Daily Archives: August 2, 2010

Siap siaga…

Siap siaga…

Huh!Gegak gempita habis tajuk entry. Gamak cam nak kenderaan mahu perang. Eh eh. Lirik lagu masuk plak. Bukan3. Nehi3. Biasa-biasa aja. Mood juga, ala kadar. Ala tak siap pasang pun ada. Serba tak kena. Tidur tak cukup. Mata bengkak nangis, tak sanggup duk berjauhan dengan Suami a.k.a macam-macam hal di pagi Senin ni.

Eh eh, apa ni? Mood tak siap pasang pun mahu dihebah ke? Bior!Huhu. Feeling tak besh!Nak balik!

Baik-baik. Sebenarnya ada perkongsian di sini. Ceritera Siap Siaga saya. Ke mana? Ke hospital la. Mana lagi. Ke tempat lain dah tak jadi minat, kecuali shopping barang bayi. Hehehe. Tetapi buat masa sekarang, memang aktiviti shopping dah dihentikan. Sebab kata Tok Ma, barang bayi dah cukup. Alhamdulilah. Dalam duk gelisah, takut tak cukup serba serbi, rupanya cukup sudeh.

Makanya, bila semua barang sudah sedia, apa lagi, sesi mengemas barang-barang puler la. La la la. Macam mahu pegi makan angin saja bunyik. Setiap kali lalu depan bilik yang sebuah lagi, tertinjau beg yang DUA itu. 1 kepunyaan saya. 1 lagi kepunyaan bayi. Hehehe.

Satu untuk saya.

Satu untuk dia. Encik Suami punya?

Biar saya perincikan kandungannya ya.

Untuk Ibu:

1. Maternity Pads (Kuantiti terpulang. Janji mencukupi)

2. Maternity Bra & Panties

3. Kain batik (Saya bawa 6 helai. Standby saja!)

4. Maternity Clothes (2 helai sekurang-kurangnya)

Untuk Dia:

1. Nappies (2pcs)

2. Nappy pins

3. Baby’s Cloth (3 helai – Bukan semua yg cun melecun ya boleh dibawa, yang PERLU sahaja)

4. Baby’s Cuddler

5. Diapers (8pcs)

6. Towel

Tips:

Pada saya, penyediaan beg untuk bayi adalah lebih sukar daripada diri saya. Huhu. Si bayi sudahlah belum lahir, fizikal badan pun saya tidak ketahuan, maka serba serbi memang blank masa nak isi beg bayi. Encik Suami pun sama. Pendek cerita kami ke Sg Buloh, bawa semua barang bayi supaya mudah utk Mama asingkan barang untuk kami. Ada tips berguna untuk dikongsi di sini, which is:

Pakaian bayi mesti ada dibawa bersama ke hospital. Jenis baju juga perlu betul supaya nurse tidak lah marah-marah kita nanti. Huhu. Maksudnya:

1. Baju dinasihatkan jenis berbutang. Asing baju dan seluar. Bukan seperti romper, atau romper berbutang sekalipun. Sebabnya, tali pusat bayi masih lagi belum kering waktu itu. Maka, pakaian berbutang sahaja sudah cukup.

2. Selebihnya, baju bayi sahaja sudah cukup. Maknanya tidak perlu ada seluar. Tetapi baju yang berbutang sahaja ya. Sebabnya seluar memang adakala bayi tidak akan pakai. Sebab bayi akan pakai nappies / diapers nnti. Lepas tu dibalut-balut dengan cuddler atau kain lampin  atau hood. Maka, nappies juga penting kalau dibawa lebih sikit.

Sebabnya, saya tertanya soalan mengong ni kat Mama.

“Mama, yang ni kenapa baju je. Seluar nya mana? Takkanlah takde. Sejuk kut baby.”

“Dia pakai lampin la nanti. Lepas tu dibedungkan je!”

“Ha ah ek. Silly me!”, kata hati saya je.

Ya. Ini adalah mengikut nasihat Mama saya. Masih ada kekurangan kah? Sebab kata Tok Ma, dia sendiri sudah lama tidak bersalin, so tidak berapa nak ingat barang apa yang perlu ada. Hahaha. Of course mama. Nama pun dah nak jadi Tok Ma. Hehehe. Tetapi katanya, mana yang dia suruh bawa ini sudah cukup. Basic yang perlu ada bila tanda-tanda kelahiran itu dah ada. Pendek kata, bila dah rasa sakit-sakit, dua beg ini grab sahaja. Jangan pikir panjang. Sebab semua benda dah tersedia, bukan? Senangkan kerja saya sudeh.

Nak kata terlalu awal bersedia, tidak juga. Just nice, mat salleh kata. Haha. Al-maklum kelahiran pertama. Sudahlah gelisah segala macam hal. Kalau ceritera beg-beg ini pun tidak boleh settle, memang masalah. Paling tidak, selesai 1 perkara bukan.

Barang-barang bayi yang lain mahupun set berpantang saya juga sudah tersedia. Cuma belum ada masa mahu berkongsi di sini sahaja. Set berpantang saya sangat3 menarik, tetapi belum tentu ‘sedap’ untuk saya. Huhu. Redha2. Nama pun kena berpantang, kena bertangkas, kena bertungku dan sebagainya. Wee!

Kalau ada perkongsian untuk saya berhubung kes ‘siap siaga’ saya ini, beritahulah saya ya. Perkongsian kan, 1 bentuk penjagaan juga? Derggh..Translation apakah? ;-)

Popularity: 41% [?]