Category Archives: Ceritera Cinta

Musim ‘Senyawa’…

Musim ‘Senyawa’…

Hooray! Seperti yang dijanjikan, entry kahwin-kahwin. Hehehe…atau dalam erti kata lain. Entry senyawa. Hahaha confirm pengantin yang saya tepek gambar di sini, malu habis. Hehe..tidaklah kawan, saya hanya bergurau. Jangan tersinggung, bukan niat mahu buat main perkara-perkara halal.

Apa yang penting…bukan kerjasama, tetapi ….. majlis kalian sudah berjalan dengan lancarnya. Alhamdulilah~ I’m so happy for these 2 girls I knew in my life ever since… sorang, zaman jatuh bangun kolej. Seorang lagi, dengan hanya dalam tempoh perkenalan yang singkat, kami jadi rapat. I’m totally blessed with these friend relationship. Blessed, I mean it.

Sabtu, tanggal 19 November yang lalu, adalah tarikhnya sahabat baru saya naik pelamin. Kami kenal dan bertentang dua mata pada tarikh malam pernikahan saya. Oh, sangat simbolik kan Izyan? Ya, sebelum itu kami hanya berbual dan berkomunikasi melalui internet sahaja. Akhirnya Izyan sudi hadir menunaikan permintaan saya dan hadir ke majlis saya bagi memeriahkan majlis. Terima kasih, you girl. Such a sweetie. Manis, and cantik orangnya. Bertuah pasangan beliau.

Gambar diambil dari facebook Izyan :-) To quote her official wedding photographer here. Thank you.

Majlisnya serba serbi ringkas. Ya Allah, terkejut dengan kesederhanaan majlis tersebut dan ternyata ada juga insan dalam dunia ni macam Izyan. I am absolutely amazed by your braveness and moderity, my dear. Yang penting, kamu dan pasangan selamat disatukan. Ibu kamu juga, alhamdulilah kembali pulih walaupun kelihatan sedikit tidak bermaya. Tuhan itu Maha Besar mahu menguji hamba-hambanya. Dan ternyata Izyan, adalah insan terpilih. *Menulis ini pun boleh buat saya menitiskan air mata. Haih Abby….

Walaupun serba ringkas, Izyan dan pasangan tetap nampak cantik dan segak. I’m so HAPPY for you, Izyan. Tak tergambar dah perasaan ni, I tak tahu nak tulis or cakap apa lagi..except for HAPPY, and HAPPY and many HAPPY RETURNS to you, darling. Semoga kita diberikan banyak masa and peluang untuk lebih kerap berjumpa dan bercerita pengalaman ya? Amin ya rabb.

Satu lagi ceritera perkahwinan yang berlangsung baru-baru ini adalah majlis glamour pernah saya hadiri. Persandingan sahabat lama yang kini selebriti Karak ;-) , Shera Aiyob & pasangan hidup, Zahiril Adzim. Selaku kawan lama, kami yang pernah tinggal serumah zaman kolej telah diberikan 1 meja khas pada majlis resepsi Shera di Ipoh. Namun, kalau dah kata artis tu…tak dapat la jawabnya kami bual panjang, ramah mesra macam pengantin hak milik kami. Dapat senyum & lambai tangan sahaja dari jauh. Berpakaian ala Kate Middleton rekaan Hatta Dolmat, she looks stunning in her wedding dress. Happy for you, girl!

Well, mengenali Shera, I’m sure Zahiril is the luckiest guy to have her as a wife. I am damn sure ZA can take really good care of Shera. Shera is a bit stubborn girl, chickiest but with a kind-hearted attitude. May Allah bless the two of you.

Masa hendak attend majlis Shera, aku sudah boleh agak barisan artis yg akan datang. Cuma tidak terjangka seorang ini, Bront Palarae! Ganteng ah! Kerusi belakang I sahaja, ya?! Huhuhu…Tetapi apakan daya saya bukan jenis suka-pekik-lolong-kalau-nampak-artis, maka saya amik gambar jauh sahaja. So, NOT me kalau mahu jerit bagai but well, many of us sedikit ‘teruja’ dengan golongan ini, maka saya ambil pendekatan jauh diri sahaja dari hingar bingar majlis.

Macam biasa, pertemuan perempuan-perempuan yang seangkatan dengan Shera ini adalah kami, Waizuri Girls. Bergambar acara wajib. Dapat juga semua berkumpul kat majlis si Shera nieh. Alhamdulilah.

Hasil ‘persenyawaan’ saya dan En Suami (errr..errr) ceria dan riang sahaja sepanjang hari. Sampai terpaksa kami pulang awal dan tidak bergambar bersama dengan pengantin glamor. Hahahaha…apakan daya. Lain kali sahaja kita ketemu uncle & aunty Iyaz yang glamour ini okeyh?

Handsome little boy that rules our world now. Terima kasih Allah atas kurniaan terbaikMu :)

Popularity: 20% [?]

‘Ejen’ Cari Jodoh…

‘Ejen’ Cari Jodoh…

Eh serius? Serius ke Abby sudah berkecimpung dengan perniagaan baru? Perniagaan Cari Jodoh? Jadi Ejen? Huahuahua. Takde maknannya. Nampak di situ. Perkataan Ejen itu sendiri quote ‘angkut-angkut’. Maknanya, bukan nama sebenar. Haha. Tidak faham? Ayat merepek. Al-maklum, berblogging di waktu tengahari begini, macam tidak berapa betul susunan ayatnya. Macam cuba hendak buat lawak, tetapi macam tidak jadi. Macam cuba create emosi, tetapi berterabur. Maka, baik saya straight to the point sahaja, bak kata Mat Saleh. Hehehe.

Saya sebenarnya baru pulang dari majlis perkahwinan sahabat baik zaman kolej dulu, Nadia. Si dia, paling kanan dalam gambar. Alhamdulilah, selamat juga dia bergelar seorang isteri. Me, happy to the max!Why?!Harus. Sebab bermula dengan perkenalan dengan suaminya (kini), adalah kerana saya. Wah, big disclaimer di situ. Hehehe.

Yayan, Me, Pia and Naddy. Mothers and wifey (already and soon)

Perkenalan Nadia dan Syahrul adalah kerana idea saya. Hehehe. Tetapi dibantu dan diredhai juga perhubungan itu olehNya. Kalau tidak, masakan sampai ke jinjang pelamin, betul tak? Ya, malam itu. Saya masih ingat lagi. Saya, Encik Suami, Nadia, Linda dan En Fardil berjalan-jalan sehingga ke Kajang buang masa. Hahaha. Apalagi, saya hubungi Syahrul ajak lepak sama. Alih-alih, bertitik tolak daripada malam itu, segalanya automatis ‘menjadi’ antara mereka. Alhamdulilah.

Saya punya seronok, happy, jelas nampak masa wedding tadi. Sayang, tiada gambar. Maaf kerana anak kesayangan begitu haru-biru hari ini, dengan ledakan bunyi kompang dan cuaca panasnya, Imtiyaz jadi tidak keruan. Saya hampu hi hi bye bye sahaja dengan pengantin. Nanti kita hangout ya.

Kalau hendak diikutkan pasangan Syahrul and Nadia ni berbeza minat dan citarasa juga pada awalnya. Tetapi itulah, entah bagaimana mereka jadi boleh serasi. Syahrul Azlan Syah (nama penuh), kawan sekolah rendah saya. Fuh, dari kecil berkawan sampai sekarang dah jadi suami orang, buat saya yakin Nadia pasti bahagia hidup dengannya. Wee!Seronot habis la. Korang lead a happy life together ya? Cepat-cepat dapatkan Imtiyaz kawan ya? Hehe.

Syahrul, Zul, Mr Hubby, Eddy and Kumar (already a hubby, soon and veryyyy soon)

Bila pasangan Syahrul and Nadia ni menjadi, saya bukan kata saya ni ejen cari jodoh ya. Merepek. Mereka memang serasi. Jadi lebih manis sekarang, sebab kedua-duanya kawan saya. Seorang zaman sekolah rendah, seorang zaman kolej. Memang manis lagi persahabatan kami semua sebabnya semua jadi terikat. Masyuk je perasaan.

Hahaha punyalah seronok sampai tak reti-reti nak berhenti cerita pasal diaorg ker? (Ini kata viewer kut kalau baca post ini) Kwang kwang kwang…

Sekarang kita beralih kepada cerita kedua. Kalau tadi nasi minyak si Nadia dan Syahrul, akan datang giliran si Sofea pula. Si tudung pink di atas. Ohh cerita cinta dia bukan ‘sebab’ saya. Hahaha. Tetapi banyak dipengaruhi oleh saya la juga. Haha. Pengaruh cepat-cepat kahwin dan dapat anak. Alah, dear…memang sudah sampai seru kamu dan En Tunangan untuk berkahwin pun. Walaupun perkenalan kalian tidak lama, itu tak bermakna kalian tiada jodoh. I believe he’s the one for you, my dear. Don’t worry this time Imtiyaz will behave at your reception okeyh? Cuma tadi sahaja, dia serba tak kena.

Al-maklum 1st time pergi majlis kahwin, Iyaz tak biasa. Bunyi kompang itu kira 1st time juga tu. Hehehe sorry ya son, Ibu tak bersedia tadi. Kui3…

Baik, cerita no 3. Kepunyaan diri si Zulhelmi Zainal Azam. Ohh Uncle Imtiyaz yang seorang ini diam-diam ubi berisi. Dalam diam, raya hari tu, dibawanya pasangan berjumpa kami. Al-kisah juga, sudah mahu bertunang Disember nanti. Wah, best giler!Nadia, Sofia dan Zul. Pengapit-pengapit majlis perkahwinan kami semuanya bertemu jodoh selang setahun selepas kami. Ya Allah, kuasaMu. Memang barakah agaknya majlis kami ke atas mereka. Mungkin juga disebabkan keikhlasan mereka membantu kami di hari besar kami, mereka semuanya dipercepatkan jodoh.

Ah girang hati bila dapat tahu. Manis hidup ini kalau hari-hari ada berita gembira macam ini, kan?

Pengapit sudah mahu kahwin, Pak Andam bila lagi? Haha opps, jangan ditanya direct pada dia. Mahu dia hangen 3 hari 3 mlm. Dia kepingin juga mahu merasa nikmat bercinta dan berkahwin, tetapi seru dan calon tak sampai-sampai. Hahaha. You’ll find one nice girl soon, my dear Kumar. Just be patient or else you want me to find one for you? Hahaha. Kata ‘Ejen’?

Selamat Pengantin Baru, Nadia dan Syahrul.

I’m so happy for both of you.

Moga kekal jodoh kalian sampai hujung nyawa.

Popularity: 64% [?]

Ultah 1 Tahun…

Ultah 1 Tahun…

Terkejut. Pagi ini bila log in Facebook, tertera notification di bahagian kiri page. Stated, “ Your Anniversary with Muhd Ismail Ali – Saturday “. Eh eh. Macam tidak percaya pula (sedangkan sudah hint pada Encik Suami, ambillah cuti berganda anniversary kita nnti).

Siapa boleh lupa tarikh ulangtahun perkahwinan? Inikan pula yang julung kali. Masih terngiang-ngiang kemeriahan majlis pada tarikh tersebut. Lagi tidak boleh lupa kalau blogger seperti saya menulis entri perkahwinan sahaja berepisod bagai. Hahaha. Mahu baca? Bosan ah. Pada sesiapa yang masih sudi baca, klik sini. Kata bosan? Saya yang kata bosan, kalau saya jadi anda. Tetapi saya mana pernah bosan, kalau sampai hari ini album kahwin saya itulah yang  jadi ‘modal’ utama orang datang tengok Imran Imtiyaz. Asyikk!

Tarikh 23 Oktober, minggu hadapan sahaja. Saya hint minta Encik Suami ambil cuti je, soal hadiah tidak pula. Huahuahua. Seperti tidak menjadi diri sendiri pula. Saya fikir saya sudahpun berikannya ‘hadiah’ yang paling best, iaitu our baby. Tetapi, soal dari dia untuk saya, cerita dalam kelambu sahajalah Encik Suami ya. Hahahaha.

Bila tulis entri ini, tangan pun gatal pegi belek folder kahwin lama-lama. Eceh. Folder Nikah, Reception, Bertandang dan Outdoor. Manis sahaja. Teringat setiap momen, setiap sudut dan ruang di dalam rumah parents saya ini yang waktu itu riuh rendah, gegak gempita dengan saudara mara dan kawan-kawan. Best, teramat best! Dengan tarian poco-poco nya. Lagi menambah kemanisan. Alhamdulilah, kami sudah setahun melayari bahtera ini. And it will lasts forever, berkat doa semua ;-)

What to expect on your anniversary? Ishk, kamu. Jangan berbalik tanya saya soalan yang sama. Kalau boleh, mahu dirai macam pengantin baru, boleh? Hehehe. Teringat-ingat lagi muka ni kena touch-up dengan Mr Kumaran. Aish, kapan lagi dapat cantik-cantik begitu eh? Muka cantik, baju santek, bilik pun melets! Haha. Mana boleh repeat itu semua? Mujur OP saya hari itu adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik. Thanks Hafiz Ismail and team. We can’t never forget working with you all.

Tepek la gambar sekeping dua. Boleh enggak? Boring nanti.

Eh berlebihan kamu tau Abby. Kau bilang sekeping dua, ini sudah berapa? Hahaha. Terlalu banyak foto kenangan seh, tidak boleh tidak kongsi. Hehe. Walaupun setahun itu dah berlalu, tetapi percayalah susah nak lupa kalau hari itu merupakan hari paling BERMAKNA dalam hidup, hari di mana SEGALANYA berubah. Status, komitmen dan gaya hidup. Alhamdulilah, saya bahagia dengan Encik Suami dengan apa yang kami ada sekarang. Bertambah-tambah bahagia lagi kami sekarang kerana adanya permata hati, jiwa dan raga kami iaitu Imran Imtiyaz.

Sekian. Kita tunggu sahaja berita susulan apakah geranggannya sambutan Ultah 1 Tahun AbbyHakka ;-)

Popularity: 46% [?]

Tema & Cerita Kahwin Lagi?…

Tema & Cerita Kahwin Lagi?…

Ohh maafkan saya. Jangan jadi pusing, pening-pening lalat kalau anda berkunjung ke www.abbyhakka.com. Anda juga tidak salah klik sekiranya rupa paras laman web ini bertukar setiap kali anda melihatnya.

Poyos nyes ayats. Macams ades sahajas orangs yangs kliks website kamus setiaps masas, Abbys~. Enggak ada, okeyh?

Saya menghadapi kecelaruan minda. Celaru mahu memilih tema layout yang sesuai. Semuanya cantik-cantik. Ada tema, cantik layout, tapi tulisan kureng. Ada tema, tulisan cantek, layout burok. Maafkan saya, kawan-kawan.

Dengan itu, saya akan cuba bertahan dengan layout sekarang. Iaitu yang putih suci bersih ini. Saya cuma pastikan tulisan saya jelas dan gambar saya juga senang ditatap. Faktor lain, saya sudah tidak ambil peduli. Jika saya sudah rasa yakin nanti, teringin juga hendak melabur sedikit untuk mempunyai design website hakcipta sendiri.

Fuhh!Akan!Pasti!

Sejak akhir-akhir ini, saya kuat menyuarakan rasa hati untuk kerap bertemu dengan rakan-rakan saya. Mereka Waizuri Girls (wanita-wanita gila), rakan sekolah rendah (di Kluang) dan tidak kurang rakan sekerja Encik Suami (MIIM dahulu). Golongan-golongan yang saya tidak jemu-jemu jumpa. Hopefully akan ada 1 reunion dalam masa yang terdekat ini, ya?

Cerita Kahwin lagi?

Iya, tahu-tahu once-in-a-lifetime-event. Tapi kali ini bukan geranggannya saya. Kali ini cerita pengapit kami. Siapa dia?

Oh wanita penuh lemah-lembut ini kawan baik saya waktu sekolah dulu. Alhamdulilah, tercapai juga hasrat dia nak menjadi bridesmaid saya. Mesti dia rasa berbaloi-baloi. Sebabnya dia juga bakal berkahwin TIDAK LAMA LAGI!!!!Wee!!Godmother kepada anak saya nanti ni, memang sudah bersedia hendak menjadi isteri orang.

Alhamdulilah, I am happy for you dear!~~

Cerita cinta dia sama menarik macam cerita cinta saya dan Encik Suami. Apakah dia? Ohh biarlah menjadi rahsia kami. Moga jodoh kalian berkekalan. Sebagai godmother budiman, dia peka kepada permintaan ibu mengandung seorang ni. Lalu dibelikannya saya 1 vcd Korea :

Takpe dear, cerita lama pun I layan. Sebab I baru berjinak-jinak ni. I layan je pemberian orang, terima kasih!!!!Ada juga entertainment utk baby nanti. Hehehe..

Lepak selama hampir 2 jam di Pizza Hut SACC tempoh hari, buat rasa terubat sedikit kenangan zaman-zaman kami bersekolah dulu. Sekarang semua sudah menginjak usia dan mahu beralih ke 1 lagi fasa kehidupan iaitu rumahtangga. Sekali lagi, tahniah my dear Sofea!Heart you always.

Popularity: 16% [?]

Dua Puluh Sepuluh…

Dua Puluh Sepuluh…

2010 atau year TwentyTen atau juga Dua Puluh Sepuluh.

Sedap juga kedengaran bunyinya. Seperti menjanjikan  ‘buah tangan’, cerita-cerita menarik sahaja bukan tahun ini?. Insyallah…Amin. Ada usaha, tawakal dari kita & keredhaanNya, mungkin rezeki itu ada.

As stated at my facebook’s status, “…2009, is my 1st year without ANY specific resolution. But to my surprise I get a new stable job, get engaged and also MARRIED! Isn’t that great? I considered myself lucky and blessed (^_^) “, sumpah ianya betul. Kebetulan barangkali. Siapa duga ianya bagaikan gol hatrik dijaringkan….

Okay, okay tak kelakar. Saya tahu. Encik Suami sahaja terror bab-bab menulis laporan sukan. Ya, ya saya tidak mahir.

Rezeki, Tuhan kalau hendak bagi, kita manusia tidak boleh menolak. Sejauh mana kita merancang, kalau diredhaiNya pasti menjadi. Tanpa ketetapan apa-apa resolution tahun lalu, alhamdulilah Abby adalah di mana Abby sekarang. Abby dalam semua fasa baru kehidupan. Huhu…Kerjaya, Skop kerja, Status mahupun banyak lagi.

2010?

New year eve yang lalu, memang Abby dan Encik Suami di rumah sahaja. Masak juga biasa2 sahaja, tiada yang istimewa.

Azam/Resolution?

Tiada pula kami berdua menetapkan apa-apa yang spesific. Tetapi on my behalf, sempat juga berbisik…

Tahun ini, hendak jadi orang pandai. Pandai serba serbi.

Antaranya :

1. menjaga hati suami

2. menjaga makan minum suami

3. menjaga amal ibadat dan tambah baik yg mana kurang

3. memasak banyak hidangan dan desserts

3. pandai tackle, balance & expand kerjaya

The most challenging part. But I think I’ll appreciate and like it the most towards end of 2010. Apakah? Adalah…Harus jadi kerahsiaan saya seorang sahaja.

4. lebih dan lebih lagi menghargai kedua orang tua, Abah dan Mama. Kerap ziarah dan bercuti juga bersama mereka. Tidak dilupakan keluarga mertua yg jauh di Penang sana

& banyak lagi.

Tetapi ini bukanlah azam yang spesific. Sumpah!Tidak mahu apa2 yang spesific kerana Abby terlalu fleksibel. Hati juga mudah berubah. Keinginan apatah lagi.

Tengok, mana ada dalam resolution saya mahukan kereta Audi, Rush atau lain2. Tiada juga beg tangan LV atau sut kerja ZARA yang cantik itu. Fuh fuh, takde. (Bunyi macam bukan Abby je….kan?)

Tidak. Memang tidak pernah ada. Mcm lebih manis kalau tetiba sudah ada Honda City/ Jazz baru terpacak dalam garaj kereta & set perabot lengkap untuk ruang tamu & dapur ala2 mcm dalam IKEA nye showroom dalam tahun ini? Boleh!Yang penting tertulis dalam Planner 2010!! Maka, resolution itu takdelah signifikan mana kalau setakat atas diari and atas mulut sahaja? Buang karen sahaja lorh!Baik koyak-koyak masuk tong sampah.

Haha. Sebenarnya teringin juga Abby banyak benda. Lagi tak mahu ngaku. Standardlah manusia…Abby kan human? Bukannya mutant~ Huhu…

Akhir sekali, teringin ke Aussie / Korea hujung tahun depan. Sudah diberitahu pada Encik Suami. Pesannya, buatlah paperwork.

Baik!!!!!

Dengan segera Abby jawab.

Eh terlupa, ada 1 keinginan saya tulis dalam Planner. Mahu jadikan wordpress ini kepada…

http://www.abbythewifey.com

Insyallah, demikian saya butuh bantuan sepupu saya. Kalian tunggu ya. Color background biru belakang ini hanya berstatus sementara sahaja. Sekian.

Popularity: 9% [?]

Teruja Punya Pasal…

Teruja Punya Pasal…

Ok, teruja punya pasal saya jadi tidak tentu hala. Ini pun curi-curi update blog. Tidak tentu hala bukan apa. Kau bayangkan, akibat clue yg saya tepek dalam entry post sebelum ini, adalah dalam 5-6 kali saya menukar dekstop wallpaper lappy saya. Kejap-kejap tukar.

Mr Hubby tidak ambil peduli. Dia tahu wifey dearie dia memang giler gambar. So, lebih mengambil dasar ‘mengabaikan isteri’ sahaja. Hahaha…Sweet2!

Nak dijadikan cerita, semalam akibat teruja punya pasal lah, kerja semua jadi dahulu. Sebab Hafiz dah kata, ‘Will be leaving at 6.30pm’. Ok2, ngerti!. Kalau ikut kapasiti kerja saya, memang saya takkan on time balik 5.30 pm. Tetapi mengenangkan ‘keterujaan’ itu, saya jadi laju menyiapkan kerja. Gosh! By 6pm, sudah ada di sini. Wee!

Rumah ka Abby? Santeknyerrrrrrrrrrrr….

Apa kau giler ini rumah? How I wish. Insyallah. Ada studio dalam rumah. Syiok wo!Angan-angan, boleh diusahakan. WOW Studio la apalagi. Saya belum pernah feature kan pasal WOW Studio kan. Orang perseorangan dalam WOW ini kalian pasti dah kenal. Al-maklum, publiti meluas oleh Abbythejournalist. Derhhhhhhhhhh~

Urusannya di sini, mahu mengambil CDs perkahwinan. Wee!Itulah ‘keterujaan’ saya maksudkan. Ada 5 CDs semuanya. Banyak kan? Bayangkan sahaja jumlah gambar. Masa dapat tu, rasa mahu bentang lappy dan belek-belek shj. Tetapi, tindakan ini hanya boleh dibuat di rumah sahaja, bukan di studio, okeyh?

Ok, ini namanya sesi berborak-tanpa-kopi. Jadi borak-borak sambil pegang, tunjuk album sahaja. Promosi dan servis perkhidmatan tidak pernah mengecewakan. Sepanjang berurusan, senang sahaja hati. Tidak adalah episod gundah-gulana kalau kau berurusan dengan WOW! TEAM.  Lihat sahaja kami…Kami pertaruhkan sepenuh kepercayaan kepada team ini utk merakam hari bersejarah kami, Alhamdulilah….hasilnya, WALAWEIHH~~~ ( Ini quote kegemaran saya kalau saya terkesima, jangan tiru! hehe)

Sesi perjumpaan sebegini adalah sangat digalakkan. Bagi pasangan pengantin yang ingin mendapatkan khidmat jurugambar, nasihat saya:

1. Jangan pernah segan bertanya apa jua soalan yang anda fikirkan. Kerana saya percaya kalau jurugambar itu seorang yang profesional, dengan tenang dia boleh jawab apa jua pertanyaan kita.

2. Soal kewangan dan bajet juga jangan pernah segan. Walaupun kita (pasangan pengantin, kecuali saya yang masih perasan ‘pengantin baru’) sudah mengukur tahap kemampuan, tidak salah bertanya soal figure / digit dengan jurugambar. Sebab tanpa ada duga, mungkin 1. ada Promosi 2. ada Diskaun 3. ada banyak Goodies!.  Ha, bukan kah rugi kalau tidak bertanya.

3. Kenapa sesi perjumpaan adalah digalakkan? Sebab anda sendiri boleh buat penilaian tentang jurugambar dan hasil kerja yang pernah mereka lakukan sebelum ini. Setakat melayari website, saya yakin itu tidak mencukupi. Maka, sila turun padang dengan pasangan anda. Kenalpasti jurugambar dan cara kerja mereka. Kerana, anda bakal ‘bekerjasama’ sepanjang hari perkahwinan. Sudah pasti anda mahukan jurugambar yang serba serbi tahu apa yg mereka lakukan, bukan? So kenali mereka, dengan berjumpa.

Wah, motif buat sesi tutorial macam ini?? Hafiz tak bayar tau publisiti begini. Huhu…How I wish dia bayar, mesti ramai yang mengaku mereka pernah jadi client Hafiz, kan3? Wah, betul katanya. Signature nanti laku lagi 10 tahun! Wee! Saya sudah ada. Jangan jeles. *Sekali lagi, saya poyo!

Ada orang sambut birthday la semalam. Ok, sila abaikan juga. Sebab dah jadi semalam. Abaikan :-P

Kalau ikutkan hati, Abby dan Encik Suami mengambil banyak dasar & pendekatan juga (ayat tidak sedar, macam ahli politik) dalam menyenarai pendek senarai jurugambar. Macam seronok pula kalau dapat berkongsi tips-tips ‘Persiapan Sebelum Perkahwinan’. Lepas tu, kita agihkan topik, perihal Wanita, Abby handle. Perihal Lelaki, Encik Suami boleh cerita.

Asyik kan, kalau ilmu dan pengalaman itu dikongsi. Ilmu dari buku atau dari jalanan itu disimpan, diperap apa guna? Saya perlekeh la orang macam ini. Harap maaf.

In fact, Abby juga aktif beri ‘tutorial’ pada besties yang bakal berkahwin. Adalah seorang dua. Nanti Abby cerita panjang tentangnya, okeyh? Oleh itu, sekian sahaja episod teruja ini. Kalau mahu tahu, Abby sedang asyik ‘edit’, belek dan gambar-gambar dari CD. Haish, entah bila mahu selesai. Banyakkkkkkkkkkkk sungguh!

Ini Principal. Nampak garang ke? Dah nama Principal. Macam guru besar jugaklah peranannya. Ok, ok gambar comel. Comellah tu. Nak tengok lagi comel, ada2. Nanti saya tepek.

Thank you guys! Am SUPERCONTENTED with all the pictures. Semestinya tidak sabar melihat output terakhir dari kalian.

Popularity: 9% [?]

'Syiok' Ah…

'Syiok' Ah…

Pagi-pagi, sebaik kaki dan punggung mencecah lantai office (to be spesific, my own workstation. Opps kaki yang cecah lantai, punggung cecah kerusi daaaaaa), Internet jadi target utama. Stumble upon itu ini, browse sana sini, check email serba-serbi..CUKUP!1 pakej ‘kerja wajib’ waktu pagi bila sampai di pejabat.

Blog hiburan tidak terkecuali. Baca juga, lagi-lagi sejak akhir-akhir ini banyak sangat cerita mengarut, lagi ‘sangat di luar kotak pemikiran’ jugalah gosipnya. Purffff~ Bosan kalau trend gosip terus-terusan mcm ini. Adalah lagi bermanfaat kalau baca blogger ibu-ibu, si pembuat kek atau pemborong tudung taw!

Klik, punya klik..terjumpa artikel ini.

Sumber: Rotikaya

Hoho. Sangat-sangat cemburu, okeyh? Bukan soal muka dapat tayang/tepek kat TV (derghh, bab itu paling tidak minat), tetapi teruja dengan AFC channel ituuuuuuu. Ini kalau dikaborkan pada Mr Hubby, confirm dia bilang;

Huhu..Best2. Kalah Siti (definitely!!). Makanan pun sure multi-cultural ah.

As everyone know, kaitannya antara artikel di atas dengan AFC adalah Chef Wan. Sangat kagum dengan pencapaian Chef Malaysia seorang ini. Memang lagi teruja sebab dia pernah muncul dalam rancangan feveret Abby & Mr Hubby (TOWS). Huhu. Chef Wan mmg layak berada dalam talk show itu pun. 1 dalam sejuta. Modal? Masakan sahaja. Sangat ironi dengan gender nya, bukan? Tetapi, mana kita tahu rezekinya sampai situ. Impress!!

Haish, bertuah badan si Serena bukan? Tetapi bertuah lagi Abby bersuamikan Mr Hubby. Eh Serena beruntung juga. Bukan mahu mendoakan yang tidak baik utk rumahtangga para artis. Tetapi bertuahnye lagi lah hai dapat disiarkan di AFC tuuuu. Akur, memang cemburu. Huhu…

Mr Hubby mmg gemarkan saluran TV yang sangat-sangat bertentangan dgn wifey nya. Sejak duduk bersama ni, kadang-kadang kelakar juga pun ada. Kalau kerja berlainan syif, asal Abby balik rumah dan turn on TV, mesti Discovery Turbo yg ter’tepek’ kat TV. Channel Turbo ni mmg tidak ketahuan la si isteri sejak zaman anak dara lagi. Abah dulu pun tak pernah langgan. Rancangan ini Abby tidak berapa gemor.

Harap maaf, Abby gemar bab-bab beli kereta. Bab-bab tukar, modify or accessories, I know nothing~!!hehe..

1 lg rancangan TV feveretnya, Restaurant Makeover. Instead of, makeover people yg sudah biasa sampai Malaysia pun meniru-niru, overseas people renovate restoran. Alahai, cantik betul kalau lepas renovate tu. Berbunga-bunga rasa nak ada kedai mini dobi.

Ahhh, angan-angan habis. Insyallah, setakat ni banyak niat terpasang. Dobi dulu jadi minat.

Hehe…

Pendek kata, kalian tonton je AFC channel. 1 lg BIO, channel baru tu. Best jugak! Layan lah, kalau rasa-rasa nak tambah ilmu. (^_^)

Popularity: 10% [?]

Berhari minggu di 'Korea'…

Berhari minggu di 'Korea'…

Ya ya, saya sekarang di Korea. Penerbangan seminggu lalu. Kalian tidak tahu?Buat apa nak hebahkan, betul tak?Sehinggalah pagi ini, Mr Hubby bagi ucapan termanis sebelum dia bertolak ke tempat kerja.

Selamat Ber’Korea’. Selamat berbulan madu dengan ‘Korea’!

Wah, bunyi cemburu habis kan? Tidak cukup dengan itu, dikatanya lagi, selepas saya bersalaman dan mengucup tanggannya…

Tengok, sebab Korea punya pasal, senyum lebar ha muka~

Wahahaha. Mr Hubby sudah kenal benar dengan isterinya kalau datang hari minggu. Bukan sahaja hari saya berada di ‘Korea’, tetapi juga di ‘Las Vegas’, ‘New York’ dan even ‘Miami’!Gosh! Jauh sungguh saya ‘berjalan’ setiap minggu. Manakan tidak suami saya cemburuuuuu, sedangkan dia fix sudah di Jalan Tun Razak setiap Ahad.

Kuang3..Sudah jadi tabiat saya tak lekang depan TV lepas mengemas rumah apa yang patut setiap pagi Ahad. Sudah semestinya melayang berbox-box Korea yang dibeli utk ditonton, kemudian pause kan sekejap bagi laluan utk Supreme Sunday: CSI! Asyik!!!Itu dah jadi rutin Mrs Ismail taw. Tak leh ganggu!

Saya tidak tipu. Buktinya, baru habis nonton cerita ini.

Baru sahaja habis nonton 16 cd setengah jam yang lalu. Next, will be watching this…..

Sungguh, Abby dapat juga ‘membazir masa’ depan TV. Puas rasanya selepas seminggu bekerja. Jangan risau kewajipan tetap isteri tetap dipenuhi. Heh, walaupun Encik Suami sentiasa berasa diri ‘dimadukan’ dengan hero dan heroin Korea yang best. Hehehe…Buktinya…

Sekarang cakap kena ada bukti ma, tak gitu? Saya mahu juga jadi surirumah berkaliber. Hahaha…

Bihun goreng!Yummy!Bihun goreng pertama hasil masakan saya untuk Encik Suami. SO signifikan, maka kena simpan elok-elok dalam blog. Semalam, gerangannya kedua-dua tidak mahu makan nasi. Maka, Abby usahakan buat bihun. Sedap, tetapi pedas!Huhu..Maaf, tersilap bajet cili. Mujur ada perkataan ‘SEDAP’, hahahaha..

Entah-entah mahu sedapkan sahaja hati kut. Tak apa, bihun pertama mesti boleh dimaafkan? Tetapi kalau dah sedap, resepi dah boleh kongsi la kira. Wahahaha, verangan. Orang lain sudah lagi hebat di dapur. Tak apa, saya akan pelan-pelan kayuh…Chaiyok!

Kesempatan bercuti hujung minggu memang jarang sekali Mr Hubby dapat. Semalam, Sabtu…dapat juga kami berjalan-jalan ‘memadu kasih’. Berjalan sehingga ke Alamanda, kemudiannya lepak juga ke IKEA. Sebab masing-masing teringin meatballs!Layan~

Itu yang petang datang idea membuat bihun!Eh Eh, mabukkah? Apa kaitan meatballs dengan bihun? Hehe Nampak sayur segar bugar di Cold Storage, Ikano terus gatal tangan membeli itu ini. Maka, kenalah membuat sesuatu utk Encik Suami yang membelanja saya sayur mayur. Hehe..

*Sungguh merepek macam hilang punca. Mana tidaknya, saya berblogging sambil layan CSI New York ni. Ahhh, terganggu benar!

Maka, kalau begitu kalian layan gambar eh. Gambar bukan sebarang gambar. Gambar kahwin kami lah, apa lagi. :-) Tetapi ini hasil tangkapan Kumaran, yeah jangan tak caya!Layan setiap satu adegan romantis, muka tak berapa kacak & tembam lebih kami eh.. Hehehe..Cute!

Tanpa sedar, banyak juga gambar ‘Di Sebalik Tabir WOW team..’ bersama kami. Cerita lagi di episod akan datang. Selamat bekerja sehingga Jumaat akan datang. ;-)

Popularity: 35% [?]

Pening bukan lalat…

Pening bukan lalat…

Seperti yang diuar-uarkan di dalam status facebook status kami berdua, sudah ramai membuat tekaan sendiri.

Pandai betul kamu bab pening-pening ni eh? Teruja lebih ha!Saya relaks sahaja. Apa kamu nak kata? Hehehe…

Saya sendiri setakat hari ini masih belum ada jawapan. Ada masa Mr Hubby pening, ada masa saya pening.

Mungkin, pening sebab bekerja. Noktah.

Ada masa Mr Hubby teringin makan itu, ada masa saya teringin makan ini.

Mungkin, selera kami ini macam hari-hari biasa juga. Berselera sahaja. *Peace

Ada masa Mr Hubby muntah-muntah, oh tang ni..Abby tiada masa! Hahaha…

Tidak ada pula aku rasa nk bluekkkk~ Ok tenang. Jangan panik. (Memang berlagak biasa shj)

Masalahnya…………..

Anda hebat meneka. Tetapi kami tiada jawapannya (tiada juga usaha utk merungkai teka teki tersebut). Huhu. Marilah kita terus berteka-teki. Abby dan Mr Hubby menerima rezeki seadanya. Tidak merancang, tidak juga menghalang. Maka…..

Pening saya (or kami) bukan lalat la……………..Kalau lalat, berita gembira bukan? :-)

Popularity: 12% [?]

Visual Cinta…

Visual Cinta…

Meletssss sgt!Sangat sangat comel, menarik, terhibur, kelakar dan cukup menggambarkan betapa seronotnya kami menjadi sebahagian daripada klien WOW!Art Photography.

Thanks to the guys: Hafiz Ismail, Faris Fakri, Nazir Azhari, Nik Majid. You guys made our day!!

Cool~

Lawok~ But the best part is….

Lagu FANATIK tuu!My favourite band ever!Though depa dah kertuuuuuuuuuuu….

Opps, sekarang Aby bukan sahaja suka menrosakkan bahasa tetapi opppppppppppss….huhuhuhu

Popularity: 11% [?]