What a bliss!Sejak akhir-akhir ni saya gemar guna perkataan yg sama ejaannya (lebih kurang sahaja) dengan perkataan tu. BLESS. BLESS or BLISS, dua-dua pun membawa maksud yang penyayang, harmoni dan membahagiakan. Seperti contoh keadaan saya sekarang. Ya sekarang. Contoh situasi:
1. Bahagianya...dapat duduk di rumah, dan tidak lagi berada di dalam wad.
2. Bahagianya...dapat tatap wajah Encik Suami, dan tidak lagi menatap jam dinding di dalam wad.
3. Bahagianya...dapat rasa masakan air tangan Mama, dan tidak lagi makanan hospital yang hari-hari pun menu sama.
4. Bahagianya…dapat online (sekurang-kurangnya 8 jam) lihat-lihat dunia, dan tidak lagi tenung tingkap hospital sampai rasa macam nak terjun tingkap.
Bahagianya la hai..Bahagia benor!
Tiada lagi rasa nak bermuram durja, macam muka tahi kemek kena pijak. Oh tang muka ni, hanya Encik Suami saya sahaja yang pernah lihat. Terima kasih kerana sudi menatapnya juga (mungkin bagi sesetengah suami, wajah sebegitu boleh membantutkan selera makan mereka dengan sangat ketara. Hahaha).
Disebabkan mood bahagia, lebih-lebih lagi di kala ini yang macam kira detik bila lah Encik Suami nak bagi salam depan pintu rumah keluarga saya di Sg Buloh (kira-kira kurang 8 jam sahaja lagi) dan datang dengan muka penat-baru-lepas-habis-kerja tetapi excited nak dengar celoteh isteri (ye ker?), MAKA saya pun jadi berbahagia la menukar theme blog saya sekali lagi. Ditemukan pula dengan istilah Blissful Blog, saya jadi tertarik DAN memutuskan untuk menjadikannya tagline bagi alamat url www.AbbyHakka.com.
Wee!Saya suka!Amat3 suka!
Sedikit plain, tetapi simple. Biar sahajalah. Sebenarnya sudah terbayang di kepala apakah background image yang sesuai untuk theme ini. Tungggguuuuuuuuuuu. It will be in tile texture. Akan ada wajah-wajah comel di situ, insya-Allah. Amin Ya Rabb.
Sekian.
Tagline pun nak kena introduce ke? Huhu.
Okay, baik. My mistake. Semua pun hendak cerita di blog. Sebenarnya saya punya input lain. Baik, kita tukar tune.
xxx
Amalan membaca, amalan mulia. Penting dalam menambah ilmu di dada, mempersiapkan diri untuk segala macam hal yang bakal kita tempuh dalam kehidupan. Ya, saya memang tidak ralat membaca. Tidak kira di mana dan apa jua keadaan. Bising, senyap tiada mendatangkan masalah. Lebih-lebih semasa saya berada di hospital, atau ketika pergi buat antenatal check up. Sebab bagi saya menunggu momen untuk berjumpa pakar O&G memang saat paling bosan dalam hidup. Sebab apa? Sebab bosan sgt. Pembaziran waktu yang terbuang sia-sia mcm tu je.
Minta maaf kalau entry banyak berkisar pasal hospital. Kalau kalian ada peluang admitted atau menghuni di hospital, dan anda juga jenis manusia yang menghargai kehidupan, pasti hospital adalah tempatnya anda belajar kenal kehidupan. Which is sgt3 valuable!Serius!
Macam sekarang, berlambak-lambak magazine dan buku ada dengan saya. Saya tahu saya berada di rumah sahaja, berehat dan menjaga tekanan darah (haha..kena dijaga dan diselia gitu). Tetapi itu tak menghalang saya daripada membaca. Encik Suami yang tahu pe’el / perangai saya yang 1 ini, jadi serba tahu bila dan waktunya untuk dapatkan magazine yang saya suka. But this time, dibelikan saya satu buku baru di pasaran. To me, it is super duper interesting for me to read and to share here later . Buku apakah?
Kata Encik Suami, soon akan ada yang bersuara, “Ibu, saya lapar…”. Maka pengetahuan ini yang patut kami ada. Dari sekarang. Ya. Bukan nanti, bukan tunggu baby dah pandai demand minta bukan-bukan. Takut semua pun sudah terlambat waktu tu. Baik, sudah saya mulakan episod membacanya. Sekarang di dalam misi menyudahkannya. Magazine Pa&Ma, Parenthood, Mami & Baby dan few Singapore parenthood magazines juga ada di sekeliling saya sekarang.
MISI: Membaca sampai lebam. Selagi boleh, selagi belum sampai detik kelahiran, selagi belum bermula perkara-perkara baru.
Popularity: 52% [?]
