Hehe. Awkward. Nama baru. Vizza Vivo. Atau lebih familiar dengan Pizza Vivo. Hehe. Saja, gedik2 tukar pangkal huruf jadi V. Mcm perbualan sesetengah kawan saya di Twitter. Maaf, saya cilok sekejap ya.
Kan sudah saya bilang, craving saya bukan melibatkan saya seorang. Encik Suami pun sama. Huhu. Suatu petang, yg mana dia tidak bekerja dan mengambil saya dari tempat kerja, dia sms lebih awal.
“Kita makan Vito pizza yok!”
“Vivo Pizza la my dear. Vito tu choc susu bancuh tu ha, mahukah?. Ni mesti tertengok kat AFC lagi ler tu”
“Hehe. Jom!”
“Set!”
5.30pm saya keluar office. Berjalan dengan mengahnya menuju ke kereta. Kereta berkilat. Wee! Jan Di telah dibawa basuh. My Jan Di, kalau lepas cuci, memang berkilat-kilat macam baru keluar kotak. Sayang Jan Di! Ke mana lagi kami? Terus sahaja ke The Curve, mencari VIVO!
Menanti Vizza dihantar ke meja. Dialah orangnya yang dikatakan sedang mengidam.
Scallop yang sedap. Tidak nyesal order, sebab banyak juga.
Saya, si Ibu yang menggemari scallop. Hehe. Selalu dapat rasa scallop di Sushi King sahaja.
Ini yang dipanggil Seafood Spaghetti Aglio Olio. Mmg menariks presentationnya. Gugat selera. Sekali rasa, pedas banget!Perggh!Tak hengat. Encik Suami perhabis. Too hot for me and baby. Ibu tak tahan.
Last sekali, yang sampai ke meja kami adalah VIVO Vizza nyer. Tetapi……..malang. Yang jadi kegilaan Encik Suami inilah, yang kami lupa amik gambar. Huhu. Sadis. Punyalah tak sabar nak merasa kut. Hehe. Pendek kata, sedap dan kenyang kami malam itu. Puas, tak yah citer. Sudahlah affordable, service pun okey!Kalian tahu mana mahu cari Vivo bukan? Google!
Popularity: 49% [?]



