Kembali dan…

Kembali dan…

Yeay!Alhamdulilah!Syukur,nikmat dirasa!Terasa menjadi insan terpilih diuji kekuatan hati dan iman di bulan Umat ini. Bukan calang-calang, seawal 1 Ramadhan sudah diduga. Memang penangan takdir dan ketentuan Illahi itu adalah terbaik untuk umatnya.

Saya diduga, Encik Suami seperti diuji. Sama-sama ambil leka sebelum ini, tetapi sekarang semuanya jadi lebih berhati-hati. Alhamdulilah :) Saya senyum menangis melihatkan kesediaan Encik Suami menjaga hati dan emosi saya selama saya ditempatkan di wad. Ujian adalah kecil, tetapi memandangkan ini pregnancy yang sulung, kekurangan ilmu dan persediaan memang jadi teladan yang bukan sikit-sikit buat kami. Alhamdulilah, baby kami juga sihat seadanya. Mengikut ketentuanNya juga. Alhamdulilah. *Speechless

My swollen hand. 1st time nieh!Very the 1st dipacakkan jarum di sini!Errggghhh…

Baby’s progression. Alhamdulilah, he’s actively poking in my womb. Ibu enjoyed!

Semakin terasa lebih dilindungi apabila ditimpa musibah begini. Sakit yang pada mulanya disangka mahu melahirkan, rupanya didiagnos sakit lain. Sakit biasa di dalam pregnancy. Yang dipanggil preclampsia. Walaupun sakit biasa, tetapi jarang-jarang ada pada wanita mengandung. Dalam erti kata lain, rasa sakit, berat pada bahagian pelvis yang saya rasakan waktu itu adalah disebabkan infection pada urine saya. Albumin dikesan. Maka ditahan doktor untuk 24hrs monitoring.

Keesokan harinya, alhamdulilah. Sudah tidak terasa sakit macam mahu sakit beranak, contraction atau lain-lain. Tetapi hendak dijadikan cerita bacaan blood pressure saya pada malam sehingga menjelang pagi esoknya, jadi haywire sangat-sangat. Entah apa yang saya fikir, dan entah apa juga angin yang datang, toing toing toing bacaan BP saya. Lantas, ditahannya saya sehingga 8 hari lamanya di wad.

Waduh!Berat betul hati waktu itu. Sudahlah hajat mahu masak sahur dan berbuka pada Ramadhan yang pertama kami sebagai suami isteri tidak kesampaian, inikan pula diujinya emosi dan jiwa untuk duduk ‘santai’, ‘senang-lenang’, ‘rehat-rehat’ di hospital. Memang berambu air mata saya bermalam-malam. Kasihankan sangat2 pada Encik Suami. Memang tidak kesanggupan rasa lihat dia ulang-alik lawat saya di hospital. Sudahlah berkejar-kejar, kena pula ‘menjaga hati sesetengah pihak yang jenis-tidak-reti-menjaga-hati-orang-lain TETAPI reti-PERLI-orang-sahaja’ tu. Juadah berbuka dan bersahur dia pula entah macam mana, hati isteri mana la yang tidak tersentap :-(

Alhamdulilah, semua pun dah berakhir. Saya juga sudah pulang ke rumah. Ke rumah keluarga saya terus. Doktor ramal saya bakal bersalin kurang dari 3 minggu sahaja lagi. Pelbagai kebarangkalian boleh berlaku, dan Encik Suami tidak mahu lagi saya rasai sakit sendirian. Biar saya berada dekat dengan keluarga, walaupun terpaksa duduk berjauhan dengan dia buat sementara. Hanya bila dia ada hari cuti sahaja, dia akan bermalam di rumah Sg Buloh.

Tidak apalah, ini cuma sekejap sahaja. Nanti sudah ada baby, mesti hari-hari saya dapat tgk muka Encik Suami. Tapi waktu tu, kena silih ganti. Kejap tgk muka dia, kejap tgk muka baby. You tak kisah, kan? Hehehe.

Episod sedih sudah habis, sekarang episod berjaga-jaga pula ya. Saya tahu ramai dalam debar bertanyakan tentang si kecil dalam pewot ni. Ibu juga tak sabar sayang. Tetapi biarlah semuanya selamat sejahtera hendaknya. Ibu jumpa, dengar, lihat sendiri 1001 pengalaman dan ceritera ibu-ibu mengandung di hospital. Macam-macam. Sudah ada pengalaman juga tidur dengan bayi-bayi sepanjang 8 hari di sana. Manis. Biar saat dan waktunya ada juga untuk saya, Encik Suami dan baby kami. Doakan kami ya. Amin.

More on preeclampsia, click on this link. Good information for all pregnant mothers. :)

Popularity: 61% [?]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>