Category Archives: Ketidakselesaan

Dilema lagi…

Dilema lagi…

Adakala keputusan perlu dibuat. Tidak kira ianya bakal menyayat hati atau menyinggung perasaan orang lain. Namun sehabis baik, saya akan bertoleransi sepertimana saya yang selalu. I am one of a kind that loves give-and-take concept. Maka, jangan pesimis. Sila bertenang dan percayalah, saya mahukan yang terbaik untuk diri saya juga.

Wah, statement ala retis tak? Sangat! Well, tiada dedikasi khusus. Cuma sekadar luahan rasa, dan penulisan secara membabi buta di malam-malam anniversary-ulangtahun-kedua-perkahwinan. Apakah?! Hahahaha…

Rencana kehidupan adakalanya berbolak-balik. Tidak lancar seperti yang dirancang, kadang-kadang. Saya juga manusia biasa. Mahukan yang terbaik untuk dunia dan akhirat saya. Insya-Allah, apakah gerangan punya cerita, akan saya tulis di sini nanti.

Ucapan khas untuk Encik Suami :

Salam Ulangtahun Perkahwinan yang kedua kali, sayang. Bergelar isteri kepadamu, 2 tahun sudah, dan 14 bulan sebagai Ibu kepada satu-satunya anak lelaki yang kita punya sekarang, adalah suatu perkara terindah yang pernah terjadi dalam hidup saya. Saya percaya dalam usaha kita jatuh dan bangun, jatuh dan berusaha bangun menempuh kehidupan secara bersama-sama, awak adalah insannya yang akan sentiasa ada bersama saya. Terima kasih kerana menerima kekurangan dan kelebihan saya. Terima kasih kerana menerima ini seadanya sehingga ke saat ini, dan insyallah sehingga hujung nyawa kita. Amin.

Yang Ikhlas,

Isteri yang sentiasa ada di sisi

Popularity: 25% [?]

Dalam Kenangan…

Dalam Kenangan…

Bernama TV cameraman, Noramfaizul Mohd Nor, covering Malaysian Humanitarian mission to Somalia, has been shot dead. TV3 cameraman injured – MSTAR

Ya, itu berita pertama yang diberitahu Encik Suami pada Subuh Hari Raya Kelima ketika kami di dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Antara butir-butir perkataan Encik Suami pagi itu,

“Kan kita pernah main badminton dekat Sportsplanet Ampang dengan geng-geng Bernama. Abg Faizul yang terror sekali main tu, selalu pairing dengan kawan dia yang botak-botak?. Ingat tak? Dia kena tembak dengan peluru sesat kat sana.”

Ya Allah, sumpah terkejut. Pernah nampak Arwah, tetapi mungkin tidak cam. Dia bukan sesiapa pada saya, tetapi dia rakan sekerja Encik Suami. Rakan sepejabat. Sumpah dia jadi sedih. Kuat hati dia mahu melawat / ziarah kalau sempat kami sampai KL.

Selepas 4 jam perjalanan balik, alhamdulilah kami selamat sampai di KL tanpa tempuh sebarang kesesakan di mana-mana. Lega ya amat. Tahu sajalah, saya paling pantang duduk berjam-jam dalam traffic jam. Mahu berderau darah tak tentu pasal. Mujur, anak teruna juga beri kerjasama. Berhenti sesekali hanya untuk beri dia makan. Syukur.

Berbalik cerita mengenai Arwah. Berita tersebut menjadi lebih dekat di hati saya sebab saya juga bekas pekerja Bernama, atau dalam erti kata lain mungkin sebab dipengaruhi rasa sedih Encik Suami. Eh BIG NO. Berita menyayat hati memang sudah tentu menyentuh hati warga Malaysia.

Banyak persoalan timbul? 1. Kenapa boleh kena tembak? Kena hijack ke? 2. Tidak pernah ada wartawan / media Malaysia kena nasib camni, kenapa tiba-tiba ada isitilah peluru sesat ni? 3. Dalam berpuluh-puluh peserta misi, kenapa dia sorang sahaja terkena? 4. Dalam situasi apakah yang buat dia kena tembak? 5. Takde escort atau keselamatan yang jaga kah? Dan banyak lagi…

First of all, they were in Somalia, negara kelima paling bahaya dalam dunia dengan kegiatan melibatkan senjata api, puak bertelagah dan banyak lagi ( Menurut Aktivis / Pengamal Media Dunia punya ranking, berdasarkan liputan yang pernah dibuat).  Kau bayangkan ke LIMA PALING BAHAYA?! Didn’t the organizer well aware of this fact?!

Bukan meragui niat pengajuran misi-misi kemanusiaan ni semua (walaupun pada dasarnya, mungkin bertulangkan niat yang tidak ikhlas atau bermotifkan ‘sesuatu’ yang lain – Kau jawab sendiri di alam sana nanti), cuma nampak sangat aspek-aspek penting especially KESELAMATAN tidak diambil kira. Well, based on the news yes they do have Somalia personnel escorted them, tetapi JELAS itu sahaja tidak mencukupi. Lesson learnt, MALAYSIA! LESSON LEARNT, MALAYSIA, please!

Bergelar petugas media atau pengamal untuk bertahun-tahun lamanya, adalah perlu untuk kamu semua jelas tentang passion atau minat golongan ini ketika bekerja atau dihantar untuk ke mana-mana tugasan sekalipun di dalam atau di luar negara. Tidak kiralah Somalia, Christchurch, Tokyo atau Palestin sekalipun, mereka ini sanggup pergi dan membuat liputan ke sana atas DASAR NAMA BEKERJA DAN JUGA MINAT! Walaupun diaorang sedia maklum bahaya ada di mana-mana (bukan saya kata Malaysia adalah selamat setiap masa), tetapi knowing that they are doing that for the sake of covering news and at the same time, could grab the chance to travel all around the world, mereka akan pergi dan bertugas merakam dan melaporkan dari tempat kejadian.

Tidak kira lah lelaki atau perempuan, suami atau isteri orang. Passion nya sangat lain. Sekurang-kurangnya, walau diancam bahaya sekalipun, dengan izin Tuhan sekaligus disokong dengan hubungan erat kerajaan Malaysia dengan negara luar, I am sure Malaysia media activists won’t get affected at all. *Kalau ada mungkin cedera atau calar balar.

Tetapi dalam ini kes, kalau sudah nyawa jadi pertaruhan, dapat tahu pula istilah ‘peluru sesat’ pula yang mengenai Arwah, something must be REALLY wrong, Malaysians. Qada dan qadar Tuhan kita tidak boleh ubah, sungguh dan saya percaya Arwah insan terpilih yang pergi menemui-Nya. Cuma apa yang terjadi pada diri Arwah sememangnya perlu & KENA menjadi PENGAJARAN BESAR untuk semua yang berhajat untuk menganjur, menyertai dan berkhidmat untuk misi-misi kemanusiaan. Please, I beg.

Truly, Arwah must be a good person and well-experienced cameraman. What a waste. Kisahnya menjadi sejarah kerana pengamal media PERTAMA yang maut ketika membuat liputan. Sedih. Seperti disayat-sayat hati. Pemergiannya merentap semua kegembiraan rakyat Malaysia yang sedang meraikan Syawal serta rakan-rakan Bernama TV yang tentunya menantikan ketibaan diri dia dan rakan wartawan, Abg Khairil Anuar pulang ke pejabat.

Astaghfirullah Al-Azim. KepadaNya kita datang, kepadaNya juga kita kembali. Redhalah umat manusia khususnya isteri tercinta atas pemergian suami. Saya turut tersinggung atas apa yang berlaku namun yakin Arwah pasti ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman.

Kepada pengamal media Malaysia, saya percaya insiden yang berlaku membangkitkan rasa marah kalian kepada sesetengah pihak. Saya juga. Tetapi saya tahu, itu semua memang tidak melemahkan semangat anda untuk sentiasa memberikan liputan yang baik kepada negara. Berhati-hatilah, jagalah insan-insan kesayangan anda and to all, cherish every moments with your loved ones, please.

Ajal maut tidak bertarikh. Moga perginya kita menghadap Illahi adalah di dalam iman.

Al-Fatihah buat saudara Noramfaizul Mohd Nor.

Saya petik ucapan ikhlas dari Encik Suami (facebook, which I found it as rarely came from his mouth/heart) :

Dia yang selalu menguntum senyum di belakang kamera, kini tiada lagi senyum itu pabila seluruh kamera dihadapkan kepadanya. Hanya jasad kaku menuju ke persemadian abadi. Al-Fatihah. Terima kasih atas segala bakti & pengorbanan yang dicurahkan selama ini

Popularity: 50% [?]

Isu Sekeliling…

Isu Sekeliling…

Haha nak bercerita soal current issues, sudah tentu agenda politik tidak ada dalam senarai.  Saya cetek ilmu politik. Sekalipun ada, hanyalah yang tertera dalam akhbar-akhbar perdana. Untuk tahu lebih lanjut, atau dalam erti kata lain, tahu serba-serbi-kenapa-politician-ini-kena-condemn atau propaganda-pembangkang/kerajaan-di-sebalik-video seks, saya MEMANG kurang tahu. Maka, jangan tanya saya.

Apa yang saya tahu, kalau gitu? Oh, berita yang mild-mild sahaja. Berita isu semasa tentang artis sikit, tentang gosip sikit, tentang dunia sikit. Semua sikit-sikit la. Sikit je la yang baguih. Isu gini nak tahu semedang banyak watpe. Takde faedah!

But satu isu menarik yg berlaku sekarang ini adalah mengenai rusuhan di London. Tidaklah menarik seperti ayatnya, dah bukan sesuatu yang menarik untuk dikhabarkan pun sebab sangat berunsurkan keganasan dan kebencian. Saya juga tidak suka. Any that related to violence though it’s just a normal rally, saya benci. Sangat irritate saya sampai bila-bila, sampai anak cucu saya sekalipun. But world is evolving, so this is what happening.

Saya bukan pernah sampai ke London pun. Tidak tahu menahu rupa bumi London itu bagaimana. Apatah lagi sekelilingnya, mcm Birmingham. Sedih ke jadi orang mcm saya? Oh tidak! Mungkin 1 hari saya bisa juga jejak kaki ke sana, insyallah. Tapi berdasarkan pemerhatian mata kasar, dan propaganda-paparan-media (nampak gaya, media banyak memainkan peranan dalam menyampaikan fakta – salah/betul belakang kira), saya boleh tahu London itu satu tempat yang aman asalnya. Seaman negara Malaysia (dari pandangan mata kasar orang luar, juga!) Blerghh. Hakikatnya, cerita dalam kain negara memang tiada siapa mahu tunjuk depan tv. Hanya org tempatan sahaja yg tahu. Nah, bila adanya rusuhan, TERBONGKAR lah segala mainan politik, pihak berkuasa dan individu berpengaruh di luar sana. Same goes to what happened recently in Malaysia.

Terus lompat kepada isi penting :

Bak kata ayah kepada si mati, Tariq Jahan (kalau sesiapa ada menonton berita semalam), “He’s my son. No matter what, he’s my son who has dead. Blacks, Asians and Whites – we all live in the same community. Why do we have to kill one another? Why are we doing this”. Dang. Terfikir sekejap.

Ada betulnya isi kenyataan di atas. Apa guna berbunuhan (atau lebih tepat motifnya membalas dendam untuk si mati) dan membuat rusuhan kalau sudah tinggal dalam satu komuniti yg cukup muhibah (referring to Blacks, Asians and Whites). Kurang pasti pula muhibah mereka sama atau tidak dengan muhibahnya kita 1Malaysia di sini. But I believe, it brings the same meaning, same platform of living together on the same country. Makanya, tidak patut ada isitilah killing each others, riots, rally atau perhimpunan haram….betul?! Segalanya boleh dibawa berunding di meja bulat. Well, ini pendekatan biasa pemimpin negara (walaupun sesetengah rakyat memang kurang sabar dengan kaedah ini).

Pada saya, as a whole…fikir sahajalah kesan tindakan hari ini kepada generasi akan datang.

Saya sebagai ibu, sudah tentu merasakan bumi/negara ini macam sudah tidak selamat untuk anak saya membesar sampailah ke hari tuanya. Ancaman demi ancaman, jenayah satu demi satu buat setiap saat, setiap masa…saya fikir tiada ruang yang selamat untuk anak saya.

Generasi akan datang inilah, darah daging kita. Saya percaya ini juga tanggungjawab saya dan suami. Anda dan pasangan juga. Rakan-rakan anda juga. Percayalah, kalau generasi hari ini dapat beri contoh teladan yang baik, saya percaya golongan minoriti yang ‘keras kepala-degil-bengis-memberontak-dan tidak pernah nak fikir panjang’ ini takkan berani-berani membuat kacau.

Jalanilah kehidupan macam biasa, macam normal. Semua orang ada musim jatuh bangun. Tanganilah sebaik mungkin. Ingat agama, tenung muka anak dalam-dalam, nescaya marah kamu jadi hilang. Bila kita cuba bertenang, banyak manfaat yang kita boleh dapat. Kalau semahunya nak diturutkan rasa marah di hati, percayalah…..BINASA DIRI. Betul. Ibarat kamu memusnahkan juga impian dan masa depan anak-anak kamu!! Teruk, bukan?

Cerita sangkut-paut:

Bila menyatakan ayat-ayat terakhir di atas, saya teringat insiden lelaki-celaka-yg-maki hamun-ibu bapa saya tempoh hari di Sogo. Oh sangat kurang ajar ini lelaki. Saya percaya dia ni mesti join rally Bersih baru-baru ini. Bengis yang amat. Sangat BIADAP okay! Bestnya, dia tengking, dia maki ibu bapa saya depan isteri dan anak-anaknya. Oh kasihan mereka. Berbapakan lelaki itu. Sumpah, saya kasihan! Sedangkan saya sudah mengaku silap, boleh dia laser lagi mulut. Kurang ajar punya jantan. Pemilik kenderaan WCB 2930 / WCB 2390. Mampus, tak layan! Kasihan dengan hidup kau sampai bila-bila.

p/s: Siap repeat the same words “Aku dah lama la duk KL!”. Masalah!? Banyak sangat pengaruh Gengster KL, macam inilah. Dah tua bangka, ada anak. Tapi tengok TV pun terpengaruh. Sialan. Moga kamu insaf. Didoakan sejahtera hidup isteri dan anak kau, dan BUKAN KAU (sebab biadap dengan orang tua yg layak dipanggil Datuk, Nenek) Sekian.

Popularity: 39% [?]

Putus Harap…

Putus Harap…

Pergh. Gempak giler tajuk post kali ini. Dah lama tak menaip di sini, alih-alih ada kenyataan gempak. Fuh, berpeluh!. Well, kesunyian blog ini adalah disebabkan oleh banyak perkara which I don’t feel like blogging about it pun. Kesunyian ini juga adalah kerana faktor utama penulisnya yang benar-benar sudah putus harap dengan sesetengah perkara yang berlaku dalam hidupnya.

Back again, si penulis atau blogger ini percaya inilah masanya dia diuji oleh Allah. Diuji tahap kesabaran, mental dan fizikal. Blogger ini juga percaya yang dia sebenarnya tersilap percaturan dalam hidup. Simply say, she has been at the WRONG place at the WRONG time. Really WRONG, to her definition. To some people, isu ini mungkin sebesar kuman. Maka, berdoalah si blogger ini. Doanya, biarlah manusia yang kurang faham dan enteng pemikiran ini akan DIUJI perkara serupa kelak. Sekurang-kurangnya, they will FEEL or GO THROUGH the same difficulties that I’m facing currently. Amin. KuasaMu.

Doa bukan meminta yang jahat (obviously ianya mungkin berbaur jahat), tetapi lebih kepada menyerahkan yang baik dan buruk itu hanyalah kerana ketentuanNya. I’m blaming myself too upon what is happening. No worries. But to be simply punished by uncivilized people and decision, it creates such HATRED of me towards YOU!. Like seriously. Full stop.

Tidak suka hendak memanjangkan rasa amarah dalam jiwa dan hati sebab ianya boleh mengundang penyakit. Dan kematian juga. Mati jiwa.

Di sebalik insiden putus harap, saya masih bertemu sinar bahagia melihat tumbesaran anak teruna, Imran Imtiyaz. Seindah nama, sebijak itu juga dia menggembirakan saya. Alhamdulilah. Sebab dia saya kuat. Because of him, I am standing still. Thus, I am looking forward other options to have a new lease of life. A TOTALLY NEW LEASE OF LIFE. Mahu tutup buku lama rapat-rapat. Tidak mahu selak balik kalau boleh. Hitam, sangat hitam cerita lama. Saya benci, maka kena seal. Kalau dilihat semula, boleh gelap pandangan mata dan hati. Sekian.

Belum habis lagi. Apa kau ingat, post duka macam ini, pengakhirannya kena duka sahaja memanjang?! No, it is NOT me style.

 

Di sebalik cerita jatuh dan duka saya ini, I am still glad cause there are a lot of friends standing by my side. Keep giving and transferring all the positive vibes to me. All encouragement words are there for me and I’m feeling super blessed hearing it. Alhamdulilah. Hanya dengan kata-kata ianya boleh memulihkan jiwa and it works for me. Glad. Yang menentang, memang tiada. Kalau ada, itu MUSUH namanya. Bukan KAWAN. Jenis yang sengaja cari lawan dan pasal.

Dipendekkan cerita, saya tak mahu duduk diam. Kalau perlu saya bising dan melenting, saya AKAN buat. Don’t force me. Don’t ever dare me too. Kalau perlu saya melangkah, saya akan buat. But with pride. No doubt. Like a friend of mine said, retreat doesn’t mean I’m weak, I’m fool or I’m scared. Thus, enjoy yourself while you still can, people (you know who you are)!!!!. Blerghhhhh!

Puas? Well, sedikit rasa puas sebab dapat luah dalam blog. Peduli apa orang nak kata, peduli juga ancaman orang di sekeliling. I am well deserves for something better, much and way way better than this.

Apa saya dapat dengan blog?! Perhatian? Simpati? No, I don’t need that. Cuma 1, iaitu sekadar peringatan dan perkongsian untuk semua. Ingat, bahawa jatuh bangun kita Tuhan yang tentukan (well, in some cases memang ada manusia yang tentukan BUT redha and please revert back to Allah Al-Mighty). Bertahan sekiranya mampu  namun segeralah bertindak. Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan bakat yang anda punya. Jangan mudah putus asa. Dapatkan sokongan dan dorongan sebanyak mungkin.

Melawan dengan kadar yang perlu SAHAJA. Jangan bertumbuk dan bergaduh, masalah tidak akan selesai. Remember, what goes around, comes around, DEFINITELY!. Maka, tawakal.

Seperkara. Tuhan bukan uji saya seorang (I’m totally aware), mungkin orang lain, mungkin anda semua. Semuanya tersurat di Luh-Mahfuz. Dan ujian itu bukan bermakna SELAMANYA or end of the world. Maka, bangkit. Sekian.

Popularity: 56% [?]

‘Testing’…

‘Testing’…

Tidak pernah-pernah ada entri seumpama ini di blog saya. Tetapi sekarang terpaksa. Perlu dicuba-cuba. Ini juga entri bengang namanya. Berjela menaip malam tadi, sudah tekan butang Publish pun…alih-alih hilang semua. Bengang wei, siapa tidak bengang.

Sebelum bengang menjadi bengong, saya minta diri dulu. Minta maaf atas sebarang kesulitan. Berjanji akan post out entry baek punyer nanti!Biar seronok dibaca. Biar ada input juga. Macam saya kata, “Test..test”, ini adalah percubaan SAHAJA.

Popularity: 39% [?]

#2010 Memories…

#2010 Memories…

Hashtag. Saya kenal istilah ini di Twitter. Best juga buat hashtag ni. Hashtag merujuk kepada #2010memories, #HarimauMalaya, #ask2010 dan banyak lagi. Maka kalau sudah hashtag seperti di atas, yok kita imbas corat-coret saya 2010. Saya panggil 10 Terbaek & 10 Terhanget. Errm, kurang pasti boleh sampai point ke 10 atau tidak. Tengok and baca sahajalah ya.

#2010Memories Manis

  • Giving birth to Imran Imtiyaz bin Muhd Ismail on 25th August 2010.

Termanis dan terpaling manis dalam hidup. Si kecil anak sulung. 9 bulan genap menanti kelahirannya memang jadi debaran dalam hidup. 9 bulan itu juga, saya lalui banyak cerita jatuh bangun dalam hidup. Alhamdulilah, si kecil lahir sihat sempurna. Jom kita tengok balik gambar Imtiyaz: Day 1.

  • Be able to breastfeed Imtiyaz until now, and that’s such a bliss to me.

Dulu tidak tahu, tiada akal atau idea bagaimana cara and rasa menyusu. Sekarang sudah boleh, dan saya sangat bahagia dan bangga melakukannya.

  • Perkahwinan yang dibina sudah jangkau usia setahun

Usia setahun jagung, maka banyak lagi yang perlu kami kenal dan tempuhi bersama. I’m happy having him as my hubby, and that means f.o.r.e.v.e.r!

  • We moved house from Sg Buloh around month of May and stays in big town called KL

Teruja sebab tinggal lebih dekat dengan tempat kerja. Dapat berjimat banyak perkara. Dapat lebih banyak luang masa dengan Encik Suami berbanding dulu, sebab berulang alik jauh dan banyak masa dihabiskan di atas jalan raya.

  • Year 2010 also is my 4th year of working. And that’s quiet a number.

Masuk tahun keempat bekerja, saya sudah kutip pengalaman di dua Syarikat. Alhamdulilah, rezeki dan jaminan itu ada. Malangnya, satisfaction masih tercari-cari.

  • Bought a Blackberry

Pemberian Encik Suami sempena ulantahun perkahwinan kami yang pertama. So, I’m not so-yesterday dah. Cause now dah selalu sgt tweet dan facebook, anytime anywhere I want.

  • Manage to shop what I want especially for labour needs and of course, for Imtiyaz’s use.

Macam-macam barang disurvey. Ada mahal, ada murah. Manage to buy yg mahal, memang 1 kepuasan. Hahaha. Dapat yang murah pula, rasa semua keperluan jadi lengkap. Alhamdulilah, bersederhana cuma.

#2010Memories Pahit

  • Sedikit sedih melahirkan Imtiyaz secara caesarean, but Allah knows what’s best for us. Bukan pahit sebenarnya, but lebih kepada perasaan tidak seronok tetapi masih bersyukur :)
  • Situasi yang sedikit mengganggu-gugat perasaan saya untuk bekerja setelah lama bercuti bersalin. Sedih, definitely. But again, I believe there’s always hikmah behind what Allah has planned for us.

#2010Memories & #2011Mission

  • Kan saya sudah bilang, saya tidak punya azam untuk tahun 2010. Maka kebanyakan misi adalah on the spot, termasuklah kelahiran si kecil. Alhamdulilah, walau ada sedih pahit di sana sini, segalanya dipermudahkanNya. Menangis, ketawa saya sekarang adalah kerana Imran Imtiyaz dan Encik Suami. They both are my happiness.
  • As for year 2011, terlalu banyak resolution pula tahun ini, compare to last year yang mmg tak pasang niat nak ada azam bagai. But what I wanna do for this year, just let me update you from time to time dalam web blog kesayangan saya ini. Jangan jemu dan boleh saya conclude, update blog akan jadi lebih dan lebih kepada 1 disiplin utk saya pada masa akan datang. Wee!Seperti bukan saya yang mengatakn ini. Huhu. Semoga readers blog saya juga bertambah dan bertambah setiap hari. Sudi-sudikanlah membaca atas dasar perkongsian ilmu dan pengalaman semata-mata. Jangan diingat perkara atau tujuan lain pula.
  • Plus, I’m happy to say that 2010 is also a year of me making new friends through Internet. To @yonna, @chikadior, @tyailyana, @nay2i norman, @dieyla and so forth, thanks for your info and sharing points in twitter and blog. The rest, lets make friends yok!
  • Last, but not least…HAPPY NEW YEAR TO ALL READERS OF ABBYHAKKA & WELCOME 2011 :)

Popularity: 51% [?]

Panas, kemudian Hujan…

Panas, kemudian Hujan…

Pernah dengar perumpamaan ‘Ku sangka panas hingga petang, tetiba hujan di tengah hari’?. Bukan kata-kata atau bait lagu ‘Ku sangkakan…panas berpanjangaannn,  rupanya gerimis, mengundang.’ Bukan itu na. Eh tetapi kenapa lebih kurang sahaja bunyinya. Ya, pintar anda. Saya bengong. Hahahaha.

Ya, masih ingat cuti Deepavali kami bertiga beranak di rumah sahaja sebab saya jatuh sakit, demam? Ingat. Begitulah. Sudah itu berjangkit. Ingatkan boleh sihat, boleh pulih macam biasa. Tetapi panas mula-mula, tetiba ‘hujan’ juga di tengah. Tidak dapat juga Encik Suami berliburan sama isteri kesayangan dan anak tercinta. Al-kisah, Imran Imtiyaz ku ditahan di wad gara-gara kahak yang terkumpul terlalu banyak sehingga perlu disedut. Banyak sehingga boleh ‘mengganggu’ paru-parunya. Maka, bermalam kami di hospital bertiga.

Macam manis ‘check-in’ hospital malam itu. Hahaha. Dengan penghawa dingin dipasang 24 jam, saya dan Encik Suami menemani anak kesayangan. Dia lemah, lembik sahaja gaya. Muka merah apabila batuk. Sudah tidak tertahan dek sakit batuk dan kahak yang terkumpul. Malam itu, dia dibawa untuk suction. Kemudian, lega tidur tidak bangun sampai 6 pagi hari Sabtu. Susu badan juga tidak menjadi tarikan padanya. Habis membengkak breast saya malam itu.

Bercakap soal suction, saya tidak dibenarkan melihat nurses membuat proses suction itu. Nanti hati Ibu saya tersentuh. Serius. Tak tengok pun boleh tersentuh, inikan tengok. Mungkin perit bagi diri dia yg masih kecil, tetapi saya tidak putus-putus berdoa kalau-kalau suction itu boleh cepat menyembuhkan dia. Alhamdulilah, 4 malam juga Imtiyaz bermalam di HSB. Akhirnya discharge dengan cemerlangnya, sebab sudah kembali demand susu selang 2 jam. Fuh, hati Ibu mana lah tidak girang bila tengok anak sudah sihat. Alhamdulilah, petang Hari Raya Aidiladha, saya dan anak pulang ke rumah.

Dugaan. Datang tidak pernah diundang. Hati Ibu mana tidak tersentap kalau dikhabarkan doktor perlu ditahan wad. Sedangkan mungkin kes dia sekecil kuman. Risau. Penuh risau hati seorang Ibu itu kalau anak perlu bermalam di hospital walaupun malam-malamnya si Ibu berada di wad, nampak santai, nampak mudah. Fahamilah anda bahawa apa jua perkara kalau melibatkan ANAK, soal ANAK, semua perkara perlu ditolak tepi. Semua perkara, I tell YOU.

Kamu punya anak? Bagus, sebab anda faham. Belum punya anak? Kamu AKAN rasai. Akan.

p/s: Imtiyaz seperti bayi lain yang sudah mahu membesar, menginjak ke usia 3 bulan. Sengih, senyum bukan sekali dua sehari. Banyak kali. Saya happy, I’m in JOY. Alhamdulilah.

Popularity: 34% [?]

‘Jangkit-jangkitan’…

‘Jangkit-jangkitan’…

Waduh. Udah macam lagu itu, yang ada liriknya ‘Sengol-sengolan..Cubit-cubitan’. Hahaha. Joke kah itu? Baik-baik. Saya tidak punya masa untuk membuat joke. Atau berjoking. Horman atas bawah, luar dalam badan haywire ni. Baik kamu main jauh-jauh.

Ha ah, benar kami berjangkitan. Minggu lalu, bercuti Deepavali sahaja kami di rumah 3 beranak. Gara-gara saya yang demam bersuhukan 37.6 Celcius. Hehe. Walaupun tahu kemungkinan berjangkit itu memang ada, tetapi saya tetap juga gigih breastfeed Imtiyaz siang dan malam. Sakan saya berhingusan, tetapi tidaklah sampai ‘bercampur’ sama susu badan okeyh? Selekeh betul kamu. Tahu ajalah keadaan berselesema ni camne, gelenyah semacam kita dibuatnya. Rimas soh seh soh seh hidung. Mata sampai berair.

After 3 days, demam kebah. Imtiyaz relaks sahaja. Ku pikirkan Imtiyaz tough. Hehe. Tetapi kalau sudah bond di antara kami itu TERLALU kuat, apa yang saya rasa, dia juga AKAN merasainya juga. Maka, hari ini berduduk-duduk sahaja saya di rumah. EL saya. 1 malam berjaga, melayan Imtiyaz yang tidak selesa dengan hidungnya. Haish, anak kecil. Kau fikir dia reti nak hembus hingus kuat-kuat? Poor him. Kasihan tengok dia bersin dan batuk-batuk kecil. Tetapi yang COMEL. Aduh, cepat-cepat kami bawa dia klinik pagi ini. Mujur tidak demam. Alhamdulilah.

Bukan main banyak ubat Imtiyaz. Paling saya risau hendak bagi dia makan antibiotik. Wajarkah ya saya bagi dia makan? Sebab jadi amalan dalam keluarga saya, jangan pernah sesekali cuba makan ubat antibiotik, sebab prinsipnya kalau dah makan, kena habiskan apa yang doc dah bagi. Sebab itu kami 1 keluarga memang reject lah makan antibiotik. Apa kata kamu ya? Sila beri panduan, kalau tidak keberatan.

Jauh di sudut hati saya, saya berat hati untuk EL hari ini. Tetapi bila difikir dalam-dalam, anak saya lebih memerlukan saya waktu ini. Saya jadi akur. Maaf. Akan saya ganti dan perbetul apa yang saya tertinggal hari ini. Percayalah, kalau kamu punya anak, kamu juga akan setuju dengan tindakan saya. Sekian.

Kalau gambar ini bersuara, memang boleh dengar batuk comel si Imtiyaz. Cepat sembuh, sayang.

Saya setia berblogging di sebelah Imtiyaz yang lagi tidak selesa dengan keadaan dia. Semacam ada rasa bahagia dalam hati, kalau dapat duduk berduaan begini di rumah. Si Ibu belajar, menelaah dan menghadap Internet sementara anak tidur nyenyak, hanya bangun bila lapar. Kalau Imtiyaz sudah besar sekalipun, kita belajar sama-sama ya nak. Haish, feeling itu sampai boleh buat saya tersenyum sendiri. Manis.

Okeyh, kami ingin terus beristirehat-bersama-sebab-mahu-cepat-sembuh. Supaya Abah atau lelaki kecintaan kami berdua tidak sedih-sedih di hari cutinya hujung minggu ini. We should go out more often kan? Insya-Allah, kalau kondisi persekitaran di luar juga baik untuk bayi kami. Chiow.

Popularity: 45% [?]

Indah jikalau…

Indah jikalau…

Setuju atau tidak kalau saya rumuskan ‘Pekerjaan itu Indah’ kalau….

  • Dilakukan dengan sepenuh hati, penuh minat dan semangat daya saing.
  • Diatur dan dirancang terlebih dahulu, apa dan bagaimana untuk melaksanakannya mengikut arahan yang diberikan.
  • Disokong penuh oleh tenaga-tenaga mahir di sekeliling yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar.
  • Kebajikan dan segala manfaat yang layak kita terima dijaga sepenuhnya

…. dan banyak lagi alasan untuk memperkukuh kenyataan ‘Pekerjaan itu Indah’.

Motif apa tulis ayat penyata begini, Abby oii? Cerita cepat.

Ingat. Jangan salah sangka. Pekerjaan banyak pekerjaan dalam dunia ni. Bukan yang bermula jam 8 pagi berakhir jam 5 petang itu sahaja ya. I remind you. Duduk di rumah jadi Surirumah tangga pun 1 pekerjaan okeyh. Buka perniagaan sendiri juga 1 pekerjaan. Kenyataan saya very subjektif. Maka, please dan tolong jangan cepat melatah.

Prinsip saya tentang maksud indah di alam pekerjaan ini, mudah sahaja. Biar atas dasar MINAT. Fuh, kalau dah ada minat, hutan api sanggup ku redah. Gunung tinggi sanggup ditarah, lautan luas sanggup ku renangi. Gitu dashyat la saya nye kesungguhan kalau sudah minat. Saya percaya anda juga begitu, bukan?

TETAPI….

Ada tetapinya, kawan-kawan. Dalam kes saya, saya masih boleh pupuk minat tu.

Boleh ke? Boleh lah. Kan saya sudah kata saya bukan jenis suka bentak-bentak macam budak kecik. Masih boleh LAH.

Jadi, biar saya terus lompat kepada kesimpulannya, biarlah saya dan berilah saya masa untuk pupuk minat menjadikan pekerjaan saya sebagai seorang Ibu ada kerja ini menjadi indah-indah belaka. Saya punya Encik Suami di belakang saya, saya punya Mama dan Abah yang sentiasa prihatin dengan masalah saya dan saya ada beberapa orang individu yang juga mahu lihat saya berjaya sampai ke tahap yang sepatutnya.

Terima kasih kalian semua. Macam indah tak tulis entry macam ini? Macam tidak kan? Hahahahaha. Biarlah, pengarangnya saya. Biar saya tentu jalan cerita. Macam mana hari hujung minggu anda. Ohh saya bosan, Imtiyaz surely double bosan. Maaf ya anakku. Minggu hadapan kita liburan. Minggu ini sahaja Ibu kedemaman. Demam seh pikir perkara-perkara tidak indah. Boleh sampai mengundang demam tu. Hehehe. Taubat. Insaf. Mahu Maju macam kata-kata di bawah:

If you don’t like something, change it. If you can’t change it, change the way you think about it.

-Anon

Popularity: 35% [?]

Rutin Ibu dan Kerja…

Rutin Ibu dan Kerja…

Salam semua. Salam ceria. Salam Sabtu dan tidak lupa Salam (atau lebih tepat Selamat) Deepavali semua!

Baik-baik. Jangan marah-marah. Saya punya beberapa alasan kukuh kenapa tidak dapat berblogging sejak 2 minggu yang lalu. Jelas dan nyata, saya sudah KEMBALI BEKERJA. That’s so obvious. Bukan lagi mcm Ibu yang sedang berpantang, goyang kaki dan hanya bergerak untuk breastfeed Imtiyaz sahaja. Bila sudah nama rutin seorang Ibu itu kembali bekerja, maka rutin berblogging dah tak jadi utama. Huhu..what to do. Berbagi kasih lagi dengan Imtiyaz. Memang blogging jadi nombor kedua terakhir la dalam hidup. Hehehehe. Walau rindu setengah mati kat blog, Ibu tidak mampu buat apa-apa. Senyum kambing je kat blog, itu yang mampu.

Baik, saya sudah ketinggalan banyak siri cerita. Biar saya tinggalkan nota di sini, biar senang juga saya nak recap or buat review satu-satu. Antaranya:

1. Pemberian hadiah ulangtahun perkahwinan yang ke-1 kali daripada Encik Suami.

(ramai sudah tahu apakah ia. Maka mungkin saya reconsider balik samada untuk menulis tentangnya ke tidak. Yang penting, saya amat3 suka dengan hadiah tersebut.)

2. Aktiviti dan gambar-gambar menarik Imtiyaz ketika usia dah menginjak 2 bulan.

(dengan adanya hadiah di atas, dapat saya update sentiasa tentang perkembangan Imtiyaz right on time. Tanpa perlu buka lappy, broadband dan etc. Maka koleksi gambar mostly ada dalam facebook, cuma cerita atau episod bebelan sahaja saya tidak sempat karang di blog. Should wait for this ya?.)

3. Pertemuan dengan blogger tegar, Mdm Chika.

(Nervous ni nak jumpa Mdm Chika ni. 1st time face to face. First time juga dapat jumpa Medina. Walaupun perbualan ala-ala biasa dan masih malu-malu untuk ber huha huha – of course, 1st time jumpa ma, tapi BEST!Hopefully akan ada lagi pertemuan2 Ibu dan Mummy ini ya. Macam seronok gendong anak pergi jumpa kawan-kawan.)

4. Situasi pekerjaan di kantor.

(Terlalu banyak perubahan yang saya perlu tempuhi. Dan banyak juga ilmu baru yang saya perlu pelajari. Best of best part is saya dapat banyak sokongan daripada Encik Suami. Maka, masa 8 jam di kantor, memang saya maksimumkan sehabis mungkin. Di kantor juga, sudah ada episod baru di mana ada masa-masa tertentu saya akan ke tempat persembunyian dan mengepam susu badan. Part ni memang panjang berjela ceritanya. Please remind me of this.)

Cukup atau tidak ringkasan macam ni buat masa sekarang? Please accept ya. Sebab saya lagi demam dan belum kebah pun demamnya. Kalau berBlackBerry sahaja kita, boleh? Hehehehe. Bersambung lagi nanti…

Popularity: 36% [?]