Category Archives: Cuti-cuti Malaysia

Eid-Fitri Bertiga…

Eid-Fitri Bertiga…

Bertiga? Ya, ini lebaran kami yang kedua kali secara bertiga. *Senyum lebar

Bukan sudah boleh berempat kah, Abby? Wuaa, soalan bonus tak hengat. Kalau dapat bonus masyuk lain cerita. Ini harem, belum rezeki. Tidak apa. Rezeki bukan kira nak datang time raya sahaja. Bila-bila, celik mata pun boleh.

Alhamdulilah, di kala post ini ditulis kita sudah masuk syawal yang ke-9. Masih meriah, masih kedengaran sana sini lagu raya. Alhamdulilah, dipanjangkan lagi usia untuk menyambut lebaran bersama suami dan anak kesayangan. Begitu juga ayahanda bonda serta adinda-adinda tersayang. PALING BEST, kalau lebaran tahun lalu saya gigih berpantang, menahan selera menikmati hidangan raya…naaah, tahun ini adalah tahunnya, di mana hari pertama Raya sahaja saya melantak makan itu ini. Hari Kedua, saya sudah duduk makan di Pizza Hut! Yeay!!!! Itu baru nikmat lebaran, tak gitu? ;-p

Lebaran kali ini juga adalah pertama kalinya saya beraya di Pulau Pinang, kampung Encik Suami. Sambutan ala kadar sahaja, berkumpul saudara-mara mana yang ada. Yang tiada, besar kemungkinan beraya di belah keluarga yang satu lagi. Itu adat.

Jalan-Jalan Raya kami bermula sebaik sahaja selesai kami 1 keluarga bersalaman raya di rumah Tok Abah & Tok Ma Iyaz di Segambut. Dan buat pertama kalinya, Imtiyaz sudah boleh berdiri dan bersalam raya sendiri hehehe. Herewith are some pictures:

Kami di pagi Hari Raya. Can you detect the different from last year’s raya picture? ;)

Adinda-adinda kesayangan dengan anak buah favourite mereka! Well, that’s the only one at the moment ;-p

Ya, tema kami bertiga serba kelabu tahun ini. Dengan persiapan yang the very last minute, manage juga saya grab baju warna kelabu untuk suami & anak. Untuk saya juga. Bersaiz dua kali ganda lebih kecil dari dahulu. Woot woot! Janji sedap dan selesa. Harga atau brand tidak jadi keutamaan. Begitu juga utk suami and anak. Asal ada. Pakaian lama juga masih elok. Banyak saya lebihkan belanja untuk keselesaan si anak. Syukur, segalanya complete by 1st day of Syawal.

Selesai bersalaman raya, kami mula atur perjalanan menuju ke Sabak Bernam. Saya masih punya nenek, maka adalah wajib selepas beraya bersama ibu bapa, nenek adalah orang ketiga saya lawati kalau raya. Di kampung, ramai sedia menanti. Pakcik makcik, sepupu sepapat semua sudah ada. Dan tinggal kami sahaja yang duduk di KL, untuk datang beraya. Al-maklum, jarak sudah tidak menjadi hal untuk kami selalu ke Sabak Bernam. Cuma bila raya sentimental value nye lebih sikit, berkonvoi jalan raya menuju pulang ke kampung adalah sangat dan terlebih FUN dan EXCITING daripada hari-hari biasa!

Sampai sahaja di kampung, pasangan serba kelabu, kuning (adik perempuan & lelaki) & hijau (Abah & Mama) tibalah di Sabak Bernam. Ohhh, baru dua keluarga sahaja yang ada. Meriah dengan budak-budak lebih dari golongan dewasa. Mungkin fun bagi Imran Imtiyaz. Hahaha…budak kecil saya memang sudah kenal erti kawan. Asal nampak budak sebaya or younger, mulut becok bukan main. Ramah tidak tentu pasal. Behave? Let him be ;)

Raya Day 2

Yesza! Gambar di atas adalah gambar keluarga besar Nenek Habsah atau sekarang lebih sinonim dengan nama Uyut Habsah (Uyut = Moyang). Tidak ramai yang berkumpul sampai pagi hari raya kedua. Saya dan keluarga sendiri pun sudah tiada dalam gambar sebab mula bertolak balik ke kampung belah Encik Suami, Pulau Pinang. Sob sob. Haha. Tidak sempat Encik Suami kenal atau melihat sendiri pengalaman beraya cara ‘orang-Sabak-Bernam’, orang jawa sejati. Ngeh. Tidak apalah, barangkali tahun depan ada rezeki kita pula ;-)

Courtesy gambar adalah daripada koleksi suami sepupu saya, En Arman. Jangan marah, but senyum please? Saya beri publisiti percuma biar minat fotografi akan lebih bercambah lagi! (Cet! Statement diva! But thanks, no thanks. I’m writing for fun).

Saya sudah jadi kurang gadget fotografi bersama-sama saya sekarang ini. Yang ada, gadget menghiburkan anak, menyusukan anak, menukar lampin anak dan segalanya yang berkaitan dengan anak. Kedengaran FUN sungguh, bukan?! Hahaha. Boleh kalau saya mahu gendong semua gadget dengan saya, supaya mana-mana saya pergi orang panggil saya SUPERMAK, boleh? Hahahaha. Makanya, saya bersara dari dunia fotografi untuk seketika. Tetapi saya maintain menjadi ratu social media network pada setiap masa cause I have BlackBerry all the time with me ;-) Terima kasih, Encik Suami! At least, tidak kesunyian saya. Gambar-gambar yang BB saya capture pun sangat sharp dan berkualiti. Settled!

*eh eh apa ni cerita raya ke cerita BB ke cerita baby? Wuaaa.

Raya di Penang

Hehe best pula letak subtopic macam di atas. Ya, pertama kali beraya di Penang dan mood nya adalah sangat berlainan kali ini. Ini juga adalah raya yang pertama kali Encik Suami rayakan tanpa insan bergelar bapak. Mungkin boleh saya concludekan ianya sedikit muram, dan hanya mengumpulkan ahli-ahli keluarga yang ada di Penang sahaja. Rata-rata ada yang balik ke rumah keluarga yang satu lagi, dan satu lagi keluarga menunggu detik kelahiran.

Imtiyaz? Oh apa jua mood orang sekeliling, dia bukan kira. Dia ada mood tersendiri. Manja dan bergaya, itulah dia si  teruna saya. Melalak kalau bukan muka saya ada di sebelahnya, dan terus melalak selagi bukan saya yang dukung dia. Best sungguh! Hahahahaha. Inilah wajah anak-toddler-si manja-my cutie pie-my joy-my happiness dan segalanya :

Sampai sahaja ke pulau ini, macam biasalah. Saya akan hadapi masalah (tidak berapa anyway) untuk dapatkan makanan ikut selera tekak saya. Sangat ketara, makanan sarapan pagi. TETAPI, HAPPILY MENTION, pasembur dan mee pasembur/rojak memang tetap jadi POJAAN hati ya. Tidak boleh missed walaupun Hari Raya. Ya, saya lihat orang Penang or maybe non-Penangites lebih banyak makan masakan tradisi diaorang dari tradisi raya kut. Pasembur, raya ketiga-keempat pun dah bukak kedai! Heaven bukan?!

Sedangkan raya kedua pun saya dah lahap Pizza Hut, inikan pulak ketiga dan seterusnya. Memang tak mahu saya lemang, ketupat, rendang bagai. Hahahaha….puas menunggu setahun lebih gara-gara berpantang tahun lalu, tekak tetap juga lagu M. NASIR – SATU HARI DI HARI RAYA!. Satu hari sahajalah saya melantak. Settled. Cukup syarat.

Sekian sahaja cerita lebaran saya. Short but sweet. Bluek. Hahaha..

Saya rasa akan banyak cerita rumah terbuka, rumah ‘raya’ saya menyusul lepas ni. Dan beberapa kerja-kerja voluntary yang saya akan mulakan dalam beberapa minggu. Terima kasih atas peluang yang diberikan, sesungguhnya akan membantu ikut mampu. Blessed.

Akan saya terus blogging sampai nyawa terpisah dari jasad. Sabar menunggu, boleh?

Salam Syawal ke-10 ;)

Popularity: 59% [?]

City of Lights…

City of Lights…

Episod 1

Hangzhou International Airport

Episod permulaan. Thus, what is your expectation? Terus-terus klimaks, cerita perang or sarcastic about China? Of course not. We are Malaysian. Polite and good Malaysian, don’t we?

Jejak saja tanah bumi Hangzhou, China, saya sebenarnya Malaysian yang jadi hilang arah. Terus terpinga, tertanya-tanya, “Am I here, already?” Ah, giler statement tak boleh pakai. Mendarat di Hangzhou, suatu sudut pedalaman Timur China saya masih belum betul-betul merasakan ‘kehangatan’ China atau bandaraya Pudhong, Shanghai. Masih suam-suam dan angin sepoi KL itu masih ada. So tidak berapa challenging lagi. Ambil bas, kami dibawa ke kawasan bandar Shanghai yang jauhnya dalam 3 jam dari Hangzhou. Redha. Sudahlah 6 jam atas flight, ditambah pula lagi 3 jam duduk di dalam bas. Sengal pinggang.

Perut, jangan kau tanya khabarnya. Memang berbunyi gamelan dari atas flight lagi memandangkan flight waktu Subuh tidak membenarkan saya untuk mengambil sarapan secara berat. Ini kes takut-takut loya bila di awan biru. Hormon saya tidak berapa nak stabil kalau berada jauh dari paras laut. Hahahahaha. Selepas kira-kira 9 jam, barulah kami disapa oleh warga China yang mana mereka itu adalah petugas-petugas Matrade China. Lega.

Pudhong, Shanghai

Suhu lebih kurang 21 Celcius. Sejuk. Suka. Heaven. Terasa sejuk macam sudah malam. Sedangkan jam baru pukul 6pm. Baik, saya silap. Di China, 6pm orang sudah bersiap sedia untuk makan malam. Padahal kami yang baru sampai, terkulat-kulat lapar macam orang tidak makan 1 hari suntuk. Hehehe.

Sesi check in hotel. Alhamdulilah, hotel 5 bintang sememangnya menjanjikan keselamatan dan makanan-makanan yang sedap. Huhu. *Indah khabar dari kenyataan. Apakah? Tunggu episod akan datang.

Sampai sahaja di bilik hotel, bermula jugalah tugas saya sebagai seorang Ibu. Lebih 9 jam perjalanan menyebabkan breasts saya membengkak. Bengkak susu. Segera saya perah. Alhamdulilah, penuh juga 1 beg plastik storage. Disimpan di dalam chiller hotel. Moga bertahan.

Sebelah malam, tidur awal. Makan malam saya, malam pertama di Shanghai hanyalah maggi kari sahaja. Burp, kenyang. Tidur. Belum punya mood seperti berada 2211 batu dari tanahair sendiri. Rindu. Juga malam pertama tanpa Imtiyaz di sisi. Sayu.

Day 2

Renaissance Pudhong-Shanghai Hotel

Terkejut. Sumpah terkejut. Celik mata, luar tingkap sudah cerah yang amat. Digosok mata berulang kali, tengok jam tangan. 6.15 pagi?! Biar betul. Segera ke bilik air, basuh muka. Siap sedia untuk bersarapan pagi di cafe hotel.

Al-kisah, sekarang China di zon di mana waktu siangnya lebih lama dari waktu malam. Maka subuh adalah seawal jam 3.30 pagi, ya. Terkujat makcik diberitahu kenyataan ini. Padahal rasa macam lama giler kut tidur. Haih. Tak apa. Turun sahaja ke cafe, perut dah semacam hepi tahu ia akan diisi dengan superlicious nyer makanan. But what….?!

Okay, jangan terkejut. Memang ada hidangan yang lazat-lazat tu, sumpah, lagi sedap dari maggi kari. Tetapi…. meet/beef section in that cafe is a restricted place for us, for sure. Makanan itu tidak boleh dilahap macam mana kita makan kat Msia. Kesahihan halal atau ketiadaan unsur ‘oink oink’ di dalam makanan tersebut, tiada siapa yang boleh beritahu kami.

Jadi Malaysian team ambil pendekatan untuk menjadi manusia ‘herbivor’ sahaja. Hahaha. Like myself, I enjoyed myself eating waffles, pancakes, cereals, fruits and croissants! That’s all. Kenyang, super kenyang. Kenyang yang dijangka bertahan sehingga waktu malam. Ignore perut cepat-cepat, sebab lagi difikir makin lapar lagi dibuatnya. End.

Shanghai International Expo

Lokasi perkampungan kami untuk tiga hari lamanya. Ini perhimpunan dunia. Semua negara turun bawa makanan & minuman masing-masing. Semuanya bagi memasarkan produk makanan keluaran Syarikat masing-masing. Satu perhimpunan yang sangat mega dengan penyertaan ramai giler umat manusia.

Sebagai wakil Malaysia, sudah tentu saya membawa Duduk’s babies to display. Alhamdulilah. Sangat-sangat mendapat sambutan. Ramai yang sangat menyukai packaging kami. To them, it looks catchy, beautiful and interesting. Tak percaya? Here check this out!

Ha, menarik bukan? Memang antara yang jadi tarikan. I am proud representing this. Kami berkampung di expo ini sampai 3 hari. So, lets jump to our night activities at ShangHai!

Day 3 – 5

Hampir setiap malam di ShangHai, saya banyak menghabiskan masa berliburan dengan kenalan-kenalan baru. They are all great entrepreneurs & friends too! Sangat ngam-ho walau baru sehari dua kenal. Sejiwa mungkin.

Tengok sahaja gelagat kami. Giler-giler. Bliss. Gambar diambil masa kami ronda di tengah-tengah bandar ShangHai. Kawasan ini dipanggil The Bund. Memang bermandikan cahaya. Bangunan tinggi, sesak dengan orang ramai. Cuaca maintain sejuk. Tidak berpeluh langsung berjalan. Suka giler.

Kami habiskan masa lebih kurang 45 minit lamanya di atas feri yang menyusuri sungai di The Bund ni. Cool. Memang ramai giler pelancong. Locals are not missed too! Entah, tak dapat nak bezakan local ke tak, unless yang bertudung, berhijab dan orang mat saleh.

Soal makanan bila mana kita travel @ melancong di luar negara, to me menjadi 1 masalah juga ya. Bukanlah masalah besar. Maksudnya, pilihan adalah terhad. Perasaan was-was itu lebih dan membataskan selera kadang-kadang. Pendek kata, boleh kurus kalau selalu travel. Derggh, alasan untuk berdiet atau alasan untuk giatkan lagi aktiviti jelajah negara?! hahahaha. Yes, we did go to several Moslem / Halal Restaurants in ShangHai, tetapi air tangan orang Malaysia itu adalah lebih BAEK lagi, ya. Rindu. Sungguh sekalipun ada fried rice, fried bihun…kembang betul anak tekak ni hendak menelan. Kalau tidak kerana menyusu dan gendang perut, memang masih mampu berpuasa. Tetapi tidak eloklah bukan. Sudah lah di negara orang, ralat pulak rasa kalau jatuh sakit. So, bedal sahaja ;)

Kesimpulannya, kategori BEST : cuaca, geng kawan baru, pengalaman + jumpa lots of potential buyers di SIAL China + sesi bergambar klik klik. Kategori TIDAK BEST : ******, makanan, rindu Iyaz. Itu sahaja.

Terima kasih Allah atas peluang yang diberikan. Terima kasih majikan. Terima kasih En Suami & keluarga yang banyak membantu. Terima kasih juga pada Imtiyaz yang banyak memberikan kerjasama. Terima kasih semua!

p/s: Next country, apa ya? Wee! Insyallah. Kerjaan dulu.

Coretan dari Shanghai

Abby

Blerghh, macam ni punya coretan pun nak kena ada kredit ke? Hahahaha.

Popularity: 53% [?]

Duduk & Gambar…

Duduk & Gambar…

Pantang sahaja sekarang ini. Lagi-lagi kalau esoknya hari Sabtu. Hari pantang sekarang buat Abby. Hari di mana Abby mempunyai 24 jam bersama si kecil, Imran Imtiyaz. Jadi pantang juga kalau hari tersebut tidak digunakan semaksima mungkin. Kalau boleh, perlu dirancang aktiviti padat untuk si Ibu, Abah dan anak habiskan masa bersama.  Tidak kisahlah ke mana hala tuju, janji kami bertiga beranak isi masa yang ada bertiga. Huhu…

Macam Sabtu yang lalu, kami bertiga merasakan kami memang habiskan masa dengan sebaik mungkin. Selain dapat bersosial, sempat lagi saya pasang azam jadi entreprenuer. Hehehe…Insya-Allah, dengan izinNya. Sabtu lalu, sambutan Krismas. Tarikh signifikan juga buat sahabat yang saya kenal, Maisarah Sani dan pasangan, Faris Fakri.

Eh eh macam pernah dengar je nama mamat tu? Haruslah. Antara yang menjadi memory maker. Hahaha… (Kembang semangkuk kalau Faris baca ni). Maju setapak lagi saudara kita yang seorang ini kerana sekarang sudah punya kantor sendiri. Pasangannya pula, kini fulltime entreprenuer juga melangkah 1 tapak lagi apabila membuka outlet kedua cafe miliknya di Solaris Dutamas. Wee!So happy for both of you apabila dapat tahu juga kamu berdua sudah melangsungkan pertunangan. Alhamdulilah~

Kami antara yang terawal sampai ke cafe. Tepat jam 2, kami dah tertinjau-tinjau kalau-kalau ada kenalan lain yg kami kenal. Tidak ada yang kami kenal. Faris datang menyambut kami. Kemudian, Maisarah datang pula menyapa. Dikhabarkan terus tentang berita pertunangan mereka, saya sumpah jadi terkejut. Diam-diam berisi eh korang. Haha. Tak apa, kalian memang sudah boleh jadi papa and mummy dah pun, okeyh? Agenda petang itu, majlis soft lauch Duduk Cafe dan Faris Fakri Photography. Seminggu awal saya sudah canang dengan Encik Suami, saya mahu pergi majlis ini. Encik Suami tidak kisah, turutkan sahaja kata si isteri. Nah, akhirnya ada juga gambar kami bertiga setelah sekian lama tak dapat sentuhan Faris. Wee!

Thank you, Faris. We love it. Waduh, jom Iyaz. Kita pergi cari Uncle Faris untuk ambil gambar Iyaz banyak-banyak k?.

Sorry, Ibu terlalu girang tengok gambar ni dipost oleh Faris. Seminggu tunggu, okeyh? Haha..berlaku jujur ni. Dah lama sangat tak invest untuk fotografi. Kali terakhir, masa wedding kami je. Baik, azam tahun baru : masuk studio WOW!Foto sampai mereka jadi jemu, bolehkah?

Borak punya borak, alih-alih si Faris beritahu ada gambar saya di office dia. Besar punya!Ok, saya terkejut lagi. Tak percaya?

Di sebelah kiri, si manis Maisarah, VIP of the ceremony that eve. Yang di sebelah kanan itu. Baik, sekarang sudah percaya. Faris letakkan semua his great masterpieces sebagai isi ruang luar pejabatnya. And again, I feel honoured (cet!) and happy at the same time sebab tak pernah wei, muka ni ada orang nak letak kat billboard ke, kat magazine ke. Hahaha. At least, dalam 1 bandar KL sekarang, ada 1 tempat yg ada gambar saya and that’s  Faris Fakri Photography office at Solaris Dutamas. Wee!!Thank you ya!!Tolong jangan tanggal untuk tempoh 1 tahun, please. Hahaha.

The rest of the evening, we spent time eat and eat, talk and talk with Nazir Azhari and wife. 1st time jupe wife dia, and she’s sweet too. Makanan yg dihidangkan petang itu, semuanya food cravings dari Duduk Cafe. I enjoyed eating the nasi lemak, though in small portion, it tasted good. Menu lain, anda boleh rasa sendiri di Duduk Cafe. I adore their cakes too. You should give a try.

Now, lets pictures do the rambling.

Sepanjang petang itu juga, Imtiyaz behave. Behave sebab dia tidur. Jadi tabiat pula sekarang, dia cepat jaga kalau diletakkan di dalam stroller. Maka, saya lagi selesa memangku dia dari letakkan dia. Biar dia sentiasa rasa kehangatan badan saya, eceh. Maka, gambar dia banyak yang tidur sahaja. Enjoice.

Errrr, figura ini hadir juga petang itu!Tetapi waktu saya sudah pulang!Tension dapat tahu. Kalau tahu, mesti saya tunggu sampai petang. Tapi apakan daya, adat sudah punya anak…did I tell you my life is fully determined by Imran Imtiyaz? Smile with bliss.

and last but not least :

Faris Fakri with Malaysian Astronout.

Thanks to you both. Kami seronok petang itu. Dan sangat berharap akan lebih banyak lagi pertemuan-pertemuan begini. Perjumpaan sosial seperti ini sememangnya saya gemar. Lebih memberi banyak inspirasi dan membuka minda saya sebenarnya. Jujur saya katakan, pergaulan sebegini membuatkan saya lebih bersemangat mahu atur kehidupan. Suka dan akan sentiasa suka untuk memenuhi undangan sebegini lagi. Thanks again!

To Faris, ayat Kumaran nampak gambarku di kantormu: Aku jeles, Aku jeles, Aku jeles, Aku jeles, Aku jeles, Aku jeles… [panjang sangat, you continue yourself, readers ;) ]

To DUDUK cafe and its owner, congratulations and may Allah brings more barakah on your business ;) DIA maha pemberi rezeki, berusahalah kalian :) We fully support you!

Popularity: 79% [?]

Cuti Riuh, Kecoh…

Cuti Riuh, Kecoh…

Koleksi gambar lama yang ada. Ini cerita cuti sekolah awal Jun hari tu. Sebahagian daripada mereka di atas, dan 3 stooges dari Batu Pahat itu datang ke KL/Selangor untuk bercuti. Suatu pagi, masih awal kiranya, sekitar jam 10 a.m, si Ibu ni terima panggilan:

Nama ‘Cik Lin’ yang tertera atas skrin telefon.

Cik Yak:

Along, watpe tu? Kerja ke?

Me:

Ha ah la, kat tempat kerja lorh. Mana lagi.

(Dah nama hari Jumaat, bila diaju soalan gitu, tidak ke tersentap si Ibu ni menjawab..Emosi tul, sambil nguap jwb telefon)

Cik Yak:

Esok, free tak? Jom g KLCC.

Me:

Waaaaah, Cik Yak dah sampai mana ni?

(Statement tidak berkadaran, tetiba mahu diajak ke KLCC)

Cik Yak:

Ni dah sampai Dengkil dah pun. Si Nabil nak sangat pegi KLCC, Bilah bawakkan lah esok. Kita pegi ramai-ramai.

Me:

Wah BOLEH2!Set!

Kepala sudah jadi tidak menentu terus. Baru jam 10 a.m. Kepala dah menerawang mahu buat aktiviti apa esok kalau dibawanya bebudak tu semua ke KLCC. Mandi di KLCC Park? Orait jugak!. Cosmic World, Times Square? Terbaik jugak!. Pening-pening. Me, kalau bab-bab jadi organiser event, memang teruja!Tak jadi kerjaan itu hari wo!

Dikhabarkan cerita ini pada Encik Suami. Wah, lagi dia kaput. Rasa macam mahu minta Off Day terus. Kami bukan boleh. Kami kan family man and woman. Suka bergaul dengan budak-budak ni. Sesuai la dgn status kami si bakal Abah dan Ibu ni. Encik Suami sampai jadi tak keruan, al-maklum, World Cup juga sudah bermula waktu tu. Ahh, dipedulikannya sekejap. Komited dia kalau bab-bab luang masa dengan keluarga ini. Terbaek la awak. Sejiwa la kita ;-)

Bertolak la kami pagi Sabtu itu ke Teluk Panglima Garang. Misi mengangkut bebudak a.k.a sepupu-sepupuku ke KLCC. Untuk makluman, mereka ini saya boleh kategorikan sebagai kanak-kanak yang dibesarkan di dalam suasana serba sederhana dan duduknya di pinggir kota. Jadi, bila ada masa terluang, sudah tentu mereka juga teringin mahu berjalan-jalan di bandar atau kota-kota besar. Saya memang tidak betah dengan mereka. Apalah sangat kalau dibawa berjalan. Saya gemar usung mereka ke sana, ke mari. Walaupun sekarang, saya mengusung mereka dengan baby dalam tummy. Penat mmg penat, tetapi bukannya selalu.

Destinasi adalah KLCC. Sampai waktu tengahari, tetapi cuaca redup membolehkan mereka mandi di KLCC Park itu. Dapat juga sejam dua melepak di situ. Terujanya mereka dapat ‘menghampiri’ bangunan KLCC tu, ohhh tidak usah cerita. Ibarat macam orang selalu nonton di TV, tetiba hari ini dapat tengok LIVE depan mata. Begitulah gamaknya. Dibawa berjalan sekitar KL, banyak info saya share dengan mereka. Semuanya jadi taat dengar. Seperti biasa, saya selalu nasihatkan:

Balik nanti, belajar rajin-rajin semuanya, okeyh? Kalau periksa dapat markah baik, boleh selalu datang KL ni.

Perlu la bukan dijanjikan sebegini? Baru ada semangat mahu belajar semuanya. Kalau behave, memang dapat ganjaran. Seharian berjalan dengan bebudak, baby dalam tummy jadi terkejut dan tidak banyak menendang.

Pelik agaknya. Kenapalah hari ini ramai sangat suara budak-budak kecik yang baby dengar eh, Ibu?

Sayangnya, saya tidak ambil gambar dgn mereka macam biasa. Tiada koleksi this time. Kepenatan agaknya, melayan kerenah bebudak ni. Lebih penat ditambah pula dgn baby yang dikendong. Yang penting, puas dapat melayan setiap seorang dari mereka. Next time, kita jalan-jalan lagi ya!

Popularity: 66% [?]

Cuti ‘Berangin’…

Cuti ‘Berangin’…

Wah, rombongan apakah ini? Mengangkut segala bagai. Gaya macam mahu lari dari rumah. Tak menahan, 1 family join sekali tu. Apa kes ni?

Muka-muka sengal bila sampai di separa puncak. Puncak? Puncak apakah. Al-kisah ceritera jalan-jalan bercuti 1 keluarga. Dek kerana saya sedang dikira sedikit sarat mengandung, maka episod jalan-jalan kami hanya tempat yang dekat-dekat sahaja dengan KL. Destinasi : Genting Highlands. Yeay!

Disebabkan keadaan saya juga dan ‘kegayatan’ Abah untuk memandu ke puncak, kami decide untuk parking sahaja kereta-kereta kami di Genting Skyway. Maka, terciptalah episod pertama kalinya Abah, Mama, Angah dan Ajim menaiki cable car ke Genting. Bagi saya dan Encik Suami, dah jadi pengalaman kedua sebab pernah pergi bercuti dengan keluarga besar Encik Suami sebelum ini. Terserlah rasa kegayatan Abah okeyh? Hehehe…Kelakar.

Beza bukan riak wajah masing-masing? Riak yang jakun, gayat dan ‘alah bisa, tegal biasa’. Hehehe. Perjalanan ke puncak ambil masa dalam 20 minit juga. Katanya 3.4 km. Kalau berkereta, mahu ambil masa another 1 jam lagi. Ohh tidak kesangupan rasa. Cable car is the best choice to all, i bet.

Percutian singkat ini adalah pertama kali juga buat Abah dan Mama berjalan-jalan dengan menantu. Hehe. Sebab itu Encik Suami sanggup berjuang bermati-matian nak dapatkan cuti. Biar kasi berbaloi. Itupun Encik Suami tak tidur hampir 24 jam masa kami check in hotel. Kesian, bola punya pasal yang belum sudah-sudah.

Tanpa buang masa, sampai sahaja di puncak, kami berbaju sejuk dulu. Done. Selesai check in, yg macam dah ala-ala Vegas punya tempat, kami terus ke ruangan Outdoor untuk bermain game. Abah dan Mama decide untuk bermadu bersama, tidak mahu diganggu. Maka saya kendong baby dlm tummy dan adik-adik besar yang lain ke Outdoor. Nasib baik ada Encik Suami. Lenguh berjalan berbukit-bukit atas sana. Tetapi baik untuk exercise, so Ibu redha.

Ketika di kawasan Outdoor, dingin sejuk Genting memang terasa. Bagi saya pula, macam angin air-cond sahaja. Berbunyi sombong di situ bukan?Hehe. Bukan apa. Sejak pregnant, saya akui saya sakan berpeluh. Di office, suhu air-cond di office (lebih-lebih lagi tempat saya duduk) saya buat macam saya yang punya. Kesian officemate sekeliling, terpaksa bersejuk kerna saya. Statement biasa,”Ibu mengandung biasalah tu…”. Terima kasih kerana memahami.

Maka, berjalan-jalan di Outdoor, saya tidak memakan sweater. Berpakaian serba hitam sahaja, dengan alasan bolehlah saya ‘berpanas’ sikit. Mmg berpeluh, tetapi cepat mula menyejat. Nak cuba-cuba makanan yg ada di atas tu, kena standby duit banyak la dulu kan. Semua pun berganda. Last-last capai juga sebatang aiskrim.

Huhu. Dah la tak rasa sejuk, boleh pulak saya belasah ice-cream. Buat pelepas rasa jerrrrrrrrr.

Aksi-aksi bakal seorang Mak Ngah dan Pak Cu. Sungguh keanak-anakan, walaupun panjang dan tinggi masing-masing dah macam mak dan bapak orang.

Itulah baby, orang first time sampai Genting. Baby belum lahir dah sampai Genting dah, nanti besar sikit Ibu and Abah bawa pegi Europe plak k. Huahuahua…

Di sebelah malam, mereka berdua sambung bermain di Indoor pula. Saya memang sudah tidak larat. Lenguh-lenguh kaki dah mula menggigit-gigit. Jadi decide keluar makan malam dan naik Venice Gondola sahaja di Indoor tu. Balik bilik, Encik Suami gigih mengurut pula. Hehehe. Saya kalau sudah mengeluh, boleh sampai tidak tidur. Beruntunglah kalau punya suami yang rajin melayan bab-bab nak mengurut ni. Alhamdulilah, saya bersyukur ;-)

Keesokan harinya, kami check out seawal mungkin bagi mengelakkan kesesakan di Skyway. Bersiap awal, tetapi continue lagi jalan-jalan di bahagian Indoor. Saya dan Encik Suami sempat juga last minute shopping untuk Father’s Day Gift. Hehehe. Gift yang merupakan petunjuk bahawa next holiday kami adalah : MELBOURNE!!!!!!!

Kami selamat turun dari puncak menjelang tengahari. Terbaik. Short but sweet. Sekarang, pulun dan terus pulun untuk pergi bercuti lagik!. Kalau boleh, mahu diangkut 1 family. Soon, kita berjalan-jalan bersama cucu pulak ya? Wee!

Popularity: 79% [?]

Serba Baru…

Serba Baru…

Menunggu detik hendak berpindah, makan masa, makan hari, makan bulan. Bila tiba hari berpindah, TOING, sekelip mata sahaja dah ada di rumah baru. Dengan barang-barang dan kotak-kotak berbungkus di sana sini, niat hati memang rajin mahu dikemas semua. Pelan-pelan si Ibu mengandung ni kemas rumah, siap juga mana yang dihajatkan.

Bila mengemas memang tidak terasa lenguh dan sengal sendi. Nah, cuba kau duduk diam seminit dua. Sakitnya, ngilunya macam orang buat kerja 1 bulan, siang malam. Perghh, pinggang rasa mahu tercabut. Tulang belakang rasa mahu terpatah dua. Wah, sumpah!Tidak mahu pindah lagi!Kalau hendak pindah pun, biar lagi 7-8 tahun. Tunggu baby hendak mula bersekolah. Sumpah penat!

Baik! Luahan rasa yang tidak patut ada pada hari baru dan minggu baru macam hari ini. Tapi saya mahu teriak juga!Sebab saya tidak duduk goyang kaki, makan terbaring depan TV OKEYH hujung minggu lepas~!

Dalam penat berpindah dan selongkar barang pun, si Ibu ini boleh gigih pusing IKEA cari barang-barang baru. Dashyat tidak? Gigih sangat. Mana boleh tidak gigih, kalau sana-sini barang semua on SALES. Ibu punya tangan grab sahaja sana sini. Seronot!Encik Suami tolong grab sama. Manis tak? Hehehe. Barang-barang kecil dahulu, bukan perabot besar gabak. Kalau iya pun, bukan sekarang waktunya. Nanti-nanti. Janji puas dapat grab dlm 10 barang bawuuuu!

Baik-baik. Semua tidak mahu baca saya membebel. Semua mahu tengok gambar. Nanti ya. Langsir dan hiasan rumah sedang diusahakan Encik Suami. Kerja-kerja berat ala-ala guna tangga dan tenaga lebih dari 4 kerat ni, Ibu memang ditegah sama sekali. Free-free ja kena marah nanti. Baik Ibu on tv, layan program Imam Muda. Eh best kan program realiti baru ni. Sudah mula tonton minggu lepas, dengan harapan baby enjoy sama. :-)

Baik, sakit pinggang saya sudah menyerang balik. Bukan boleh saya duduk sebarang 10 minit. Agaknya selang 2 minit duduk pun dah patut Ibu ni kena baring. Huahuahua. Tidak cukup tidur pun ya. Baik-baik saya qada’ nanti. Sambung kerjaan yok!

Popularity: 44% [?]

Singkat, Tetapi…

Singkat, Tetapi…

Encik Suami sedia maklum saya sukakan kanak-kanak. Kalau saya dah suka, sehari suntuk saya boleh non-stop bercerita tentangnya. Betul. Macam yang terjadi hari ini. Sesampai sahaja Encik Suami ke bumi KL, saya dah terkinja-kinja mahu pergi ambilnya. 2 malam tidak berjumpa. Last minute, kami buat keputusan yang saya tidak turut serta mengikutnya ke Penang. Atas sebab-sebab kesihatan yang meruncing, Encik Suami tinggalkan saya buat sementara. Hanya ingatan dan salam sahaja yang saya kirimkan buat keluarga mertua di sana.

Tinggallah saya berseorangan di rumah. Tetiba teringat pada janji untuk melawat si kecil Aimi yang lakukan pembedahan kecil di bahagian leher. Timbul idea untuk ke Teluk Panglima Garang. Pagi Jumaat, saya berkemas apa yang patut lalu bertolak. Kurang 1 jam, saya sudah sampai destinasi. Lagi-lagi menarik, si kecil Syahmi, Nabil dan Batrisyia juga ada di sana. Weeee!!!! Terlebih girang Ibu mengandung ini dibuatnya. Siapa mereka?

Okay-okay. Muka masing sememeh. Sebab semuanya baru bangun tidur siang, then Kak Bilah sudah mahu snap sana sini. Diaorg chill. Suruh je pose apa sekalipun, diaorg dah reti buat semuanya.

1 mana cukup. Kena banyak kali snap. This time, si makcik pun join. Ada beza tak yang mana si tua, yang mana si comel? Hehe..Jangan marah ek. Masakan Cik Mah terbaik. Kenyang saya sehari semalam tidur rumahnya. Terbaiklah!!

Memang meriah kalau bebudak bila dah ramai. Sebelah petang, si Ibu mengandung teringin pula hendak makan aiskrim. Lalu diangkutnya si kecil-kecil yang ramai tu ke kedai. Hehehe. Fuh, imagining myself kalau ada anak seramai lebih kurang err….err….err muat 1 Naza Citra? Hahahaha.

Kanak-kanak ini semua sedang membesar. Ada seorang dua sahaja yang umur di bawah 5 tahun, kategori masih boleh dibuli, digomol-gomol muka dan dibelai manja. Hehe. Yang sudah besar-besar, memang kena tahan telinga kalau si Kak Bilah mula berceramah pasal pelajaran dan kehidupan. Hehe. Saya bukan tokoh ternama bukan juga cendekiawan negara, tetapi cukup untuk mengajar sepupu-sepupu yang ada tentang bagaiman mahu atur kehidupan. Sekiranya menjadi amalan, Alhamdulilah.

Itu sahaja percutian singkat saya. Tidak perlu yang gah dan meriah belanja, cukup sekadar dapat lari daripada bingit kota sudah memadai. Berbaloi-baloi lagi kalau dapat luang masa dengan ‘anak-anak’ yang ada. Wee!

 

Popularity: 43% [?]

Sabtu Datang Lagi…

Sabtu Datang Lagi…

Tajuk dah macam iklan masa kecil-kecil dulu. Iklan TORA. Masih ingat? Ahh, sudah sungguh sangat cepat masa itu berlalu. Masih segar lagi setiap sudut dan ruang bandar Kluang. Kediaman, sekolah, rakan-rakan dan semuanya. Sekarang saya sudah berkahwin pun. Apa khabar orang Kluang?

Eceh. Macam tajuk segmen. Huhu.

Esok, Sabtu. Yeay!Sabtu datang lagi!.

Tetapi ada pernah dengar tak orang teriak, “Yeay, Isnin Datang Lagi!’ dengan happynyer? *Eh, seruan tidak membina. Senyap Abby. Kamu seorang sudah, jangan dihasut pembaca semua.

Saya jadi teruja sebab esok hari saya luang masa bersama Encik Suami. Sudah ku bilang, dia setia berada di Jalan Tun Razak setiap hujung minggu. Untuk esok, dia bakal ‘curang’ dan memilih untuk berada dengan saya.

Ok, jangan ada yang cemburu. Please. Orang di Jalan Tun Razak jangan berani-berani hendak cuba ganggu sebab saya dan Encik Suami sudah cukup terganggu, okeyh?! * Berbau sinis ke? Harap tidak, sebab saya jenis orang suka berterus terang.

Saya lahirkan rasa gembira saya yang amat bila Encik Suami dapat bercuti esok. Di Twitter, di blog dan di mana-mana. Ohh bunyi seperti saya cukup derita. Ehe..tidak sebenarnya. Hati memberontak mahu bercuti panjang. Tetapi bila difikir, saya sendiri tidak tahu apa hendak dibuat. Mahu dan mahu membeli, mengubah dan berjalan ke sana ke mari, tetapi ‘tidak berselera kalau tiada Encik Suami’.

Oh ok. Ada yang sudah muntah-muntah. Sindrom kah? Kamu ini, berlebihan daripada saya pula. Opps..

Haha. Saya gembira and really can’t wait to hang out with Mr Hubby. Though it is only for one day this week and seems not ENOUGH to me, but it is SO WORTHY. Love you.

Popularity: 37% [?]

Comel dan….murah?

Comel dan….murah?

Petang Ahad lalu, seperti dijanjikan kami ‘wanita gila’ keluar hangout sekali lagi. Sedihnya, yang benar-benar free untuk turut serta hanya 3 wanita gila sahaja, di mana tahap gila cipan maksimum dipelopori oleh Miss J hari itu.

Al-kisahnya kami ber3 hadir memenuhi undangan perkahwinan Hafiz Adnan & Ain Sanusi. Tahniah utk kalian. Selepas itu, rencananya mahu melawat sahabat kami, Siti yang kehilangan ayahandanya awal Januari hari itu. Kisahnya melawat insan yang sedang masih lagi dalam mood sedih. Tetapi kami macam buat-buat tidak faham je, buat kepala sendiri, bising memekak cerita soal kerjaya. *Maafkan kami, Siti. Pendek kami kami mahu anda tabah dan tempuh kehidupan seperti biasa. Hj Sulaiman mmg insan yang banyak menolong orang. Moga rohnya dirahmati. Amin.

Selepas melawat, kami hilang punca. Ok, Lepak Time!. Di mana? Cuba teka.

Di sinilah kami. Untuk jangka masa 2 jam kami menghabiskan masa, sentuh, cuba, belek dan gayakan setiap beg yang ada. Best kan kalau punya gerai sendiri?

*Angan-angan. Insyallah. Rezeki Izyan dan suami dahulu. *Ayat pancing ni Izyan oiii, tidak ke ghetinya? Ahakss…

Oh ya, saya menjumpai sesuatu yang menarik hari itu. Sebelum berjumpa Izyan dan Jamie.

Ini gambar curi. Terlalu comel apa yang saya jumpa ini. Tidak ketahuan saya akan kewujudan Store ini di Malaysia. Daiso Store!Pernah dengar? Cuba klik sini untuk maklumat lanjut.

Mula-mula sekadar mahu singgah. Dialog adalah seperti di bawah:

B, jom masuk!

Encik Suami membuntuti sahaja Si Isteri.

B, comelnya decoration ni. Wee!Cantik la, eh semua pun harga RM5!?!?

Ok, saat nak terngaga mulut luas di kawasan The Curve mmg takkan dibuat oleh Abby. Cuma tidak berapa jakun juga. RM5 mmg sangat-sangat afordable. Saya jadi rambang mata mahu kaut yang mana. Alih2, saya ambil yg seperti ini:

Ok!Fine!Ada yang tergelak. Silakan, fine!Silakan…Tapi apa saya peduli, saya SUKA!Comel taw. Pengaruh la ni. Serius, mmg pengaruh!Siapa yang nonton, mmg tahu apakah kaitan.

Ada kaitannya dengan cerita Korean feveret, Boys Over Flowers. Memang tidak nampak apa kegunaan, tetapi sudahlah comel, RM5 sahaja..apalah sangat saya membazir duit.

Wah, dush dush. Cili mulut ini. Sangat pandai sekarang menggunakan ayat berunsur -ve. Jadi ikutan baru nyesal.

Pendek kata, Daiso ini boleh diumpamakan tempat wanita untuk mendapatkan barang-barang yg comel. Apakah? Pelbagai. Hiasan, barang dapur, alat tulis dan banyak lagi. Kamu dan kamu, singgahlah. *Daiso tidak bayar saya. Tetapi menarik berkongsi benda-benda begini.

Apa?Ingat aku tidak pandang barang RM5, atau ‘RM5 je ke Abby?’ Ok. Berhenti berfikir sinis. Janji saya suka. Jangan perlekeh. Nanti aku bilang sama Daiso Sales Assistant, tutup pintu untuk kamu, mahu? Hehehe…

Popularity: 42% [?]

Meriah Bila Berkumpul….

Meriah Bila Berkumpul….

Ahh maaf ya, entry ini patut keluar lebih awal dari entri 2010. Tak apa, kamu layan gambar sambil cerita sikit-sikit ya.

Masih ingat akan rancangan ‘Suprise Birthday Abah & to Commemorate Azra’s Fiancee’ tu? Ok. Everything went well. Memang sangat meriah. Semua ahli keluarga turun. Kecuali makcik seorang itu, sibuk kursus katanya. Tak apalah, dimaafkan. Makanan pun banyak terhidang. Pendek kata, anak-anak memang ramai yg turun. Tak payah cerita, seorang demi seorang sebab kalian pun mesti dah kenal.

Bila sudah ramai camni, rumah Pak Ngah memang sempit dibuatnya. Lagi-lagi bila si kecil suka berlari-lari keliling rumah berkejaran. Jenis pula berlari tak reti nak stop, reverse, pause dan etc. Hahaha…Main lari saje, bukan kira pasu bunga, batu kayu ke di depan. Pendek kata, brutal atau ‘main lanyak’ sahaja. Untung nasib tidak luka, boleh sambung lari-lari lagi. Kalau sakit benor, apa lagi………..Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!~ Teriak habis.

Maka, dipasanglah khemah di laman rumah. Modal rendah sahaja, tetapi cukup selesa untuk semua.

Untuk gambar-gambar berikutnya, saya minta maaf atas ketidakselesaan anda melihatnya. Hahaha. Nasib baik budak, still look cute and gorjes in whatever pose or they do. Comot! Tengok sahaja, malas cerita.

Eh ada kek!Lupa!Birthday Abah yang ke-48 tahun!Si genit atas inilah yang teruja lebih. Kek orang, kek dia. Kek dia, kek dia. Hahahaha…Ammar, Ammar..

Best picture of the day!Santek!Seronok tengok. Agak-agak birthday Abah tahun depan, Abah dah potong kek bersama cucu ka? Wee!!!!!

Makan kenyang-kenyang, badan jadi lemah je. Mana boleh?! Bangun semua, kita poco-poco yok!

Eh banyak dah tepek gambar tapi gambar VIP belum ada daaa. OK! Ada satu. Layan~

Wee!Boleh dikatakan jamuan makan-makan ini adalah penutup acara bagi keluarga kami untuk Tahun 2009. Berakhir dengan adanya pertambahan ahli keluarga 2009, Encik Suami dan bakal untuk 2010, En Hakim Sabri.

p/s: Dalam diam, tak ku sangka Pak Long pun baca blog aku. Huhu. Chill la Pak Long. I like!

To Hakim: Hope you don’t mind spending time with us (havoc, crazy family) the other day. You’ll experience more and more onwards. Welcome to the club~

psst: When can we discuss business? Web hosting bla bla…Ahaks~

Cun!The End.

Popularity: 36% [?]