Daily Archives: August 3, 2010

Benci Dalam Suka…

Benci Dalam Suka…

Wooo!Da bomb tak tajuk di atas? Berkobar hendak menaip ni. Walaupun tidak berapa nak ada mood (baik, berjangkit berhari-hari nampaknya!) dan tidak berapa nak research dan mencari segala macam input yang bagus2 di sini, tetapi saya gagahkan juga hendak bercerita.

Baik. Apakah yang saya benci dan apa pula yang suka itu eh? Boleh agak? Terror la kamu kalau mampu mengagak. Memang pengikut setia blog saya la kira. *Pocoyos tul!

Saya SUKA ini…

Suka giler!

dan saya BENCI ini…

Benci giler!Menci!

Sudah pasti perkara yang saya suka, saya akan kasi cerita sama semua. Yang di atas itu, pasti ramai tahu kan. Minggu sudah memang minggu special untuk peminat-peminat CSI. Siapa giler CSI sahaja yang ambil kisah. Saya antaranya, dan memang tertunggu-tunggu tak payah nak kata. Malam Rabu sudah saya tunggu. Opening act adalah dari CSI Miami, CSI kegemaran Encik Suami. Diikuti oleh NY dan kemudiannya, Vegas. Terbaik la jalan ceritanya.

Sinopsis:

Dari Miami, ceritanya bermula (Eceh, cerita mat saleh, tetapi nak buat gaya penglipur lara!Memang tak kena langsung). Si ketua yang pocoyo itu, Mr H diminta mencari seorang anak gadis yang hilang. Pencarian kali ini dashyat2. Melibatkan kaki, tangan dan anggota badan yang dipotong-potong. Kemudian kad kredit anak gadis yang hilang tadi digunakan pulak oleh 1 lagi gadis lain.

Maka ceritera potong-potong tadi diselesaikan dulu, dan setelah disiasat ada kaitan pula dengan kes yang sedang dalam perhatian Dr Ray, si pakar CSI yang talented habis!. Adalah jemputan dari H untuk Ray, datang ke Miami dan siasat bersama kes gadis hilang tadi. Kemudian, selidik punya selidik, kes yang melibatkan gadis-gadis ini semua didalangi satu kumpulan dipanggil Zetas! (Satu nama baru). So, pencarian mereka bukan setakat di Miami, tetapi mungkin sehingga ke luar MIAMI.

Di NY, golongan Zetas ini nampaknya memang betul-betul wujud. Ahli kumpulan semua sanggup mati tutup mulut tak mahu dedah cerita kepada CSI. Terpaksalah Mr Ray mencari-cari klue sendiri dengan bantuan si kacak Mac Taylor pula. Di jalan cerita kedua ini, 1 lagi gadis lain itu rupanya si WATAK UTAMA cerita. Namanya Madeline Briggs. Dialah yang mula membuat saya ada bibit-bibit rasa benci dan menci.

Bibit-bibit ya?!Yucksssssssssss!Sesekali penggunaan bahasa kontra yang melampau…hehehe

Jelas dan nyata, si Madeline ni mangsa pemerdagangan orang. Baik-baik, sambung ke CSI. Di NY, Madeline tidak ketemuan juga. Dan kembalinya ke Vegas, subang milik Madeline ada pada salah satu mayat (kes baru) di Vegas. Huhu. Di Vegas, baru terbongkar siapa dan siapa yang menjadi downline kepada kegiatan Zetas ni. Perniagaan keluarga katanya ya. Whatthe…..?! Eh semakin menci tgk penghujung cerita. Pendek kata, atau penghabis cerita….Madeline sebenarnya selamat dan kembali sendiri kepada CSI Ray sebaik sahaja menerima sms berangkai yang dihantar oleh Ray kepada semua mangsa-mangsa ‘dagangan’ ini.

Hebat tau, nama pun perniagaan keluarga, maka pelaburan besar untuk ‘menternak’ mangsa-mangsa dagangan mereka ni. Dibekalkan handphone dengan 1 sistem yang boleh dipantau oleh Pak/Mak hayam diaorg. Classssssssssss bukan?!Derghhh.

Nukilan:

Kamu perasan bukan sekarang, kenapa saya jadi benci dalam suka? Mulanya jadi loya-loya juga tengok badan dipotong sana sini. Tetapi AXN bijak, dislow motionkan semua gerakan. Glad. Tetapi storyline memuncak best. Lepas satu-satu jump case. Jumpa bukti itu ini. Memang karya CSI terbaik walau ke season berapa sekali lah rasanya. Sokong!.

Isu Pemerdagangan Orang ini rupanya dah jadi membiak. Masalah dunia dan universal dah saya rasa. Di Malaysia sendiri sakan naik. Mencanak-canak berita tentangnya dalam akhbar. Sampai 1 tahap, 1 bayi = RM10k harganya. Subhanallah. Mengucap dengar. Datuk dari Kuching, Sarawak punya kes. Dengan anak sekali buat niaga. Memang betul LIFE IS DRAMA. Sebab tu CSI wat storyline gitu. Geleng-geleng.

Saya sendiri baru dikejutkan dengan berita kehilangan. Si sepupu. Walau hilang tidak sampai 8 jam. Sepatutnya berada di rumah selepas waktu sekolah, tetapi alih-alih jam 6pm orang Jabatan Kebajikan Masyarakat menelefon kata sepupu ada di Kuala Selangor. Memang terkejut! Inikan budak lelaki yang diambil oleh entah mana-mana perempuan (memang tiada hati, limpa ini olang!) dibawanya sampai ke Kuala Selangor sana.

Gesa saya, kalian berjaga-jagalah. Saya juga bakal punya anak tidak lama lagi. Bukan hendak kata dunia tidak selamat, tetapi hakikatnya mungkin betul. Berjaga-jagalah kamu selagi boleh dan bertawakal sama supaya kita sentiasa di bawah perlindunganNYA.

Saya kurang gemar hendak ulas panjang hal ‘dagangan’ yang melibatkan wanita ini. Adakala merengsakan!Menyeksakan kalau didengar satu persatu. Saya wanita, tidak boleh bayangkan kalau diperlakukan sebegitu rupa. Saya juga punya Mama, adik perempuan, sepupu, makcik, saudara-mara perempuan. Wanita, sejauh mana kita pergi, di mana sahaja kita melangkah, berwaspadalah. Tawakal sama. Saya mengingatkan diri saya juga. Insya-Allah, kita di bawah lembayung rahmatNya. Amin.

Popularity: 47% [?]