Category Archives: Isu

Benci Dalam Suka…

Benci Dalam Suka…

Wooo!Da bomb tak tajuk di atas? Berkobar hendak menaip ni. Walaupun tidak berapa nak ada mood (baik, berjangkit berhari-hari nampaknya!) dan tidak berapa nak research dan mencari segala macam input yang bagus2 di sini, tetapi saya gagahkan juga hendak bercerita.

Baik. Apakah yang saya benci dan apa pula yang suka itu eh? Boleh agak? Terror la kamu kalau mampu mengagak. Memang pengikut setia blog saya la kira. *Pocoyos tul!

Saya SUKA ini…

Suka giler!

dan saya BENCI ini…

Benci giler!Menci!

Sudah pasti perkara yang saya suka, saya akan kasi cerita sama semua. Yang di atas itu, pasti ramai tahu kan. Minggu sudah memang minggu special untuk peminat-peminat CSI. Siapa giler CSI sahaja yang ambil kisah. Saya antaranya, dan memang tertunggu-tunggu tak payah nak kata. Malam Rabu sudah saya tunggu. Opening act adalah dari CSI Miami, CSI kegemaran Encik Suami. Diikuti oleh NY dan kemudiannya, Vegas. Terbaik la jalan ceritanya.

Sinopsis:

Dari Miami, ceritanya bermula (Eceh, cerita mat saleh, tetapi nak buat gaya penglipur lara!Memang tak kena langsung). Si ketua yang pocoyo itu, Mr H diminta mencari seorang anak gadis yang hilang. Pencarian kali ini dashyat2. Melibatkan kaki, tangan dan anggota badan yang dipotong-potong. Kemudian kad kredit anak gadis yang hilang tadi digunakan pulak oleh 1 lagi gadis lain.

Maka ceritera potong-potong tadi diselesaikan dulu, dan setelah disiasat ada kaitan pula dengan kes yang sedang dalam perhatian Dr Ray, si pakar CSI yang talented habis!. Adalah jemputan dari H untuk Ray, datang ke Miami dan siasat bersama kes gadis hilang tadi. Kemudian, selidik punya selidik, kes yang melibatkan gadis-gadis ini semua didalangi satu kumpulan dipanggil Zetas! (Satu nama baru). So, pencarian mereka bukan setakat di Miami, tetapi mungkin sehingga ke luar MIAMI.

Di NY, golongan Zetas ini nampaknya memang betul-betul wujud. Ahli kumpulan semua sanggup mati tutup mulut tak mahu dedah cerita kepada CSI. Terpaksalah Mr Ray mencari-cari klue sendiri dengan bantuan si kacak Mac Taylor pula. Di jalan cerita kedua ini, 1 lagi gadis lain itu rupanya si WATAK UTAMA cerita. Namanya Madeline Briggs. Dialah yang mula membuat saya ada bibit-bibit rasa benci dan menci.

Bibit-bibit ya?!Yucksssssssssss!Sesekali penggunaan bahasa kontra yang melampau…hehehe

Jelas dan nyata, si Madeline ni mangsa pemerdagangan orang. Baik-baik, sambung ke CSI. Di NY, Madeline tidak ketemuan juga. Dan kembalinya ke Vegas, subang milik Madeline ada pada salah satu mayat (kes baru) di Vegas. Huhu. Di Vegas, baru terbongkar siapa dan siapa yang menjadi downline kepada kegiatan Zetas ni. Perniagaan keluarga katanya ya. Whatthe…..?! Eh semakin menci tgk penghujung cerita. Pendek kata, atau penghabis cerita….Madeline sebenarnya selamat dan kembali sendiri kepada CSI Ray sebaik sahaja menerima sms berangkai yang dihantar oleh Ray kepada semua mangsa-mangsa ‘dagangan’ ini.

Hebat tau, nama pun perniagaan keluarga, maka pelaburan besar untuk ‘menternak’ mangsa-mangsa dagangan mereka ni. Dibekalkan handphone dengan 1 sistem yang boleh dipantau oleh Pak/Mak hayam diaorg. Classssssssssss bukan?!Derghhh.

Nukilan:

Kamu perasan bukan sekarang, kenapa saya jadi benci dalam suka? Mulanya jadi loya-loya juga tengok badan dipotong sana sini. Tetapi AXN bijak, dislow motionkan semua gerakan. Glad. Tetapi storyline memuncak best. Lepas satu-satu jump case. Jumpa bukti itu ini. Memang karya CSI terbaik walau ke season berapa sekali lah rasanya. Sokong!.

Isu Pemerdagangan Orang ini rupanya dah jadi membiak. Masalah dunia dan universal dah saya rasa. Di Malaysia sendiri sakan naik. Mencanak-canak berita tentangnya dalam akhbar. Sampai 1 tahap, 1 bayi = RM10k harganya. Subhanallah. Mengucap dengar. Datuk dari Kuching, Sarawak punya kes. Dengan anak sekali buat niaga. Memang betul LIFE IS DRAMA. Sebab tu CSI wat storyline gitu. Geleng-geleng.

Saya sendiri baru dikejutkan dengan berita kehilangan. Si sepupu. Walau hilang tidak sampai 8 jam. Sepatutnya berada di rumah selepas waktu sekolah, tetapi alih-alih jam 6pm orang Jabatan Kebajikan Masyarakat menelefon kata sepupu ada di Kuala Selangor. Memang terkejut! Inikan budak lelaki yang diambil oleh entah mana-mana perempuan (memang tiada hati, limpa ini olang!) dibawanya sampai ke Kuala Selangor sana.

Gesa saya, kalian berjaga-jagalah. Saya juga bakal punya anak tidak lama lagi. Bukan hendak kata dunia tidak selamat, tetapi hakikatnya mungkin betul. Berjaga-jagalah kamu selagi boleh dan bertawakal sama supaya kita sentiasa di bawah perlindunganNYA.

Saya kurang gemar hendak ulas panjang hal ‘dagangan’ yang melibatkan wanita ini. Adakala merengsakan!Menyeksakan kalau didengar satu persatu. Saya wanita, tidak boleh bayangkan kalau diperlakukan sebegitu rupa. Saya juga punya Mama, adik perempuan, sepupu, makcik, saudara-mara perempuan. Wanita, sejauh mana kita pergi, di mana sahaja kita melangkah, berwaspadalah. Tawakal sama. Saya mengingatkan diri saya juga. Insya-Allah, kita di bawah lembayung rahmatNya. Amin.

Popularity: 59% [?]

Pejuangkah…?

Pejuangkah…?

Saya sedia tahu pasti ada yang iri hati atau mula membuat muka cebik bila membaca entry post saya semalam. Pasti ada. Lebih-lebih lagi pada siapa yang kenal saya atau mengenali kawan-kawan Rajawali saya. Mesti ada yang berkata ini:

Alah, tu lah group yang kononnya berjuang atas nama perjuangan. Perjuangan Melayu katanya. Tengok, takde perubahan apa-apa pun.

Cukup sinis dan pedas bukan? Eh lali telinga ini dengar. Geram pun ada. Tenang, saya lebih sukakan kedamaian dan ketenangan. Pendek kata, tidak suka dan benci kekecohan. Tidak suka cakap besar dan bongkak diri. Memang tidak suka lah. Pelik kalau siapa suka. Paling pelik kalau tidak sedar diri sendiri sedang berperilaku bongkak dan bangga diri. Ishkk, ayat-ayat negatif. Tidak betah eh nyatakan di sini. Hakikatnya, memang ada yang berkata ini. Percayalah.

Soal perjuangan ini terlalu subjektif. Waktu itu, usia kami masih mentah semuanya. Kan saya dah bilang, cengeng lagi. Lepas tamat kesemua siri perjumpaan dan kem, ukhuwah antara kawan-kawan yang ada mmg kuat. Semangat boleh dikira. Tetapi itu tak bermakna kami lupa objektif kami hadir ke semua kem yang ada. Sampai ke hari ini, saya sendiri tidak lupa matlamat dan kata-kata azimat fasilitator yang saya temui 7 tahun lalu. Masih terngiang-ngiang lagi. Pendek kata, masih sedar diri lagi OKEYH?

Semakin lama, post semakin berbaur emosi. Ah, bukan sengaja. Kalau kamu, jiwa dan perasaan diperkotak-katik..walau tak terkena kat badan, tapi batang hidung TERASA bukan? Faham dak? Ok, abaikan.

Secara ringkas boleh saya beritahu di sini, kem-kem kepimpinan yang kami hadir banyak memperihal kisah-kisah orang Melayu yang mundur, orang-orang Melayu yang berjaya, orang-orang Melayu yang berjuang bermati-matian dan banyak lagi. Semuanya sebagai satu pengenalan yang sangat3 baik kepada pelajar cengeng macam saya waktu itu. Insaf, sumpah insaf.

Dah nama kem kepimpinan, latihan fizikal dan gerak kerja semuanya ke arah melahirkan kumpulan pelajar yang cemerlang dan penuh kesedaran fiziknya. Sifat tolong menolong etc etc… (korang lagi mahir bab-bab ayat nilai-nilai murni ini bukan?) , Alhamdulilah saya lepas kesemuanya. Eceh bangga sekejap. Alah bukan pertandingan nak rebut Piala Liga atau Piala Thomas pun. Sekadar untuk belajar dan kenal susah senang kehidupan, sudah tentu saya PASS. Pikir nak menang sahaja, susahlah Melayu kalau camtu…betul tak?

Proses kehidupan yang saya belajar menerusi kem terlalu banyak. Perihal mengenal kawan, hati budi mereka, cara pergaulan, latar belakang mereka..semuanya sangat menarik bila dikumpulkan sekali. Ada yg hidup mewah, ada juga yang hidup sederhana. Tetapi soal belajar, kamu semua sedia maklum otak pelajar MRSM bagaimana kan? Saya terkecuali. Soal disiplin, tidak payah cerita. Kena bangun awal pagi, kuliah subuh, tepati masa-masa yg pihak penganjur dah tetapkan..dahulu memang jadi beban. Leceh, serba serbi leceh. Sekarang…nah, handal. Mahir sudah urus masa. Bukan masa sendiri, masa untuk En Suami dan keluarga pun sudah pandai urus. See, bernilai bukan apa yang saya dapat menerusi kem?

Intipati ceramah dan sesi taklimat yang saya belajar menerusi kem ini…ohh tidak perlu cerita. Nanti jadi bahan politik pula blog saya.

Dah ada ciri-ciri bukan? Isi kandungan kalau buat orang menyampah, itu bahan politik la bukan? Eh bukan eh? Ya lah!Cuba browse, baca dan tengok hasil emosi anda bagaimana. Kemudian, share dengan saya.

But generally, isi ceramah tiada langsung menyentuh sensitiviti perkauman, agama apatah lagi fahaman atau puak politik. Wah, kamu kalau waktu cengeng, sudah pandai membeda-bedakan sebegitu, alamat bagaimana dunia? Bukan..maksud saya, melahirkan pendapat adalah hak individu. Well, sudah tentu hendak menyuarakan sesuatu, perlu menjadi seorang yang bijak pandai. Tetapi ingat, jangan sampai apa yang diperkatakan menjatuhkan maruah diri sendiri. Sedih. Tekaan saya sahaja mungkin. Ada yang betul, banyak juga yang salah. Cukuplah sekadar ambil kata-kata nasihat, azimat dan panduan hidup fasilitator kem atau sesiapa jua yang anda kenal sebagai guideline anda untuk menjalani hidup. Jangan terlalu banyak provokasi dalam hidup, jangan banyak juga bertelingkah dan bercanggah pendapat. Ramai yang benci. Sungguh.

Bunyi macam seorang pengecut ke? Ohh see. Saya sudah boleh membaca fikiran anda.

Biarlah. Sedih saya kalau betul apa yang anda fikir. Pengecut. Ohh, ingat. Jangan pernah bangga dengan apa yang anda punya. Bersyukur tidak apa. Saya kesal kalau kata-kata ini lahir daripada mulut anak muda…

“Aku boleh buat semua tu. Aku belajar degree di overseas. Lagipun, memang bidang kuasa. Fresh graduate mcm aku yang banyak orang nak. Takkan sama dengan pengalaman orang yg dah bekerja lama.”

Kesal saya. Kenyataan dikeluarkan apabila cuba dibandingkan dengan seseorang yang lebih berusia, yang juga punya degree, tetapi extra 30 tahun pengalaman bekerja dalam bidang serupa. Nah, Melayu kan yang selalu bercakap begitu? Sudahlah tidak pandai menutup kelemahan diri, bercakap bongkak hanya dengan belajar ilmu di luar negara. Kesal, nangis saya. Saya mahu tahu ke mana dan apa akhirnya hidup Melayu yang macam ini.

Banyak lagi kata-kata yang buat saya kesal, boleh saya kongsikan di sini. Tetapi biarlah jadi pedoman hidup saya, Encik Suami dan anak-anak yang bakal lahir. Biar kita berjuang, atas nama perjuangan yang tidak PERLU digembar-gemburkan dengan penuh GEGAK GEMPITA. Kamu, kalau ‘berjuang’ atau beribadah secara IKHLAS pun, hati manusia boleh baca. Inikan Tuhan yg 1. Malunya.

Pendek kata, kem yang saya hadiri atau kalian hadiri mesti tinggalkan 1 palit manis/pahit dalam hidup. Sekurang-kurangnya 1 nilai hidup untuk anda ingat sampai mati. Saya? Terlalu banyak. Tetapi yang jadi pegangan, mungkin 1/2. Takpe…kalau sedikit. Jangan banyak, tetapi kelihatan ‘begok’  JUGA di mata orang lain.

Wah, entry pertama yang penuh dengan kata-kata tulus dari hati!. Suka!

Maka, pejuangkah? Ya, saya pejuang. Di jalan saya sendiri. Saya juga anak Melayu, saya perlu berjuang. Saya juga khalifahNya, lagilah perlu berjuang. Sekarang juga sedang lagi berjuang untuk kesejahteraan dan kebaikan bayi yang saya kandung. Mulia bukan perjuangan sebegini? Maka, carilah perjuangan yang anda boleh capai, boleh amalkan dan dijadikan contoh. Lagi mudah.

Senyum. Puas menaip entry ini. Kepada rakan-rakan Rajawali yang lain, jangan pernah lupa perkenalan kita dan perjuangan yang belum anda selesaikan. Teruskan sampai bila-bila. Semoga sukses dan bahagia milik anda semua.

Info: 1 perkara menarik kalau saya khabarkan cerita sebegini pada Encik Suami, jawapannya lagi mudah, “Biarlah. Kalau orang yang bercakap camtu berjaya dalam hidup sekalipun, anggap itu rezeki dia Tuhan bagi. Biarkan.”. Ohh heart you, Encik Suami. Tenang jiwa balik taw…….tak kuasa hendak layan kenyataan / statement ala diva di atas. Fuhh.

Popularity: 35% [?]

Berani kerana…

Berani kerana…

Saya ingin memetik lagi petikan kata-kata Wardina. Alasan kenapa dan mengapa dia berani tegas dengan pendiriannya adalah disebabkan ini (Soalan mungkin berkaitan kreativiti yang ditonjolkan Hollywood)::

“Bukannya kita ikut dan menerima bulat-bulat gaya hidup Hollywood. Saya juga tidak nampak ulama atau ustaz yang menegur artis-artis ini.

“Saya tahu yang manusia ini tidak sempurna tetapi sekurang-kurangnya saya tahu baiki diri-sendiri,” ujarnya lagi.

Jelas dan nyata, Wardina tahu dengan apa yang disuarakannya. Dia bukan mahu menegur buta-buta, atau menuding jari salah siapa yang menjadi punca kenapa artis Malaysia tidak patut dijadikan IKON.

Tekaan saya juga tidak salah apabila Wardina turut bersetuju peranan Media yg suka melaga-lagakan masyarakat dengan isu sensasi berbanding ‘ilmu yg lebih bermanfaat’.

“Saya kasihan kepada industri apabila cerita sensasi lebih diangkat. Biarlah orang kata kenyataan saya ini pedas dan mencetuskan kontroversi.

“Saya nak semua orang berfikir untuk perbaiki diri dan banyak membaca. Cantik itu akan hilang tetapi ilmu akan kekal. Popular itu ‘ok’ tapi akan hilang juga.

I very loike the quote of ‘Cantik itu akan hilang tetapi ilmu akan kekal’. Itulah kekurangan artis Malaysia. Sebab itu secara direct, Wardina kata mereka,

…..jawab soalan seperti orang bodoh.

Ada. Kalian perasan tak? Angguk setuju kan?!

Sambil mengatakan ini, sambil juga mengingatkan diri sendiri. Penuhkan ilmu di dada sebelum ingin mengatakan sesuatu. Pasti!

Popularity: 14% [?]

Biarkan…

Biarkan…

Adakah kalian peka dengan satu isu kecil yang berlaku? Berhubung kenyataan di bawah:

Kenyataan pengacara manis, Wardina Safiyyah terhadap isu ‘Artis Tidak Boleh Dijadikan Ikon’ yang mana pada mulanya saya faham ianya sekadar pendapat peribadi beliau terhadap masa depan anak-anaknya. Wardina hanya menyatakan hasrat dan keinginannya yang tinggi untuk tidak mendidik anak-anaknya mencontohi mana-mana artis Malaysia.

Serius. Sumpah. Artikel pertama sekali (seperti yang dikeluarkan oleh Utusan ini) memang menarik minat saya dan membuat saya kagum bahawa semangat atau azam seorang Ibu dalam mendidik anak-anak yang mereka lahirkan sendiri.

Noktah. Selepas itu, saya jadi kurang senang. Ada grafik-grafik di ruangan akhbar tersebut yang menyatakan pendapat artis pula berhubung kenyataan Wardina itu. Musykil. Ada komen berbaur marah, tidak puas hati dan tidak kurang juga yang seakan bersetuju memang ada segelintir artis Malaysia tidak senonoh.

Masalahnya, jadi tanda tanya yang besar kepada saya, “Siapa/ Kenapa perlu ada nya komen artis-artis Malaysia yang lain itu eh?”. Saya rasa tidak perlu kut. Media. Media macam cuba melaga-lagakan apa yang dikatakan Wardina. Pada saya, apa yang dikatanya tidak ubah seperti suatu pendapat peribadi. Kenapa perlu diperbesarkan eh?

Sukar menerima kenyataan kah ada segelintir artis Malaysia memang tidak sesuai jadi IKON? Ini adalah kenyataan. Bukan semua, tetapi segelintir sahaja kawan-kawan. Media pun, sudah-sudahlah melaga-lagakan sesama mereka di dalam industri. Isu lain, adalah lebih baik diceritakan diberitahu kepada umum.

Wajah sebenar artis-artis tempatan. Realiti atau tidak, sendiri tafsir. Kita melihat, menonton dan terhibur dengan apa yang dipersembah dan dipertonton. Syabas kepada artis Malaysia yang betul-betul menjalankan kerja dan tanggungjawab anda dalam menjaga penampilan dan kredibiliti nama ‘Melayu, Islam dan Malaysia’ itu sendiri. Kepada yang tidak, kita….TONTON sahajalah. Jangan terbawa-bawa ke dalam kehidupan anda. Ambil yang baik-baik sahaja.

Amalkan perkara serupa juga kalau melihat artis-artis antarabangsa. Jika tidak, sampai mana pun walhasil balik asal jugalah.

Terkini, Wardina juga sudah pukul canang di merata tempat dan seminar-seminar mengenai pendapat peribadinya itu. Mungkin ini sudah bukan jatuh pada salah media. Ada kebenaran di sebalik pendapat Wardina, biar dia meneruskan perjuangannya dalam memberitahu umum mengenai golongan SEGELINTIR itu.

Popularity: 16% [?]

Muziknya…

Muziknya…

Ya, hujung bulan lalu sana sini orang memperkatakan tentang kematiannya.

Tentang Pemergiannya…

Tentang Agamanya…

Tentang Hartanya…

Tentang Pengebumiannya….

dan banyak lagi persoalan yang tidak berakhir lagi sampai ke hari ini.

Yang pasti….

Cakap-cakap mengenai muziknya memang kekal sampai bila-bila. Siapa tidak kenal ikon yang seorang ini. Abby bukan mengagungkan dirinya, tetapi gemar benar dengan lagu-lagunya. Sampai sekarang, rasa ‘melekat’ dalam kepala genre muziknya. Menarik, Unik dan Lain.

Pendek kata, Abby ingat akan ikon ini bukan kerana dia seorang, tetapi kerana saudara-saudaranya. Tengok sahaja video klip di bawah, Abby jadi terhibur.

1 lg sebab, kerana ‘Nsync ada sama. Hahaha..Meriah industri muzik mereka. Bakat-bakat mereka pelbagai. Tetapi agung mana sekalipun, semuanya kembali juga padaNya. Tiada Ragu.

Semoga dia bersemadi dengan aman.

Popularity: 9% [?]

Perempuan…

Perempuan…

Mungkin agak ketinggalan Abby mahu memberi komentar atau mengulas lanjut mengenai cerita yg 1 ini.

perempuan-berkalung-sorban

Abby jadi kepingin bangat mau nonton gara2 membaca 1 komentar yg kawan Abby papar di facebook acc nya.

Pergh, apa angin pula engkau ni Abby? Ngomong jawa kayak reti bennar..(Sila baca dengan slanga Jawa Indonesia ya..)

Lagi pula ada slot filemnya dlm Youtube. Maka, laayaann….

Hasilnya, ermm..barangkali Abby mahu memberikan 2 pandangan peribadi Abby mengenai cerita ini.

1.Ya!Paparan realiti liberalnya Islam tentang hak-hak pembebasan wanita. Pendek kata cerita ini boleh dikategorikan sebagai memberi gambaran buruk tentang Islam. Khususnya wanita..Bayangkan…

a. Perempuan semacam kelas kedua dalam masyarakat

b. Tidak boleh melanjutkan pelajaran tanpa ditemani muhrimnya

c. Tidak boleh menunggang kedua dan cergas

d. Tidak boleh berkarya untuk menghebahkan ilmu, kerana wanita itu sudah terjamin syurganya sekiranya patuh pada suami..

d. Tidak boleh sambung kuliah, kerana lelaki yg lebih berhak peroleh pangkat tinggi..Perempuan, kesudahannya di rumah shj

dan banyak lagi…(sangat banyak, sila nonton..itu yg terbaik!)

sorban-dlm

Sementara, ada beberapa skrip dlm citer ini yg masih Abby ingat jelas…

“Disebabkan di dalam Islam, lelaki itu adalah pemimpin, maka Farid jadi ketua kelas” – walhal Nissa (Revalina S.Temat) menang majoriti.

dan banyak lagi contoh dialog lain yg bagi Abby adakala jelik, benci & hina sangat bunyinya.

Opps….relaks Abby, abaikan emosi….hehe

Walaupun Abby tidak nonton habis cerita Ayat-ayat Cinta yg genrenya lebih kurang serupa, tetapi cerita yg ini mampu memberi anda pelbagai emosi, bisa hingga kecamuk dan beristighfar panjang.

Itulah yg Abby rasakan. Adakala mahu nitis airmata sebab ya la..Perempuan diperlakukan sebegitu rupa (diperlakukan suami yg bukan muslim yg baik) . Walau baik bagaimana sekali didikan ajaran agama, tetapi Tuhan itu kalau mahu menguji tidak kira siapa dan di mana.

Ingat, ‘Life Is Drama’. Jangan ingat cerita (berdasarkan novel) ini imaginasi sahaja, mungkin ada yg benar-benar berlaku dlm kehidupan masyarakat hari ini.

2. Mcm yg Abby katakan, paparan realiti sebenar masyarakat.Ya~ Mungkin itu juga mesej yg ingin disampaikan. Bermakna ada golongan agama atau masyarakat Muslim itu sendiri tidak jelas dalam memahami agama.

Kau bayangkan, andai persekitaran Nissa dalam filem ini masih wujud?? Mungkin ada…tapi bayangkan..

perempuan-berkalung-sorban

Pendek kata cerita ini banyak buat Abby berfikir. Maaf kalau komentar Abby tidak seberapa, Abby bukan bijak pandai utk berdebat. Ilmu masih tidak banyak mana. Kerana..Abby masih belajar, sampai mati Abby pun masih dan akan terus belajar.

Sebab itu, post ini tujuan utk berkongsi pendapat dan cerita sahaja. Kalau dalam sehari tiada apa yg boleh buat anda berfikir, tontonlah apa jua bahan, video dan input yg membolehkan kita berfikir tentang kehidupan..Semoga ada manfaat dan pelajaran yg kita akan peroleh.

Perempuan Berkalung Sorban mungkin boleh menyedarkan banyak pihak, tetapi sayang di Malaysia tidak dipertontonkan…

:-)

Popularity: 13% [?]

Peragut…

Peragut…

Peragut?Apakah itu?

Pekerjaan profesional?Tahap pengurusan?A passion?

Cis, bedebah sungguh peragut2 hari ini. Sampai bila-bila pun keturunan dan generasi peragut ini takkan senang hidup, tak betah duduk kalau tidak meragut agaknya!Apa kau fikir lumayan menjadi seorang peragut?!

Ya, ‘lumayan’ dosa dan caci hina!

Berani-berani mereka meragut wanita berbadan dua~

Kau sudah membunuh lebih dari 1 nyawa kau tahu, bila kau meragut!

Sakit hati seawal jam 7 pagi Abby memandu ke pejabat!Berang dan panas hati dibuatnya. Belum lagi Abby menghadap suratkhabar tu. Dengar sahaja di Hot FM, Abby sudah boleh tangkap dan bayangkan betapa kejamnya perilaku si peragut.

Wanita hamil, ibu tua pun boleh jadi mangsa~ Sungguh hati binatang!

Emosikah aku? Aku percaya ramai lagi di luar sana berperasaan begini pada pagi ini!

Justeru wanita di luar sana berhati2 la kalian semua. Peringatan juga utk diri ini, yg beremosi sakan pagi ini. Teringat akan setiap kali bebelan mr fiancee supaya lebih berhati2 kalau berjalan seorang~

Ya, tunangku mmg kerap mengingatkan. Ada yg aku ikut, ada yg aku wat endah tak endah…Lihat, kesannya kalau tidak beringat, sungguh….nyawa boleh jadi pertaruhan :-(

Semoga isu ini menemui jalan penyelesaiannya…SEGERA!.

Dan dia, IGP masih boleh mengulas begini, “Polis tidak boleh berada di setiap tempat…,”

Sungguh tidak ‘profesional’ langsung jawapanmu itu!!!

Popularity: 14% [?]

Psst…

Psst…

Ni nak bergosip sikit.

Well, bukan lah bergosip. cuma ada cerita Abby nk cerita. Tetapi sumber penceritaan adalah daripada pendengaran Abby sendiri, bukannya sesi perbualan. Opps, i overheard something. Dush dush dush. Bad habit of u  Abby, but still Abby nak cerita jugak!

Pagi2 Khamis yang damai ini, ehem…Abby dh sampai di ofis. Seawal jam 6.50am. Alhamdulilah, Abby diizinkanNYA utk terus bernafas dan beramal.

Sesampai di ofis, dua rakan sekerja (1 level) sudah pun ada di ofis seperti biasa. Pendek kata, golongan yg dtg awal waktu2 begini semuanya yg duduk jauh luar KL. Macam kes Abby. Lagi2 Abby yg bencikan kesesakan. Datang awal dikira sbg 1 pilihan dan ianya tidak mendatangkan masalah kpd Abby, in fact its a good option.

Dalam duk Abby browse satu2 Mozilla dan monitoring page, Abby overheard their conversation.

Terdengar ya, bukan sengaja pasang telinga. Tetapi lama kelamaan aku jadi ‘terlekat’ terus mendengarnya. Kenapa?! Baca ni.

Mereka, mr Z dan kak M berborak psl anak2 di rumah. Mereka dah berkeluarga. Pangkat kakak2 and abang2 kepada Abby. mr Z merintih tentang anak-anaknya yg meniti dewasa. Sedang membesar tetapi seperti sudah tidak mengendah dirinya sebagai bapa.

Aduh, sedih sebenarnya kalau dengar satu2 bait ceritanya. Bayangkan kalau bapa kita merintih, kita terdengar. Apa kau rasa?

Mr Z menambah (mcm artikel style of writing dah..) anak perempuannya ada blog, he found out by himself. Sadly, blog anak perempuannya itu bnyk bercerita lebih tentang kengkwn, dan tiada langsung cerita psl famili.

Aduh, bertambah sadis. Tersentap sekejap aku dengar..

Bezanya sekrg juga, kalau dulu..mr Z balik dari kerja, anak2 dia mesti terjerit2 depan pintu, “Papa balik, yeay!”. Tetapi skrg kalau dia pulang bekerja, belum tentu anak2 ada di rumah. Kalau ada, mesti dalam bilik, entah buat apa.

Kemudian, kak M si pendengar setia berselang seli tanya soalan pada mr Z. Samada, kerap ke mr Z berborak dengan anak2, waktu makan selalu makan bersama kah & banyak lagi (yg Abby fikir, mungkin mencari punca2 kelakuan si anak2 mr Z).

Bila diteliti semula dan hasil percakapan mereka berdua, mungkin betul juga faktor usia anak2 itu yg mengubah kelakuan mereka. mungkin si bapa, mr Z terasa sedikit mengenangkan perangai sorang2. Anak perempuan seorang, anak lelaki seorang, dan seorang kanak2 kecil yg kurang sihat sejak lahir (pernah mendapat perhatian media).

Yg buat Abby ‘terpaku’ utk terus mendengar adalah kerana mendengar sendiri bagaimana seorang bapa itu merintih. Kasihan, lebih2 lagi mengenangkan mr Z adalah seorang OKU (tetapi tidak pada mata Abby kerana dia kuat, gigih bekerja mcm manusia biasa) .

Abah Abby walaupun sihat walafiat, tidak bermakna dia tidak pernah merintih. Pasti, mesti ada!Sekelumit perasaan kecewa mesti pernah terbit dalam hatinya, mungkin dek gelagat kami tiga beradik.

Argh, tak suka~ mata sudah bergenang. Cerita tentang Abah mmg senang buat Abby menangis. Lagikan mama.

Apapun, terima kasih mr Z kerana luahan rasa anda. Buat Abby sedar sekejap akan tujuan Abby hidup atas muka bumi ini. Harapannya, bukanlah ianya utk sekejap cuma, tetapi sampai bila2.

Buat sesiapa bergelar anak di luar sana, berbicaralah selalu dengan keluarga anda kerana itu lebih membahagiakan mereka. :’-)

dsc_0282-copy

p/s : 1. Blog ini bukannya utk membodek Abah. Err..Abah tak baca kut blog Abby. hehehe

2. Abby akan bercuti 3 hari di Penang mulai esok. Birthday bakal mertua jatuh pd esok hari. Yeeha!Cuti2!

Popularity: 12% [?]

The -ve side of me….

The -ve side of me….

Semua orang, tidak sempurna…walaupun kesempurnaan itu menjadi impian semua orang di muka bumi ini.

Sudah tentu, aku tidak lari daripada ketidaksempurnaan yang sememangnya wujud….Apakah ketidaksempurnaan ku?Aku sahaja yang tahu….

Ketidaksempurnaan samalah ertinya dengan sifat negatif yang ada pada diri…

Hendak mengeluh, itu tidak digalakkan. Lagipun ianya akan berakhir sebagai satu keluhan semata-mata…

Hendak dikesali,ianya masih boleh diubah…tidak pernah wujud istilah ‘sudah terlambat’ dalam kamus hidup ku…

Dan, sememangnya itu yang aku harapkan…Berubah kepada yang lebih baik!

Tidak kira apa sahaja yang aku ingin dan akan lakukan…aku perlu terapkan sesuatu nilai yang baik dalam diri…dan dengan itu, aku perlukan contoh!

I have my own idol and determine to be good though life’s POP me every single day!

Popularity: 8% [?]

Mengejar impian….satu perjuangan!

Mengejar impian….satu perjuangan!

Langkah…

Beribu langkah…

Ke destinasi yang diimpi..

Tiba terhenti tercari-cari

Haluan arah yang telah pun musnah…

Harapan takkan kesampaian..

Hina..Hinanya diri..

Hanya menantikan bantuan…

Bagaimanakah ini terjadi…

Kerdilnya diri bukan lagi tuan…

Inikah rupanya nasib bangsaku…

Langkah demi langkah…

Biarkan bertatih…

Impian kan juga kan terlaksana..

Martabat diri ini tiada kan berakhir tanpa usaha..

Janganlah leka..

Tuah negaraku…

Semerbak harumnya…

Bingkisan keringat oh bangsaku…

Teruskan langkah ini..

Biarkan ia kekal sentiasa…

” Hari ini..jalan ini..pasti semakin berliku..kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga, bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa..Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya cekal dan tabah dapat membela mercu tanda bangsanya yang berjaya” – Tun Dr Mahathir

Popularity: 8% [?]