Monthly Archives: November 2011

Si Toddler…

Si Toddler…

Datang sahaja November, budak-budak dah tertunggu-tunggu waktu hendak bercuti sekolah. Bila datang pula cuti sekolah, musim orang-orang dewasa pula bersenyawa. Hahaha…maksud saya mendirikan masjid. Tinggi betul guna ayat bersenyawa! Hahaha…

Bersenyawa la maksud literalnya, apa lagi. Baguslah. Semakin meriah dua buah keluarga apabila pasangan bercinta bersatu. Gitu. Saya juga menulis bagai mood pasangan bercinta padahal usia perkahwinan sudah cecah 2 tahun 20 hari ha. Argh, peduli. Hari-hari juga hari perkahwinan. Bagus kan?

Minggu ini, setiap hari adalah hari-hari yang penuh aktiviti. Group meeting on Thursday night, Izyan’s Reception Day on Saturday eve & also Shera Aiyob’s reception on Sunday. Packed! Super packed! *masa entry ini ditulis, depa tak menikah lagi. Sekarang depa dah menikah, so follow up pictures on the next entry k. Akibat post peram, beginilah.. Itu belum lagi muncul bulan Disember. Huh! Mahu melompat. Terkejar-kejar waktu sungguh. Masa dirasakan lagi betul-betul berlalu bila 24/7 menghadap anak teruna. Siang dirasakan cepat, tahu-tahu sudah malam. Malam tup tup, sudah pagi pulok.

Pada saat anak teruna sedang membesar inilah, masa dirasakan terlalu lalu lalu…..sangat pantasnya. Tidak terkejar setiap minit dan saat. Setiap minit and saat itu jugalah, setiap helaian rambut dan kukunya panjang. Hahahaha, apa kena mengena?  :P Umur si kocik (panggilan baru Imran Imtiyaz di rumah selain Iyaz) mahu cecah 15 bulan. Oh anak itu, nakal tahap dewa. Mahu tahu kemahiran baru dia? Herewith, I listed few:

Almari kasut rumah Tok Ma, jenis sliding. Dia jadi suka tolak kiri kanan, buat bising. Worst case scenario, dia capai 1 kasut dan gigit! Best part is, bila dia dtg dekat dgn almari tu, he will turn back and see are we going to either scold him or catch him. IF, we are approching him, cepat-cepat dia gigit kasut tu. Fuh, drama! Giler bijak itu anak.

One of Iyaz’ favourite spot in Tok Ma and Tok Abah’s house is what we called ‘his playground’ which locate a treadmill and sofa couch side to side. Iyaz akan panjat treadmill, buat aksi bagai atas treadmill tu mcm itu pentas, lepas tu climb over the couch and starts either standing or sitting on it. Then, aksi suspen muncul! Kalau dia berdiri pun susah, dia duduk pun susah. He can crawl properly till he placed his leg on the floor BUT susah jadinya, kalau mata dia duk leka tertancap tengok TV. (Yes, TV is located beside the couch, can you imagine this). Kalau sesiapa tahu atau belum tahu, anak saya peminat setia IKLAN TV or commercial breaks. Kalau tengah iklan and dia ada atas sofa tu berdiri/duduk, memang NAHAS kalau tiada sesiapa di sekeliling sebab he just simply walk or crawl tanpa tengok depan. WAH, BISA GUGUR JANTUNG SEMUA ORANG DALAM RUMAH TU TAU, I tell you! Kau bayangkan.

Iyaz gemar memanjat sekarang. Sedaya upaya, dia akan cuba memanjat. Tak kisahlah, kerusi, meja, kereta mainan or motor mainan dia. Ada 1 ketika, motor (as if a bicycle to him) tu pun dia boleh angkat dua-dua kaki, pijak tempat duduk dan pelan-pelan diri tanpa dipegang. Wah, aksi stunt willy, wikang dah ha! Saya tak terdaya nak marah-marah, jerit-jerit, maka I tell him ‘Imtiyaz, kalau nak buat stunt, make sure you have someone near you. Buat dekat-dekat Tok Abah sana, senang kalau jatuh’ – brilliant enough tak? Hahahahahaha…

Apa lagi ya tentang Imtiyaz saya? Oh ya. Dia pantang ditinggalkan melainkan dalam dua keadaan : 1. Tengah iklan di TV & 2. Slot ‘Indahnya Iman’ di 106 … haha basically itu dua benda yang boleh tarik perhatian dia. Bila dia ditinggalkan, untuk perkara-perkara yg bukan memudaratkan pun – contoh saya ke toilet, ke dapur atau mana-mana sekitar rumah, si kocik itu akan menangis iyo iyo. Paling kuat, kalau saya atau suami ke toilet, sehinggakan saya membuat konklusi dia ingat toilet tu batu belah, batu bertangkup kut. Ohhh, stress dengar dia menangis mcm ditinggalkan. Seperti dibuat-buat pun ada. Haih, anak..drama king kamu ya?

Imtiyaz sudah pandai mengekspresikan emosi. Contoh : 2 hari tidak ke rumah Tok Ma & Tok Abah sebab saya dan En Suami bercuti hjg minggu. Maka 2 hari tidak singgah rumah orang tua. Masuk hari ketiga atau keempat, bila nampak sahaja Tok Abah (Imtiyaz’s favourite man!), meronta-ronta dia minta dukung, dan cepat-cepat lentok kepala tanda rindu. Boleh? Alorh, sweet. Syg tiada gambar sahaja. Sungguh, dia melakukan itu. Gaya yang serupa kalau berhari-hari dia tak jumpa Tok Ma & Tok Abah dia. Haih, bijak bukan?

Terlalu banyak cerita tentang anak, takut nanti sesiapa yang tidak punya anak, sudah mula rasa bosan hendak baca blog ni. Hahahaha, harapnya tidaklah ya.

Mahu saya menukar tema penulisan? Boleh! Momantai! Haha tidak ada masalah. Nanti saya tukar lenggok bahasa. Sinis sikit, pedas sikit, ada masam, manis…CUKUP! Kritikan demi kritikan sampai orang menyampah baca. Gossip menggila sampai jadi top hot blogger. Hahahahaha…

Gedik la tu! Sudah lari daripada objektif. Sememangnya itu BUKAN saya. Nanti saya pelbagaikan gaya ya. Dari kaca mata seorang ibu, seorang wartawan, seorang penjawat awam (eceh…!), seorang bakal usahawan/usahawanita ;) …pasti lagi seronok deh!

Maka, sekian dulu ….? Bisa!? Hehehe *gaya sengih macam anak saya di bawah :-)

Popularity: 45% [?]

Buku Baru…

Buku Baru…

Ya, buku baru. Bukan muka buku. Haih, suka kamu tokok tambah, ubah-ubah. Ini version saya, maka saya panggil buku baru. Ngerti?

Kenyataan di atas merujuk kepada buku baru 2012 yang sudah dekat sangat tarikhnya. Tak sabar 2012 datang terhegeh-hegeh. Sama macam anak saya. Makin terkedek-kedek la pinggul dia berjalan tunjuk kaki hebat melangkah. Tahun depan, umur dia injak 1 angka lagi. Saya juga. Ahhh, jangan dikhabar soal umur, yang penting pengisian sepanjang tahun, itu lagi PENTING!

Ya, bila datangnya Tahun Baru, saya suka untuk buka buku baru. Segalanya baru. Diari baru. Notepad baru. Handbag baru. Office attire baru. Anak baru. *oppss

Haha pendek kata, segalanya adalah permulaan yang baru that remarks A NEW LEASE OF MY LIFE. Yes, saya gemar menggunakan perkataan ini, as if I am going to start fresh. TOTALLY. Amin. Baik untuk tuntutan dunia dan akhirat. Yang kurang, ditingkatkan. Yang patut dibuang, dihindar jauh-jauh and etc.

Cakap pasal tahun baru, tidak sah kalau tak bercakap soal azam baru. Lapuk bukan? Basi? Haha. Ianya tidak akan jadi isu lapuk atau basi, kalau apa yang anda impikan tercapai. Azam saya 2011? Entah, apa eh. Huhu kenapa macam tak teringat langsung eh apa azam tahun ni? Huhu…*itulah akibat leka membesarkan anak. Hahaha alasan benor.

Tahun 2011 saya, adalah tahun dedikasi saya untuk si manja anak teruna. Sungguh. Saya bertanggungjawab penuh atas tumbesarannya, sehinggalah dia capai umur 1 tahun 25 Ogos yang lalu. Gembira melihat perkembangannya dari satu tahap ke satu tahap adalah seperti mengikut timeline atau milestone yang sepatutnya. Alhamdulilah. Dengan bantuan kemanusiaan dan moral dari Encik Suami, Mama, Abah, adik-beradik…segala pergerakan saya jadi mudah. Terima kasih kalian. Semoga Imran Imtiyaz mencintai anda semua sepertimana dia cinta saya, ibunya. *Emosi

Saya bukan boleh bicara soal anak. Sebab itu saya kata, dia lah sumber kekuatan saya dan dia juga lah sumber kelemahan saya. Hehehe…Lemah, sebab mudah sangat airmata ini jatuh nye ha…LOL~

Melihat kembali diari 2011, kerjaya juga ada cerita pasang surutnya. Apa yang boleh saya simpulkan, pengalaman mematangkan saya. Terima kasih pengalaman, sebab kerana kamu saya belajar banyak perkara. Kerjaya saya ada episod jatuh bangun. Dengan besar hati, saya terima setiap satu percubaan itu dengan hati terbuka. Saya manusia lemah, sudah tentu ada keemahan saya di mana-mana. Kekuatan juga saya punya. Bagi sesiapa yang menghargai saya, saya yakin kamulah orangnya yang menerima kekuatan DAN kelemahan saya, bukan kerana salah satu SAHAJA.

Baik, apa lagi?

I think two points mentioned above is the MOST significant thing happened in my life this year. Yes, both TWO.

Perkara lain adalah perkara kebiasaan sahaja.

Bosan! Jom buat post baru deh. Daa~

Popularity: 34% [?]