Category Archives: Belajar

Muka Baru, Semua Baru…

Muka Baru, Semua Baru…

Surprise, surprise, surprise! Oh tagline si Lisa Surihani dalam Ombak Rindu memang ‘melekat’ dalam kepala. Sangat jadi, sangat terkesan dalam hati. Ngeng!

Well, it’s no longer a surprise anymore sebab hellyeah…..I AM SUPER BRAND NEW ON THIS BRAND NEW YEAR, 2012! Wee! I am just happy to lead a life now and insya-Allah looking forward to lead a way way better life from now on. I wanna disregard on what had happened in the past but still, truly appreciate every single moment and point that I’ve learnt last year. 2011 has been good to me and I tell you, I’ve learnt something tremendous over the year. Bliss.

Adanya pengalaman dan cerita jatuh bangun, suka duka inilah yang buat rencah hidup makin manis. Pada saya, manis sebab banyak boleh dikenang, mengenang dan terkenang-kenangkan. Pasti! Bila datang kepada episod jatuh itu pula, kadang-kadang boleh jadi terkenang-kenang undang kenangan entah apa-apa. Bila dikenang, yang tidak syok, boleh sampai menangis. Memang TIDAK best! Tetapi itulah, lumrah. Biarlah dikenang, dan cepat-cepat dijadikan teladan. Enough said. Jenis saya memang tidak boleh terkenang-mengenang-dikenang sangat, nanti DRAG~ hahahaha

Buku baru saya bermula agak baik. Dan tenang. Tiada sambutan tahun baru atau apa sekalipun yang seangkatan dengannya. Not me style. Duduk depan TV sehingga larut malam, melayan drama atau filem yang best juga satu bentuk celebration. Paling best, paling baik. Anak, setia menemani di sisi. Siap beri kerjasama lagi dalam memberi laluan si Ibu mahu bersantai lepak atas tilam depan TV. Bliss. So end of New Year’s eve story. Hahaha.

Buku baru saya kali ini juga mencatatkan satu lagi perubahan baru dalam hidup. Ya, kerjaya beralih lagi dan kali ini ibarat sirih pulang ke gagang. Classic bukan? Berbalik kepada kerjaya asal, passion yang mula-mula dipupuk sejak dari zaman kolej lagi, saya kini bergelar wartawan/petugas media semula. Alhamdulilah, aturan Yang Esa itu melangkaui jangkauan sebenarnya. Ditawarkan jawatan tetap di bawah skim kerajaan terkini, SBPA, saya tidak boleh tidak terus berkata YA untuk pekerjaan baru ini. Dengan sedikit sentimental value yang Abah cuba sampaikan pada saya, sebagai anak, saya jadi terpanggil untuk menerima tawaran ini. Walau ada sekelumit yang semacam mendesak saya untuk kekal sahaja menguruskan cafe, tetapi desakan dan dorongan yang lebih kuat untuk menerima SBPA itu saya tidak dapat tolak bulat-bulat. Maaf.

Saya melakukan ini lebih kepada mahu mengikut nasihat orang tua dan suami. Apa yang baik pada mereka, baik jugalah ke atas saya. Amin. Saya berserah kepadaNya. Semoga laluan ini dipermudahkan dan besar harapan agar keputusan ini adalah baik untuk semua pihak, termasuk anak teruna saya yang sekarang sudah masuk usia 17 bulan itu.

Lembaran baru juga menyaksikan banyak peluang-peluang yang saya peroleh secara tidak langsung daripada penyertaan dengan sebuah kumpulan non-profit organization. Saya boleh kira bergit secara aktif juga, sebab saya sendiri mahu timba pengalaman dengan profesional-profesional Melayu yang ada. Bagi saya, mereka ini sangat cool. Sedia maklum, ada sebahagian daripada mereka kuat juga ‘politik’nya, but who cares. Sekali boleh saya tepis, saya akan elak. Asalkan ilmu dan cara pendekatan mereka itu BETUL dan bersedia berkongsi pengalaman, itu sudah CUKUP. Itu yang saya kejar.

Awal Januari sahaja, kumpulan ini dah kumpulkan semua ahlinya untuk rancang takwim 2012. Phew, berpeluh I tell you. Banyak benar rasanya event sepanjang tahun. Though 50% of the events are annual events, but another remaining 50% is where all of us will need to sit together and cracked our head on what to do different this year. Belum apa-apa, saya sudah dilantik menjadi Setiausaha dalam jawatankuasa khas for that another 50% event. I’LL BE SWEATING MORE~~~ :-p

Apapun, Abby tetap bersyukur dengan kurniaanNYa pada Abby sehingga ke hari ini. Ada masa sedih, penat, stress….tak dapat nak elak. But I do not care much, sebab banyak saluran boleh diagih-agih rasa stress tu, supaya bukan diri ini seorang-seorang sahaja yang menanggung. Blog ada, YM ada, Twitter ada…naaaah, sampai rasa saya mahu hilang kebergantungan pada laman-laman sosial yang ada, boleh tak? Seriously, kalau dapat! Kalaulah masa yg ada dapat dimanfaatkan dengan skill memasak yang lebih baik, gaya ala amatur MasterChef Malaysia ke, bukankah lagi baik? Tet!! *Tahniah Ezani on your winning. Though Wahidan’s meals are more appealing, but I am sure yours are great in taste too!!! Sukernyer!

Baik, sekian sahaja entry pertama saya di tahun 2012. Woot woot. Like after 17 days of this brand new year? Kira oraitlah bukan. Will see you on next entry, insyaAllah.

Salam 2012, semua! May your 2012 will be good and nice to you! That’s more than HAPPY isn’t it? Good & Nice! Be grateful, peeps. Cherish your life with your loved ones, that’s the most significant thing you can do this year!

Popularity: 10% [?]

Buku Baru…

Buku Baru…

Ya, buku baru. Bukan muka buku. Haih, suka kamu tokok tambah, ubah-ubah. Ini version saya, maka saya panggil buku baru. Ngerti?

Kenyataan di atas merujuk kepada buku baru 2012 yang sudah dekat sangat tarikhnya. Tak sabar 2012 datang terhegeh-hegeh. Sama macam anak saya. Makin terkedek-kedek la pinggul dia berjalan tunjuk kaki hebat melangkah. Tahun depan, umur dia injak 1 angka lagi. Saya juga. Ahhh, jangan dikhabar soal umur, yang penting pengisian sepanjang tahun, itu lagi PENTING!

Ya, bila datangnya Tahun Baru, saya suka untuk buka buku baru. Segalanya baru. Diari baru. Notepad baru. Handbag baru. Office attire baru. Anak baru. *oppss

Haha pendek kata, segalanya adalah permulaan yang baru that remarks A NEW LEASE OF MY LIFE. Yes, saya gemar menggunakan perkataan ini, as if I am going to start fresh. TOTALLY. Amin. Baik untuk tuntutan dunia dan akhirat. Yang kurang, ditingkatkan. Yang patut dibuang, dihindar jauh-jauh and etc.

Cakap pasal tahun baru, tidak sah kalau tak bercakap soal azam baru. Lapuk bukan? Basi? Haha. Ianya tidak akan jadi isu lapuk atau basi, kalau apa yang anda impikan tercapai. Azam saya 2011? Entah, apa eh. Huhu kenapa macam tak teringat langsung eh apa azam tahun ni? Huhu…*itulah akibat leka membesarkan anak. Hahaha alasan benor.

Tahun 2011 saya, adalah tahun dedikasi saya untuk si manja anak teruna. Sungguh. Saya bertanggungjawab penuh atas tumbesarannya, sehinggalah dia capai umur 1 tahun 25 Ogos yang lalu. Gembira melihat perkembangannya dari satu tahap ke satu tahap adalah seperti mengikut timeline atau milestone yang sepatutnya. Alhamdulilah. Dengan bantuan kemanusiaan dan moral dari Encik Suami, Mama, Abah, adik-beradik…segala pergerakan saya jadi mudah. Terima kasih kalian. Semoga Imran Imtiyaz mencintai anda semua sepertimana dia cinta saya, ibunya. *Emosi

Saya bukan boleh bicara soal anak. Sebab itu saya kata, dia lah sumber kekuatan saya dan dia juga lah sumber kelemahan saya. Hehehe…Lemah, sebab mudah sangat airmata ini jatuh nye ha…LOL~

Melihat kembali diari 2011, kerjaya juga ada cerita pasang surutnya. Apa yang boleh saya simpulkan, pengalaman mematangkan saya. Terima kasih pengalaman, sebab kerana kamu saya belajar banyak perkara. Kerjaya saya ada episod jatuh bangun. Dengan besar hati, saya terima setiap satu percubaan itu dengan hati terbuka. Saya manusia lemah, sudah tentu ada keemahan saya di mana-mana. Kekuatan juga saya punya. Bagi sesiapa yang menghargai saya, saya yakin kamulah orangnya yang menerima kekuatan DAN kelemahan saya, bukan kerana salah satu SAHAJA.

Baik, apa lagi?

I think two points mentioned above is the MOST significant thing happened in my life this year. Yes, both TWO.

Perkara lain adalah perkara kebiasaan sahaja.

Bosan! Jom buat post baru deh. Daa~

Popularity: 26% [?]

Bantal ‘Speaker’…

Bantal ‘Speaker’…

Secara tidak sengaja, entry saya yang ini berkenaan pillow speaker menjadi hangat pula diperkatakan sekarang. Ceh, rasa poyo secara tidak kena gaya pula tetiba. Hahaha. Satu perkongsian yang pernah saya tepek di blog ini telah mengundang rasa minat ramai kaum Ibu untuk memilikinya juga. Well, what is so great about pillow speaker?

Jujur saya mengatakan saya juga tahu mengenai kewujudan pillow speaker ini dari blog si Ibu yang seorang ini. Pada saya, semasa penyediaan saya untuk bergelar seorang Ibu, banyak perkongsian yang si blogger ini kongsikan di blognya. Antara yang menjadi favourite saya, adalah entry nye mengenai pillow speaker. Baca punya baca, saya jadi minat. Bila minat, saya jadi ingin lebih tahu. So, apalagi Google lah sana sini.

Hasil pembacaan dan pencarian, pillow speaker ternyata satu medium komunikasi antara kita, si ibu bapa dengan anak, or womb inside the tummy. Bagaimana cara? Sebab itu ada dibubuh speaker di antara lekuk bantal tu. Yang bagusnya, kadar suara atau volume sememangnya bersesuaian dengan apa yang ‘isi’ perut kita boleh dengar. Pendek kata, bukan tahap maksimum yang melampau dan bukan juga tahap minimum yang over. Sedang elok untuk anak di dalam perut dengar.

Ada satu sambungan USB atau port yang perlu kita sambungkan dengan alat muzik / iPod / handphone. Bila disambungkan, muzik atau alunan suara yang kedengaran tu memang tidak kuat mana (inilah maksudnya yang bersesuaian dengan anak). Dan disebabkan ianya adalah bantal, ianya sangat sangat bagus, kalau dapat didakap atau ditekap dalam perut tidak kira apa jua aktiviti yang lakukan.

So basically, during my pregnancy time, saya dapatkan pillow speaker sekitar usia kandungan nak mencecah 4 bulan. Kalau kita baca pregnancy milestone, pasti ramai Ibu tahu yang anak dalam kandungan dah boleh mula mendengar apa jua gerakan / bunyian yang terhasil. Dan kalau bernasib baik, waktu itulah dia akan memberi respon, menendang dan ‘summersault’ bagai dalam perut (mengikut perkembangan bulan demi bulan).

Hendak dijadikan cerita, pillow speaker ini sangatlah payah ya untuk saya dapatkan di Malaysia. Bukan saya seorang, memang 1 Malaysia takde! I tell you! Dari KL sampai ke Penang, saya carik! Rengsa! Tiada! Usaha dah dikeluarkan hampir 90% untuk dapatkan pillow ni, ternyata memang tiada sesiapa peka mengenai kebaikan / kewujudan pillow speaker di Malaysia kiter ni. Saya jadi angin tak tentu pasal gara-gara tidak berjaya mendapatkannya di dalam superstore great yang ada di Msia ni. Huh?!

Akhir cara, Google sekali lagi memang pillow speaker ni ada di overseas sahaja. Dan saya yakin, pillow speaker not even a great thing to be discussed if you are in the overseas! Ceh! Saya semangat seorang! Tak apa. Sekurang-kurangnya saya dapat tahu, saya kongsi di blog. Bila saya kongsi di blog, makin ramai Ibu yang tahu!! Yeay, berjaya! *Walaupun originality cerita bukan datang dari saya, tetapi saya yakin bila ilmu itu dihebahkan, satu kepuasan akan terbit dalam hati and that is what that important the most!!!!

Cari punya cari lagi, pillow spekar the greatest ini is best accesible to get through ebay! Wow! Satu lagi halangan besar saya untuk dapatkannya since I am not that familiar with ebay. Hajat besar, tetapi halangan besar untuk dapatkan barang ‘sebesar’ pillow spekar itu SAHAJA?! Can’t you imagine how ambitious I am to get the best toy ever for my baby, my womb?! Hahahaha. Penangan bila dah jadi seorang Ibu. Cubalah, nanti kalau kamu jadi Ibu…tahulah…

Saya panggil pillow speaker saya itu sebagai ALAT MAINAN / TOY pertama anak saya. Yes, memang bila di ebay pun pillow speaker jatuh bawah kategori alat permainan. Usaha punya usaha, saya jadi hilang semangat. Tetapi masih tidak putus kudrat mencari sebab tetiba teringatkan adik angkat yang sangat mahir dalam dunia ebay. Huhu..apalagi hajat disampaikan, maka si adik berhajat untuk menghadiahkan sahaja pillow speaker yang akan dia dapatkan di ebay! Wow! Wee! Rezeki anak barangkali.

Katanya, ‘hadiah pertama untuk bakal anak saudara’! Cun! Terima kasih wahai adik walau bukan seibu sebapa. Belajar di Germany, bertahun lamanya, entah bila hendak balik!? Balik lah! Applicate your photography skills on my baby (sudah setahun pun anakku, dik) hahaha. Dijadikan cerita, satu hari / petang yang indah (saya kurang ingat), Encik Suami saya menyambut saya dari kerja dengan sekotak bungkusan.

Teruja buka kotak tersebut sebab dah boleh duga memang itu pillow speaker yang ku kehendaki!!! Walau berwarna pink, dan waktu itu tidak ketahuan lagi gender si anak, saya terima pemberian ikhlas tersebut dengan hati terbuka. Thanks Fadhirul Fitri!!!!

Well, to concldue my entry here, pillow speaker ini yang hanya bernilai dalam Euro 9 sahaja, sebenarnya satu tool komunikasi yang patut dimiliki oleh para Ibu atau bakal Ibu. Let me shortlisted what I’ve done with pillow speaker so far:

  1. Setiap malam, alat permainan memang setia terletak atas perut saya. Saya cucuk sambungan USB mp3 saya, selitkan semula ke dalam bantal tersebut, dan letakkannya di atas perut (dalam baju) dan tidur. Sampai ke pagi, mp3 akan kehabisan bateri sebab satu malam shuffling bacaan ayat suci al-quran dan surah-surah.
  2. Setiap minggu, kalau boleh saya tukar isian mp3 dengan pelbagai range of music. Maksud saya, ada minggu saya akan pasang ayat-ayat al-quran, ada minggu saya akan download dan copy paste alunan lagu-lagu lullaby, dan ada minggu saya pasang suara saya yang saya rakam. Apakah yang saya rakam? Of course, luahan rasa seorang Ibu untuk didengari anaknya lorh~ (Bunyi macam bebelan seorang Ibu ja) hahaha…Nasiblah anak ku, mendapat Ibu sepertiku.
  3. Tidak semestinya letak pillow speaker waktu tidur. Kalau anda buat aktiviti lain, yang ‘lepak’ dan ‘santai’ pun anda boleh letak pillow speaker. Contohnya ketika driving. Letak sahaja di perut. Kita memang dengan aktiviti seharian kita, anak kita dalam perut pun ada ‘aktiviti’ dia juga kan?

Antara aktiviti di atas, aktiviti no 2 (bab rakaman suara si Ibu kepada anak) la perkara yang paling enjoy! Lagilah dapat Ibu yang dahulunya bekerja sebagai wartawan ni kan, banyak juga yang saya bebel dan rakam. Hahahaha. Dah delete kut script tu. Hehehe malu. Bila keluar Imtiyaz sekarang, sebijik perangai copycat saya. Bila nampak strangers, Imtiyaz jadi diam perhati. Bila dengan ahli keluarga, riuh bukan main. Itulah saya!!!!!!! Saya didik dia gitu dalam rakaman, jangan ramah tak tentu hala dengan orang asing. Perhati dulu dan kenal. Dengan ahli keluarga sendiri, jangan sombong tetapi biar kita jadi penghibur. Hehehehehe Imtiyaz is the real me!!! Wahahaha…

Well, well, well. Saya tahu, saya tahu. Itu semua kebetulan sahaja. Bukan apa yang saya minta, apa yang saya harap dan apa yang saya buat, saya akan dapat sejibik sebulat!!!! Mungkin Imtiyaz tak tahu pun apa yang dia buat sekarang ini sebenarnya reflects back of what I have done and taught him….mungkin YA, mungkin TIDAK!. TETAPI….

Pernah terbaca, pendidikan awal bayi sebenarnya bermula sejak dari dalam perut lagi? How true is this statement? Kebenarannya, terbuktikah? Sebab itu, saya kata saya bubuh dan letak usaha (put efforts, direct translation ;p). Maka, kalau pendidikan itu tidak dimulakan dari awal, bila lagi nak mula? Kalau kita dah boleh mulakan, sejak dari usia dia 3-4 bulan dalam kandungan, tidakkah rasa macam buang masa, buang waktu 9 bulan bawak ke sana, ke mari perut boyot tetapi ‘kurang penghayatan’ ilmu Ibu mengandung? Rugi bukan?

Senang cerita, cadangan saya pada bakal Ibu (to those who are a mother already, this can always be your practise) adalah lakukan perkara berikut, please (kalau kamu tidak mahu tergolong dalam golongan orang yang rugi) :

  1. Sign up an account with www.babycentre.co.uk. Kalau boleh sign up sekali newsletter yang mana sebarang updates (baby milestone, baby development, currents issues on babies including great sales hahaha) akan dihantar direct kepada email-email kamu. Lagi bagus dapat berita at your fingertips! Lebih current lebih-lebih lagi on Baby Bulletin. It is so informative! * Saya gemar babycentre, terpulang kamu mahu sign up account lain atau tidak.
  2. Beli buku-buku berkaitan pregnancy atau baby (baik waktu melahirkan atau ketika peringkat tumbesaran). Tidak rugi sebab kalau beli, boleh baca sampai 9 orang anak. Tiada masalah. Setiap kisah kehamilan & kelahiran, adalah sangat berbeza daripada seorang wanita kepada wanita yang lain. Bare in mind, please! Maka jangan dibanding-banding cerita kehamilan & kelahiran kalian, sebab takut ia mengundang lebih keterujaan dan kerisauan yang melampau. Beware.
  3. Banyak bertanya. Episod bertanya ini sometimes, Ibu kita bukan rujukan kita sepanjang masa. Betul, sumpah. Kekadang kawan-kawan lebih banyak bercerita dari ibu kita. Jangan kecil hati, sebab ambil usaha ini sebagai satu usaha untuk kita belajar dan mendalami sendiri since we are an adult and about to give birth and soon raising a son/daughter.

Wa, scary mak baca entry pepanjang gini nok! Sesi pembelajaran yang melewe-lewe (dragging) ini adakala mengundang bosan dan ngantuk. Tetapi harapnya tidaklah ya. Saya ni suka berkongsi. Ilmu tidak banyak mana, tetapi adalah sedikit untuk dikongsi. Tidak sudi tak apa, tiada istilah kecil hati. Kalau mahu bertanya, saya sudi jawab sekadar termampu. Sebab saya bukan doktor. Saya Ibu kepada seorang anak sahaja pun ;p No big deal la. Hehehe

Maka, harus ditamatkan bagaimanakah ini? Huhuhu…To mothers-to-be, enjoy your pregnancies moment to bit k? I repeat, TO BIT! Hehehehe cause the adventure is about to BEGIN! Hahahahahahaha…..

Popularity: 100% [?]

Bila Cinta…

Bila Cinta…

Bila Cinta…

  1. … akan anak, kita akan sanggup lakukan apa jua deminya. Melihat tumbesarannya, saya jadi ibu yang paling gembira di atas muka bumi ini. Semakin bijak, semakin cerdik. Pemalu juga. Pemalu dan hanya ‘meriah’ bila di kalangan ahli keluarga. Di kalangan orang asing (to his definition), memang Imtiyaz akan duduk senyap, perhati dalam-dalam. Cuteness.
  2. … akan pekerjaan. Pekerjaan itu ibadah. Kan saya sudah bilang. Alhamdulilah, now feel easy more and flexible too. Banyak lagi kemahiran baru yang perlu saya belajar. Akal nak kena lagi tajam. Tangan dan kaki insyallah sedia berkhidmat. Hendak tingkatkan lagi kecekapan. Saya masih baru, baru serba serbi. Tetapi jenis mahu bangkit dari kesilapan dan kejatuhan. Insyallahl, semangat ini akan selamanya begini. Amin.
  3. … akan dugaan, insya-Allah diri ini akan dibantu. Sejak-sejak berkecimpung dalam industri baru ini, saya tidak mudah melatah. Semua benda yang saya ingin lakukan, saya jenis redha. Redha yang positif. Nak melenting bagai, rasa ralat. Mana-mana pun kau berada, dugaan mesti ada. Tetapi kalau diduga sampai macam kes ini, angkat kaki! Jangan kau tunggu, sia-sia!
  4. … akan China!!!! Ah ha, ini sesuatu yang luar biasa. In fact, I’m updating this live from Pudhong, ShangHai City. (Like after 5 days staying here!) Hahahahaha.

 

Nantikan episod ‘ShangHai-City of Lights’ di episod akan datang! Thanks Allah for the opportunity. Glad.

Popularity: 40% [?]

Belajar dari Lagu…

Belajar dari Lagu…

Masa kamu sekolah dulu-dulu, pernah atau tidak Guru Bahasa anda (tidak kira Melayu / Inggeris) meminta anda untuk hayati lirik lagu (tidak kira apa jenis genre lagu termasuk lullaby song macam Twinkle Twinkle ke) ? Tujuan: Untuk belajar kuasai bahasa dan perbendaharaan kata. Pernah atau tidak? Both songs, Malay and English? Pernah tak?! (Nada garang cikgu ;p). Kalau Abby jadi cikgu, alamat memang garang memanjang. Gerun ah!

Abaikan. Ha, kalau Abby waktu dari sekolah rendah lagi, memang ada cikgu BM/BI pernah suruh. Paling-paling best, waktu cikgu English kesayangan Abby, Miss Bagavathy arahkan semua student untuk buat Life Journal. Guna buku log dan tulis macam benda itu seolah-olah diari kita. Tetapi hanya ENGLISH words sahaja. Kalau tidak tahu perkataan english words tu, kita kena quote macam ni (‘….’) dan tulis perkataan tu dalam bahasa Melayu. Nanti Cikgu akan tulis perkataan Melayu tu kepada English.

Maknanya, dalam pada Abby syok sendiri menulis (awal-awal lagi skill menulis dan kewartawanan tu memang terserlah lorh), cikgu Baga akan perbetulkan ayat-ayat yang patut in order for us to study and learn. I found this activity as TOO INTERESTING and VERY GOOD for all studentsSee, the habit is still in me as I’m so in love with blogging now. Pendek kata, log journal saya memang paling meriah la sebabnya saya pelbagaikan gaya penulisan. Ada masa saya rambling randomly about what I do everyday, dan ada masa-masanya juga saya akan tulis balik lirik-lirik lagu English yang saya suka. And to be true, lirik lagu kumpulan pojaan waktu tu, ‘N sync memang paling banyak la ada dalam journal tu. Hahahahaha. Arghhhh, I feel like to flip back my journal (if I’m still having it in my wardrobe la kan? Giler lama dah journal tu, boleh masuk Arkib Negara dah kut!Haha)

So basically, saya boleh rumuskan penguasaan bahasa saya selama ini memang sedikit sebanyak dibantu oleh pendedahan lagu-lagu ciptaan manusia yang kreatif ini. Saya ambil contoh, kalau lagu-lagu Bahasa Inggeris waktu tu, memang banyak belajar grammar dan sentence structure dari lagu-lagu Micheal Learns to Rock, Backstreet Boys, Celine Dion and etc. As for Malay songs, saya selalu dan kerap belajar daripada lagu-lagu kumpulan KRU (phewwittt, giler old school nieh).

Ya, kumpulan KRU waktu tu pada saya memang menulis banyak bait-baik lagu yang menggunakan perkataan-perkataan baru yang jarang-jarang saya guna atau dengar di sekolah. Dan pada masa yang sama, lagu-lagu KRU juga menceritakan satu senario yang macam memberitahu sebuah cerita. Masa tu, mungkin akal terlalu pendek nak faham maksud lagu dengan lebih mendalam la, but basically what I concern most is the words vocabulary. Bila dapat 1 perkataan baru, saya akan rujuk kamus. Fahamkan maksud tersebut, dan kemudia apply guna pada ayat lain yang saya ingin karang. Tak ingat kah, dahulu kan kita ada Bahasa Melayu Karangan. Hehehehe ;P

Saya amik contoh 1 lagu, Diari Metropolitan by KRU. Sampai sekarang, I suka giler lagu ni!

Satu, tiga… aku bermula
Kehidupan anak muda di kotaraya
Hari-hari ku mencari destinasi ini
Seperti semua aku juga punya mimpi

Namun kita berbeza
Usia, harta, rupa, latar keluarga
Hitam putih kehidupan sendiri menentukan
Namun terlalu banyak kehitaman dalam kehidupanku

Aku… aku lakukan apa perlu
Hari ganti hari masa terus berlalu
Bukan ku pinta kehidupan tak bererti
Situasi yang menjerat tak bisa ku lari lagi

Sampai bila, sampai bila nasib ku begini
Bila ku mati, siapa peduli ?
Inilah sehari dalam diari
Anak metropolitan, di kotaraya ini

Adakah hidupku satu gurauan
Sekadar penuhkan pementasan
Diriku tak perlu belas kasihan
Bersendiri ku menyepi di sini

Jangan kau cuba mendekati
Kamu juga pentingkan diri sendiri
Mengakulah ini realiti
Yang lemah ‘kan mati, gagah berlari

Sedar tidak sedar, akulah sisa
Dipandang hina tak pernah ku sangka
Kais pagi, aku berdosa lagi
Fikirku tak mungkin akan berlaku pada ku

Temanku… semuanya dikejar, diburu
Lambat laun tersungkur juga satu persatu
Bila-bila saja masanya ‘kan tiba
Aku juga menjadi lelaki diburu

Mengimbas sekias semalam
Anak kecil masa depan cerah menjadi malap
Takdirnya di dalam diari
Anak metropolitan ku bersendiri lagi

Sehari di dalam diari
sebuah kehidupan di metropolitan

Adakah hidupku satu gurauan
Sekadar penuhkan pementasan
Diriku tak perlu belas kasihan
Bersendiri ku menyepi di sini

Jangan kau cuba mendekati
Kamu juga pentingkan diri sendiri
Mengakulah ini realiti
Yang lemah ‘kan mati, gagah berlari

Sepuluh tahun pengalaman
Anak jalanan juga punya prinsip dan pegangan
Inilah dia syarat pertama
Jika gua tak kacau lu, lu jangan kacau gua

Apa jua kau berkata
Beranilah juga tanggung risikonya
Aku masih muda, umur dua tiga
Jangan kerana mulut badan binasa

Dan janganlah kau cuba menyekat dan beri nasihat
Kerna mungkin kini masanya sudah terlewat
Biarku dengan caraku nanti hidup kau juga akan tidak menentu
Walaupun apa kau fikirkan

Aku masih menaruh sedikit harapan
Agar diari lebih bererti
Anak metropolitan tak perlu berdosa lagi

Nampak macam tidak berapa canggih bukan?. Tetapi secara keseluruhannya, struktur ayat yang baru banyak saya belajar daripada lagu di atas. Walaupun jalan ceritanya sedikit tidak ‘sedap’, but it’s a fact it’s happening sejak saya kecil-kecil lagi. Bila dah faham ayat, kita akan faham jalan cerita. Jadi kalau ada karangan yang ada sangkut paut, memang saya guna wording-wording yang ada kat atas. Macam sekarang, ada 1 lagi lagu yang banyak juga perkataan baru (maybe to those students, yes. But to me now, I can understand as a whole). Lagu Ilusi by Adira, which I believes is written by KRU too :

Rasa suasana riang berdua
Saatku kau lupakan saja
Menari di minda hingga terleka
Beralih ke alam yang nyata

Tersentuh bagai dejavu
Beribu batu lebar sayapku

Pabila bercinta dan dicinta
Cari cinta
Cinta mega
Biar cinta jadi fenomena
Tertusuk sudah aku panahanmu
Panahanku hak milikmu
Biar panahku terus di situ

Inilah petanda telah bermula
Ilusi baru dalam sketsa
Memenuhi masa dengan ceria
Bagai ledakan supernova

Tersentuh bagai dejavu
Beribu batu lebar sayapku

Ilusi
Biar ia dijadikan realiti
Aku menyanyi
Biar diriku mencapai rentak infiniti
Nan tinggi

Tersentuh bagai dejavu
Beribu batu lebar sayapku

Sambil menaip, memang terkenang momen kecik-kecik dulu. Lagu-lagu ini selain dapat membolehkan kita belajar, membenarkan kita berangan sebenarnya ;P hahahahaha

Kalau lagu bahasa Inggeris, saya ambil contoh lagu Celine Dion, Because You Loved Me. Lovely words. Banyak yang saya belajar. Penggunaan ayat terutamanya.

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I’ll be forever thankful baby
You’re the one who held me up
Never let me fall
You’re the one who saw me through through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn’t speak
You were my eyes when I couldn’t see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn’t reach
You gave me faith ‘coz you believed
I’m everything I am
Because you loved me

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I’m grateful for each day you gave me
Maybe I don’t know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn’t speak
You were my eyes when I couldn’t see

You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn’t reach
You gave me faith ‘coz you believed
I’m everything I am
Because you loved me

You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
You’ve been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn’t speak
You were my eyes when I couldn’t see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn’t reach
You gave me faith ‘coz you believed
I’m everything I am
Because you loved me

I’m everything I am
Because you loved me

Perkataan yang diboldkan, memang ayat-ayat mudah. Tetapi itulah permulaan untuk penguasaan bahasa Inggeris yang baik. Don’t you think so?

Begitulah, ceritera zaman muda-muda saya. Belajar dari Lagu. Sambil belajar, sambil enjoy. Boleh saya katakan, saya mahir sedikit berbahasa sebab habit belajar dari lagu ni diperkenalkan oleh cikgu-cikgu saya. Saya percaya sampai ke hari ini, pasti cikgu-cikgu di Malaysia menerapkan budaya yang sama. Lagu juga satu penceritaan hidup, tentang cinta, tentang derita atau tentang alam dan Tuhan. Banyak perkara yang boleh diambil iktibar darinya.

Homework menulis Life Journal juga satu praktikal yang baik. Haish, saya terhutang budi betul dengan Cikgu saya yang seorang itu. Insya-Allah saya ingin anak-anak saya ikut jejak langkah sama. Biar dia rajin menulis dan rajin juga mengenal dan membaca. Tidak boleh malas-malas. Hendak seribu daya, bukan? Tetapi…kalau bukan minat dia dalam penulisan macam saya, biarlah terdorong untuk menjadi insan yang lebih dan lebih berguna dan sentiasa dekat dengan ibu dan abahnya. Amin.

Walau sudah bergelar ibu atau nenek sekalipun, kita masih boleh belajar kan. Tak payahlah kut menerusi lagu je. Belajar melalui blog sahaja. Blog yang mengajar kamu ke jalan yang betullah, ok? Hehehe. Sekian.

Popularity: 59% [?]

Panduan si Ibu…

Panduan si Ibu…

Terasa terpanggil untuk membuat perkongsian. Perkongsian yang boleh memberi manfaat kepada semua atau mungkin boleh membosankan (bagi mereka yang super duper mahir daripada saya barangkali). Al-maklum, saya Ibu kepada seorang anak. Bukan 5 atau 12.  Pengalaman bersalin juga kemungkinan (dianggap oleh sesetengah orang, seperti tiada apa) sepertinya tidak berharga kalau hendak dikongsi.

Maka, perlu atau tidak saya teruskan? Ahhh, persetan. Saya bisa berkongsi apa sahaja pengalaman saya. Terpulang kamu, mahu ambil, mahu baca, mahu ikut atau mahu buat bodoh. Serius, terpulang. Hendak saya ulang ke? Terpulang!

Hahaha. Belum memulakan sebarang perkongsian, saya sudah jadi emosi bagai. Hahaha. Jangan marah, saya di dalam mood yang sangat baik lagi aman.

Terpanggil 1 lagi, bukan apa. Seperti tidak percaya saya berkongsi List of Baby’s and Labour’s needs bersama majikan saya. Majikan yang mana? Engkau bukan…..err. Saya punya majikan, kau lupa? Hahaha. Tidak kisahlah majikan yang mana, tetapi perkongsian adalah untuk kebaikan. Semestinya, senarai barangan keperluan bayi dan labour yang saya duk belek dulu masa mengandung, kini sangat3 berguna dijadikan checklist untuk bakal bapa dan ibu. Fuh, seronok habis dapat share checklist tu. Siapa-siapa yang mahu, boleh private message saya. Hahaha.

Keperluan Labour

Baik, detik bersalin siapa pun tidak boleh duga bila waktu sebenarnya ia akan berlaku dan bagaimana caranya anak yang dikandung akan dilahirkan. Of course, practically dalam dunia ini hanya ada 2 kaedah sahaja. Samada normal atau caesarean. Bercakap soal kaedah ini, saya mahu berlaku jujur di sini.

Jauh di sudut hati (sangat-sangat jauh tetapi jenis yang ditanam dalam-dalam, maka susah nak hilang/cabut), saya sedikit terasa hati kalau ada para ibu yang menggembar-gemburkan pengalamannya bersalin normal (pernyataan sebegini merujuk kepada mereka-mereka yang berada di luar lingkungan sahabat yang saya kenal). Maksud saya, cerita yang digebang-gebang itu tahap melampau habislah. Sehingga boleh buat hati saya tersinggung.

Pada saya, ketentuan kaedah itu adalah bergantung kepada situasi dan terma perubatan. Ikutkan hati dan semangat, saya juga mahukan kaedah normal. Tetapi keadaan mendesak di saat akhir, maka kaedah caesarean adalah terbaik untuk saya dan bayi. Kamu kena faham itu. Ini ada pula macam pandang enteng dan sepertinya Ibu itu tidak powerlah-kalau-beranak-operate. Tidak berapa mencabar, kata mereka. Serius, sumpah saya tersinggung. Kamu fikir mencabar ke kalau sudah nyawa anak dan Ibu dalam keadaan bahaya? Fikir sama kalau kamu di tempat orang lain.

Ini pertama kali saya buat entri yang ada rasa amarah sikit. Mild sahaja. Harap saya tidak terjumpa lagi kenyataan-kenyataan seperti di atas di mana-mana.

Urusan labour memang ketentuanNya juga, dengan sedikit bantuan perubatan dari manusia, barulah anak dan Ibu selamat. Kamu perlu benar-benar ingat itu. Maka, tiada logik bukan kalau kamu gah dan canang cerita sampai begitu sekali. Kedua-dua kaedah menjanjikan sakit yang berlainan. Itu memang adil. Tak percaya, tanyalah pengalaman orang lain sama.

Pendek kata, persediaan labour perlu kuat fizikal dan mental. Perlu juga kuat dan cekal hati serta Iman. Apa sahaja boleh berlaku di dalam bilik bersalin, ikut ketentuanNya. Si suami, bantulah dan sokonglah isterimu yang berada di dalam kesakitan. Perit jerih melahirkan (walau kaedah caesarean sekalipun), kamu Si Suami takkan dapat pernah merasainya seumur hidup. Bare that in mind, I beg you.

Keperluan bayi

Hapus emosi segera, Abby. Sekarang kita mahu bercerita tentang bayi, tentang Imran Imtiyaz.

Haha. Soal keperluan bayi, memang perkara UTAMA dalam hal ini. Walaupun saya baru sahaja merasai pengalaman menjadi Ibu dalam masa 4 bulan, terlalu banyak perkongsian yang mahu saya ceritakan di sini. Saya bukan takbur, tetapi berkongsi dengan penuh rasa rendah diri. Kalau saya salah, harap betulkan. Kalau saya betul, kamu ikutlah atas budi bicara sendiri.

Sudah tentu tentu, saya menggalakkan para Ibu breastfeeding anak mereka. Maka, belilah keperluan utama breasfeeding seperti breastpump, breastmilk storage dan etc. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Nasihat saya pada Si Suami di luar sana, galakkan Isteri anda untuk menyusukan anak. Pada saya, walau bercampur dengan susu formula sekalipun, beri juga susu ibu. Wajib, beri!Sebab susu Ibu memang Tuhan bagi free kepada semua ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan. SEMUA, tiada terkecuali.

Tetapi….dugaan dan halangan mungkin berbeza-beza. Samada nipple terbenam (saya kurang pasti istilahnya), anak tidak cukup bulan dan ada beberapa sebab lagi. Dugaan dan halangan ini yang membezakan tempoh penyusuan, samada cepat atau lambat. Saya tahu mungkin ada juga ibu-ibu yang berasa kecil hati kalau anak mereka tidak dapat susu Ibu atas sebab-sebab tertentu. Saya boleh faham. Tetapi, biarlah setelah PUAS mencuba.

Macam saya sendiri, saya akui saya bengkak susu pada awalnya. Hampir-hampir give up untuk menyusu. Tetapi En Suami tidak putus-putus suruh cuba dan belajar tahan sakit. Jururawat di hospital juga cuba memerah susu badan saya sekuat (dan sesakit sesedap rasa dia je, hahahaha) yang boleh untuk pastikan susu badan keluar. Kata mereka, kalau bengkak, memang ada susu lah tu. Sakitnya menyusukan malam-malam awal kelahiran Imran Imtiyaz, Ya Allah….Kamu Sahaja Maha Mengetahui. Adakalah menangis kuat juga saya, jiran katil sebelah sampai simpati. Tetapi Alhamdulilah, sekarang saya jadi gigih pump susu. Bangga dan berterima kasih ke hadratNya. Terhutang budi betul pada nurse yang gigih memerah untuk saya waktu itu.

Pendek kata, sakit itu belakang cerita. Memang akan sakit menggila, tetapi niatkan sahaja apa yang kita buat adalah untuk anak dan bayi kita. Saya tidak pinta lain asalkan anak teruna saya membesar sihat dan sempurna dengan susu badan. Saya percaya anda juga mesti mahukan yang TERBAIK untuk anak, bukan? Maka, cuba dan jangan mengalah.

Bercakap soal keperluan, pada saya JENAMA main peranan penting juga. Ini semua bagi memastikan kita beri yang terbaik untuk anak kita, selain memudahkan juga. Saya menggunakan jenama dan barang keperluan berikut, HANYA sebab nak memberikan yang terbaik untuk Imran Imtiyaz:

Pada saya, dua jenis pump ini perlu ada kalau-kalau satu pump lagi tidak berfungsi

Keselesaan jadi keutamaan. Best of the best, to me. Still using it as I’m so full with milk, kut. Insya-Allah.

Jenama tidak berapa main peranan juga sebenarnya. Yang penting, berguna untuk anda. Selesa kemudiannya. Pelaburan sahaja yang diperlukan sedikit. Ikutkan banyak sebenarnya, tetapi beli ikut keperluan dan kegunaan. Ikut priority kalau boleh. Ikut nafsu, memang hendak semua. Hahahaha.

Baik, sekian sahaja untuk para ibu semua, dan para bapa juga. Ambillah yang mana baik, sebab yang salah itu datang dari diri saya juga. Hehehe. Ayat yang biasa sangat saya dengar waktu sekolah dulu, waktu lepas-lepas penceramah habis bagi ceramah. Hehehe. Terasa tua dah. Cabut!.

Popularity: 53% [?]

Bebelan Ibu…

Bebelan Ibu…

Bukan bebelan sebenarnya, tetapi lebih kepada rambling. Iaitu menceceh. Cecehnya si Ibu (ayat rekaan) sekarang bukan main. Hahaha. Jangan dibawa main dengan status si Ibu. Bila mulut dibuka, tiada hentinya perkataan akan keluar dari mulut si Ibu tu nanti. Hahaha. Bebelan yang sebenarnya macam-benci-gila-bila-dengar, tetapi sangat-berguna-tidak-terperi bila sudah terkena batang hidung sendiri.

Eh terasa banyak betul yang hendak dibebelkan. Pasal anak, pasal rumah, pasal anak, pasal adik-adik, pasal anak dan banyak lagi pasal nya. Hahaha. Irritating bukan pengulangan cerita tentang anak sahaja? Hehehe…Itu memang dah jadi bebelan wajib. Jangan pernah bosan dan selingkuh dengan cerita-cerita saya. Banyak perkongsian tentang perihal membesarkan anak. Saya, bukan bermakna sudah terror, malah banyak lagi perlu belajar. Perkongsian itu penting!Maka, berkongsilah pengalaman kita yok!

Berbalik soal bebel, saya jadi kerap membebel sejak akhir-akhir ini. Especially soal perkara-perkara masa hadapan. Saya punya dua adik yang kedua-duanya sudah besar panjang. Semakin besar mereka ini, semakin banyak lagi pula saya membebel. Mama Abah ambil pendekatan biasa. Saya berasakan tanggungjawab saya besar sebagai anak sulung dalam memastikan kedua-dua adik ini dapat belajar tentang kehidupan dengan betul. Cara dan pergaulan yang betul. Maka, pendekatan ‘bebel’ adalah salah satu cara.

Soal keselamatan paling utama. Sejak akhir-akhir ini, saya cukup gerun dengar berita atau peristiwa kemalangan yang berlaku di merata-merata tempat dengan macam-macam cara/bentuk kemalangan. Seram!Ngilu!Sedih!Tersayat hati bila dibaca satu persatu perincian kemalangan dalam penulisan berita. Ngeri seh. Minta dijauhkan, sejauh-jauhnya daripada Encik Suami, anak, Mama, Abah, Angah, Ajim dan seluruh ahli keluarga yang lain.

Bebel atau kata-kata nasihat sememangnya perlu ada dalam kehidupan seharian kita. Kalau tidak, kita jadi LUPA. Boleh jadi TOTALLY LUPA juga. That’s the worst part if it’s happen. Maka, marilah kita membebel setiap hari. Hahaha. Membebel for good. Ulang suara, for good.

Eh eh, pernah ke orang kata membebel suka suka? Atau kerja part time dia tu, membebel? Ada, ada? And ada ke orang membebel sebab nak ajak orang buat jahat? Ada ker? TAKDE bukan?!

Maka, bagi pihak orang membebel dan pihak yang kena bebel, anda hendaklah beringat-ingat akan tujuan bebelan itu. Bagi pihak orang membebel, niatkan apa yang anda bebelkan itu adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan orang yang dibebelkan. DAN bagi pihak yang kena bebel, INGAT…bebelan itu adalah untuk KEBAIKAN anda. Maka, tadah telinga dan ambil semua bebelan itu sebagai kata-kata nasihat. Jangan dan jangan sesekali memberontak dan buat ambil tak peduli. Kalau buat bodoh dan ambil tak kisah jgak, PADAHNYA kamu TANGGUNG sendiri.

Nah, betul bukan? Bukan tidak diberi amaran. Kalau sudah degil, Tuhan juga boleh mengajar kamu macam mana cara untuk menghargai bebelan orang. Sekian.

Hehehe, sekian episod bebelan saya, si Ibu. Tetapi aneh, anak kecil seusia 4 bulan pun dah boleh membebel juga tau. Macam Imtiyaz. Kejap-kejap menceceh, lepas tu kejap-kejap air liur meleleh. Tetapi bebelnya si Imtiyaz, tiada siapa dapat faham. Ibu dan Abah pun hanya boleh meneka. Tok Abah dan Tok Ma pula buat dialog sendiri. Imtiyaz layaaaankan sahaja. Bebel yang macam ini manis, terkenang-kenang sampai ke tempat kerja. Lepas tu si Ibu senyum-senyum sendiri. Hahahaha. Bukan manis dah, orang ingat sewel nanti. Chiow~

Popularity: 38% [?]

Indah jikalau…

Indah jikalau…

Setuju atau tidak kalau saya rumuskan ‘Pekerjaan itu Indah’ kalau….

  • Dilakukan dengan sepenuh hati, penuh minat dan semangat daya saing.
  • Diatur dan dirancang terlebih dahulu, apa dan bagaimana untuk melaksanakannya mengikut arahan yang diberikan.
  • Disokong penuh oleh tenaga-tenaga mahir di sekeliling yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar.
  • Kebajikan dan segala manfaat yang layak kita terima dijaga sepenuhnya

…. dan banyak lagi alasan untuk memperkukuh kenyataan ‘Pekerjaan itu Indah’.

Motif apa tulis ayat penyata begini, Abby oii? Cerita cepat.

Ingat. Jangan salah sangka. Pekerjaan banyak pekerjaan dalam dunia ni. Bukan yang bermula jam 8 pagi berakhir jam 5 petang itu sahaja ya. I remind you. Duduk di rumah jadi Surirumah tangga pun 1 pekerjaan okeyh. Buka perniagaan sendiri juga 1 pekerjaan. Kenyataan saya very subjektif. Maka, please dan tolong jangan cepat melatah.

Prinsip saya tentang maksud indah di alam pekerjaan ini, mudah sahaja. Biar atas dasar MINAT. Fuh, kalau dah ada minat, hutan api sanggup ku redah. Gunung tinggi sanggup ditarah, lautan luas sanggup ku renangi. Gitu dashyat la saya nye kesungguhan kalau sudah minat. Saya percaya anda juga begitu, bukan?

TETAPI….

Ada tetapinya, kawan-kawan. Dalam kes saya, saya masih boleh pupuk minat tu.

Boleh ke? Boleh lah. Kan saya sudah kata saya bukan jenis suka bentak-bentak macam budak kecik. Masih boleh LAH.

Jadi, biar saya terus lompat kepada kesimpulannya, biarlah saya dan berilah saya masa untuk pupuk minat menjadikan pekerjaan saya sebagai seorang Ibu ada kerja ini menjadi indah-indah belaka. Saya punya Encik Suami di belakang saya, saya punya Mama dan Abah yang sentiasa prihatin dengan masalah saya dan saya ada beberapa orang individu yang juga mahu lihat saya berjaya sampai ke tahap yang sepatutnya.

Terima kasih kalian semua. Macam indah tak tulis entry macam ini? Macam tidak kan? Hahahahaha. Biarlah, pengarangnya saya. Biar saya tentu jalan cerita. Macam mana hari hujung minggu anda. Ohh saya bosan, Imtiyaz surely double bosan. Maaf ya anakku. Minggu hadapan kita liburan. Minggu ini sahaja Ibu kedemaman. Demam seh pikir perkara-perkara tidak indah. Boleh sampai mengundang demam tu. Hehehe. Taubat. Insaf. Mahu Maju macam kata-kata di bawah:

If you don’t like something, change it. If you can’t change it, change the way you think about it.

-Anon

Popularity: 34% [?]

Wanita Ini…

Wanita Ini…

Pagi ini pagi hari minggu. Alhamdulilah, dipanjangkan umur saya sehari lagi. Awal bangun, walaupun hari Ahad. Yeay!Mari kita lihat apa yang boleh diceritakan.

Ya, sejak akhir-akhir ini saya gemar ber’tweet’. Jumpa ramai kawan baru dan twitter artis sedia ada. Kawan twitter, Dieyla juga kaki twitter. Asyik bila sudah mula ber’tweet’. Yang maha penting, boleh click and share so many latest information just right on time!Wee!Teknologi hari ini itu memang tanpa sempadan.

Antara rakan twitter saya adalah wanita ini.

Siapa tidak kenal wanita ini. Saya gelar dia Financial Advisor yang sangat meletup. Huhu…Ilmu kewangan yang dia punya bagai jarak sehingga langit petala ketujuh itu.

Wah3, apa deskripsi kamu itu Abby? Suka memperbesar-besarkan benda yang tersedia besar eh? Notty sungguh.

Tetapi, jujurnya memang Suze Orman kaya ilmu. Dia dianugerahkan bakat dan akal sedemikian tetapi tidak pula kedekut untuk berkongsi. She is also an author. This is the most interesting part.

Mana saya kenal wanita ini? Sudah tentu di Oprah Winfrey Show, gedung ilmu kita.

Wah3, tagline melampau. Hahahaha…Lagak seperti TOWS tu the best la. Tetapi memang best pun. * Maaf saya sudah dipengaruhi oleh lelaki bergelar Encik Suami. Sejak akhir-akhir ini, saya berlebihan bercerita mengenai Oprah. Saya sehingga subcribe Oprah newsletter dan sudah memasang angan-angan ‘Bestnya kalau dapat jadi sebahagian daripada penonton di dalam studionya itu’!!!!! Kalian cubalah tengok sekali. Hoho…

1 lg perkara mengenai wanita ini yang memang tidak lekang berbicara pasal kewangan, duit, ekonomi semasa, duit belanja anak-anak bersekolah dan kolej, yuran, cukai dan banyak lagi, sebenarnya boleh buat Abby naik bulu roma tatkala terpaku dan khusyuk dengar penjelasan dia.

Pendek kata, dia ni alert akan segala risiko dan kesan akibat ketidaktentuan ekonomi hari ini. *Wah, ayat waktu bekerja pun sudah dipakai di blog kah, Abby? Dashyat!.

Perkara-perkara mengenai risiko, kehilangan duit simpanan di pasaran saham dan penggunaan kad kredit yang berlebihan sudah tentu MENGGERUNKAN. Memang satu kesedaran automatik akan timbullah kalau kita dengar kata wanita ini. Sebagai seorang isteri, eksekutif dan yang paling penting PENASIHAT KEWANGAN terhadap keluarga baru saya iaitu Encik Suami, panduan dari wanita ini memang saya damba. Memang saya butuh la untuk dijadikan satu peringatan.

I am telling you about this woman for free, girls and women!Sebab saya suka, saya kongsi. Sebab ianya baik, saya kongsi. Cukup mudah kan?

Semalam separuh hari saya di Kinokuniya KLCC. Mencari wanita ini.

Dia baru sahaja launching buku baru, Women & Money. Ohh harus grab. Tetapi nampak gaya belum lagi ada di pasaran Malaysia. Maka saya grab dahulu 2009 Action Plan. Buku nipis tetapi sarat dengan banyak ilmu. Walaupun sudah 2009, saya pasti 2010 adalah satu tahun yang lebih getir lagi. Tunggu, kalau-kalau wanita ini ada 2010 Action Plan nya pula nanti.

Wee!Pagi minggu yang penuh kesedaran dan rasa ingin tahu. Baru lepas baca excerpt pasal buku itu. Wah, banyak betul ada kena mengenanya dengan kehidupan saya. Cepatlah!Mahu beli!Mahu baca!

Popularity: 14% [?]

Kerja tetapi…

Kerja tetapi…

Tajuk tidak boleh blah. Apa entah yang menarik entah sampai 1 hari, 2 post?

Ekau tidak punya kerja ya Abby? Lagi mengetuk di blog, kinapa? Wah, ni kena report sama boss ni. Huhu..

Yup, esok la. Kerja tetap kerja. Kerja tetapi…

Kerja yang Jalan-Jalan.

Jalan-jalan ke mana?

Aish, banyak tanya lah ekau ini. Teruja benor gamaknya.

Hehe..Esok berjalan-jalan ke tempat yang sudah sekian lama ditinggalkan. Wangsa Maju. Tempat jauh lagi kan dikenang, begitulah.

Motif ke sana?

SHOPPING!

Untuk siapa?

ORANG LAIN.

Haha Fullstop ya di situ kawan-kawan. Bukan tanda seruan seperti mana di atas. Hilangkah keterujaan Abby? Tidak. Walaupun shopping untuk orang lain, tetapi inilah yang dinamakan menyediakan sumbangan Hari Raya untuk mereka yang memerlukan.

Antara projek yang Abby kena handle di tempat kerja baharu ini, adalah program amal a.k.a CSR (Corporate Social Responsibility) Syarikat. Masyuk kan? Sewonok yang pasti.

Sungguhpun ini pertama kali, harap-harap Abby membeli dan mendapatkan HANYA yang terbaik untuk golongan OKU tersebut. Walaupun cuak, takut-takut tidak menepati selera mereka, tetapi MENCUBA itu tidak ada salahnya. Dengan harapan, Hari Raya nanti semua orang pun gembira :-)

Di mana kompleks membeli-belahnya, kamu berteka-tekuk la sendiri. Hamba, ikut sahaja kata BOSS. List semua sudah sedia, wang juga, tinggal serbu.

Niat di hati, mahu bekerja dan membantu. Peluang sebegini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan sudah tentu menjadi suatu ‘bonus’ buat diri. Rasa teruja itu lebih untuk membantu sedaya yang mampu. InsyaAllah.

Cuma harapnya, jangan sampai kalian nampak Abby jadi begini :

shoppinggirl

Kalau begini, bermakna Abby SHOPPING untuk diri sendiri. Hehehehe….

*Geleng-geleng kepala…..

Dalam duk bekerja tadi, terdengar lagu yang sering benar gadis comel ini menyanyikannya. Memang betul-betul mengingatkan Abby pada gadis ini.

She’s lucky to be Charice Pempengco, but I’m lucky as well to be myself ;-)

Setiap kali Abby melihat/mendengar dia yang menyanyikan lagu ini, cepat sahaja air mata mengalir. Sayup. Lagi-lagi Charice memang menyanyi dengan adanya ‘soul’ dalam lagunya.

Selamat Berbuka Semua~

Popularity: 13% [?]