Category Archives: Kegemaran

Permata…

Permata…

Isi rumah jadi riuh. Pak Cu balik untuk cuti Tahun Baru Cina. Uyut (Moyang) juga turut serta. Imtiyaz jadi seronok tak semena. Abah dan Mama, apatah lagi. Anak lelaki tunggal dalam keluarga yang pulang. Haih, sudah tentu terubat rindu masing-masing. Al-maklum, Pak Cu duduk kampung. Sampai sahaja bandar, sampai keluar kata-kata ” Lamanya tak tengok bola (merujuk kepada channel ESPN). Malam tadi pun tengok bola TV1 je”. Alorh, patut aku rasa sedih, atau aku rasa gembira? Hehehehe. To me, it’s a funny statement.

Pak Cu balik bawa Canon Kiss X4. Si Along jadi excited ambil gambar anak. Hasilnya, nah!Saya sudah punya gambar untuk majalah panduan Pa&Ma (*verangan). Rindu ah bergambar!Rindu ah mahu berpotret!Rindu ah kat studio putih! (*Tetiba). Kena ambil kesempatan yang ada untuk maksimakan penggunaan Kiss X4 Pak Cu nieh!Biar banyak koleksi Imtiyaz. Biar tidak rindu-rinduan juga Pak Cu nanti. Hehe.

Imtiyaz memang dalam peringkat/zon ‘gugu gaga’ sekarang. Ibu, Abah, Tok Ma, Tok Abah kena jadi tukang gugu. Yang ber ‘gaga’ nye Imtiyaz. Berdekah gelak bukan main. Ah video!Saya tahu, saya post lain hari, boleh? Tengok gambar dulu, boleh? Tak manis la berjanji manis pada kamu semua. Kata punya gambar, tapi tidak tepek di sini. Ok, saya tepek sekarang!

I admit that I’m not so good in taking photographs, apatah lagi gambar potraiture!But I know who can fulfill my dream to capture Imtiyaz soon. Who else, if not Faris Fakri Photography. Sebab saya adore akan hasilnya. Feel like to touch the photos. *Aish, sedang cuba menenangkan jiwa untuk tidak terlalu excited bergambar. Sebab subjek utama kali ini, adalah Imran Imtiyaz dan bukannya Ibu dan Abah sebagai pengantin baru mahupun pengantin lama. Hahahahahaha. Sekian sahaja. *Entri suka-suka dan buang masa. To share Imtiyaz’s moment with all the readers. :)

Popularity: 53% [?]

Mamam si Manja…

Mamam si Manja…

He’s my boy~

Pendekatan yang sedikit luar biasa. Memulakan cerita dengan menepek gambar terlebih dahulu. Gambar si comel dan si manja saya. Tenang jiwa menatap wajah dia. Tenteram juga hati hendak menulis entri berbunga-bunga. Cerita pasal apa pula ya kali ini? Ah ha. Terbaru dan terkini tentang Imtiyaz sudah tentu!Sambil diselang-selikan dengan gelagat dia di hadapan kamera, boleh? Yok!

Ini dia si tembam saya. Ketui sana-sini. Ibu suka!

Jelas dan nyata kelihatan muscle di sana sini merata pada badan anakku. He’s growing healthily, Alhamdulilah. Semoga trend ini berterusan. Selain daripada breastmilk, sekarang Imtiyaz sudah diberikan solid foods. Mungkin ramai yang tidak tahu, sebab saya belum pernah update status atau tweet mengenainya. Ya, tempoh percubaan dahulu. Itupun disokong kuat oleh rakan sekerja yang mengatakan bayi tidak semestinya mula makan solid foods selepas berumur 6 bulan.

Pada awalnya, memang cuak. Anak bukan bahan eksperimen, tetapi hendak atau tidak, perlu cuba juga ke atas Imtiyaz. Lagipun, bila saya belek-belek kamus anak (buku panduan setebal 200 pages lebih sebagai guidance saya), Imtiyaz sebenarnya sudah mula tunjuk tanda-tanda dia sudah boleh menerima solid foods. Antaranya :

  1. Boleh duduk atau berdiri tegak (seakan-akan / merely)
  2. Bila lihat orang lain makan, mulut dia juga terkumat-kamit. Menunjukkan deria rasa dia sudah mula ada.
  3. Bila disua sudu atau cebisan makanan (contoh: buah-buahan), perlahan-lahan dia lick dan terus-terusan mahu rasa makanan tersebut.

Maka, tanggal 10 Januari 2011 adalah hari pertama Imtiyaz mula makan solid foods. Itupun masih lagi terbatas. Saya pilih hanya solid foods yang terbaik sahaja untuk dia. Petang Sabtu itu, kami ke Cold Storage dan borong apa yang saya rasakan bagus untuknya. We bought sweet potatoes, kiwi, potatoes, papaya, and banana. Dan Imtiyaz paling-paling suka pisang ya, kawan-kawan!Dan betik juga!Dia akan makan pisang lenyek sampai habis 1 biji sehari. Kalau lambat sikit sua ke mulut dia, bising minta disuap lagi. Aiseh, my son. Turutkan aje.

Bila rindu, ku sebut namamu. Bila Pak Cu rindu, Imtiyaz yang disebut-sebut. Hehe…

To our surprise, berat dia sudah cecah 7.2 kg masa umur 4 bulan 2 minggu. Wee!Anak Ibu!Itu baru betul anak Ibu!. Makanan yang saya beri pada dia inipun, sebenarnya atas nasihat kawan. Kawan berbangsa Cina. Saya rasa ada baiknya saya terapkan amalan pemakanan yang baik untuk anak dan keluarga saya. Tidak salah bukan? Kenapa hanya makanan-makanan tersebut yang saya berikan? Sebab ianya mengandungi natural sugar. Natural sugar itulah yang baik untuk bayi yang hendak membesar. Later on, natural carbohydrate dan salt juga akan saya berikan. Semalam, buku ‘Solid Foods : For Baby and Toddler‘ mengajar saya. Baru beli, terus baca. Sampai tidur lewat malam tadi. And now, I’m blogging it. :)

‘Wuuuuu..’ Dialog teruja Imtiyaz.


Garangnya anak Ibu!Pose terbaik, so far!


Do I look okay?


Of course, you look okay my dear. Uyut Imtiyaz dapat tahu saje Imtiyaz dah boleh makan, suka pula makan pisang..dibekalkannya kami terus 1 tandan kecil pisang untuknya. Hehehe..senang, stock segar dari ladang. Tak perlu nak keluar modal bagai. Hehe. Terima kasih Uyut. Kalau bekalan habis, kami balik kampung lagi ya. Kui3.

Memetik kata-kata kawan berbangsa Cina saya itu dan buku yang saya baca, makanan yang gulanya dibuat-buat (bukan natural) memang tidak patut diberikan pada si kecil. Elakkan kalau boleh. Contoh: Nestum atau cereal. Ianya lebih sesuai diberikan kalau anak sudah berumur 1 tahun dan  ke atas. Bila nutrien susu badan kita tidak lagi mencukupi untuk anak.

Habit pemakanan anak saya, saya sendiri yang design.  Encik Suami ikutkan sahaja. Mama juga. Susu ibu masih tidak putus-putus saya berikan untuk Imtiyaz. Pisang dan susu badan, saya gaulkan sekali. Mungkin itu definisi sedap pada Iyaz. Hehehe…Kalau ada yang mahu ikut trend ini, terpulang. Pada masa akan datang, andai ada perubahan pada typoe of solid foods yang saya beri pada Imtiyaz, saya akan update di sini. You follow, I’ll be happy too.

Kiranya sudah lebih 2 minggu Imtiyaz makan. Alhamdulilah, dia tidak menolak sampai ke hari ini. Dari 2 kali sehari, sekarang sudah jadi 3 kali sehari. Tidur juga lebih lena. Hanya sesekali sahaja bangun, minta susu. Alhamdulilah, lega dan seronok hati tengok anak membesar gaya yang seperti ini. Apa yang Ibu bagi, makan ya anakku :) Ibu juga tidak punya ilmu, tetapi Ibu cari dan belajar demi kamu.Abah juga. Jangan pernah lupa itu, k?

p/s: Koleksi gambar adalah ketika Imtiyaz balik ke kampung lawat Pak Cu yang bersekolah di sana. Pak Cu happy to the max spending time taking pictures of him!Jadilah, buat pengubat rindu!!

Popularity: 58% [?]

2011, Tahun Baru…

2011, Tahun Baru…

Sudah masuk hari yang ke-23 dalam tahun baru, belum pernah ada kesempatan untuk bermanja-manja dengan blog kesayangan. Walhal dalam masa 23 hari ini sahaja, sudah macam-macam hal berlaku. Sudah macam-macam perkara yang boleh Imtiyaz lakukan. Ohh, what a missed!! Harap saya dapat kejar menaip entri laju-laju supaya tidak ada satu cerita pun ketinggalan. Ayuh!

Baik, mahu mula dari mana ya? Err, saya buat ringkasan dulu boleh. Take note. Kemudian, dari sini nanti saya akan taip entri penuh. Boleh? *Angguk sahaja, please.

  1. Keletah Imtiyaz yang sudah boleh membebel-bebel sendiri. Semacam ada rakan halusinasi pulak. Rancak benar boraknya. Plus, he can even sit in a walker now.
  2. Lambakan kerja di pejabat yang semacam tidak boleh handle. Semua benda pun ad hoc. Saya jadi pusing, tetapi tetap gigih complete all of them.
  3. Sambutan harijadi Mak Ngah Imtiyaz yang ke-21 di DUDUK cafe. An unplanned birthday surprise but it turned well at the end of the day. Heart you, DUDUK!
  4. A job offer (part time basis) yang saya sangat-sangat adore. Being offered to me and though it is not confirmed yet, I feel happy to do as I’m stick to the words that ‘I wanna do what I love doing’. Hehehe…apakah?
  5. Review dua buah filem inspirasi yang meruntun dan menyentuh naluri hati saya sebagai seorang Ibu. Will share soon untuk kebaikan semua.
  6. Bagaimana lagu-lagu kumpulan KRU boleh ajar saya kenal dan belajar perbendaharaan perkataan Bahasa Melayu? Sounds interesting, isn’t it? It applied on me during school time. Good points to share with readers.

Banyak bukan? Kalau dibuat 5 entries sekalipun, sure panjang berjela. Itu belum saya masukkan lagi agenda yang bakal berlaku selepas hari ini. Ya, selepas dari tarikh hari ini. Banyak sungguh. Aktiviti seorang Ibu ini bakal padat dengan kegiatan sosialnya kelak. Fuh, sampai boleh jadi wanita NGO barangkali. FUHHH!Amin. Bisa menjadi kenyataan. Tiada yang mustahil. Maka, bagi saya ruang untuk dapatkan mood dan rembesan hormon yang mengujakan untuk menaip entri-entri di atas, please? Saya kembali lagi nanti!

Popularity: 29% [?]

#2010 Memories…

#2010 Memories…

Hashtag. Saya kenal istilah ini di Twitter. Best juga buat hashtag ni. Hashtag merujuk kepada #2010memories, #HarimauMalaya, #ask2010 dan banyak lagi. Maka kalau sudah hashtag seperti di atas, yok kita imbas corat-coret saya 2010. Saya panggil 10 Terbaek & 10 Terhanget. Errm, kurang pasti boleh sampai point ke 10 atau tidak. Tengok and baca sahajalah ya.

#2010Memories Manis

  • Giving birth to Imran Imtiyaz bin Muhd Ismail on 25th August 2010.

Termanis dan terpaling manis dalam hidup. Si kecil anak sulung. 9 bulan genap menanti kelahirannya memang jadi debaran dalam hidup. 9 bulan itu juga, saya lalui banyak cerita jatuh bangun dalam hidup. Alhamdulilah, si kecil lahir sihat sempurna. Jom kita tengok balik gambar Imtiyaz: Day 1.

  • Be able to breastfeed Imtiyaz until now, and that’s such a bliss to me.

Dulu tidak tahu, tiada akal atau idea bagaimana cara and rasa menyusu. Sekarang sudah boleh, dan saya sangat bahagia dan bangga melakukannya.

  • Perkahwinan yang dibina sudah jangkau usia setahun

Usia setahun jagung, maka banyak lagi yang perlu kami kenal dan tempuhi bersama. I’m happy having him as my hubby, and that means f.o.r.e.v.e.r!

  • We moved house from Sg Buloh around month of May and stays in big town called KL

Teruja sebab tinggal lebih dekat dengan tempat kerja. Dapat berjimat banyak perkara. Dapat lebih banyak luang masa dengan Encik Suami berbanding dulu, sebab berulang alik jauh dan banyak masa dihabiskan di atas jalan raya.

  • Year 2010 also is my 4th year of working. And that’s quiet a number.

Masuk tahun keempat bekerja, saya sudah kutip pengalaman di dua Syarikat. Alhamdulilah, rezeki dan jaminan itu ada. Malangnya, satisfaction masih tercari-cari.

  • Bought a Blackberry

Pemberian Encik Suami sempena ulantahun perkahwinan kami yang pertama. So, I’m not so-yesterday dah. Cause now dah selalu sgt tweet dan facebook, anytime anywhere I want.

  • Manage to shop what I want especially for labour needs and of course, for Imtiyaz’s use.

Macam-macam barang disurvey. Ada mahal, ada murah. Manage to buy yg mahal, memang 1 kepuasan. Hahaha. Dapat yang murah pula, rasa semua keperluan jadi lengkap. Alhamdulilah, bersederhana cuma.

#2010Memories Pahit

  • Sedikit sedih melahirkan Imtiyaz secara caesarean, but Allah knows what’s best for us. Bukan pahit sebenarnya, but lebih kepada perasaan tidak seronok tetapi masih bersyukur :)
  • Situasi yang sedikit mengganggu-gugat perasaan saya untuk bekerja setelah lama bercuti bersalin. Sedih, definitely. But again, I believe there’s always hikmah behind what Allah has planned for us.

#2010Memories & #2011Mission

  • Kan saya sudah bilang, saya tidak punya azam untuk tahun 2010. Maka kebanyakan misi adalah on the spot, termasuklah kelahiran si kecil. Alhamdulilah, walau ada sedih pahit di sana sini, segalanya dipermudahkanNya. Menangis, ketawa saya sekarang adalah kerana Imran Imtiyaz dan Encik Suami. They both are my happiness.
  • As for year 2011, terlalu banyak resolution pula tahun ini, compare to last year yang mmg tak pasang niat nak ada azam bagai. But what I wanna do for this year, just let me update you from time to time dalam web blog kesayangan saya ini. Jangan jemu dan boleh saya conclude, update blog akan jadi lebih dan lebih kepada 1 disiplin utk saya pada masa akan datang. Wee!Seperti bukan saya yang mengatakn ini. Huhu. Semoga readers blog saya juga bertambah dan bertambah setiap hari. Sudi-sudikanlah membaca atas dasar perkongsian ilmu dan pengalaman semata-mata. Jangan diingat perkara atau tujuan lain pula.
  • Plus, I’m happy to say that 2010 is also a year of me making new friends through Internet. To @yonna, @chikadior, @tyailyana, @nay2i norman, @dieyla and so forth, thanks for your info and sharing points in twitter and blog. The rest, lets make friends yok!
  • Last, but not least…HAPPY NEW YEAR TO ALL READERS OF ABBYHAKKA & WELCOME 2011 :)

Popularity: 38% [?]

Duduk & Gambar…

Duduk & Gambar…

Pantang sahaja sekarang ini. Lagi-lagi kalau esoknya hari Sabtu. Hari pantang sekarang buat Abby. Hari di mana Abby mempunyai 24 jam bersama si kecil, Imran Imtiyaz. Jadi pantang juga kalau hari tersebut tidak digunakan semaksima mungkin. Kalau boleh, perlu dirancang aktiviti padat untuk si Ibu, Abah dan anak habiskan masa bersama.  Tidak kisahlah ke mana hala tuju, janji kami bertiga beranak isi masa yang ada bertiga. Huhu…

Macam Sabtu yang lalu, kami bertiga merasakan kami memang habiskan masa dengan sebaik mungkin. Selain dapat bersosial, sempat lagi saya pasang azam jadi entreprenuer. Hehehe…Insya-Allah, dengan izinNya. Sabtu lalu, sambutan Krismas. Tarikh signifikan juga buat sahabat yang saya kenal, Maisarah Sani dan pasangan, Faris Fakri.

Eh eh macam pernah dengar je nama mamat tu? Haruslah. Antara yang menjadi memory maker. Hahaha… (Kembang semangkuk kalau Faris baca ni). Maju setapak lagi saudara kita yang seorang ini kerana sekarang sudah punya kantor sendiri. Pasangannya pula, kini fulltime entreprenuer juga melangkah 1 tapak lagi apabila membuka outlet kedua cafe miliknya di Solaris Dutamas. Wee!So happy for both of you apabila dapat tahu juga kamu berdua sudah melangsungkan pertunangan. Alhamdulilah~

Kami antara yang terawal sampai ke cafe. Tepat jam 2, kami dah tertinjau-tinjau kalau-kalau ada kenalan lain yg kami kenal. Tidak ada yang kami kenal. Faris datang menyambut kami. Kemudian, Maisarah datang pula menyapa. Dikhabarkan terus tentang berita pertunangan mereka, saya sumpah jadi terkejut. Diam-diam berisi eh korang. Haha. Tak apa, kalian memang sudah boleh jadi papa and mummy dah pun, okeyh? Agenda petang itu, majlis soft lauch Duduk Cafe dan Faris Fakri Photography. Seminggu awal saya sudah canang dengan Encik Suami, saya mahu pergi majlis ini. Encik Suami tidak kisah, turutkan sahaja kata si isteri. Nah, akhirnya ada juga gambar kami bertiga setelah sekian lama tak dapat sentuhan Faris. Wee!

Thank you, Faris. We love it. Waduh, jom Iyaz. Kita pergi cari Uncle Faris untuk ambil gambar Iyaz banyak-banyak k?.

Sorry, Ibu terlalu girang tengok gambar ni dipost oleh Faris. Seminggu tunggu, okeyh? Haha..berlaku jujur ni. Dah lama sangat tak invest untuk fotografi. Kali terakhir, masa wedding kami je. Baik, azam tahun baru : masuk studio WOW!Foto sampai mereka jadi jemu, bolehkah?

Borak punya borak, alih-alih si Faris beritahu ada gambar saya di office dia. Besar punya!Ok, saya terkejut lagi. Tak percaya?

Di sebelah kiri, si manis Maisarah, VIP of the ceremony that eve. Yang di sebelah kanan itu. Baik, sekarang sudah percaya. Faris letakkan semua his great masterpieces sebagai isi ruang luar pejabatnya. And again, I feel honoured (cet!) and happy at the same time sebab tak pernah wei, muka ni ada orang nak letak kat billboard ke, kat magazine ke. Hahaha. At least, dalam 1 bandar KL sekarang, ada 1 tempat yg ada gambar saya and that’s  Faris Fakri Photography office at Solaris Dutamas. Wee!!Thank you ya!!Tolong jangan tanggal untuk tempoh 1 tahun, please. Hahaha.

The rest of the evening, we spent time eat and eat, talk and talk with Nazir Azhari and wife. 1st time jupe wife dia, and she’s sweet too. Makanan yg dihidangkan petang itu, semuanya food cravings dari Duduk Cafe. I enjoyed eating the nasi lemak, though in small portion, it tasted good. Menu lain, anda boleh rasa sendiri di Duduk Cafe. I adore their cakes too. You should give a try.

Now, lets pictures do the rambling.

Sepanjang petang itu juga, Imtiyaz behave. Behave sebab dia tidur. Jadi tabiat pula sekarang, dia cepat jaga kalau diletakkan di dalam stroller. Maka, saya lagi selesa memangku dia dari letakkan dia. Biar dia sentiasa rasa kehangatan badan saya, eceh. Maka, gambar dia banyak yang tidur sahaja. Enjoice.

Errrr, figura ini hadir juga petang itu!Tetapi waktu saya sudah pulang!Tension dapat tahu. Kalau tahu, mesti saya tunggu sampai petang. Tapi apakan daya, adat sudah punya anak…did I tell you my life is fully determined by Imran Imtiyaz? Smile with bliss.

and last but not least :

Faris Fakri with Malaysian Astronout.

Thanks to you both. Kami seronok petang itu. Dan sangat berharap akan lebih banyak lagi pertemuan-pertemuan begini. Perjumpaan sosial seperti ini sememangnya saya gemar. Lebih memberi banyak inspirasi dan membuka minda saya sebenarnya. Jujur saya katakan, pergaulan sebegini membuatkan saya lebih bersemangat mahu atur kehidupan. Suka dan akan sentiasa suka untuk memenuhi undangan sebegini lagi. Thanks again!

To Faris, ayat Kumaran nampak gambarku di kantormu: Aku jeles, Aku jeles, Aku jeles, Aku jeles, Aku jeles, Aku jeles… [panjang sangat, you continue yourself, readers ;) ]

To DUDUK cafe and its owner, congratulations and may Allah brings more barakah on your business ;) DIA maha pemberi rezeki, berusahalah kalian :) We fully support you!

Popularity: 66% [?]

Cemerlang…

Cemerlang…

Bila saat cemerlang atau momen-momen gemilang datang, kita mesti rasa gembira. Overjoyed with it! Lagi-lagi kalau perkara cemerlang itu dapat setelah berusaha keras ke arahnya. This sentence is referring to those students who are attached to Malaysian’s standard orientation of examination iaitu UPSR, PMR and SPM (semua termasuk kita lah, bukan). Dan baru-baru ini sahaja, keputusan PMR pun diumumkan.

Tahun ini, adalah tahun adik lelaki saya mengambilnya. Dengan penuh debar, kami tertunggu-tunggu result yg bakal dia dapat. Ohh dia anak lelaki tunggal dalam keluarga. Manja dan ada 1 macam juga perangai si bongsu ini. Macam kurang yakin, kalau tengok gaya dia belajar dan cara dia ‘menghabiskan’ waktu selepas jam-jam berada di sekolah. And to our SURPRISE, he SCORES!Straight As!!!!ALHAMDULILAH.

He maybe strive for it, though to us he wasn’t that struggle to study. Bak kata Abah, kuasa Tuhan barangkali. True also. HE helps!Dengan sedikit usaha dan tawakal adik bongsu saya, barangkali kejayaan itu berpihak atau sememangnya berhak menjadi milik dia. Alhamdulilah ~ Tiada yang lebih menggembirakan hati kedua ibu bapa, melainkan perkhabaran kejayaan cemerlang seumpama ini. Kerana inilah yang mereka dambakan, walau mereka dah berhabis jutaan ringgit untuk kita. Tidak banyak bukan yang mereka pinta ;)

Ini dia jejaka cemerlang. Alhamdulilah. Sila gandakan usaha kerana ini baru sahaja permulaan.

Bila terjadi episod cemerlang begini, saya lebih gemar menasihatkan:

Tahniah and be proud of it. But bare in mind, SPM is more and more IMPORTANT than this. Jangan dibuai angan, kerana ada berbaki lagi 2 tahun alam persekolahan. Alangkah sayang kalau 2 tahun dari sekarang, masa itu disia-siakan begitu sahaja. Remember, double up your effort for SPM and makes our parents more proud cause having us as their children.

Haha nasihat ala keibuan sangat. Al-maklum si kakak yang dah bergelar Ibu. Maka, tadah telinga dengar sahaja. Hahahaha. Nazim, a copycat of me. I can know whether he understands me or not. Thus, be good Nazim. And be good always.

Bila ada kes cemerlang ini juga (ayat pengulangan…derghh, kenapa kamu, buntu atau ngantuk?), saya si Ibu pasang impian untuk Imran Imtiyaz juga. Moga jadi insan cemerlang juga 1 hari nanti. Yang baik dan berakhlak juga, yang jenis berusaha dan bantu keluarga. Amin. Sekarang baru sedar tanggungjawab sebegini, seperti 1 alam  berada atas bahu! Mampukah digalas? Insya-Allah, dengan kuasaNYA.

Popularity: 32% [?]

Wajib Dahulu…

Wajib Dahulu…

Ramai sudah sedia maklum anak teruna saya sudah botak. Sudah tidak berambut. Bagi yang tahu, khusus bagi mereka yang ada kaitan dengan Facebook saya. Bagi yang tiada kaitan, tengok sahaja gambar di bawah. Betapa licin dan suci kelihatannya si anak teruna saya, Imran Imtiyaz.

Haish, sudah botak masih lagi comel. Bayi, sudah nama pun bayi. Comel segala segi. Imran Imtiyaz, suatu nama kegemaran sekarang. Kalau dahulu, sepertinya ramai berasa ralat hendak memanggil namanya. Tetapi sudah tidak lagi sekarang. Nama penuh terus disebut. Ada yang gemar panggil Imran, tetapi kebanyakan lebih sukakan nama Imtiyaz. Alhamdulilah. Sesuai dengan maksudnya, ‘Yang Terpilih’. Sudah tentu, Imtiyaz rasa seronok namanya dipanggil-panggil selalu.

Kami, pasangan ibu bapa akhirnya decide untuk laksanakan yang wajib sahaja dulu. Aqiqah sudah selesai pada Raya Haji lepas, cukur kepala pun sudah. Memang tiada majlis gegak gempita. Hanya antara kami sekeluarga sahaja. Alhamdulilah, sudah lega 1 bahagian. Jamuan ringkas akan menyusul kemudian. Saya akan adakan sedikit jamuan di pejabat kelak, begitu juga Encik Suami. Surau dan masjid terdekat juga akan kami beri. Settled.

Tidak apa sayang, kalau majlis cukur jambul kamu hanya diraikan sebegini. Yang penting, doa Ibu dan Abah dan berkat doa semua, kamu membesar dengan sihat dan bijak. Amin.

Imtiyaz bakal menginjak usia ke 4 bulan. Ibu tidak akan pernah lupa tarikh keramat kelahiran mu, anakku. Setiap bulan jadi excited, kira detik, kira waktu. Setiap perkembangan, kalau boleh mahu dicanang 1 dunia. Ya, Imtiyaz bayi sihat. Bayi yang mahu tawan dunia, Insya-Allah. Mana tidaknya, Imtiyaz sudah boleh buat banyak perkara. Dah macam orang dewasa, saya rasa. Antaranya:

  • Sudah boleh renung dan tenung pintu masuk rumah Tok Ma dan Tok Abah, perhati siapa keluar dan masuk rumah. Macam pagi tadi sahaja, saya lambai dia dan sarung heels untuk ke tempat kerja. Imtiyaz tidak alih pandangan dari pintu dan mula buat muka cebik bila saya kerap kata ‘Bye-bye, Iyaz’. Tutup sahaja pintu, kedengaran suara dia menangis. Saya jadi sayu.
  • Sama juga kaedahnya bila saya jerit-jerit nama dia bila sampai rumah dari tempat kerja. Mata dia tertancap depan pintu, kenal pasti suara siapa. Si Abah atau si Ibu. Yang pasti, si Ibu lah kan kalau kes jerit-jerit tu. Hahaha.
  • Sudah boleh diagah-agah. Buatlah apa sahaja bunyi dan gaya sekalipun, Imtiyaz akan beri respon dan sengih tak henti. Itupun KALAU mood baik. Time tengah baik, menangis pun boleh dibuat-buat. Dia memang suka hendak main ku-cak / acah-acah dgn Ibu dan Abahnya. Smart boy.
  • Tangan sudah boleh menggengam objek. Wee!Berilah barang-barang yang ringan padanya (seperti tuala atau toy kecil), dia dah boleh genggam erat dan pegang lama. Alhamdulilah.
  • Ini tabiat baru dan pelik. Imtiyaz nampaknya sudah mula gatal gusi, orang panggil. Orang tua-tua kata hendak tumbuh gigi. Wah, seawal inikah? Habis kesemua mitten dia basah lencun. Imtiyaz nyonyot bukan main bising. Terbaru, nipple saya jadi luka dek kerana Imtiyaz ketap kuat masa menyusu. Sakitlah Ibu, Iyaz. Jangan buat selalu ya. Ibu nak menyusu kamu penuh, kalau boleh sampai 2 tahun. So, please behave ya.
  • Sleeping routine dia juga sudah stabil (buat masa ini). Saya didik dia jam 8.30pm adalah waktu tidur semua orang dalam rumah Tok. Semua lampu dah ditutup, hanya tinggal cahaya TV sahaja. Selalunya, menjelang 9pm, Imtiyaz sudah lena. Ibu pun join sama. Cuma lari sedikit kalau hujung minggu. Imtiyaz sahaja tidur, Ibu tengok TV sampai lebam.
  • Kegemaran utama Imtiyaz sekarang, UTAMA ya, bukan sebarangan dan calang-calang adalah berjalan dan menikmati pemandangan dari dalam kereta. Wuaaa!Sakan!Sakan berborak kalau ada dalam kereta. Sakan juga tidur berjam-jam lamanya. Kau bayangkan kalau dari KL-Melaka, Imtiyaz boleh tidur tenang tanpa ada masalah? Fuh. Kereta ya? Hahaha. Lepas ni memang perangai lah bukan, kalau mahu tidur sahaja, kena start enjin kereta. Haip!
  • Ketidakselesaan dia pula. Hahaha. Memang Ibu tersentap kalau jadi selalu. Tetapi hanya mampu bersabar sahaja sebab he’s a growing boy, definitely. Sakan tidur dalam kereta, mood sudah baik. Alih-alih bila jejak masuk shopping complex, teriak bukan main. Wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ Masuk stroller, tak kena. Yang Imtiyaz hendak, ada di atas pangku/dukungan Ibu or Abah. Hahahaha. Letih la Ibu dan Abah, sayang. Ngeh3. Mungkin dia rasakan tempat-tempat yang kami pergi tu asing bagi dirinya. Maka, jadi lambat sikit dia nak develop mood. Sebab itu kami jadi kerap pergi nursing room. Sebab dia sakan tidur dalam kereta, bila keluar sahaja, masa itulah rasa nak haus dan nak susu. Tidak fun sedikit di situ, tetapi lama-kelamaan dia akan biasa juga nanti, insya-Allah.

Pendek kata, Imtiyaz memang gemar berjalan la. Ikut perangai Tok Ma dan Tok Abah, serta Abahnya. Saya memang jenis bermalas-malasan sahaja di rumah, sejak dari zaman anak dara lagi. Naa, kedua-dua atuk pun memang kaki berjalan. Dah tak terkira si Imtiyaz ku jejak kaki ke Sogo, tau. Closet dia sahaja mengalahkan Ibu dan Abah.

Hai anakku, itulah dia yang menjadi kesayangan semua. Membesarlah dengan sihat ya. Belajarlah dengan sepenuh keinginan hati sebab Ibu dan Abah sedia membantu waktu senang dan susahmu. Jangan pernah jauh dengan Ibu dan Abah ya. Amin.

Popularity: 39% [?]

Churp Churp…

Churp Churp…

Phewit. I’m a Chuper. Apakah benda Churp Churp ini? Sesuatu yang baru, suatu bentuk pengiklanan yang baru. Macam menarik, macam tertarik saya. Saya hendak cuba. Kalau jadi, saya khabarkan semua. Kamu, jangan lupa cuba. Dia bersangkut paut sangat dengan Twitter dan Facebook. Saya aktif dua benda tu, maka sayang kalau tidak Churp Churp.

Wee!Tunggu post seterusnya. Banyak betul hendak kongsi nieh.

Popularity: 27% [?]

Bila Iyaz…

Bila Iyaz…

Bila Iyaz dah mula bicara, 1 rumah jadi bingit. Kegemaran terbaru:

  • Senyum dan sengih tanpa kira occasion dan sebab tertentu. Sweet.
  • Menangis, melalak tanpa kira occasion dan tempat juga. Tidak manis. Tetapi vokal suara sudah jelas. Siap macam terdengar Iyaz memanggil, ‘Umaaaaaaaaaaak….’. Haip, Ibu la Iyaz, bukan Mak.
  • Mata dah memang boleh detect pergerakan di sekelilingnya. Sekarang, jadi habit dia leka tengok kipas pusing. Okay Abah, it’s time for us to buy him toys and more toys!!. Gagagaga.
  • Suka berborak. Macam-macam bunyi keluar dari mulut. Meriah.
  • Demand susu melampau-lampau sekarang, tetapi Ibu love sangat!Tepat 2 jam (tanpa ragu-ragu), dia minta susu. Ibu pun apa lagi, memang tak tunggu lama, sua boobs sahaja. Smart boy, he will be. Amin.
  • Abah kata cara dia berborak, dia bercakap macam Ibu. Bijak seperti Ibunya. Tang mana tu honey? Amin Ya Rab. Moga lebih lagi bijak dan pintarnya dia dari kami.
  • Oh ini part paling cinta. Bila dia menyusu, mata dia tidak lekang tengok saya, Ibunya. Tenung tepat ke arah saya. Macam seolah-olah dialognya, ‘Ibu, terima kasih sebab menyusukan saya.’ Auwwww. ‘Sama-sama, sayang’. Cepat besar dengan sihat ya. Love.

… dan banyak lagi.

Banyak lagi kegemaran dan aksi-aksi Iyaz ni kalau hendak dicerita satu-persatu. Lagi baik dirakam dan ditepek di sini. Ha, baru kamu tahu saya tipu atau bohong. Derh, hahahaha. Perkembangannnya saya notice, dan ianya penting untuk saya tahu anak saya sedang membesar. Dia sudah hendak menginjak ke usia 3 bulan. Wah, sudah besar anakku. Alhamdulilah.

Kesihatan dia? Baik-baik. Terima kasih kepada mereka yang bertanya dan mendoakan. Jadi pengajaran besar untuk saya, untuk lebih berhati-hati dalam menjaganya kelak. Maafkan Ibu, sayang. Ibu kurang ilmu, tetapi bertuah sebab di dalam usaha membesarkan kamu, Tok Ma dan Tok Abah ada selalu. Ibu akan buat yang terbaik untuk kamu ya. Persetan apa orang nak kata. Ingat ya son, tema kita : Persetankan Sahaja! Good boy. Hahahaha.

Wee!Tidak lama sahaja lagi, kami bertiga beranak bakal kembali ke home sweet home kami. Tidak seronok juga. Sebab sudah tidak serumah dengan Tok Ma dan Tok Abah. Sedih. Tetapi Iyaz masih di dalam jagaan mereka waktu saya dan Encik Suami bekerja. Pheww. Kehidupan saya totally berubah juga nanti. Sudah kembali ke rutin seorang Isteri, Ibu dan dot dot dot. Hahahaha. Bliss. Janji, Iyaz membesar dengan baik dan sihat, saya lebih dari bersyukur.

Masa ini dia gigih tiru aksi saya. Good try son!


Saya panggil dia Goo Jun Pyo. Hahaha. He’s handsome, isn’t he? Wee!

Kamu, sudah mahu masuk tahun 2011? Ada apa rencana?

Popularity: 24% [?]

Hadiah Ultah dan ‘Dua’…

Hadiah Ultah dan ‘Dua’…

Macam sudah basi kalau hendak diceritakan ini. Tetapi Encik Suami sudah bagi hint, “Blog tidak berupdate. Kenapa?” Baik-baik. Ibu update segera. Dan sebagai mukadimahnya, saya ceritakan ini dahulu.

Pemberian hadiah dari Encik Suami ini sebanyak mungkin telah menggembirakan hati saya. Sebab, saya boleh bertweet2, berfacebook2 dengan sangat senang dan banyak tentang kami dan anak kami. Basically, tentang anak kami sebenarnya. Setiap apa jua perkembangan Imran Imtiyaz yang saya nampak, saya akan snap dan terus bertweet tentangnya. Memang masyuk dan best feeling sebab sudah punya BB. Terima kasih Encik Suami atas kesudian ini. Akan ku jaga BB sepertimana ku menjaga babymu. Hehehehe…

****

Imtiyaz ku sudah capai usianya 2 bulan. Dan sudah terima 2nd vaccine pun. Oh dia sangat behave. Nangis sekejap sahaja. Saya dan Encik Suami penuh sedia sebab vaccine kali ini mmg mengundang demam.

Oh my cutie pie. Demam-demam pun, masih cute. Haih, lomah jantung nengok.

Mujur demam Imtiyaz tidak berapa nak menjadi. Suam-suam kuku sahaja. Macam panas, macam tidak. Cuma Ibu sahaja gelabah, disuruhnya Mak Ngah letakkan juga cool fever di kepala Iyaz. Alhamdulilah, Imtiyaz baik-baik sahaja. Bergugu gaga macam biasa, demand susu juga macam biasa. Syukur.

Berat terkini Iyaz adalah 5kg ya kawan-kawan. Alhamdulilah, pertambahan berat yang baik untuk bayi. Dan RELEVAN ya. Jangan suka-suki tuduh bukan-bukan, nanti saya emo dan saya tersentap. Jangan sampai saya menangis, saya berang. Maka, diam. Hahaha. Panjang pula, dalam 57cm. Ohh bakal tinggi anak sulung Ibu nieh. Lain-lain, Imtiyaz dilaporkan sihat-sihat sahaja. Sudah nampak pergerakan di sekeliling dan boleh tahu juga nada orang marah-marah dia. Hahaha. Marah bukan apa, ada masa dia menangis buat-buat, manja-manja habis. Bila kita agah dia dengan marah, terus dia diam dan tidur. Hehehehe. Comel.

***

Memang betul kata Tok Ma. Imtiyaz, kalau siang hari memang nyenyak tidur kalau dapat susu Ibunya. Inikan pula hujung minggu, masa saya untuk berada di rumah dan tidak bekerja, memang lagi nyenyak Iyaz tidur dapat susu direct. Memang senang la. Buktinya, tengok dapat juga saya berblogging panjang. Hahaha….

Ya. Episod 2 juga menyaksikan 2 bayi bertemu dan 2 Ibu juga bertentang mata. Wah, apakah punya bahasa?

Ya, saya bersama selebriti. 1st time face to face saje saya jadi nervous. Excited too. Siapalah yang tidak kenal ms nurulism kita ini? Dari zaman bujangnya sampai ke zaman mummynya, si dia ini punya ramai follower. Antaranya adalah saya. Banyak cerita pasal anak lately dengan Pn Chika ni. Maka itulah adanya pertemuan di antara kami. Al-kisah saya kirim bag dengan dia. Terima kasih Chika, moga ada lagi pertemuan antara kita, insya-Allah.

Ada 1 gambar best petang itu. Pn Chika pun suka. Mahu tahu? Ini…

Sudah teringin timang anak perempuan pula saya, bolehkah? Hehehehe…

Hahaha. Siri cerita berkoyan-koyan 2 minggu, saya pendekkan jadi 2 jam sahaja. Short but sweet. Compact enough. Hehehe. Penyampaian sebegini akan lebih kerap mungkin pada masa akan datang. Bergantung. Haha. Janji rindu terhadap blog terubat. Dan tiada lagi rungutan dari Encik Suami yang mahu dan selalu baca blog saya.

Oh ya, theme baru lagi Abby?

Itu adat. Haha. ‘Iman’ tak kuat. Pantang jumpa benda comel, mesti rembat. Ha amik, kali ini themenya bersepah-sepah botol susu. Dan banyak juga gambar Imtiyaz nanti, hehehehe. Ada kemungkinan kah bertukar lagi? Entah. Tunggu sahaja. Tetapi alamat url tetap maintain ya, takkan pernah berubah. Maka setialah membaca, kalau sudi.

Baik, semua dah ditulis dan direview. Ada apa-apa lagi yang teringgal kah? Ohh urusan pejabat. Betul-betul. Banyak hendak dicerita. Tetapi perlukan lebih dan lebih masa lagi untuk bercerita tentangnya. Pendek kata, saya perlu banyak belajar lagi untuk MASTER all skills or CONQUER as a whole. Alang-alang belajar, takkan mahu capai 2nd class upper sahaja bukan, pastinya kena grab EXCELLENT marks!Biar apa orang keliling kata dan buat, hati kena kental. Eceh. Melalut dah.

Baik, Imtiyaz pun tahu Ibunya sudah melalut di blog, maka dia sudah menangis minta susu. Adios, kalian.

Popularity: 26% [?]