Category Archives: Belajar

Kerja tetapi…

Kerja tetapi…

Tajuk tidak boleh blah. Apa entah yang menarik entah sampai 1 hari, 2 post?

Ekau tidak punya kerja ya Abby? Lagi mengetuk di blog, kinapa? Wah, ni kena report sama boss ni. Huhu..

Yup, esok la. Kerja tetap kerja. Kerja tetapi…

Kerja yang Jalan-Jalan.

Jalan-jalan ke mana?

Aish, banyak tanya lah ekau ini. Teruja benor gamaknya.

Hehe..Esok berjalan-jalan ke tempat yang sudah sekian lama ditinggalkan. Wangsa Maju. Tempat jauh lagi kan dikenang, begitulah.

Motif ke sana?

SHOPPING!

Untuk siapa?

ORANG LAIN.

Haha Fullstop ya di situ kawan-kawan. Bukan tanda seruan seperti mana di atas. Hilangkah keterujaan Abby? Tidak. Walaupun shopping untuk orang lain, tetapi inilah yang dinamakan menyediakan sumbangan Hari Raya untuk mereka yang memerlukan.

Antara projek yang Abby kena handle di tempat kerja baharu ini, adalah program amal a.k.a CSR (Corporate Social Responsibility) Syarikat. Masyuk kan? Sewonok yang pasti.

Sungguhpun ini pertama kali, harap-harap Abby membeli dan mendapatkan HANYA yang terbaik untuk golongan OKU tersebut. Walaupun cuak, takut-takut tidak menepati selera mereka, tetapi MENCUBA itu tidak ada salahnya. Dengan harapan, Hari Raya nanti semua orang pun gembira :-)

Di mana kompleks membeli-belahnya, kamu berteka-tekuk la sendiri. Hamba, ikut sahaja kata BOSS. List semua sudah sedia, wang juga, tinggal serbu.

Niat di hati, mahu bekerja dan membantu. Peluang sebegini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan sudah tentu menjadi suatu ‘bonus’ buat diri. Rasa teruja itu lebih untuk membantu sedaya yang mampu. InsyaAllah.

Cuma harapnya, jangan sampai kalian nampak Abby jadi begini :

shoppinggirl

Kalau begini, bermakna Abby SHOPPING untuk diri sendiri. Hehehehe….

*Geleng-geleng kepala…..

Dalam duk bekerja tadi, terdengar lagu yang sering benar gadis comel ini menyanyikannya. Memang betul-betul mengingatkan Abby pada gadis ini.

She’s lucky to be Charice Pempengco, but I’m lucky as well to be myself ;-)

Setiap kali Abby melihat/mendengar dia yang menyanyikan lagu ini, cepat sahaja air mata mengalir. Sayup. Lagi-lagi Charice memang menyanyi dengan adanya ‘soul’ dalam lagunya.

Selamat Berbuka Semua~

Popularity: 11% [?]

Baik hati…

Baik hati…

Ironi sungguh tajuk post ini dengan yg sebelumnya? Huhu..itulah Hukum Karma katanya. Eh ataupun lumrah hidup ini mmg ada pasangannya. baik-jahat, cantik-buruk, sopan-kasar, jengkel-baik hati….Eh betul juga?!

Rezeki Allah agaknya. Mungkin kepada kami yg bakal berkahwin mahupun atas kebaikan-kebaikan pada mama abah Abby dah taburkan sebelum2 ini. Mereka lebih layak untuk memperoleh pujian ini, walaupun rezeki nya mungkin untuk kami, anak dan bakal menantu.

Terima kasih Abah Mama, We LOVE You Both~!

Masih ingat lagi cerita mr kau? Ha, mungkin jodoh kami nak ber’tuan’kan mr kau takde~

Alhamdulilah, selamat!Dari duk makan hati ulam jantung kemudian hari……..

Kali ini, jodoh kami ada pula dengan mr kau yg baik hati..(Ingat ada perbezaan antara mr kau dan mr kau yg baik hati….Jangan disamakan? Saje mahu aku uji kamu untuk teliti baca ayat Abby yg semakin ‘bagus’ BMnye) hahaha

Mr kau yg baik hati berbangsa Cina, mahu disewakan rumahnya kepada kami. Tidak jauh pun rumahnya dari mr kau, selang 4-5 buah rumah.

Rumah teres 2 tingkat, corner lot akhrinya jadi pilihan kami walaupun perbezaan harga sewa rumah mr kau hanya rm50 SAHAJA.

Jauh lebih baik tawaran si mr kau yg baik hati berikan kepada kami.

Nak tahu apa lagi tawarannya? Kelengkapan rumah yg asas kati-tilam-meja solek 1 set, stove dapur, peti ais, air-cond, TV, VCD Player, penyidai baju etc etc Banyak, Abby jadi tak teringat semua…

Perabot rumah yg nilainya cecah 13k, tetapi dijual kepada kami dalam 3k sahaja~~~~~~~~~ Lumayan kan?

Rezeki, rezeki, rezeki…………..Terima kasih mr kau yg baik hati~!

Sekarang, urusan deposit semua sudah selesai tinggal waktu dan ketikanya sahaja utk mr fiancee mengemas dan tinggal di rumah itu. Minggu depan minggunya untuk mengemas2 pun. Hikhik..comel sgt aturan dalam rumah tu. Nice one!

Masih ingat lagi gambar ini, yg Abby tepek di sini?

Ya, gambar ini. Ini pemandangan yg dapat dilihat dari dalam umah Abby. Rumah yg bakal mr fiancee duduk….tuuuuh, nuuuuuunn depan tu je ha~ haha…mcm gitulah ghupenya. Ala country resort, tp rumahnya paling hujung sekali ( tiada dalam gambar la kira). Hikhik…Ini bermakna bakal menantu dan mertua duduk dalam 1 kejiranan la bermula Jun nnti.

Hehe..suspen saja~Citer pasal mr kau dan si mr kau yg baik hati, mcm jauuuuh sajork (pinjam ayat kak edrina). Ghupenyer depan mata je..haha

Begitulah. Seronok mertua mr fiancee pun…haha. Teruja lebih mama Abby, sama teruja dengan mr fiancee. Mana taknya tgk perabot macam2, jadi berebut kami nk yg mana 1 hehe..seronotnyer~

Ok, settle cerita rumah. Apapun, tggu ketukan jari mengenai aktiviti gotong royog kemas umah minggu depan k?

Dalam sibuk uruskan hal rumah, perkahwinan dan banyak lagi, Khamis lepas kami terasa nk berjalan2 pula. Mr fiancee lain tempat takde nk pegi, wajib harus ke IKEA. Abby…? Layankan saja. Teruja dia lebih lagi2 nk masuk rumah baru. Abby pula sedang2 aja, al-maklum tak boleh nk buat apa2 selagi belum sampai 24 Oktober.

Kalau tidak, saya dulu yg kemas itu ini!lagi2 hias, kemas cantek2 ruang saya nk belajar and ber’tenet’. Confirm cantek, sampai awok jeles ;-P

Kalau dh nama jalan2 ke IKEA, haruslah juga layan wayang. Haha..dah penat jalan2, mesti nk duduk lama kan? So tempat best utk duduk lama, ber’air-cond’ segala…dalam wayang Cathay yg best lagi selesa itulah ;-)

Kali ini, kami layan cerita ini.

Best!Kelakar!Yang seronoknya, kami masih lagi ingat setiap karakter yg ada dalam Night at the Museum 1. Bezanya kali ini banyak karakter2 baru diperkenalkan disebabkan patung2 part 1 semuanya dipindahkan ke muzium baru.

Kalau dah Ben Stiller yg berlakon, sure lah best kawan2!

Lakonan Amy Adams dalam citer ni pun cumil~!Dah la dianya mmg cumil, bawa watak sebagai Amelia Earhart, pamnadu kapal terbang wanita pertama yg mengelilingi Antartik (ini sejarah…Abby sendiri kurang pasti).  Merangkap assistant kepada Ben Stiller dalam citer ni, selesaikan kemelut patung2 wax yg ada dan peperangan yg terjadi so called Battle of the Smithsonian.

Pengakhirannya best! Idea untuk muzium tersebut dibuka kepada orang ramai pada waktu malam adalah sangat brilliant~ Abby suka!Cun!Kalaulah Malaysia juga punya ‘muzim malam’……..

Popularity: 11% [?]

Hooray~!

Hooray~!

Hai, tiada apa yg lebih menggembirakan bagi seseorang pelajar melainkan tamatnya musim peperiksaan semester!!!

Nikmat sungguh perasaan ini!Hilang stress!Lega!Happy!Tak sabar untuk rehat2

Haha..Apakah deskripsi yg kamu gunakan ini Abby? ;-)

Selesai paper terkakhir untuk semester Januari ni, semalam sebelah petangnya fitting baju untuk dipakai waktu persandingan nnti!Auww….hehe. Excited habis!

Wedding planner bawa Abby ke Pandan Indah, berjumpa taylor @ designer. Actually, Abby agak demand pada wedding planner lagi2 bab pemilihan material kain baju dan warna. Paling bestnya, Abby nak exactly the same apa yg Abby search dlm Internet & few ideas from magazines sebagai rekaan baju kahwin tu nnti.

ngeh3..color yg Abby nak bukan main susah la hai nk carinya. Tapi takpe, wedding planner a.k.a Kak Ara berjaya juga dapatkannya!

Finally, ive met with James Mok (sedara mara Audi Mok ke?eerr…). Chinese guy. Banyak juga sample manequin baju2 kahwin yg ada di rumahnya. Well, bila ckp soal Cina dlm bab2 menjahit ni, Abby percaya sikit. Teliti, lagi2 kalau material baju kahwin yg mahal tu mmg ptt bagi pada mereka yg biasa menjahit. Though mahal sikit takpe, janji puas hati! Best sgt3 bila dia ckp (after Abby tunjuk my scrap book/papers penuh dgn printed & tampal2 nye mag cutting) :

Dont worry punye..I’ll make it exactly the same like you want.

Setelah selesai sesi mengukur and diskusi bagai, after 1 hour settle. Kemudian, terus menuju ke pejabat. Sepatutnya OFF day, tetapi bila memikirkan tiada hala tuju yg khusus (utk meraikan ‘kebebasan’ selepas exam) Abby masuklah ofis. Kurang-kurang dpt liburan dengan Internet, surfing and menerawang ‘lihat’ dunia’. Ok jugak kan?

Nak di’tepek’ gmbr persalinan sanding tu rasanya terlalu awal, tunggu siap la k

Itupun kalau Abby nak tepek, kalau idak tunggu sahaja hari persandingannya ya? ;-)

cheap-designer-wedding-gowns-5

Eh tetiba ada gmbr gown!Auww. Ini kah? Ini gmbr google saja deh. hehe

Sekarang ini, Abby blogging dari ofis. Hari minggu di pejabat. No comment.

I just can smile and smile, hoping for better weekends maybe ;-)

Yeah, bercakap mengenai hujung mggu..1-3 Mei I’ll be in Penang. yahoo~!!

Popularity: 10% [?]

'Ilmu'…

'Ilmu'…

Ilmu itu tak semestinya datang dari buku, dari tepi jalan, di pesisir pantai pun boleh kita dpt ilmu

Pesisir pantai? Terlebih sudah ni. Ni semua gara2 ko Yan, ckp psl honeymoon kt pulau tu. :-)

Nak dijadikan cerita, hari ini Abby membantu si kawan, kak Jenny (mummy-to-be) ke HUKM utk set an appointment (checkup katanya..). Lama juga dh tak ketemu akak seorang ni, disebabkan lain tugas dan level..makanya agak kurang berjumpa, bergaul dan bermesra. haha..Sudah punya laki, perlukah lg bermesra dengan Abby?? hehe..:-)

Sesat, mcm biasa. Aku sah2 jarang sekali ke hospital. Lagi kan ke Cheras. takpe2, kalau dh nama Abby selaku pemandu, sesat camne pun mesti sampai juga ke destinasi. No worries…

After 30 minutes sesat (Bulatan Kg Pandan menjadi saksi), sampai juga ke HUKM. Dengan mudahnya, kami dapat parking..Alhamdulilah. haha..satu je kelainan Abby pandu keta pagi tadi.

Selalu drive lone ranger je. Pagi or petang balik, pecut tak mo ingat kt highway & jalan (90kmj-110kmj tak lekang). But for this morning, Abby bwk slow..yg amat. Rasa macam bukan jadi diri sendiri je, hahahaha Keta orang..1 lg, mak buyung daaaa…Bab paling teruk, Aku salahkan jalan apsal teruk sangat berlekuk sana sini? Well..ekekekeke

Urusan appointment tak sampai 15 minit pun. (Sesat je lebih..). Sesudah itu, perut krak krook…

Lapar…Kak jenny kata ‘Jom ke Cafe’

Hah?!Seriau kejap sebenarnya, sbb ingatkan cafe Bernama. Tak lalu dh la. Alih2 cafe HUKM tu.

Pekena la mee rebus dan air cendol~!!!Sedap betul makanan tengahari ku hari ini~Thanks kak jenny kerana belanja~!

‘Ilmu’ yg Abby pelajari hari ini :

1. Obviously, jalan ke HUKM la(hakhak..). Ke Jalan Chan Sow Lin juga….(1st time sampai jalan pekan tu)

2. Urusan appointment wanita2 mengandung (ngeri jap..hehe. Buat seketika, wanita2 berperut bulat di sekeliling tadi. haha. Anyway, Abby dah tahu kaunter mana nak pegi kalau ada urusan di Hospital)

3. Urusan mengambil borang di JAIS/MAIS dan juga PAID yg berhampiran. (ni soal sesi jawab je terus dgn kak Jenny dlm keta. Alih2 balik ofis, google and search JUPE!!!! Tq, kak jenny)

Popularity: 7% [?]

Jadual..

Jadual..

Kawan-kawan dan blogger sekalian, dukacita dimaklumkan Abby tidak punya masa untuk membuat keje-keje mengemaskini blog baik di sini mahupun di sini.

ist2_400996-full-schedule

Ini adalah disebabkan kepadatan jadual kerja Abby yang sememangnya tidak dapat dielakkan dan terpaksa mengetepikan hobby feveret ku ini~ huhu

Semak jadual di bawah:

Esok - Liputan Media Kraftangan Malaysia (which means articles must be submitted a week after) + Night shift (the whole day working)

1. 8 Mac – Mid term exam

2. 10 Mac – Bajet Mini by TPM

3. 15 Mac – Reunion KMNS (yiipy, giler tak sabar jupe korang!!)

4. 15 Mac – Deadline for assignment Intro to Comm (so dead!~ halfway written~~~~)

5. 19-22 Mac – Cuti Kecemasan (such a term exist ke untuk tarikh yg lg 2 min….hehehehe)

6. 22 Mac -Tutorial 5 (last tutorial for this semester, also deadline for 2 assignments!!!)

7. 23-29 Mac (straight for a week) – UMNO General Assembly

Dead meat! hehe…giler banyak…giler padat. So packed!Apa lagi description yang sesuai ek?

Yang event2 besar negara tu sah2 la berkaitan dengan kerja2 di pejabat. Bukan Abby sengaja menyibukkan diri ya? hehe..Cepatlah berakhir bulan Mac (wah, boleh plak mcm tu?).

Like somebody said…

You have to change because _ _ _ _ _ _ _ will never change’

Maksud? Maksudnya, Abby banyak URUSAN LAIN YANG PERLU DISELESAIKAN la~!Tak nak la terpacak di sini je, perlu lah bulan itu segera silih berganti. Hehe…thanks to somebody coz mengejutkan Abby dari mimpi ;-)

Apapun, moga Abby punya kekuatan untuk melakukan semua di atas dengan jayanyer! ;-)

Popularity: 14% [?]

Keputusan…

Keputusan…

presentation11

Wah!What a day!Alhamdulilah…1 semester sudah selesai dengan jayanya!

Hari ini, sampai di pejabat terus2 buka LMS. cek punya cek, result dah keluar!alhamdulilah…penat buat assignment berbayar hahaha.

Mama Abah dh dimaklumkan. C.i.n.t.a hati belum lg…later la, lepas kerja baru bagitau.

Huhu..Tajuk post  ‘Keputusan’ not only refer to the result je. Tetapi juga pada keputusan-keputusan yang telah dibuat dan sedang diaturkan sekarang. Perghh, capek gue…mikirin je setiap masa. Tetapi bila difikirkan semula, keputusan ini adalah terbaik untuk semua..maka Abby tidak kisah mencongak itu ini utk memastikan semuanya berjalan dgn baik.

Semalam, kami berdua jalan2 di Shah Alam selepas c.i.n.t.a hati selesai solat Jumaat bersama Ajim dan kawan2. Jalan-jalan kami sekarang ni bukan suka suki tetapi semunya ada matlamat. Haha…Selesai sudah 1 bab semalam.

We were so happy meeting you guys yesterday..!who really appreciate our passion so much~! thanks you, thank you~! (well…u know who you are rite?Later Abby will reveal it here..soon!). Semacam ada 1 kepuasan yg terbit…well, we trust you guys!

Haha…Apa ke menda la Abby merapik ni kan?Apa-apa aje..

Buat masa sekarang, memang bnyk la benda yang terbuku dlm kepala nk diceritakan menerusi blog. Tetapi rasanya belum boleh lagi…waktu tidak mengizinkan.

Aturan demi aturan Abby sedang rangka sekarang. Sambil bekerja, sambil belajar tak menjadi halangan la~ enjoy lagi ada~! nak wat write up plak lepas ni…..ttg apa?anything!

So..

Research time!

Popularity: 5% [?]

Permulaan…

Permulaan…

Hari Isnin adalah permulaan hari untuk memulakan sesuatu minggu. Yup, hari ini hari Isnin~ Sesiapa yg bekerja hari ini mesti suka mengaitkan diri dengan Monday Blues termasuklah yang menulis ini. hikhik….Tetapi setakat 2 jam aku berada di pejabat ni tak terasa lagi apa2 blues. Enjoy surfing lagi ada….hehe

Setelah puas Abby godek2 wordpress semalam sambil nonton AJL-23 (yg menyaksikan kemenangan Juara Lagu adalah milik  Lagu Untukmu…), maka theme inilah yang menjadi pilihan Abby. Senang, malas nak banyak citer…Simple yet lepas ni cuma kena giatkan lagi usaha mengupdet blog so that blog lebih ceria dan ‘berisi’. Hehe…

Pagi ini, confirm sana sini akan terdengar cakap2 pasal AJL malam tadi. Yup, Abby setia nonton dari awal sampai akhir rancangan. Satu lagi acara berprestij telah berlangsung dan Abby puas hati.

Berpaksikan kepada pertandingan merebut takhta ‘Lagu Terbaik’ untuk sepanjang tahun 2008,  ‘Lagu Untukmu’ sememangnya layak. Diikuti dengan lagu yg memenangi kategori masing-masing iaitu Sampai Syurga, Persoalan Cinta dan Lagu Untukmu sememangnya layak dinobatkan sebagai yang terbaik antara terbaik ;-)

Semalam juga, hari pertama tutorial untuk semester baru. Ermm, dalam kelas agak bosan juga sebabnya macam tak larat nak dengar tutor bercerita panjang (mungkin sbb dh lama tak attend class). Mengantuk gak. Suasana bekerja dan belajar atteding classes totally tak sama…Nampak gaya kena biasa2 kan diri la balik….

Seperkara lagi, Abby baru dapat tahu juga semalam bahawa ada 1 subjek untuk semester ni Abby kena belajar OL, maknanya secara sdn bhd. No class for that subject, hanya perlu interaksi dengan tutor melalui forum shj.wahhh~ interesting~!

*Masih dalam mood nonto citer2 korean. Dah kena leter dgn c.i.n.t.a hati dah…huhu

Popularity: 4% [?]