernama…..

hmm, di kala ini, aku seperti biasa…di tempat kerja, mengadap PC dan setia meneliti setiap satu ruang di laman bernama.com supaya berita yg ku sunting sentiasa cepat dan tepat utk dibaca oleh pelayar laman web…

Skrg ni, semua news dh diretrievekan, maka ada lah masaku untuk blog ku ini. Well, pat few days, again…i fell sick for dunno how many times this year. Thanks to HIM for this uncomfortable zone, because of HIS gift, i still feel blessed and alhamdulilah, it alerted me!but still, dunno y..sehingga ke saat ini, batuk ku masih juga tidak hilang…huhu…sengsara nye nak tido malam…..tp, apakan daya….inilah nasib badan…hehehe

Oklah, tittle post kali ini sebenarnya datang daripada ilham yang entah datang dari mana, tp its not bad yeah?!Interesting…It can be…Dari jendela bernama..yg menjurus lebih kepada maksud nama jendela tuh(cam pelik je…hik3)…atau…lebih kepada membawa maksud Dari Jendela BERNAMA…iaitu daripada pemandangan jendela yang dapat dilihat dari pejabatku, BERNAMA..huhu..itu lebih baik…

Dari jendela BERNAMA, apa yang menarik yang dapat dilihat dari tingkap yang ada di pejabatku ini?well…ini semua gara-gara kena tunggu lif yang lama..Aku sekarang bertugas di Editorial, tingkat 11 wisma ini…sesungguhnya dari sudut pandangan ini, ianya lebih baik daripada tingkat 5 tuh…hahaha…

But still apa yang menariknya, dari jendela Bernama ini..huhu…curious tul…takdelah, ianya hanyalah sebuah pemandangan yang lebih luas, lebih cantik, lebih hijau (setakat padang Bernama &PULAPOL shj..hehe) dan lebih baik lagi lah berbanding tingkat2 yang di bawah.

Yang pentingnya, setiap kali memandang ke luar jendela, ada sahaja perkara yang ku pikirkan. Kalau tunggu lif yang rosak dan hanya berfungsi dua shj daripada empat lif, lagi lama lah aku berfikir kat situ. Antaranya tentang hal semasa (tentang kolej yang tak abis2 dengan kontroversi nya), jadual kerja (yang semakin tidak menentu atas tuntutan klien dan editorial) dan tentunya masa depan (termasuklah soal membuat simpanan dan how to generate money from now and defeat all the obstacles in front..huhu)….

Berfikir macam orang dewasa…(dewasa already meh?)…Yeah, lots to think and lots also to take action!

Wish me luck!

Popularity: 7% [?]

Hari kedua….

Hari kedua….

Bukan sebarangan hari kedua, tetapi hari kedua aku berada di tempat kerja yang dahulunya menjadi tempat aku mencurahkan segala ilmu kewartawan selama dua tahun aku pelajari di MIIM….

Alhamdulilah, di tempat kerja inilah aku berkesempatan melayari internet sememangnya merupakan sebahagian daripada tugas…dan juga yang maha pentingnya, aku dapat membaca pelbagai maklumat hanya dengan menekan hujung jari…hmm, teknologi hari ini!

Pada masa yang sama, kehadiranku di sini dialu-alukan seadanya…I feel hepi with the environment here….Supportive and encouraging me to polish my writing skills…Though, it isnt so great to others, but to me…every single minute im here really teach me how to discipline myself to show the best&best attitude and performance ever as a journalist!

Huhu…hari kedua ni juga sebenarnya mengingatkan diriku yang bulan Syawal belum lagi tamat. Maka, ada sahaja ‘open office’ di Wisma Bernama…Bab makan, tak payah sentuh…But, the unique thing is, as Malaysian…the culture of different races that can live and work together under one roof is another awesome feeling to work here…*wink*…hehe…Happy Hari Raya everyone!

Thanks to y’ll in Bernama.com….and also to some of new friends, lets work it out!

Popularity: 6% [?]

Fasa baru kehidupan…

Fasa baru kehidupan…

Alhamdulilah, dapat lagi kita bersua…. 

‘A new lease of life’ membawa maksud satu kehidupan baru yang aku sememangnya akan alami selepas ini…Dengan menerima berita gembira bahawa aku memperoleh pekerjaan di Bernama, itu juga menandakan liku-liku kehidupan diriku juga akan berubah. Banyak lagi yang perlu aku pelajari sebenarnya….. 

Dan, pada masa yang sama, baru aku tersedar bahawa cepat sungguh waktu berlalu…Aku sendiri tidak ingat bila aku membesar menjadi dewasa….Namun, terselit satu kenangan di mana pada waktu itu aku bersedih, murung hendak menghadapi peperiksaan…Mummy Ezihaslinda lah org yang bertanggungjawab menaikkan semangatku pada waktu itu…aku masih ingat lagi, mummy minta aku hayati lirik lagu ini..yang pernah dipopularkan oleh Hazami, Tekad. 

Thanx Mummy!U boost my spirit at that time and even until now…wherever I go, whatever I do, I know I CAN DO IT!

Perjalanan….Kehidupan…. Di kiri kanan Dugaan dan cabaran Keseorangan tempuh ujian Meneruskan perjuangan Takdir Maha Esa Restu Ayah Bonda Mencapai cita-cita Usah putus asa Kelak kau berjaya Membela nasibmu Masa mu kan tiba Keimanan….Keyakinan Sinar cahaya penunjuk haluan Walaupun payah, kau harus tabah Demi mencapai seindah impian Jika satu ketika Langkah tidak terdaya Berkat doa usahaTuhan Maha Esa Takdir Maha Esa Restu Ayah Bonda Mencapai cita-cita Usah putus asa Kelak kau berjaya Membela nasibmu Masa mu kan tiba

Popularity: 5% [?]

The Lima won!

The Lima won!

Morning everyone!

Hye..a new lease of life!I love this phrase so much!as if, It’s a new me for today!

Well, semalam…siapapun pasti tidak ketinggalan menonton GangStarz final!.Persembahan yang baik sekali pada malam tadi, dah nama final…mestilah pertandingan di antara kumpulan yang terbaik melawan yang terbaik=) ye keR??!!!

Finally, The Lima lah yang menggondol hadiah wang tunai USD 100,000 tuh…Alhamdulilah, rezeki…dan apa yang paling penting ciri-ciri pencarian kumpulan vokal yang terhebat itu sememangnya ada pada kumpulan The LIMA. Kemenangan The LIMA rasanya tidak menimbulkan spekulasi atau rasa ketidakpuashatian kelak…

Kalau nk dilihat kepada potensi kumpulan-kumpulan lain yang bertanding, bukanlah tidak hebat atau kureng hebat…seperti biasa, standard penjurian masa kini untuk realiti program macam tuh…its 50-50 judgement!Nasib baik….kalau totally 100% from the viewers, camne??

Kalau nak dibandingkan pula bakat-bakat ini yg dtgnya daripada 2 negara serumpun…bukan tidaklah terlalu sensitif isunya..bak kataku, Best Men Wins!Eh..tul ke??!!!hehehehehe…Keupayaan The LIMA untuk hold attention from the viewers tu ada…berbanding dengan kumpulan lain, yang aku juga tidak nafikan bakat mereka di peringkat akhir…

And now, aku nak ulas pasal the whole showmanship of the program last nite..Walaupun bergelar wrtwan, bukanlah misiku untuk mencari kontroversi semata-mata..

Tetapi, macam ada yang tak kena…Rasanya, wartawan hiburan lain pasti highlight perkara ini…Apa ke jadahnya,hikhik??Agnes buat persembahan selaku artis jemputan sehingga sebegitu rupa sekali..?It was fantastic to have her as a guest artist in Gangstarz…tapi,ntahler…everything…her song, her special show sampai melibatkan evrything yg ada atas stage tuh, sampai peserta nye persembahan tak de lah sampai camtuh sekali…

Bukannya cemburu sebb she’s Indonesian, shes great instead….but try to be equal and fair to the other contestants and also other guest artist…thats all!

But overall, it was superb to hear to the songs sang by the contestants last nite!

Popularity: 2% [?]

Im in the industry..

Im in the industry..

 

Hye everyone…

Its me again!and i will remain the same…….dun wori^_^

Now, i am in the industry so called broadcasting field…Already 4 days im here, at this table. Bernama allocate me at Portal&E-commerce department…meaning, my job here is to be an internet journalist, doing uploading news at the Bernama official website, www.bernama.com/…this is also shows that internet also the other medium of electronic media~!kinda interesting….and….for what ive said before, im willing to learn new things….hehe

These 4 days is everything ok in the office….i feel comfortable to be in this department. I enjoyed myself surfing the internet, reading news and try to translating it…search information and not forgetting to study the whole content of Bernama.com

And for today, i juz came back from Bangi, a MoU ceremony….My job is naturally the same as usual like what journalist need to do. I appreciate what i have learnt today..and actually, now im practising on writing news, tapi macam tak properje (al-maklumlah lama giler tak menulis….)….huhuhu…And u know what, thats why the eldest said, reading id MulTI sUPer DuPEr important to be good at writing…..HA~!

Ok then, i need to read a lot…Love you all!

Popularity: 2% [?]

Perginya tidak kembali……

Perginya tidak kembali……

Assalamualaikum………………..

minggu lepas,bagi diri ini ada suatu berita yang susah untuk ku terima kebenarannya….

aku tidak menyangka kejadian ini menimpa aku dan keluarga besar ku…

aku masih lagi ingat detik-detik dan saatnya bila aku dikhabarkan berita tersebut…

dan aku masih lagi ingat kepulangan ku ke rumah dari menonton konsert AF5 mggu keempat yang lalu…..

Terngiang-ngiang lagi di benak fikiran ku…

Aku masih lagi mampu ketawa riang, suka baru lepas menonton AF…siap kutuk, mengkritik persembahan mereka….

Di dalam kereta, bersama 2 lagi kawan serumah ku…

ku dikejutkan dengan panggilan yg ringtonenya menandakan bahawa famili ku menelefon….

Aku sangkakan adik ku menelefon beritahu Noni juga turut terkeluar mlm tu…

tapi tidak……………..

aku ingat lagi ayat2 yg terkeluar dr mulut adik ku…

“Long, ko tau citer tak?”

“Citer pe?”

“Pak itam meninggal…………….”

“HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!”"

aku meraung sekuat hati di dalam keta….

menangis bagai tak ingat dunia…..

satu-satunya pakcik sebelah emak, yg rapat dgn ku……meninggal….secara mengejut…

“Takkan lah…..ko biar betul =’(……=’(”

“Baru je td,dalam tido……kitaorg on the way dtg kl, ko tunggulah”

“bgtau bila dh sampai…….”

Aku menangis bagai nak gila dlm keta, 2 kawanku cuba tenangkan diri ini…”bwk bersabar…”

ku telefon pula hubby, dan bgtau segalanya……….

aku hilang fokus….pandu keta mcm tak betul,tapi ku terus pulang ke rumah..”

pulang ke rumah,tunggu khabar berita dr parents,hubby&family jg juga dlm perjalanan ke kl…

Mengejut…mmg mengejut…

Kali terakhir ku berjumpa arwah, azman b. che mat atau panggilan kami sekeluarga utk dirinya pak itam………bulan lepas,aku menghantar sejumlah duit buat belanja selepas keluar drpd hospital..aku ditemani hubby, pergi, berborak…mcm biasa…

Dan kali terakhir berjumpa, hanya sekejap….sekadar melawat nenek….tiada borak panjang….

Dan sehingga ke hari ini…aku masih lagi dapat mengingat jelas muka arwah sebelum dikapankan….Sedih…pilu..=’(mengenangkan dirinya masih muda, meninggalkan mak itam & 4 org anaknya…

Sedih sgt…cara arwah pegi sgt tenang….arwah sepatutnya berangkat ke tanah suci menunaikan umrah…tapi tidak kesampaian….=’(

Sebelum arwah masuk tido jam 11.30 mlm tu, arwah berjalan-jalan melawat hampir semua rakan-rakannya,tuk su sekeluarga seperti seolah-olah itu adalah perjumpaan terakhir buat dirinya…..

Sebelum masuk tido juga, arwah bukak bagasi utk ke umrah dan mandi menggunakan sabun yg sepatutnya dipakai di Mekah, utk mandi malam itu………sebelum tido…..muka arwah bersih,janggut,misainya dicukur…seolah-olah ingin memudahkan org memandikannya utk keesokan harinya…

Petang itu juga, arwah minta bnyk betul makanan yang manis2….sedangkan arwah punya penyakit kencing manis…seolah-olah tidak akan merasainya lagi selepas itu…..

Pak itam sudah sebulan banyak termenung, kurang melawak & banyak masa dihabiskan bersama mak itam&nenek di rumah………….

Ya allah, aku teringin kembali ke masa lepas untuk berjumpa,berborak dgnnya…….tapi apakan daya ku….

Aku seakan tidak percaya dirinya kini sudah kembali…..menemuiNya….bersemadi di dalam Bumi….

sedangkan aku masih ingat jelas rupanya…ku kucup mukanya sebelum dikapankan…aku tidak mahu menyesal seumur hidup tidak berpeluang tunjukkan kasih sygku padanya…walaupun selepas dia tiada….

4 org anak yang masih kecil…sudah tidak punya bapa….keempat-empat anaknya tak ubah macam muka arwah…

aku menjadi tempat sandaran mak itam mengadu cerita & meminta tlg…sedih…pilu bila mengingatkan rupa arwah terbujur kaku…muka putih lesi………..sedangkan arwah hitam manis kulitnya & tak reti duk diam orgnya………..

Ya allah, aku percaya..

Dari cerita jiran2 di sekeliling, arwah baik orgnya…tidak berkira…dan ceria orgnya…

Semoga ALLAH mencucuri rohnya di alam sana…..

Pak itam, kalau dapat dgr suara hati nabilah….Nabilah minta maaf atas salah silap nabilah selama ini…Kalaulah nabilah tahu, pak itam nak pergi, mesti nabilah melawat pak itam hari-hari….=’( Nabilah akan tlg tgk2 kan mak itam&anak2…..Nabilah nak diaorg rajin blaja,dgr ckp…walaupun diaorg hanya dgr ckp pak itam…Nabilah akan cuba…..=’(insyallah…..kita jupe bila sampai masanya…..

Amin…

Al-Fatihah………………….

Popularity: 2% [?]