Terasa terpanggil untuk membuat perkongsian. Perkongsian yang boleh memberi manfaat kepada semua atau mungkin boleh membosankan (bagi mereka yang super duper mahir daripada saya barangkali). Al-maklum, saya Ibu kepada seorang anak. Bukan 5 atau 12. Pengalaman bersalin juga kemungkinan (dianggap oleh sesetengah orang, seperti tiada apa) sepertinya tidak berharga kalau hendak dikongsi.
Maka, perlu atau tidak saya teruskan? Ahhh, persetan. Saya bisa berkongsi apa sahaja pengalaman saya. Terpulang kamu, mahu ambil, mahu baca, mahu ikut atau mahu buat bodoh. Serius, terpulang. Hendak saya ulang ke? Terpulang!
Hahaha. Belum memulakan sebarang perkongsian, saya sudah jadi emosi bagai. Hahaha. Jangan marah, saya di dalam mood yang sangat baik lagi aman.
Terpanggil 1 lagi, bukan apa. Seperti tidak percaya saya berkongsi List of Baby’s and Labour’s needs bersama majikan saya. Majikan yang mana? Engkau bukan…..err. Saya punya majikan, kau lupa? Hahaha. Tidak kisahlah majikan yang mana, tetapi perkongsian adalah untuk kebaikan. Semestinya, senarai barangan keperluan bayi dan labour yang saya duk belek dulu masa mengandung, kini sangat3 berguna dijadikan checklist untuk bakal bapa dan ibu. Fuh, seronok habis dapat share checklist tu. Siapa-siapa yang mahu, boleh private message saya. Hahaha.
Keperluan Labour
Baik, detik bersalin siapa pun tidak boleh duga bila waktu sebenarnya ia akan berlaku dan bagaimana caranya anak yang dikandung akan dilahirkan. Of course, practically dalam dunia ini hanya ada 2 kaedah sahaja. Samada normal atau caesarean. Bercakap soal kaedah ini, saya mahu berlaku jujur di sini.
Jauh di sudut hati (sangat-sangat jauh tetapi jenis yang ditanam dalam-dalam, maka susah nak hilang/cabut), saya sedikit terasa hati kalau ada para ibu yang menggembar-gemburkan pengalamannya bersalin normal (pernyataan sebegini merujuk kepada mereka-mereka yang berada di luar lingkungan sahabat yang saya kenal). Maksud saya, cerita yang digebang-gebang itu tahap melampau habislah. Sehingga boleh buat hati saya tersinggung.
Pada saya, ketentuan kaedah itu adalah bergantung kepada situasi dan terma perubatan. Ikutkan hati dan semangat, saya juga mahukan kaedah normal. Tetapi keadaan mendesak di saat akhir, maka kaedah caesarean adalah terbaik untuk saya dan bayi. Kamu kena faham itu. Ini ada pula macam pandang enteng dan sepertinya Ibu itu tidak powerlah-kalau-beranak-operate. Tidak berapa mencabar, kata mereka. Serius, sumpah saya tersinggung. Kamu fikir mencabar ke kalau sudah nyawa anak dan Ibu dalam keadaan bahaya? Fikir sama kalau kamu di tempat orang lain.
Ini pertama kali saya buat entri yang ada rasa amarah sikit. Mild sahaja. Harap saya tidak terjumpa lagi kenyataan-kenyataan seperti di atas di mana-mana.
Urusan labour memang ketentuanNya juga, dengan sedikit bantuan perubatan dari manusia, barulah anak dan Ibu selamat. Kamu perlu benar-benar ingat itu. Maka, tiada logik bukan kalau kamu gah dan canang cerita sampai begitu sekali. Kedua-dua kaedah menjanjikan sakit yang berlainan. Itu memang adil. Tak percaya, tanyalah pengalaman orang lain sama.
Pendek kata, persediaan labour perlu kuat fizikal dan mental. Perlu juga kuat dan cekal hati serta Iman. Apa sahaja boleh berlaku di dalam bilik bersalin, ikut ketentuanNya. Si suami, bantulah dan sokonglah isterimu yang berada di dalam kesakitan. Perit jerih melahirkan (walau kaedah caesarean sekalipun), kamu Si Suami takkan dapat pernah merasainya seumur hidup. Bare that in mind, I beg you.
Keperluan bayi
Hapus emosi segera, Abby. Sekarang kita mahu bercerita tentang bayi, tentang Imran Imtiyaz.
Haha. Soal keperluan bayi, memang perkara UTAMA dalam hal ini. Walaupun saya baru sahaja merasai pengalaman menjadi Ibu dalam masa 4 bulan, terlalu banyak perkongsian yang mahu saya ceritakan di sini. Saya bukan takbur, tetapi berkongsi dengan penuh rasa rendah diri. Kalau saya salah, harap betulkan. Kalau saya betul, kamu ikutlah atas budi bicara sendiri.
Sudah tentu tentu, saya menggalakkan para Ibu breastfeeding anak mereka. Maka, belilah keperluan utama breasfeeding seperti breastpump, breastmilk storage dan etc. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Nasihat saya pada Si Suami di luar sana, galakkan Isteri anda untuk menyusukan anak. Pada saya, walau bercampur dengan susu formula sekalipun, beri juga susu ibu. Wajib, beri!Sebab susu Ibu memang Tuhan bagi free kepada semua ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan. SEMUA, tiada terkecuali.
Tetapi….dugaan dan halangan mungkin berbeza-beza. Samada nipple terbenam (saya kurang pasti istilahnya), anak tidak cukup bulan dan ada beberapa sebab lagi. Dugaan dan halangan ini yang membezakan tempoh penyusuan, samada cepat atau lambat. Saya tahu mungkin ada juga ibu-ibu yang berasa kecil hati kalau anak mereka tidak dapat susu Ibu atas sebab-sebab tertentu. Saya boleh faham. Tetapi, biarlah setelah PUAS mencuba.
Macam saya sendiri, saya akui saya bengkak susu pada awalnya. Hampir-hampir give up untuk menyusu. Tetapi En Suami tidak putus-putus suruh cuba dan belajar tahan sakit. Jururawat di hospital juga cuba memerah susu badan saya sekuat (dan sesakit sesedap rasa dia je, hahahaha) yang boleh untuk pastikan susu badan keluar. Kata mereka, kalau bengkak, memang ada susu lah tu. Sakitnya menyusukan malam-malam awal kelahiran Imran Imtiyaz, Ya Allah….Kamu Sahaja Maha Mengetahui. Adakalah menangis kuat juga saya, jiran katil sebelah sampai simpati. Tetapi Alhamdulilah, sekarang saya jadi gigih pump susu. Bangga dan berterima kasih ke hadratNya. Terhutang budi betul pada nurse yang gigih memerah untuk saya waktu itu.
Pendek kata, sakit itu belakang cerita. Memang akan sakit menggila, tetapi niatkan sahaja apa yang kita buat adalah untuk anak dan bayi kita. Saya tidak pinta lain asalkan anak teruna saya membesar sihat dan sempurna dengan susu badan. Saya percaya anda juga mesti mahukan yang TERBAIK untuk anak, bukan? Maka, cuba dan jangan mengalah.
Bercakap soal keperluan, pada saya JENAMA main peranan penting juga. Ini semua bagi memastikan kita beri yang terbaik untuk anak kita, selain memudahkan juga. Saya menggunakan jenama dan barang keperluan berikut, HANYA sebab nak memberikan yang terbaik untuk Imran Imtiyaz:
Pada saya, dua jenis pump ini perlu ada kalau-kalau satu pump lagi tidak berfungsi
Keselesaan jadi keutamaan. Best of the best, to me. Still using it as I’m so full with milk, kut. Insya-Allah.
Jenama tidak berapa main peranan juga sebenarnya. Yang penting, berguna untuk anda. Selesa kemudiannya. Pelaburan sahaja yang diperlukan sedikit. Ikutkan banyak sebenarnya, tetapi beli ikut keperluan dan kegunaan. Ikut priority kalau boleh. Ikut nafsu, memang hendak semua. Hahahaha.
Baik, sekian sahaja untuk para ibu semua, dan para bapa juga. Ambillah yang mana baik, sebab yang salah itu datang dari diri saya juga. Hehehe. Ayat yang biasa sangat saya dengar waktu sekolah dulu, waktu lepas-lepas penceramah habis bagi ceramah. Hehehe. Terasa tua dah. Cabut!.
Popularity: 48% [?]

























