
Email:
Posts by Abby:
- Kalau kita nak dengar dia gelak, bergaya lah kita macam seorang badut. Hehehe. Badut yang comel dan tidak bertauliah. Haha. Nanti berdekah la dia gelak. Konon-konon kelakar. Haih, anak.
- Kalau dia cuba nak capai sesuatu atas lantai, maka dapatlah korang tengok aksi terbang ala Superman Iyaz di walker nye. Now I feel that walker is ain’t good for children. Iyaz ni pulok, kalau dia mahu capai sesuatu, semahu-mahunya dia akan CUBA capai and dapatkan. Once dah dapat, mak aih senyum menyeringai nakal giler.
- Okay, pertumbuhan gigi Iyaz juga kadang-kadang memaksa saya (secara tidak sengaja) melontarkan high pitch. Dari satu batang, ke dua batang, and now 3 batang sudah!!! Bila menyusu, mulanya ketap biasa je. Lama-lama, AUWWW!!!! Giler sakit. Hahaha. The best part is, I can even know about time when he wants to bite, best tak? Muka naughty giler. *Saya agak dia tengah mengenalpasti apakah fungsi gigi kut. “Ibu jerit kuat tul, bila saya gini ehhmmmp” Hahaha. Fungsi gigi eh? Dia pun has no idea apa la pagar putih tu boleh buat.
- Bila nampak saya, si Ibu bertudung. Bertudung, tandanya mahu keluar jalan-jalan. Jalan-jalan keliling kota, ronda dan pusing keliling beberapa jam lamanya. Makanya, harus si Iyaz menangis sakan nampak saya bertudung dan cubaan menerkam dengan harapan saya akan angkat dia dan bawa jalan-jalan. Nehi anak! Ibu kerjaan. Bukan suka-suka nak jalan. Hahahaha.
- Satu lagi, dia macam dah faham kalau nada kita tu seolah-olah marah dia. Well, bukan seolah-olah je pun, tapi sememangnya tengah marah. Lagi-lagi kalau dia beraksi nak keluar dari walker. Silap-silap dia plak bagi high tone ke kita balik. Haih anak, bukan bayi lagi kamu ya.
- Tanpa ada sebab musabab yang spesifik pun, anak saya boleh ter’high pitch’. Ikut suka, sesedap rasa dia je nak tinggi suara. Dia sedang cuba berekperimen dengan kotak suara dia kut. Siap mengajuk balik apa yg kita buat pun ada. Huh, sangat pandai ini anak!
- Dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang paling baik dalam usaha membesar dan memberi pendidikan sempurna kepada anak dan diri sendiri.
- Memberi perhatian sama adil kepada rumahtangga dan kerjaya (hal ehwal anak & suami memang nombor 1 dalam hidup, tanpa KOMPROMI)
- Menjadi isteri yang sentiasa berusaha memikat, menyayangi suami seperti dia seadanya. Juga isteri dan anak yang solehah serta memperbanyakkan lagi ibadat untuk keperluan akhirat. Belajar mempersiapkan diri menjadi Ibu yang lebih sabar dalam meniti hari-hari tumbesaran anak.
- Dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda tanpa kenal erti putus asa dan jemu menempuh kehidupan bersama suami, anak dan keluarga tersayang.
- Banyak lagi…..
Muka Baru, Semua Baru…
January 17th, 2012Surprise, surprise, surprise! Oh tagline si Lisa Surihani dalam Ombak Rindu memang ‘melekat’ dalam kepala. Sangat jadi, sangat terkesan dalam hati. Ngeng!
Well, it’s no longer a surprise anymore sebab hellyeah…..I AM SUPER BRAND NEW ON THIS BRAND NEW YEAR, 2012! Wee! I am just happy to lead a life now and insya-Allah looking forward to lead a way way better life from now on. I wanna disregard on what had happened in the past but still, truly appreciate every single moment and point that I’ve learnt last year. 2011 has been good to me and I tell you, I’ve learnt something tremendous over the year. Bliss.
Adanya pengalaman dan cerita jatuh bangun, suka duka inilah yang buat rencah hidup makin manis. Pada saya, manis sebab banyak boleh dikenang, mengenang dan terkenang-kenangkan. Pasti! Bila datang kepada episod jatuh itu pula, kadang-kadang boleh jadi terkenang-kenang undang kenangan entah apa-apa. Bila dikenang, yang tidak syok, boleh sampai menangis. Memang TIDAK best! Tetapi itulah, lumrah. Biarlah dikenang, dan cepat-cepat dijadikan teladan. Enough said. Jenis saya memang tidak boleh terkenang-mengenang-dikenang sangat, nanti DRAG~ hahahaha
Buku baru saya bermula agak baik. Dan tenang. Tiada sambutan tahun baru atau apa sekalipun yang seangkatan dengannya. Not me style. Duduk depan TV sehingga larut malam, melayan drama atau filem yang best juga satu bentuk celebration. Paling best, paling baik. Anak, setia menemani di sisi. Siap beri kerjasama lagi dalam memberi laluan si Ibu mahu bersantai lepak atas tilam depan TV. Bliss. So end of New Year’s eve story. Hahaha.
Buku baru saya kali ini juga mencatatkan satu lagi perubahan baru dalam hidup. Ya, kerjaya beralih lagi dan kali ini ibarat sirih pulang ke gagang. Classic bukan? Berbalik kepada kerjaya asal, passion yang mula-mula dipupuk sejak dari zaman kolej lagi, saya kini bergelar wartawan/petugas media semula. Alhamdulilah, aturan Yang Esa itu melangkaui jangkauan sebenarnya. Ditawarkan jawatan tetap di bawah skim kerajaan terkini, SBPA, saya tidak boleh tidak terus berkata YA untuk pekerjaan baru ini. Dengan sedikit sentimental value yang Abah cuba sampaikan pada saya, sebagai anak, saya jadi terpanggil untuk menerima tawaran ini. Walau ada sekelumit yang semacam mendesak saya untuk kekal sahaja menguruskan cafe, tetapi desakan dan dorongan yang lebih kuat untuk menerima SBPA itu saya tidak dapat tolak bulat-bulat. Maaf.
Saya melakukan ini lebih kepada mahu mengikut nasihat orang tua dan suami. Apa yang baik pada mereka, baik jugalah ke atas saya. Amin. Saya berserah kepadaNya. Semoga laluan ini dipermudahkan dan besar harapan agar keputusan ini adalah baik untuk semua pihak, termasuk anak teruna saya yang sekarang sudah masuk usia 17 bulan itu.
Lembaran baru juga menyaksikan banyak peluang-peluang yang saya peroleh secara tidak langsung daripada penyertaan dengan sebuah kumpulan non-profit organization. Saya boleh kira bergit secara aktif juga, sebab saya sendiri mahu timba pengalaman dengan profesional-profesional Melayu yang ada. Bagi saya, mereka ini sangat cool. Sedia maklum, ada sebahagian daripada mereka kuat juga ‘politik’nya, but who cares. Sekali boleh saya tepis, saya akan elak. Asalkan ilmu dan cara pendekatan mereka itu BETUL dan bersedia berkongsi pengalaman, itu sudah CUKUP. Itu yang saya kejar.
Awal Januari sahaja, kumpulan ini dah kumpulkan semua ahlinya untuk rancang takwim 2012. Phew, berpeluh I tell you. Banyak benar rasanya event sepanjang tahun. Though 50% of the events are annual events, but another remaining 50% is where all of us will need to sit together and cracked our head on what to do different this year. Belum apa-apa, saya sudah dilantik menjadi Setiausaha dalam jawatankuasa khas for that another 50% event. I’LL BE SWEATING MORE~~~ :-p
Apapun, Abby tetap bersyukur dengan kurniaanNYa pada Abby sehingga ke hari ini. Ada masa sedih, penat, stress….tak dapat nak elak. But I do not care much, sebab banyak saluran boleh diagih-agih rasa stress tu, supaya bukan diri ini seorang-seorang sahaja yang menanggung. Blog ada, YM ada, Twitter ada…naaaah, sampai rasa saya mahu hilang kebergantungan pada laman-laman sosial yang ada, boleh tak? Seriously, kalau dapat! Kalaulah masa yg ada dapat dimanfaatkan dengan skill memasak yang lebih baik, gaya ala amatur MasterChef Malaysia ke, bukankah lagi baik? Tet!! *Tahniah Ezani on your winning. Though Wahidan’s meals are more appealing, but I am sure yours are great in taste too!!! Sukernyer!
Baik, sekian sahaja entry pertama saya di tahun 2012. Woot woot. Like after 17 days of this brand new year? Kira oraitlah bukan. Will see you on next entry, insyaAllah.
Salam 2012, semua! May your 2012 will be good and nice to you! That’s more than HAPPY isn’t it? Good & Nice! Be grateful, peeps. Cherish your life with your loved ones, that’s the most significant thing you can do this year!
Popularity: 10% [?]
Musim ‘Senyawa’…
December 8th, 2011Hooray! Seperti yang dijanjikan, entry kahwin-kahwin. Hehehe…atau dalam erti kata lain. Entry senyawa. Hahaha confirm pengantin yang saya tepek gambar di sini, malu habis. Hehe..tidaklah kawan, saya hanya bergurau. Jangan tersinggung, bukan niat mahu buat main perkara-perkara halal.
Apa yang penting…bukan kerjasama, tetapi ….. majlis kalian sudah berjalan dengan lancarnya. Alhamdulilah~ I’m so happy for these 2 girls I knew in my life ever since… sorang, zaman jatuh bangun kolej. Seorang lagi, dengan hanya dalam tempoh perkenalan yang singkat, kami jadi rapat. I’m totally blessed with these friend relationship. Blessed, I mean it.
Sabtu, tanggal 19 November yang lalu, adalah tarikhnya sahabat baru saya naik pelamin. Kami kenal dan bertentang dua mata pada tarikh malam pernikahan saya. Oh, sangat simbolik kan Izyan? Ya, sebelum itu kami hanya berbual dan berkomunikasi melalui internet sahaja. Akhirnya Izyan sudi hadir menunaikan permintaan saya dan hadir ke majlis saya bagi memeriahkan majlis. Terima kasih, you girl. Such a sweetie. Manis, and cantik orangnya. Bertuah pasangan beliau.
Gambar diambil dari facebook Izyan
To quote her official wedding photographer here. Thank you.
Majlisnya serba serbi ringkas. Ya Allah, terkejut dengan kesederhanaan majlis tersebut dan ternyata ada juga insan dalam dunia ni macam Izyan. I am absolutely amazed by your braveness and moderity, my dear. Yang penting, kamu dan pasangan selamat disatukan. Ibu kamu juga, alhamdulilah kembali pulih walaupun kelihatan sedikit tidak bermaya. Tuhan itu Maha Besar mahu menguji hamba-hambanya. Dan ternyata Izyan, adalah insan terpilih. *Menulis ini pun boleh buat saya menitiskan air mata. Haih Abby….
Walaupun serba ringkas, Izyan dan pasangan tetap nampak cantik dan segak. I’m so HAPPY for you, Izyan. Tak tergambar dah perasaan ni, I tak tahu nak tulis or cakap apa lagi..except for HAPPY, and HAPPY and many HAPPY RETURNS to you, darling. Semoga kita diberikan banyak masa and peluang untuk lebih kerap berjumpa dan bercerita pengalaman ya? Amin ya rabb.
Satu lagi ceritera perkahwinan yang berlangsung baru-baru ini adalah majlis glamour pernah saya hadiri. Persandingan sahabat lama yang kini selebriti Karak
, Shera Aiyob & pasangan hidup, Zahiril Adzim. Selaku kawan lama, kami yang pernah tinggal serumah zaman kolej telah diberikan 1 meja khas pada majlis resepsi Shera di Ipoh. Namun, kalau dah kata artis tu…tak dapat la jawabnya kami bual panjang, ramah mesra macam pengantin hak milik kami. Dapat senyum & lambai tangan sahaja dari jauh. Berpakaian ala Kate Middleton rekaan Hatta Dolmat, she looks stunning in her wedding dress. Happy for you, girl!
Well, mengenali Shera, I’m sure Zahiril is the luckiest guy to have her as a wife. I am damn sure ZA can take really good care of Shera. Shera is a bit stubborn girl, chickiest but with a kind-hearted attitude. May Allah bless the two of you.
Masa hendak attend majlis Shera, aku sudah boleh agak barisan artis yg akan datang. Cuma tidak terjangka seorang ini, Bront Palarae! Ganteng ah! Kerusi belakang I sahaja, ya?! Huhuhu…Tetapi apakan daya saya bukan jenis suka-pekik-lolong-kalau-nampak-artis, maka saya amik gambar jauh sahaja. So, NOT me kalau mahu jerit bagai but well, many of us sedikit ‘teruja’ dengan golongan ini, maka saya ambil pendekatan jauh diri sahaja dari hingar bingar majlis.
Macam biasa, pertemuan perempuan-perempuan yang seangkatan dengan Shera ini adalah kami, Waizuri Girls. Bergambar acara wajib. Dapat juga semua berkumpul kat majlis si Shera nieh. Alhamdulilah.
Hasil ‘persenyawaan’ saya dan En Suami (errr..errr) ceria dan riang sahaja sepanjang hari. Sampai terpaksa kami pulang awal dan tidak bergambar bersama dengan pengantin glamor. Hahahaha…apakan daya. Lain kali sahaja kita ketemu uncle & aunty Iyaz yang glamour ini okeyh?
Handsome little boy that rules our world now. Terima kasih Allah atas kurniaan terbaikMu
Popularity: 20% [?]
Si Toddler…
November 23rd, 2011Datang sahaja November, budak-budak dah tertunggu-tunggu waktu hendak bercuti sekolah. Bila datang pula cuti sekolah, musim orang-orang dewasa pula bersenyawa. Hahaha…maksud saya mendirikan masjid. Tinggi betul guna ayat bersenyawa! Hahaha…
Bersenyawa la maksud literalnya, apa lagi. Baguslah. Semakin meriah dua buah keluarga apabila pasangan bercinta bersatu. Gitu. Saya juga menulis bagai mood pasangan bercinta padahal usia perkahwinan sudah cecah 2 tahun 20 hari ha. Argh, peduli. Hari-hari juga hari perkahwinan. Bagus kan?
Minggu ini, setiap hari adalah hari-hari yang penuh aktiviti. Group meeting on Thursday night, Izyan’s Reception Day on Saturday eve & also Shera Aiyob’s reception on Sunday. Packed! Super packed! *masa entry ini ditulis, depa tak menikah lagi. Sekarang depa dah menikah, so follow up pictures on the next entry k. Akibat post peram, beginilah.. Itu belum lagi muncul bulan Disember. Huh! Mahu melompat. Terkejar-kejar waktu sungguh. Masa dirasakan lagi betul-betul berlalu bila 24/7 menghadap anak teruna. Siang dirasakan cepat, tahu-tahu sudah malam. Malam tup tup, sudah pagi pulok.
Pada saat anak teruna sedang membesar inilah, masa dirasakan terlalu lalu lalu…..sangat pantasnya. Tidak terkejar setiap minit dan saat. Setiap minit and saat itu jugalah, setiap helaian rambut dan kukunya panjang. Hahahaha, apa kena mengena?
Umur si kocik (panggilan baru Imran Imtiyaz di rumah selain Iyaz) mahu cecah 15 bulan. Oh anak itu, nakal tahap dewa. Mahu tahu kemahiran baru dia? Herewith, I listed few:
Almari kasut rumah Tok Ma, jenis sliding. Dia jadi suka tolak kiri kanan, buat bising. Worst case scenario, dia capai 1 kasut dan gigit! Best part is, bila dia dtg dekat dgn almari tu, he will turn back and see are we going to either scold him or catch him. IF, we are approching him, cepat-cepat dia gigit kasut tu. Fuh, drama! Giler bijak itu anak.
One of Iyaz’ favourite spot in Tok Ma and Tok Abah’s house is what we called ‘his playground’ which locate a treadmill and sofa couch side to side. Iyaz akan panjat treadmill, buat aksi bagai atas treadmill tu mcm itu pentas, lepas tu climb over the couch and starts either standing or sitting on it. Then, aksi suspen muncul! Kalau dia berdiri pun susah, dia duduk pun susah. He can crawl properly till he placed his leg on the floor BUT susah jadinya, kalau mata dia duk leka tertancap tengok TV. (Yes, TV is located beside the couch, can you imagine this). Kalau sesiapa tahu atau belum tahu, anak saya peminat setia IKLAN TV or commercial breaks. Kalau tengah iklan and dia ada atas sofa tu berdiri/duduk, memang NAHAS kalau tiada sesiapa di sekeliling sebab he just simply walk or crawl tanpa tengok depan. WAH, BISA GUGUR JANTUNG SEMUA ORANG DALAM RUMAH TU TAU, I tell you! Kau bayangkan.
Iyaz gemar memanjat sekarang. Sedaya upaya, dia akan cuba memanjat. Tak kisahlah, kerusi, meja, kereta mainan or motor mainan dia. Ada 1 ketika, motor (as if a bicycle to him) tu pun dia boleh angkat dua-dua kaki, pijak tempat duduk dan pelan-pelan diri tanpa dipegang. Wah, aksi stunt willy, wikang dah ha! Saya tak terdaya nak marah-marah, jerit-jerit, maka I tell him ‘Imtiyaz, kalau nak buat stunt, make sure you have someone near you. Buat dekat-dekat Tok Abah sana, senang kalau jatuh’ – brilliant enough tak? Hahahahahaha…
Apa lagi ya tentang Imtiyaz saya? Oh ya. Dia pantang ditinggalkan melainkan dalam dua keadaan : 1. Tengah iklan di TV & 2. Slot ‘Indahnya Iman’ di 106 … haha basically itu dua benda yang boleh tarik perhatian dia. Bila dia ditinggalkan, untuk perkara-perkara yg bukan memudaratkan pun – contoh saya ke toilet, ke dapur atau mana-mana sekitar rumah, si kocik itu akan menangis iyo iyo. Paling kuat, kalau saya atau suami ke toilet, sehinggakan saya membuat konklusi dia ingat toilet tu batu belah, batu bertangkup kut. Ohhh, stress dengar dia menangis mcm ditinggalkan. Seperti dibuat-buat pun ada. Haih, anak..drama king kamu ya?
Imtiyaz sudah pandai mengekspresikan emosi. Contoh : 2 hari tidak ke rumah Tok Ma & Tok Abah sebab saya dan En Suami bercuti hjg minggu. Maka 2 hari tidak singgah rumah orang tua. Masuk hari ketiga atau keempat, bila nampak sahaja Tok Abah (Imtiyaz’s favourite man!), meronta-ronta dia minta dukung, dan cepat-cepat lentok kepala tanda rindu. Boleh? Alorh, sweet. Syg tiada gambar sahaja. Sungguh, dia melakukan itu. Gaya yang serupa kalau berhari-hari dia tak jumpa Tok Ma & Tok Abah dia. Haih, bijak bukan?
Terlalu banyak cerita tentang anak, takut nanti sesiapa yang tidak punya anak, sudah mula rasa bosan hendak baca blog ni. Hahahaha, harapnya tidaklah ya.
Mahu saya menukar tema penulisan? Boleh! Momantai! Haha tidak ada masalah. Nanti saya tukar lenggok bahasa. Sinis sikit, pedas sikit, ada masam, manis…CUKUP! Kritikan demi kritikan sampai orang menyampah baca. Gossip menggila sampai jadi top hot blogger. Hahahahaha…
Gedik la tu! Sudah lari daripada objektif. Sememangnya itu BUKAN saya. Nanti saya pelbagaikan gaya ya. Dari kaca mata seorang ibu, seorang wartawan, seorang penjawat awam (eceh…!), seorang bakal usahawan/usahawanita
…pasti lagi seronok deh!
Maka, sekian dulu ….? Bisa!? Hehehe *gaya sengih macam anak saya di bawah
Popularity: 35% [?]
Buku Baru…
November 11th, 2011Ya, buku baru. Bukan muka buku. Haih, suka kamu tokok tambah, ubah-ubah. Ini version saya, maka saya panggil buku baru. Ngerti?
Kenyataan di atas merujuk kepada buku baru 2012 yang sudah dekat sangat tarikhnya. Tak sabar 2012 datang terhegeh-hegeh. Sama macam anak saya. Makin terkedek-kedek la pinggul dia berjalan tunjuk kaki hebat melangkah. Tahun depan, umur dia injak 1 angka lagi. Saya juga. Ahhh, jangan dikhabar soal umur, yang penting pengisian sepanjang tahun, itu lagi PENTING!
Ya, bila datangnya Tahun Baru, saya suka untuk buka buku baru. Segalanya baru. Diari baru. Notepad baru. Handbag baru. Office attire baru. Anak baru. *oppss
Haha pendek kata, segalanya adalah permulaan yang baru that remarks A NEW LEASE OF MY LIFE. Yes, saya gemar menggunakan perkataan ini, as if I am going to start fresh. TOTALLY. Amin. Baik untuk tuntutan dunia dan akhirat. Yang kurang, ditingkatkan. Yang patut dibuang, dihindar jauh-jauh and etc.
Cakap pasal tahun baru, tidak sah kalau tak bercakap soal azam baru. Lapuk bukan? Basi? Haha. Ianya tidak akan jadi isu lapuk atau basi, kalau apa yang anda impikan tercapai. Azam saya 2011? Entah, apa eh. Huhu kenapa macam tak teringat langsung eh apa azam tahun ni? Huhu…*itulah akibat leka membesarkan anak. Hahaha alasan benor.
Tahun 2011 saya, adalah tahun dedikasi saya untuk si manja anak teruna. Sungguh. Saya bertanggungjawab penuh atas tumbesarannya, sehinggalah dia capai umur 1 tahun 25 Ogos yang lalu. Gembira melihat perkembangannya dari satu tahap ke satu tahap adalah seperti mengikut timeline atau milestone yang sepatutnya. Alhamdulilah. Dengan bantuan kemanusiaan dan moral dari Encik Suami, Mama, Abah, adik-beradik…segala pergerakan saya jadi mudah. Terima kasih kalian. Semoga Imran Imtiyaz mencintai anda semua sepertimana dia cinta saya, ibunya. *Emosi
Saya bukan boleh bicara soal anak. Sebab itu saya kata, dia lah sumber kekuatan saya dan dia juga lah sumber kelemahan saya. Hehehe…Lemah, sebab mudah sangat airmata ini jatuh nye ha…LOL~
Melihat kembali diari 2011, kerjaya juga ada cerita pasang surutnya. Apa yang boleh saya simpulkan, pengalaman mematangkan saya. Terima kasih pengalaman, sebab kerana kamu saya belajar banyak perkara. Kerjaya saya ada episod jatuh bangun. Dengan besar hati, saya terima setiap satu percubaan itu dengan hati terbuka. Saya manusia lemah, sudah tentu ada keemahan saya di mana-mana. Kekuatan juga saya punya. Bagi sesiapa yang menghargai saya, saya yakin kamulah orangnya yang menerima kekuatan DAN kelemahan saya, bukan kerana salah satu SAHAJA.
Baik, apa lagi?
I think two points mentioned above is the MOST significant thing happened in my life this year. Yes, both TWO.
Perkara lain adalah perkara kebiasaan sahaja.
Bosan! Jom buat post baru deh. Daa~
Popularity: 26% [?]
Dilema lagi…
October 23rd, 2011Adakala keputusan perlu dibuat. Tidak kira ianya bakal menyayat hati atau menyinggung perasaan orang lain. Namun sehabis baik, saya akan bertoleransi sepertimana saya yang selalu. I am one of a kind that loves give-and-take concept. Maka, jangan pesimis. Sila bertenang dan percayalah, saya mahukan yang terbaik untuk diri saya juga.
Wah, statement ala retis tak? Sangat! Well, tiada dedikasi khusus. Cuma sekadar luahan rasa, dan penulisan secara membabi buta di malam-malam anniversary-ulangtahun-kedua-perkahwinan. Apakah?! Hahahaha…
Rencana kehidupan adakalanya berbolak-balik. Tidak lancar seperti yang dirancang, kadang-kadang. Saya juga manusia biasa. Mahukan yang terbaik untuk dunia dan akhirat saya. Insya-Allah, apakah gerangan punya cerita, akan saya tulis di sini nanti.
Ucapan khas untuk Encik Suami :
Salam Ulangtahun Perkahwinan yang kedua kali, sayang. Bergelar isteri kepadamu, 2 tahun sudah, dan 14 bulan sebagai Ibu kepada satu-satunya anak lelaki yang kita punya sekarang, adalah suatu perkara terindah yang pernah terjadi dalam hidup saya. Saya percaya dalam usaha kita jatuh dan bangun, jatuh dan berusaha bangun menempuh kehidupan secara bersama-sama, awak adalah insannya yang akan sentiasa ada bersama saya. Terima kasih kerana menerima kekurangan dan kelebihan saya. Terima kasih kerana menerima ini seadanya sehingga ke saat ini, dan insyallah sehingga hujung nyawa kita. Amin.
Yang Ikhlas,
Isteri yang sentiasa ada di sisi
Popularity: 26% [?]
Sepi…
October 14th, 2011Sepi tidak bermakna tiada kehidupan. Itu definesi sepi di dalam blog ini. Maka, jangan gusar jangan takut, sebab si penulis blog memang tidak pernah sepi kehidupannya. Tidalk akan pernah sepi kehidupan hariannya lagi-lagi bila si anak teruna penulis blog sudah injak usia 14 bulan. Meriah, BUKAN sepi.
Waaa, pathetic giler menaip macam di atas. Kedengaran SUNGGUH tidak sepi. Ya, memang ya. Saya sibuk merencana kehidupan saya. Siang, malam padat sahaja kehidupan. Si anak teruna pula setia menemani di sisi. Dalam ketawa, dalam menangis saya, dia senyum, gelak ketawa dan menangis juga. Sweet bukan?. Baik, untuk tidak menyepikan lagi blog ini, saya akan berhenti menulis entry blog bertajuk ‘Sepi’ ini, ya? Setuju? Setuju!
Hahaha, kamu agak bila saya akan kembali menyambung blogging kalau ayat terakhir di atas berbunyi sedemikian, kau agak? Hahaha
Popularity: 21% [?]
Dalam Kenangan…
September 12th, 2011Bernama TV cameraman, Noramfaizul Mohd Nor, covering Malaysian Humanitarian mission to Somalia, has been shot dead. TV3 cameraman injured – MSTAR
Ya, itu berita pertama yang diberitahu Encik Suami pada Subuh Hari Raya Kelima ketika kami di dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Antara butir-butir perkataan Encik Suami pagi itu,
“Kan kita pernah main badminton dekat Sportsplanet Ampang dengan geng-geng Bernama. Abg Faizul yang terror sekali main tu, selalu pairing dengan kawan dia yang botak-botak?. Ingat tak? Dia kena tembak dengan peluru sesat kat sana.”
Selepas 4 jam perjalanan balik, alhamdulilah kami selamat sampai di KL tanpa tempuh sebarang kesesakan di mana-mana. Lega ya amat. Tahu sajalah, saya paling pantang duduk berjam-jam dalam traffic jam. Mahu berderau darah tak tentu pasal. Mujur, anak teruna juga beri kerjasama. Berhenti sesekali hanya untuk beri dia makan. Syukur.
Berbalik cerita mengenai Arwah. Berita tersebut menjadi lebih dekat di hati saya sebab saya juga bekas pekerja Bernama, atau dalam erti kata lain mungkin sebab dipengaruhi rasa sedih Encik Suami. Eh BIG NO. Berita menyayat hati memang sudah tentu menyentuh hati warga Malaysia.
Banyak persoalan timbul? 1. Kenapa boleh kena tembak? Kena hijack ke? 2. Tidak pernah ada wartawan / media Malaysia kena nasib camni, kenapa tiba-tiba ada isitilah peluru sesat ni? 3. Dalam berpuluh-puluh peserta misi, kenapa dia sorang sahaja terkena? 4. Dalam situasi apakah yang buat dia kena tembak? 5. Takde escort atau keselamatan yang jaga kah? Dan banyak lagi…
First of all, they were in Somalia, negara kelima paling bahaya dalam dunia dengan kegiatan melibatkan senjata api, puak bertelagah dan banyak lagi ( Menurut Aktivis / Pengamal Media Dunia punya ranking, berdasarkan liputan yang pernah dibuat). Kau bayangkan ke LIMA PALING BAHAYA?! Didn’t the organizer well aware of this fact?!
Bukan meragui niat pengajuran misi-misi kemanusiaan ni semua (walaupun pada dasarnya, mungkin bertulangkan niat yang tidak ikhlas atau bermotifkan ‘sesuatu’ yang lain – Kau jawab sendiri di alam sana nanti), cuma nampak sangat aspek-aspek penting especially KESELAMATAN tidak diambil kira. Well, based on the news yes they do have Somalia personnel escorted them, tetapi JELAS itu sahaja tidak mencukupi. Lesson learnt, MALAYSIA! LESSON LEARNT, MALAYSIA, please!
Bergelar petugas media atau pengamal untuk bertahun-tahun lamanya, adalah perlu untuk kamu semua jelas tentang passion atau minat golongan ini ketika bekerja atau dihantar untuk ke mana-mana tugasan sekalipun di dalam atau di luar negara. Tidak kiralah Somalia, Christchurch, Tokyo atau Palestin sekalipun, mereka ini sanggup pergi dan membuat liputan ke sana atas DASAR NAMA BEKERJA DAN JUGA MINAT! Walaupun diaorang sedia maklum bahaya ada di mana-mana (bukan saya kata Malaysia adalah selamat setiap masa), tetapi knowing that they are doing that for the sake of covering news and at the same time, could grab the chance to travel all around the world, mereka akan pergi dan bertugas merakam dan melaporkan dari tempat kejadian.
Tidak kira lah lelaki atau perempuan, suami atau isteri orang. Passion nya sangat lain. Sekurang-kurangnya, walau diancam bahaya sekalipun, dengan izin Tuhan sekaligus disokong dengan hubungan erat kerajaan Malaysia dengan negara luar, I am sure Malaysia media activists won’t get affected at all. *Kalau ada mungkin cedera atau calar balar.
Tetapi dalam ini kes, kalau sudah nyawa jadi pertaruhan, dapat tahu pula istilah ‘peluru sesat’ pula yang mengenai Arwah, something must be REALLY wrong, Malaysians. Qada dan qadar Tuhan kita tidak boleh ubah, sungguh dan saya percaya Arwah insan terpilih yang pergi menemui-Nya. Cuma apa yang terjadi pada diri Arwah sememangnya perlu & KENA menjadi PENGAJARAN BESAR untuk semua yang berhajat untuk menganjur, menyertai dan berkhidmat untuk misi-misi kemanusiaan. Please, I beg.
Truly, Arwah must be a good person and well-experienced cameraman. What a waste. Kisahnya menjadi sejarah kerana pengamal media PERTAMA yang maut ketika membuat liputan. Sedih. Seperti disayat-sayat hati. Pemergiannya merentap semua kegembiraan rakyat Malaysia yang sedang meraikan Syawal serta rakan-rakan Bernama TV yang tentunya menantikan ketibaan diri dia dan rakan wartawan, Abg Khairil Anuar pulang ke pejabat.
Astaghfirullah Al-Azim. KepadaNya kita datang, kepadaNya juga kita kembali. Redhalah umat manusia khususnya isteri tercinta atas pemergian suami. Saya turut tersinggung atas apa yang berlaku namun yakin Arwah pasti ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman.
Kepada pengamal media Malaysia, saya percaya insiden yang berlaku membangkitkan rasa marah kalian kepada sesetengah pihak. Saya juga. Tetapi saya tahu, itu semua memang tidak melemahkan semangat anda untuk sentiasa memberikan liputan yang baik kepada negara. Berhati-hatilah, jagalah insan-insan kesayangan anda and to all, cherish every moments with your loved ones, please.
Ajal maut tidak bertarikh. Moga perginya kita menghadap Illahi adalah di dalam iman.
Al-Fatihah buat saudara Noramfaizul Mohd Nor.
Saya petik ucapan ikhlas dari Encik Suami (facebook, which I found it as rarely came from his mouth/heart) :
Dia yang selalu menguntum senyum di belakang kamera, kini tiada lagi senyum itu pabila seluruh kamera dihadapkan kepadanya. Hanya jasad kaku menuju ke persemadian abadi. Al-Fatihah. Terima kasih atas segala bakti & pengorbanan yang dicurahkan selama ini
Popularity: 49% [?]
Eid-Fitri Bertiga…
September 9th, 2011Bertiga? Ya, ini lebaran kami yang kedua kali secara bertiga. *Senyum lebar
Bukan sudah boleh berempat kah, Abby? Wuaa, soalan bonus tak hengat. Kalau dapat bonus masyuk lain cerita. Ini harem, belum rezeki. Tidak apa. Rezeki bukan kira nak datang time raya sahaja. Bila-bila, celik mata pun boleh.
Alhamdulilah, di kala post ini ditulis kita sudah masuk syawal yang ke-9. Masih meriah, masih kedengaran sana sini lagu raya. Alhamdulilah, dipanjangkan lagi usia untuk menyambut lebaran bersama suami dan anak kesayangan. Begitu juga ayahanda bonda serta adinda-adinda tersayang. PALING BEST, kalau lebaran tahun lalu saya gigih berpantang, menahan selera menikmati hidangan raya…naaah, tahun ini adalah tahunnya, di mana hari pertama Raya sahaja saya melantak makan itu ini. Hari Kedua, saya sudah duduk makan di Pizza Hut! Yeay!!!! Itu baru nikmat lebaran, tak gitu? ;-p
Lebaran kali ini juga adalah pertama kalinya saya beraya di Pulau Pinang, kampung Encik Suami. Sambutan ala kadar sahaja, berkumpul saudara-mara mana yang ada. Yang tiada, besar kemungkinan beraya di belah keluarga yang satu lagi. Itu adat.
Jalan-Jalan Raya kami bermula sebaik sahaja selesai kami 1 keluarga bersalaman raya di rumah Tok Abah & Tok Ma Iyaz di Segambut. Dan buat pertama kalinya, Imtiyaz sudah boleh berdiri dan bersalam raya sendiri hehehe. Herewith are some pictures:
Kami di pagi Hari Raya. Can you detect the different from last year’s raya picture?
Adinda-adinda kesayangan dengan anak buah favourite mereka! Well, that’s the only one at the moment ;-p
Ya, tema kami bertiga serba kelabu tahun ini. Dengan persiapan yang the very last minute, manage juga saya grab baju warna kelabu untuk suami & anak. Untuk saya juga. Bersaiz dua kali ganda lebih kecil dari dahulu. Woot woot! Janji sedap dan selesa. Harga atau brand tidak jadi keutamaan. Begitu juga utk suami and anak. Asal ada. Pakaian lama juga masih elok. Banyak saya lebihkan belanja untuk keselesaan si anak. Syukur, segalanya complete by 1st day of Syawal.
Selesai bersalaman raya, kami mula atur perjalanan menuju ke Sabak Bernam. Saya masih punya nenek, maka adalah wajib selepas beraya bersama ibu bapa, nenek adalah orang ketiga saya lawati kalau raya. Di kampung, ramai sedia menanti. Pakcik makcik, sepupu sepapat semua sudah ada. Dan tinggal kami sahaja yang duduk di KL, untuk datang beraya. Al-maklum, jarak sudah tidak menjadi hal untuk kami selalu ke Sabak Bernam. Cuma bila raya sentimental value nye lebih sikit, berkonvoi jalan raya menuju pulang ke kampung adalah sangat dan terlebih FUN dan EXCITING daripada hari-hari biasa!
Sampai sahaja di kampung, pasangan serba kelabu, kuning (adik perempuan & lelaki) & hijau (Abah & Mama) tibalah di Sabak Bernam. Ohhh, baru dua keluarga sahaja yang ada. Meriah dengan budak-budak lebih dari golongan dewasa. Mungkin fun bagi Imran Imtiyaz. Hahaha…budak kecil saya memang sudah kenal erti kawan. Asal nampak budak sebaya or younger, mulut becok bukan main. Ramah tidak tentu pasal. Behave? Let him be
Raya Day 2
Yesza! Gambar di atas adalah gambar keluarga besar Nenek Habsah atau sekarang lebih sinonim dengan nama Uyut Habsah (Uyut = Moyang). Tidak ramai yang berkumpul sampai pagi hari raya kedua. Saya dan keluarga sendiri pun sudah tiada dalam gambar sebab mula bertolak balik ke kampung belah Encik Suami, Pulau Pinang. Sob sob. Haha. Tidak sempat Encik Suami kenal atau melihat sendiri pengalaman beraya cara ‘orang-Sabak-Bernam’, orang jawa sejati. Ngeh. Tidak apalah, barangkali tahun depan ada rezeki kita pula
Courtesy gambar adalah daripada koleksi suami sepupu saya, En Arman. Jangan marah, but senyum please? Saya beri publisiti percuma biar minat fotografi akan lebih bercambah lagi! (Cet! Statement diva! But thanks, no thanks. I’m writing for fun).
Saya sudah jadi kurang gadget fotografi bersama-sama saya sekarang ini. Yang ada, gadget menghiburkan anak, menyusukan anak, menukar lampin anak dan segalanya yang berkaitan dengan anak. Kedengaran FUN sungguh, bukan?! Hahaha. Boleh kalau saya mahu gendong semua gadget dengan saya, supaya mana-mana saya pergi orang panggil saya SUPERMAK, boleh? Hahahaha. Makanya, saya bersara dari dunia fotografi untuk seketika. Tetapi saya maintain menjadi ratu social media network pada setiap masa cause I have BlackBerry all the time with me
Terima kasih, Encik Suami! At least, tidak kesunyian saya. Gambar-gambar yang BB saya capture pun sangat sharp dan berkualiti. Settled!
*eh eh apa ni cerita raya ke cerita BB ke cerita baby? Wuaaa.
Raya di Penang
Hehe best pula letak subtopic macam di atas. Ya, pertama kali beraya di Penang dan mood nya adalah sangat berlainan kali ini. Ini juga adalah raya yang pertama kali Encik Suami rayakan tanpa insan bergelar bapak. Mungkin boleh saya concludekan ianya sedikit muram, dan hanya mengumpulkan ahli-ahli keluarga yang ada di Penang sahaja. Rata-rata ada yang balik ke rumah keluarga yang satu lagi, dan satu lagi keluarga menunggu detik kelahiran.
Imtiyaz? Oh apa jua mood orang sekeliling, dia bukan kira. Dia ada mood tersendiri. Manja dan bergaya, itulah dia si teruna saya. Melalak kalau bukan muka saya ada di sebelahnya, dan terus melalak selagi bukan saya yang dukung dia. Best sungguh! Hahahahaha. Inilah wajah anak-toddler-si manja-my cutie pie-my joy-my happiness dan segalanya :
Sampai sahaja ke pulau ini, macam biasalah. Saya akan hadapi masalah (tidak berapa anyway) untuk dapatkan makanan ikut selera tekak saya. Sangat ketara, makanan sarapan pagi. TETAPI, HAPPILY MENTION, pasembur dan mee pasembur/rojak memang tetap jadi POJAAN hati ya. Tidak boleh missed walaupun Hari Raya. Ya, saya lihat orang Penang or maybe non-Penangites lebih banyak makan masakan tradisi diaorang dari tradisi raya kut. Pasembur, raya ketiga-keempat pun dah bukak kedai! Heaven bukan?!
Sedangkan raya kedua pun saya dah lahap Pizza Hut, inikan pulak ketiga dan seterusnya. Memang tak mahu saya lemang, ketupat, rendang bagai. Hahahaha….puas menunggu setahun lebih gara-gara berpantang tahun lalu, tekak tetap juga lagu M. NASIR – SATU HARI DI HARI RAYA!. Satu hari sahajalah saya melantak. Settled. Cukup syarat.
Sekian sahaja cerita lebaran saya. Short but sweet. Bluek. Hahaha..
Saya rasa akan banyak cerita rumah terbuka, rumah ‘raya’ saya menyusul lepas ni. Dan beberapa kerja-kerja voluntary yang saya akan mulakan dalam beberapa minggu. Terima kasih atas peluang yang diberikan, sesungguhnya akan membantu ikut mampu. Blessed.
Akan saya terus blogging sampai nyawa terpisah dari jasad. Sabar menunggu, boleh?
Salam Syawal ke-10
Popularity: 59% [?]
Isu Sekeliling…
August 12th, 2011Haha nak bercerita soal current issues, sudah tentu agenda politik tidak ada dalam senarai. Saya cetek ilmu politik. Sekalipun ada, hanyalah yang tertera dalam akhbar-akhbar perdana. Untuk tahu lebih lanjut, atau dalam erti kata lain, tahu serba-serbi-kenapa-politician-ini-kena-condemn atau propaganda-pembangkang/kerajaan-di-sebalik-video seks, saya MEMANG kurang tahu. Maka, jangan tanya saya.
Apa yang saya tahu, kalau gitu? Oh, berita yang mild-mild sahaja. Berita isu semasa tentang artis sikit, tentang gosip sikit, tentang dunia sikit. Semua sikit-sikit la. Sikit je la yang baguih. Isu gini nak tahu semedang banyak watpe. Takde faedah!
But satu isu menarik yg berlaku sekarang ini adalah mengenai rusuhan di London. Tidaklah menarik seperti ayatnya, dah bukan sesuatu yang menarik untuk dikhabarkan pun sebab sangat berunsurkan keganasan dan kebencian. Saya juga tidak suka. Any that related to violence though it’s just a normal rally, saya benci. Sangat irritate saya sampai bila-bila, sampai anak cucu saya sekalipun. But world is evolving, so this is what happening.
Saya bukan pernah sampai ke London pun. Tidak tahu menahu rupa bumi London itu bagaimana. Apatah lagi sekelilingnya, mcm Birmingham. Sedih ke jadi orang mcm saya? Oh tidak! Mungkin 1 hari saya bisa juga jejak kaki ke sana, insyallah. Tapi berdasarkan pemerhatian mata kasar, dan propaganda-paparan-media (nampak gaya, media banyak memainkan peranan dalam menyampaikan fakta – salah/betul belakang kira), saya boleh tahu London itu satu tempat yang aman asalnya. Seaman negara Malaysia (dari pandangan mata kasar orang luar, juga!) Blerghh. Hakikatnya, cerita dalam kain negara memang tiada siapa mahu tunjuk depan tv. Hanya org tempatan sahaja yg tahu. Nah, bila adanya rusuhan, TERBONGKAR lah segala mainan politik, pihak berkuasa dan individu berpengaruh di luar sana. Same goes to what happened recently in Malaysia.
Terus lompat kepada isi penting :
Bak kata ayah kepada si mati, Tariq Jahan (kalau sesiapa ada menonton berita semalam), “He’s my son. No matter what, he’s my son who has dead. Blacks, Asians and Whites – we all live in the same community. Why do we have to kill one another? Why are we doing this”. Dang. Terfikir sekejap.
Ada betulnya isi kenyataan di atas. Apa guna berbunuhan (atau lebih tepat motifnya membalas dendam untuk si mati) dan membuat rusuhan kalau sudah tinggal dalam satu komuniti yg cukup muhibah (referring to Blacks, Asians and Whites). Kurang pasti pula muhibah mereka sama atau tidak dengan muhibahnya kita 1Malaysia di sini. But I believe, it brings the same meaning, same platform of living together on the same country. Makanya, tidak patut ada isitilah killing each others, riots, rally atau perhimpunan haram….betul?! Segalanya boleh dibawa berunding di meja bulat. Well, ini pendekatan biasa pemimpin negara (walaupun sesetengah rakyat memang kurang sabar dengan kaedah ini).
Pada saya, as a whole…fikir sahajalah kesan tindakan hari ini kepada generasi akan datang.
Saya sebagai ibu, sudah tentu merasakan bumi/negara ini macam sudah tidak selamat untuk anak saya membesar sampailah ke hari tuanya. Ancaman demi ancaman, jenayah satu demi satu buat setiap saat, setiap masa…saya fikir tiada ruang yang selamat untuk anak saya.
Generasi akan datang inilah, darah daging kita. Saya percaya ini juga tanggungjawab saya dan suami. Anda dan pasangan juga. Rakan-rakan anda juga. Percayalah, kalau generasi hari ini dapat beri contoh teladan yang baik, saya percaya golongan minoriti yang ‘keras kepala-degil-bengis-memberontak-dan tidak pernah nak fikir panjang’ ini takkan berani-berani membuat kacau.
Jalanilah kehidupan macam biasa, macam normal. Semua orang ada musim jatuh bangun. Tanganilah sebaik mungkin. Ingat agama, tenung muka anak dalam-dalam, nescaya marah kamu jadi hilang. Bila kita cuba bertenang, banyak manfaat yang kita boleh dapat. Kalau semahunya nak diturutkan rasa marah di hati, percayalah…..BINASA DIRI. Betul. Ibarat kamu memusnahkan juga impian dan masa depan anak-anak kamu!! Teruk, bukan?
Cerita sangkut-paut:
Bila menyatakan ayat-ayat terakhir di atas, saya teringat insiden lelaki-celaka-yg-maki hamun-ibu bapa saya tempoh hari di Sogo. Oh sangat kurang ajar ini lelaki. Saya percaya dia ni mesti join rally Bersih baru-baru ini. Bengis yang amat. Sangat BIADAP okay! Bestnya, dia tengking, dia maki ibu bapa saya depan isteri dan anak-anaknya. Oh kasihan mereka. Berbapakan lelaki itu. Sumpah, saya kasihan! Sedangkan saya sudah mengaku silap, boleh dia laser lagi mulut. Kurang ajar punya jantan. Pemilik kenderaan WCB 2930 / WCB 2390. Mampus, tak layan! Kasihan dengan hidup kau sampai bila-bila.
p/s: Siap repeat the same words “Aku dah lama la duk KL!”. Masalah!? Banyak sangat pengaruh Gengster KL, macam inilah. Dah tua bangka, ada anak. Tapi tengok TV pun terpengaruh. Sialan. Moga kamu insaf. Didoakan sejahtera hidup isteri dan anak kau, dan BUKAN KAU (sebab biadap dengan orang tua yg layak dipanggil Datuk, Nenek) Sekian.
Popularity: 38% [?]
Anak II atau Separuh Abad?
August 9th, 2011Haih, macam menarik, macam best! Memiliki anak kedua, lebih-lebih lagi kalau sepasang jantinanya, sudah semesti jadi idaman semua pasangan. Fuh, fuh. Menaip sudah macam meneran mahu bersalin. Apakah?
Eh eh kenapa saya menyatakan ini? Saya punya berita gembira untuk diberitahu semua? Hahaha sudah tentunya TIDAK. Cuma berkongsi rasa seronok dan teruja melihatkan ramai betul kawan-kawan di Twitter saya kini sedang mengandung anak kedua. Pastinya FUN, bukan? Jealous saya.
Kalau ya saya kini berbadan dua, kalau benar…memang saya mahu hebah kepada umum. Tetapi tidak lagi. Maka, jangan rasa teruja tidak semena. Musykil, apa kena mengena pula dengan cerita Separuh Abad?
Haha hambo adalah Ibu yang tuo sudah. Hehehe merasakan diri tuo walau baru anak satu. Tuo sudah lah k. Tuo angka, tuo usia, tuo pemikiran..and tuo macam-macam.
Hahah padahal usia baru cecah separuh abad. Belum 1 abad. Hehehe.
Suku, separuh atau 1 abad sekalipun, usia sudah menginjak 1 angka. Anak pula menyusul bulan hadapan. Kita jadi tuo, dia maintain muda. Hehehe haih anak teruna yang seorang ini! Tumbesarannya sangat baik menjadikan saya Ibu yang ‘baik’ juga. Hahahaha kalau bercakap dengan Imtiyaz sekarang, nada atau tone bercakap tu dah macam-macam gaya and jenis. Ada masa :
Ckp pasal high tone ni, bukan saya and 1 keluarga yang bersuara ‘Haip…haip…haip’, Iyaz pun high pitch jgak! Menangis high pitch! Beberapa keadaan kalau dia ni sekarang nangis high pitch :
xxxxx
Baik, sebelum melalut lagi jauh cerita pasal anak (sbb cerita anak takkan berkesudahan sampai bila-bila – to my leisure, to my suka-suka), kita masuk ke cerita separuh abad tu semula.
Ya, tiada sambutan gegak gempita utk saya. Hanya sebuah kek sahaja disediakan En Suami untuk meraikan saya. Terima kasih sayang. Hadiah? Saya dah terima awal-awal bulan lagi. Terima kasih juga honey. Dia tahu minat saya dan dia tidak pernah tidak mesti cuba untuk memenuhi permintaan, which I feel lucky to have him for life. Anak? Anak beri saya hadiah kad hari jadi. Siap tertulis di luar kad, “ From your son…” Ouch! (walaupun si Abah menulis bagi pihak, saya tetap rasa tersentuh!) Terima kasih kesayangan saya. Terima kasih juga atas kesihatan, kebahagiaan dan kurniaanMU ini ya Allah. Tiada yang lebih mententeramkan jiwa melainkan apa yang saya punya sekarang.
Harapan, sempena tarikh lahir separuh abad @ Jubli Perak ni? Here :
Tipu kalau saya katakan wishlist saya sampai point 5 sahaja. Manusia itu tidak pernah puas. Diberi satu, tentu mengharapkan rezeki yang lebih lagi. Maka, biarlah yang 5 ini ‘pendahulu’ saya ke arah rezeki yang Tuhan ingin beri. Nikmat nyawa & hidup sehingga ke hari ini juga 1 hadiah dariNya. Syukur. Maka, tidak perlu minta lebih.
Sekian,
Salam Ramadhan yang ke 9, semua!
Popularity: 59% [?]





















