Category Archives: Isu

Tangisan ini untuk….

Tangisan ini untuk….

Perjuangan yang belum selesai

Buat kesekian kalinya, Abby menitiskan airmata seringkali lagu ini berkumandang…

Lagu ini jarang-jarang sekali diketahui oleh ramai orang…

Bagiku, setiap lirik dan butir perkataan lagu ini, terlalu menusuk kalbu…apatah lagi diselangi dengan dendangan pencak silat diiringi bersama kata-kata tangis bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad…

Abby..turut hiba…pilu…mendengarkan lagu ini, yang asalahnya sebuah sajak nukilan Tun..bukan sahaja melalui deria telinga, malah paparan video klip di dalam post ini juga cukup menyentuh hati insan bergelar manusia, bangsa Melayu yang hidup di bumi Malaysia ini, harapanku…..

malah, di kala menaipkan post ini, aku menitis air mata mengenangkan apa yang telah, belum dan akan aku lakukan kepada bangsa dan neragaku

Raut wajah si ayah tua…memegang keris pusaka bangsa melambangkan kedaulatan bangsa Melayu yang perlu dibela…dijumpai pula di tepian pantai yang cukup simbolik dengan negara Malaysia yang penuh kedamaian…gambar anak kecil yang mengaji muqaddam menggambarkan kepentingan agama dalam kehidupan…tidak kurang juga anak kecil yang mengira jari mempelajari ilmu duniawi yang baginya perlu untuk berjaya…

Semua ini, cukup membuatkan diri Abby teringat akan Abah…yang berusaha keras bekerja siang dan malam, membesarkan anak-anak..memberi pendidikan dunia dan akhirat dengan sempurna…semuanya kerana ingin melihat aku menjadi manusia yang berjaya sebelum dirinya menutup mata……………..

Hanya dengan sebuah lagu ini, ianya menyingkap lebih dari 1001 kesedaran dan keinsafan..

Ayuh, rakan…bangsaku…sedarlah akan kedudukan kita hari ini….

Popularity: 3% [?]

Walhasil balik asal…

Walhasil balik asal…

alhamdulilah, rutin harian aku ketika bertugas di Bernama.com dapat diselesaikan satu persatu..Lepas satu-satu rencana yang aku tulis, kesemuanya kini selesai dan aku semakin memahami dan mengerti erti penulisan sesebuah rencana….

Dan, di waktu kelapangan beginilah aku ambil kesempatan mencoret tinta pada blog ni…walaupun ianya blog, tetapi kadang2 bila dilihat balik, ada juga gaya dan rupa blog ni macam sebuah rencana =)…Jadi, tak kurang tak lebih, aku tetap peroleh manfaat utk dikongsikan bersama di sini….Kedua-duanya memerlukan research dan pemikiran yang ligat….

Tajuk post kali ini, adalah salah satu vocab ku pada hari ini…Maksudnya….=) samalah ertinya dengan pi mai pi mai tang tu jugak!mengikut kefahaman ku juga, jgnlah sesuatu perkara baru itu akhirnya nnti walhasil balik asal plak….Yez,thats it!

Frasa di atas ni sgtlah bersesuaian dengan senario yang berlaku sekarang ni…yang baru-baru sangat berlaku…terutamanya dengan kempen besar-besaran (besar ke..?) Hari Hijau yang dilancarkan oleh Pak Lah di Jom Hebah Penang, ahad lalu…Iklan mempromosikan Hari Hijau sekaligus ingin menarik masyarakat untuk lebih peka kepada kebersihan alam sekitar juga boleh tahan, cukup cute dan menarik…Namun, sejauh mana keberkesanannya?

Beberapa post yang sebelum ini pernah aku tulis, aku menyatakan kesedihan melihatkan kebersihan yg tidak langsung diambil berat oleh Uptown Cheras…Perkara itu berlarutan sehingga ke hari ini, terutamanya apabila aku memerhatikan keadaan sekeliling..hendak ke kedai makan umpamanya…aku dan ‘my best company’ cukup berjaga-jaga…biarlah aku digelar cerewet sekalipun, but its for my own good…

Sejauh mana keberkesannya??Itulah yg dimaksudkan dgn walhasil balik asal tu td…Ada langkah-langkah pencegahan yang diambil, bukan takde…namun, harapannya…agar matlamat Hari Hijau itu biarlah tercapai…Kalau x, walhasil balik asal lah jawabnya…

Hanya dengan diriku seorang sahaja yang ada kesedaran sivik ini, tidak cukup nak menjaga kebersihan 1 bumi Malaysia ini, apatah lagi Bumi yang kita duduk…Tetapi banyak perkara yang boleh diperingatkan bersama…Jangan lah dah terhantuk, baru nak terngadah…

Selain itu, jauh di sudut hati ini, kuat betul berdetik menyatakan Malaysia kini bukan lagi tempat yang selamat…Aku memikirkan ini sebab aku sygkan diriku sendiri, masa depan ku, org2 yang ku syg….Setiap hari, tidak putus2 ada sahaja kejadian jenayah yang meragut bukan sebarangan nyawa, bukan yang tua sahaja yang layak menemui ajal…yg masih kecil, walaupun bayi 10 bulan juga seperti sudah ditakdirkan pemergiannya dengan diperlakukan sebegitu rupa….=(

Bayi 10 bulan, hanyut dan ditinggalkan di tali air, bayi Cina yang comel dibunuh oleh maknya sendiri dan banyak lagi…di mana letaknya harga sebuah nyawa kalo nyawa pun disamakan dengan wang ringgit?Malah lebih dari wang ringgit….Itu sahaja sudha cukup menggelisahkan diriku…nak ke mana sekalipun, aspek utama perlu diambil kira iaitu merancang perjalanan dengan sebaik-baiknya…..

Susah…nak hidup di bumi tempat tanah air sendiri pun sudah tidak terjamin…..???

Popularity: 3% [?]

Letih dengar&lihat…

Letih dengar&lihat…

ello…hye….
Selalunya, di awal2 pagi aku akan menulis post…tapi lain pula kali ini, di saat-saat aku menunggu, mengira detik untuk pulang..aku hendak katakan sesuatu sebelum aku pulang..

Last week, if im not mistaken…Aku n my family wannabe..hehe..pegi ke Downtown Cheras…Saje, dan aku tidak lah berhasrat untuk membeli belah memandangkan kewangan tidaklah berapa mengizinkan…well, kehidupan mesti diteruskan jugak…aite?

Apapun, bukanlah sesuatu yg menarik tentang Downtown Cheras yang pada pandangan mata kasar mahupun hati nurani ku ini mengatakan ianya hebat, gah atau lain-lain kata-kata pujian…Its juz ok…untill…..ya rabbi…..tak mo citer dulu…let me tell u the scenario first ya?

Everything was ok, the booth of the trader there were all proper in line…Dan pengunjung pun tiada masalah nak ‘shopping’ kat situ…The people?Well…nak kata Melayu shj yang pergi, itu jelah pun yg aku nmpk..In fact, im also Malay.What type of Malay?Wo!who am i nak judge semua tuh…tul tak?Tak kisahlah apa pun…its a normal place, a public place…so. it belongs to everyone….

Letih dengar dan melihatnya di sini adalah……kebersihan di kawasan persekitaran di sana. Oh my God,Please Malaysian!!I want a better place than this,clean, neat and full of hygiene….Poor me,poor the other Malaysian…Please, we r civilised people (if u think that we are already in the civilisation area)~~Malaysia need, deserve better air,water quality as well…Huh!!Letih…..siiiiiccccckkkkkk!!!!!

Dont u agree with me?

Popularity: 2% [?]

Kita di takuk lama…

Kita di takuk lama…

Tajuk post kali ini, baru sahaj terlintas di fikiran pada pg ini…Ketika aku sedang bersiap utk ke pejabat, dan juga di kala aku menonton MHI…Kenapa?

Sejak aku melangkah ke alam pekerjaan, walaupun hanya menjalani latihan industri…Namun, aku bersyukur kerana perubahan alam ataupun satu dunia lain yang aku kenali ini, banyak membuatkan diriku bermonolog sendiri, berfikir akan banyak perkara yg seharian berlaku di sekeliling,apatah lagi apabila ianya ada kaitan dengan berita yang dilaporkan seharian di media massa….

Bukanlah aku tidak ramah orangnya, tetapi menerusi pemerhatian dan penyiasatan diri ini melalui sumber yg ada, diri ini menjadi pelik dan selalulah tertanya-tanya kenapa dan mengapa, kejadian ini mesti berlaku di tempat tanah tumpah darahku…

Takuk lama…sekarang ini, apapun yang dilakukan oleh Malaysia, semuanya di takuk lama….langkah2 yang diambil lapuk, out of date..dah tak boleh digunapakai lagi zaman skrg ini….

Contohnya, pagi tadi, atau sebenarnya berita buletin utama malam td, ada menyebut bahawa usaha-usaha membanteras dadah tidak lagi praktikal masa kini. Perlu ada rombakan perubahan secara besar-besaran untuk mengatasi masalah berkaitan dadah ini. Kalau mengikut statistik, Malaysia kini mempunyai 1.2 juta penduduknya yang menagih dadah..Thats a big number, guys!!Come on…

Before this, tahun ini sememangnya Tahun Melawat Malaysia 2007, yang diuar-uarkan sempena dengan 50 Tahun Malaysia Merdeka. Alhamdulilah, dah separuh abad Malaysia kita bebas daripada cengkaman penjajah. Tetapi, di mana silapnya…sektor pelancongan kita macam acuh tak acuh je nk tarik pelancong ke dalam negara….Mana tidaknya, sekarang, sudahpun masuk bulan 7, namun baru last 2weeks, Malaysia menyedari bahawa langkah Malaysia mempromosi Malaysia dengan cerita-cerita sejarah lama tidak berjaya menarik perhatian pelancong dari London…..well,its never too late for that actually….Barulah, ada Malaysia Fest diadakan di Kota London. But still, kita lihat kemudia apakah hasilnya….mudah-mudahan membuahkan hasil,insyallah…untuk negara ku jua…

Bukan untuk mengkritik mana2 pihak, cuma ini sekaligus menyedarkan diri ku sendiri…Bagaimana utk maju, membangun andainya kita berada di takuk lama?!Bukan sahaja mengenai dadah, TMM2007 tetapi semuanya…..Aku mengambil kira ianya dari sudut yang sgt +ve, iaitu pada diriku dahulu…Bagaimana diri ini ingin maju, ke hadapan, mendahului tetapi sentiasa berpegang pada prinsip atau cara yg lama?Aku berfikir akan kebenaran kata fikiran ku….Namun, bagaimana dengan individu di luar sana??

Bnyk yg dah aku luahkan pada teman bual bicara ku…..Sepanjang aku bekerja setakat ini, menerusi pembacaan secara online juga, membuatkan diri ini banyak berfikir dan salah satu cara utk mencoret, dan meluahkannya adalah melalui blog ini…

Apa yg jelas, berfikir ini mampu menggerakkan minda kita sekaligus seluruh tubuh badan kita…Apa yang ku harapkan agar, perkara buruk yg terlintas di fikiran ku tidak menjadi agenda kehidupanku seharian, dan perkara baik yang difikirkan akan ku segerakan untuk dijadikan amalan…=)

Popularity: 3% [?]

Tahun 2057…..!

Tahun 2057…..!

Assalamualaikum and a very good morning to all of u!

Yes!Kepada sesiapa yang sudah pun membaca suratkhabar ataupun membaca berita di web Bernama.com,pastinya sudah tahu mengenai berita atau kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Lah mengenai satu lagi impian/wawasan yang lazimnya dibuat oleh PM Msia seblum nie….Impian 2057!

Wow,wait!By that time, umur ku pun dah 71 tahun. wow!!di mana lah diriku ketika itu?hoho!Yang pealing penting, sebelum aku pergi emninggalkan dunia ini, apalah sumbangan yang pernah aku tinggalkan untuk keluarga ku yang tercinta termasuklah negara ku ini????

Namun, satu impian oleh Pak Lah, yang pada waktu itu umurnya pasti sudah melebihi sedekad ,sudah pun mempunyai matlamat atau wawasan yang dipanggil Impian 2057;Malaysia dalam impian Pak Lah :

1. Kita akan mempunyai penerima hadiah nobel, syarikat global tulin, jenama yang disegani dan meneraju pasaran, artis dan penyair yang disanjung di peringkat antarabangsa, antara sejumlah besar paten saintifik seluruh dunia, antara ahli sukan terbaik di planet, pasukan bola terbaik di Asia.

2. Pelajar dan professional akan menguasai kolej terbilang dan universiti kita sendiri akan menjadi pusat kecemerlangan antarabangsa

3. Kita akan menjadi perintis dalam tenaga alternatif, membawa kepada kekuatan kita dalam biofuel

4. Bandar raya kita akan menjadi yang paling hebat didiami di dalam dunia, menggabungkan kemudahan kosmopolitan yang berakar dalam semangat toleransi dan masyarakat

5. Peningkatan kuasa ekonomi serantau tidak akan menjadikan kita dilupakan, tetapi memberi motivasi kepada kita untuk mencari kelebihan persaingan kita serta meneraju dalam banyak industri strategik

6. Kita akan menjadi hub logsitik sebenar, pusat kewangan Islam yang tidak boleh dipertikaikan serta tempat rujukan global dalam bioteknologi dan pertanian moden

Huh, penat!Letih, banyak kerja Malaysian kena wat lepas nieh. Including me, at least for the sake of my children….their future=)!

I am optimis abt the plan of 2057!. By godwilling, nothing is impossible in this world…If its in proper plan, proper actions taken at at proper time….it can be happen!.

Lagipun, dh sampai masanya Malaysia kena ada characteristic itu…k?so, what do you think?

cuma, sejauh manakah impian itu relevan dengan Malaysia yang ada pada usia 50 tahun ini…..?Adakah kesemuanya relevan?
Tepuk dada tanyalah selera…

Popularity: 2% [?]

Bush dah mula dah…!

Bush dah mula dah…!

hello….and assalamualaikum…*wink*

ha ah kan?dah lama tak guna trademark *wink* tuh…=)

janganlah takut dengan tajuk post kali ini…yang pasti dan semestinya di dalam post ini…tiada unsur-unsur hasad dengki apatah lagi mahu menjatuhkan orang lain…tapi kalau the President of Amerika lah punya angkara…sesiapa pun di luar sana pasti akan memberikan respon, betul tak?its just that…

Malam tadi, Malaysia sekali digemparkan dengan berita atau kenyataan yang dikeluarkan oleh White House yang memetik bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara dalam kelompok Tier 3 ranking bersama 15 negara lain di dunia yang disenaraihitamkan kerana tidak berusaha membanteras usaha-usaha penyeludupan manusia@pendatang haram (jika tersilap, harap dibetulkan……).

Ishk, di’black list’ tuh….Bush nie, biar betul…..Sometimes, the US government nie menunjukkan kejahilan diaorg sendiri terhadap sistem perundangan di negara kita. Kalau dulu, orang selalu cakap…main hentam keromo je kalau bercakap, ha camtuh jugaklah dengan si Bush nie…

Pagi ni pulak, bila tgk Buletin Pagi…apa yang menyebabkan diaorg me’blacklist’kan Malaysia adalah berdasarkan kajian/research yang dijalankan oleh US sendiri….No single country can act as the investigator, prosecutor and judge, against another…!

hmmm….kita tunggu….what’s next?
Kalau Bush dah memulakan rentaknya, mesti negara lain yang sekutu dgnnya pun ikut main gendang sekali…kan?=)

Popularity: 2% [?]

Demam….^_*

Demam….^_*

ello…im not in a good condition..Im sick, and i feel sick
!!But still, go to office…later on, try to get the mc…kalau dpt…

And now, musim pun KL ni asyik hujan je..Duk dlm ofis nearly 10 hours, sejuk memanjang…Arggh!mana lah penyakit tak dtG?rasa cam nak baring je, berselimut….sebab daku kesejukan!!!

apapun, kewajipan tetap kewajipan~.Pada masa yang sama, every news break yang ada di Bernama.com dan nst.com selalu menjadi perhatian ku. Kedua-dua laman web ni memang selalu aku teliti dan amati penulisan wartawan nye…its kinda one of the process to learn by myself.

Pada masa yang sama, ruangan bisik-bisik arini membicarakan pasal banjir, terusan bestari bla bla…Bila banjir berlaku, time tu lah berita tentang SMART tunnel pun dihighlight sama…tak ke pelik?its normal in journalism…benda/bahan yang boleh disensasikan, itu lah yg boleh menarik perhatian umum. Semua org, semua media duk canang….di manakah kesilapan SMART tunnel sehingga berlakunya banjir..?

Rasanya kalau tak banjir KL nie dlm masa terdekat, takde org kisah pasal SMART tuh…Ni lah namanya, sudah terhantuk, baru nak terngadah~!Ya, thats the word!But its true apa yg Pak Lah ckp pagi tadi,”Kita bukan mintak hujan turun…..”. Tetapi, the obviously scene that u can see now is how far, the govt, the organisations related to this situation alert about the flood’s consequences?!?!

Meaning, tahap kesedaran Kerajaan, Pihak berwajib dan bertugas masih lagi rendah….=( Yes, memang betul.Hujan tetap turun tanpa kita minta…tapi, banjir dah berlaku di Utara Semenanjung, di Selatan (x pernah2..) pun dah, sekarang ni tiba giliran yang kat tengah lah pulok!hehehehe…..

Sebagai seorang journalist khususnya, dan rakyat umumnya, im in the middle. Tidak memberontak dan tidaklah juga berdiam diri…hanya sekadar bersuara, melahirkan pendapat agar pemikiran terbuka untuk bercerita mengenai isu-isu semasa. =) Sebab ku selalu berpegang dengan kata-kata ” Yang baik itu semuanya datang drpd Allah, yg buruk,jahat itu dtg drpd diri ku juga,”

Popularity: 2% [?]

Banjir kilat..

Banjir kilat..

Hari ini, topik yang menggegarkan satu negara..yang pastinya banjir kilat yang berlaku mlm td…

Pada waktu itu, rasanya ku sedang bersiap untuk keluar mkn malam..dari jam 6 petang lagi aku menunggu, namun..sudahnya,kul 9 lah baru aku makan…Gara-gara hujan…

Aku sendiri perhatikan…hujan yang turun malam td, lain daripada yang lain…seolah-olah hujan yg turun membawa air sgt banyak, berat menimpa bumi…seperti sudah dijangka, ditambah pula dengan detik nurani berkata,”ni esok mesti banjir…”

Pagi ini, di kala bersiap,aku turn on the tv menonton Buletin Pagi (sejak2 keje nie kan, rajin lah plak nk tgk….). Terkejut bila headline kebanyakan newspaper semuanya mengenai banjir kilat..
Teruk sejak 2003…wow!!!kinda surprise….

Sampai sahaja ke ofis, aku baca semua newspaper online…Teruk juga…Tak ketinggalan, gambar2 yang diambil oleh Fotoweb Bernama juga sangat cantik, full compose and literacy as well…(walaupun gmbr banjir, cantik wo!)

And guess what?I found out among those news regarding flash floods…this one really interesting,kelakar pun ada…check it out!

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/
Monday/National/20070611075515/Article/index_html

Tetapi, kejadian banjir kilat ni, mengingatkan aku pada banjir di johor early this year….?Adakah disebabkan pengajaran daripada Tuhan?But…i believe….these incidents really related to the Pemanasan Global thingy!seriously…..

Let me search about it first..then,i’ll write on it…

Popularity: 2% [?]

Susah nak dapat kerja?!

Susah nak dapat kerja?!

Pagi-pagi lagi aku dah tiba di pejabat seperti lazimnya…

Mcm selalu, aku semak e-mail, baca berita online BH, Utusan and of course Bernama.com..

Setelah semua berita dibaca, selalunya aku akan beralih kepada page rencana….

Rencana, penulisan yg mengamalkan bentuk penulisan ‘pyramid’, sememangnya captive dr segi penyusunan ayat…dan sekiranya isu yg dinyatakan betul2 current&menarik, sudah tentu aku baca..

Mcm dlm Utusan, isu yg dibangkitkan adalah mengenai warga cacat termasuklah OKU, yg kini menghadapi kesukaran bekerja walaupun mempunyai kelayakan tinggi….

Antara kecacatan mungkin seperti bisu, cacat anggota dan sebagainya…namun kelayakan yang dimiliki bukan calang-calang…temuduga sampai 10 kali, namun semuanya ditolak…di mana silapnye?

well…jwpn nye senang shj. Mentaliti majikan zaman skrg lain…yang cantik, yang sempurna…itulah yg jadi tatapan masyarakat. Yang tiada apa, belakang kamera sudah…=)

Namun, satu isu yg menarik aku dengar masa melawat nenek ku di hospital hjg minggu lalu…Nenek, sakit2 pun mulut tetap kecoh…maklumlah, dulu pun..nenek jururawat kat HKL…jd hospital tu dh mcm rumah kedua..

Sambil melawat, mata aku meliar kepada persekitaran hospital…org yang dtg melawat, budak2 yg tak reti duduk diam..pesakit yg mcm2 rupa&gaya…& tak ketinggalan, warga asing yang mengelap lantai&cermin tingkap hospital tuh…..

Pada masa yg sama, tuk su ku pun berckp lah…”La ni, laki melayu tu ha…duk berhimpun kat mana tau…..kat pusat serenti.Duk berhimpun pastuh, ramai2 kat hospital ni ha….bukan kerja, masuk wad…susahkan doc,susahkan nurse kat sini. Bukannya nak duk cari kerja kat hospital, bagilah bangla&nepal ni wat keje…org melayu kita mana nk duk lap tingkap skrg kalau mintak keje..memilih!!!”

Ha, org tua bila bercakap…dunno kita nak consider depa bg nasihat ke membebel..hehe…tapi yg pasti ada pengajaran..tul tak?

Ibaratnya, sekarang ni…ada kelayakan ke, takde kelayakan ke…semuanya macam susah nak dapat kerja, nape ek?

Lama kelamaan, aku pun akan menghadapi situasi ini jugak…

Bagiku, prinsip ku tetap sama. Berusaha selagi boleh a.k.a ALL OUT!.aku ni pemalas juga orgnya…tapi, apa yg aku nak,camne cara sekalipun…aku akan usaha dapatkannya!.

Lengkapkan diri sendiri semaksima yang mungkin, bukan cukup2 makan…itu suPer DuPer lah pentingnya…okay?

Memilih?!.Masing-masing ada citarasa, keingingan…Kalau nk pegang jawatan berdasarkan minat tanpa ada rasa mau berusaha atau penat sedikit, tak guna juga…Give&take to urself..Bak kata kwnku,’Slow talk dgn diri sendiri’…Ber alah lah kepada kesusahan yg hanya sekejap, tetapi jaminan kerja tu adalah baik untuk masa depan ….kan berbaloi namanya?!

Renung2 kan…

‘Bukan senang hendak senang, bukan susah hendak susah’

Abbythejournalist

Popularity: 6% [?]