Monthly Archives: August 2010

Bliss, Bless…

Bliss, Bless…

What a bliss!Sejak akhir-akhir ni saya gemar guna perkataan yg sama ejaannya (lebih kurang sahaja) dengan perkataan tu. BLESS. BLESS or BLISS, dua-dua pun membawa maksud yang penyayang, harmoni dan membahagiakan. Seperti contoh keadaan saya sekarang. Ya sekarang. Contoh situasi:

1. Bahagianya...dapat duduk di rumah, dan tidak lagi berada di dalam wad.

2. Bahagianya...dapat tatap wajah Encik Suami, dan tidak lagi menatap jam dinding di dalam wad.

3. Bahagianya...dapat rasa masakan air tangan Mama, dan tidak lagi makanan hospital yang hari-hari pun menu sama.

4. Bahagianya…dapat online (sekurang-kurangnya 8 jam) lihat-lihat dunia, dan tidak lagi tenung tingkap hospital sampai rasa macam nak terjun tingkap.

Bahagianya la hai..Bahagia benor!

Tiada lagi rasa nak bermuram durja, macam muka tahi kemek kena pijak. Oh tang muka ni, hanya Encik Suami saya sahaja yang pernah lihat. Terima kasih kerana sudi menatapnya juga (mungkin bagi sesetengah suami, wajah sebegitu boleh membantutkan selera makan mereka dengan sangat ketara. Hahaha).

Disebabkan mood bahagia, lebih-lebih lagi di kala ini yang macam kira detik bila lah Encik Suami nak bagi salam depan pintu rumah keluarga saya di Sg Buloh (kira-kira kurang 8 jam sahaja lagi) dan datang dengan muka penat-baru-lepas-habis-kerja tetapi excited nak dengar celoteh isteri (ye ker?), MAKA saya pun jadi berbahagia la menukar theme blog saya sekali lagi. Ditemukan pula dengan istilah Blissful Blog, saya jadi tertarik DAN memutuskan untuk menjadikannya tagline bagi alamat url www.AbbyHakka.com.

Wee!Saya suka!Amat3 suka!

Sedikit plain, tetapi simple. Biar sahajalah. Sebenarnya sudah terbayang di kepala apakah background image yang sesuai untuk theme ini. Tungggguuuuuuuuuuu. It will be in tile texture. Akan ada wajah-wajah comel di situ, insya-Allah. Amin Ya Rabb.

Sekian.

Tagline pun nak kena introduce ke? Huhu.

Okay, baik. My mistake. Semua pun hendak cerita di blog. Sebenarnya saya punya input lain. Baik, kita tukar tune.

xxx

Amalan membaca, amalan mulia. Penting dalam menambah ilmu di dada, mempersiapkan diri untuk segala macam hal yang bakal kita tempuh dalam kehidupan. Ya, saya memang tidak ralat membaca. Tidak kira di mana dan apa jua keadaan. Bising, senyap tiada mendatangkan masalah. Lebih-lebih semasa saya berada di hospital, atau ketika pergi buat antenatal check up. Sebab bagi saya menunggu momen untuk berjumpa pakar O&G memang saat paling bosan dalam hidup. Sebab apa? Sebab bosan sgt. Pembaziran waktu yang terbuang sia-sia mcm tu je.

Minta maaf kalau entry banyak berkisar pasal hospital. Kalau kalian ada peluang admitted atau menghuni di hospital, dan anda juga jenis manusia yang menghargai kehidupan, pasti hospital adalah tempatnya anda belajar kenal kehidupan. Which is sgt3 valuable!Serius!

Macam sekarang, berlambak-lambak magazine dan buku ada dengan saya. Saya tahu saya berada di rumah sahaja, berehat dan menjaga tekanan darah (haha..kena dijaga dan diselia gitu). Tetapi itu tak menghalang saya daripada membaca. Encik Suami yang tahu pe’el / perangai saya yang 1 ini, jadi serba tahu bila dan waktunya untuk dapatkan magazine yang saya suka. But this time, dibelikan saya satu buku baru di pasaran. To me, it is super duper interesting for me to read and to share here later . Buku apakah?

Kata Encik Suami, soon akan ada yang bersuara, “Ibu, saya lapar…”. Maka pengetahuan ini yang patut kami ada. Dari sekarang. Ya. Bukan nanti, bukan tunggu baby dah pandai demand minta bukan-bukan. Takut semua pun sudah terlambat waktu tu. Baik, sudah saya mulakan episod membacanya. Sekarang di dalam misi menyudahkannya. Magazine Pa&Ma, Parenthood, Mami & Baby dan few Singapore parenthood magazines juga ada di sekeliling saya sekarang.

MISI: Membaca sampai lebam. Selagi boleh, selagi belum sampai detik kelahiran, selagi belum bermula perkara-perkara baru.

Popularity: 41% [?]

Khabar, Tanya…

Khabar, Tanya…

Awal pagi di minggu baru ni, saya sudah terima sms yang bersifat penyayang. Tertera pada skrin N97 saya:

Nayzi Norman :

Salam…still remember me? How r u?

Me:

Salam. Of course, i still remember you teacher Izyan. Hehe..I’m good, Alhamdulilah. How abt u?

Nayzi Norman:

Alhamdulilah, ok. I used to keep track with ur fb and blog but lately been bz w stuff..was wondering has it been 9 months dy? Da dpt baby ke? Hehehe.

Me:

Thanks a lot for being my silent reader. *blushed. Yup, this Friday akan genaplah usia kandungan 9 bulan. And bila-bila masa saja je dari sekarang, i boleh bersalin. Doc predicted less in 2 weeks from now. Raya baby, he will be. Hehe.

Di atas adalah contoh. Sebahagian contoh. Di Facebook, tidak kurang juga yang bertanya soalan-soalan berikut:

1. Have you given birth yet?

2. Abby dah bersalin ke?

3. Nok, kau dah deliver ke? Diam-diam je.

4. Abby dah bersalin ke…? Kalau belum, bila due?

Dan etc…

Terima kasih kepada mereka yang bertanya. Maaf, agak klishe untuk mengulangi atau menepek semula pertanyaan anda di sini. Saya bukan apa, jadi cuak, takut dan debar juga sebenarnya. Berita belum sahih, sudah tentu saya tidak berani memberikan apa-apa statement atau kenyataan balas dalam ayat melampaunya, No Comment. Hahahaha.

Percayalah. Saya juga tidak sabar menantikan detik itu. Detik kelahiran. Encik Suami lebih-lebih lagi. Keluarga dah tentu. Kawan-kawan, sudah pasti ada juga yang excited dengan si kecil kami ini. Apa yang saya boleh simpulkan, pertanyaan demi pertanyaan, concerns dan kebimbangan yang anda lahirkan adalah merupakan DOA terbaik untuk kesejahteraan bayi kami. Dan mungkin untuk saya juga.

Terima kasih kepada yang bertanya. Kepada yang tidak, kesibukan hal ehwal semasa anda mungkin membataskannya. Tetapi tak apa, saya bukan jenis mudah kecil hati. Tetapi harus ngamuk sakan la bukan kepada mereka-mereka yang menggelarkan diri sendiri godmother and godfather pada baby saya, tetapi sonyap ja tanpa cerita!Apa kona? Sakit ka apo? Hahaha. See, Ibu ngamuk. Haha. Takde maknanya. Lama sgt Ibu tak jupe kawan-kawan sejak kahwin. Bila pregnant, pergerakan lagilah terbatas. Maka, haruslah kalian cari Ibu kan? Hehehe.

Suka Ibu dapat meninggalkan cebisan rasa bersalah dalam hati korang-korang, godmother and godfather sekalian. Hehehe. Kita jupe jugak nanti, kan? *Warning tone!Hahaha

Terima kasih semua. Sekarang, saya lagi ber-kerja-rehat-dari-rumah.

Err, macam mana tu? Menyiapkan baki kerja yang tertunggak dan tertunda disebabkan hospitalisation minggu sudah. Chow. Adios.

Popularity: 33% [?]

Kembali dan…

Kembali dan…

Yeay!Alhamdulilah!Syukur,nikmat dirasa!Terasa menjadi insan terpilih diuji kekuatan hati dan iman di bulan Umat ini. Bukan calang-calang, seawal 1 Ramadhan sudah diduga. Memang penangan takdir dan ketentuan Illahi itu adalah terbaik untuk umatnya.

Saya diduga, Encik Suami seperti diuji. Sama-sama ambil leka sebelum ini, tetapi sekarang semuanya jadi lebih berhati-hati. Alhamdulilah :) Saya senyum menangis melihatkan kesediaan Encik Suami menjaga hati dan emosi saya selama saya ditempatkan di wad. Ujian adalah kecil, tetapi memandangkan ini pregnancy yang sulung, kekurangan ilmu dan persediaan memang jadi teladan yang bukan sikit-sikit buat kami. Alhamdulilah, baby kami juga sihat seadanya. Mengikut ketentuanNya juga. Alhamdulilah. *Speechless

My swollen hand. 1st time nieh!Very the 1st dipacakkan jarum di sini!Errggghhh…

Baby’s progression. Alhamdulilah, he’s actively poking in my womb. Ibu enjoyed!

Semakin terasa lebih dilindungi apabila ditimpa musibah begini. Sakit yang pada mulanya disangka mahu melahirkan, rupanya didiagnos sakit lain. Sakit biasa di dalam pregnancy. Yang dipanggil preclampsia. Walaupun sakit biasa, tetapi jarang-jarang ada pada wanita mengandung. Dalam erti kata lain, rasa sakit, berat pada bahagian pelvis yang saya rasakan waktu itu adalah disebabkan infection pada urine saya. Albumin dikesan. Maka ditahan doktor untuk 24hrs monitoring.

Keesokan harinya, alhamdulilah. Sudah tidak terasa sakit macam mahu sakit beranak, contraction atau lain-lain. Tetapi hendak dijadikan cerita bacaan blood pressure saya pada malam sehingga menjelang pagi esoknya, jadi haywire sangat-sangat. Entah apa yang saya fikir, dan entah apa juga angin yang datang, toing toing toing bacaan BP saya. Lantas, ditahannya saya sehingga 8 hari lamanya di wad.

Waduh!Berat betul hati waktu itu. Sudahlah hajat mahu masak sahur dan berbuka pada Ramadhan yang pertama kami sebagai suami isteri tidak kesampaian, inikan pula diujinya emosi dan jiwa untuk duduk ‘santai’, ‘senang-lenang’, ‘rehat-rehat’ di hospital. Memang berambu air mata saya bermalam-malam. Kasihankan sangat2 pada Encik Suami. Memang tidak kesanggupan rasa lihat dia ulang-alik lawat saya di hospital. Sudahlah berkejar-kejar, kena pula ‘menjaga hati sesetengah pihak yang jenis-tidak-reti-menjaga-hati-orang-lain TETAPI reti-PERLI-orang-sahaja’ tu. Juadah berbuka dan bersahur dia pula entah macam mana, hati isteri mana la yang tidak tersentap :-(

Alhamdulilah, semua pun dah berakhir. Saya juga sudah pulang ke rumah. Ke rumah keluarga saya terus. Doktor ramal saya bakal bersalin kurang dari 3 minggu sahaja lagi. Pelbagai kebarangkalian boleh berlaku, dan Encik Suami tidak mahu lagi saya rasai sakit sendirian. Biar saya berada dekat dengan keluarga, walaupun terpaksa duduk berjauhan dengan dia buat sementara. Hanya bila dia ada hari cuti sahaja, dia akan bermalam di rumah Sg Buloh.

Tidak apalah, ini cuma sekejap sahaja. Nanti sudah ada baby, mesti hari-hari saya dapat tgk muka Encik Suami. Tapi waktu tu, kena silih ganti. Kejap tgk muka dia, kejap tgk muka baby. You tak kisah, kan? Hehehe.

Episod sedih sudah habis, sekarang episod berjaga-jaga pula ya. Saya tahu ramai dalam debar bertanyakan tentang si kecil dalam pewot ni. Ibu juga tak sabar sayang. Tetapi biarlah semuanya selamat sejahtera hendaknya. Ibu jumpa, dengar, lihat sendiri 1001 pengalaman dan ceritera ibu-ibu mengandung di hospital. Macam-macam. Sudah ada pengalaman juga tidur dengan bayi-bayi sepanjang 8 hari di sana. Manis. Biar saat dan waktunya ada juga untuk saya, Encik Suami dan baby kami. Doakan kami ya. Amin.

More on preeclampsia, click on this link. Good information for all pregnant mothers. :)

Popularity: 47% [?]

Benci Dalam Suka…

Benci Dalam Suka…

Wooo!Da bomb tak tajuk di atas? Berkobar hendak menaip ni. Walaupun tidak berapa nak ada mood (baik, berjangkit berhari-hari nampaknya!) dan tidak berapa nak research dan mencari segala macam input yang bagus2 di sini, tetapi saya gagahkan juga hendak bercerita.

Baik. Apakah yang saya benci dan apa pula yang suka itu eh? Boleh agak? Terror la kamu kalau mampu mengagak. Memang pengikut setia blog saya la kira. *Pocoyos tul!

Saya SUKA ini…

Suka giler!

dan saya BENCI ini…

Benci giler!Menci!

Sudah pasti perkara yang saya suka, saya akan kasi cerita sama semua. Yang di atas itu, pasti ramai tahu kan. Minggu sudah memang minggu special untuk peminat-peminat CSI. Siapa giler CSI sahaja yang ambil kisah. Saya antaranya, dan memang tertunggu-tunggu tak payah nak kata. Malam Rabu sudah saya tunggu. Opening act adalah dari CSI Miami, CSI kegemaran Encik Suami. Diikuti oleh NY dan kemudiannya, Vegas. Terbaik la jalan ceritanya.

Sinopsis:

Dari Miami, ceritanya bermula (Eceh, cerita mat saleh, tetapi nak buat gaya penglipur lara!Memang tak kena langsung). Si ketua yang pocoyo itu, Mr H diminta mencari seorang anak gadis yang hilang. Pencarian kali ini dashyat2. Melibatkan kaki, tangan dan anggota badan yang dipotong-potong. Kemudian kad kredit anak gadis yang hilang tadi digunakan pulak oleh 1 lagi gadis lain.

Maka ceritera potong-potong tadi diselesaikan dulu, dan setelah disiasat ada kaitan pula dengan kes yang sedang dalam perhatian Dr Ray, si pakar CSI yang talented habis!. Adalah jemputan dari H untuk Ray, datang ke Miami dan siasat bersama kes gadis hilang tadi. Kemudian, selidik punya selidik, kes yang melibatkan gadis-gadis ini semua didalangi satu kumpulan dipanggil Zetas! (Satu nama baru). So, pencarian mereka bukan setakat di Miami, tetapi mungkin sehingga ke luar MIAMI.

Di NY, golongan Zetas ini nampaknya memang betul-betul wujud. Ahli kumpulan semua sanggup mati tutup mulut tak mahu dedah cerita kepada CSI. Terpaksalah Mr Ray mencari-cari klue sendiri dengan bantuan si kacak Mac Taylor pula. Di jalan cerita kedua ini, 1 lagi gadis lain itu rupanya si WATAK UTAMA cerita. Namanya Madeline Briggs. Dialah yang mula membuat saya ada bibit-bibit rasa benci dan menci.

Bibit-bibit ya?!Yucksssssssssss!Sesekali penggunaan bahasa kontra yang melampau…hehehe

Jelas dan nyata, si Madeline ni mangsa pemerdagangan orang. Baik-baik, sambung ke CSI. Di NY, Madeline tidak ketemuan juga. Dan kembalinya ke Vegas, subang milik Madeline ada pada salah satu mayat (kes baru) di Vegas. Huhu. Di Vegas, baru terbongkar siapa dan siapa yang menjadi downline kepada kegiatan Zetas ni. Perniagaan keluarga katanya ya. Whatthe…..?! Eh semakin menci tgk penghujung cerita. Pendek kata, atau penghabis cerita….Madeline sebenarnya selamat dan kembali sendiri kepada CSI Ray sebaik sahaja menerima sms berangkai yang dihantar oleh Ray kepada semua mangsa-mangsa ‘dagangan’ ini.

Hebat tau, nama pun perniagaan keluarga, maka pelaburan besar untuk ‘menternak’ mangsa-mangsa dagangan mereka ni. Dibekalkan handphone dengan 1 sistem yang boleh dipantau oleh Pak/Mak hayam diaorg. Classssssssssss bukan?!Derghhh.

Nukilan:

Kamu perasan bukan sekarang, kenapa saya jadi benci dalam suka? Mulanya jadi loya-loya juga tengok badan dipotong sana sini. Tetapi AXN bijak, dislow motionkan semua gerakan. Glad. Tetapi storyline memuncak best. Lepas satu-satu jump case. Jumpa bukti itu ini. Memang karya CSI terbaik walau ke season berapa sekali lah rasanya. Sokong!.

Isu Pemerdagangan Orang ini rupanya dah jadi membiak. Masalah dunia dan universal dah saya rasa. Di Malaysia sendiri sakan naik. Mencanak-canak berita tentangnya dalam akhbar. Sampai 1 tahap, 1 bayi = RM10k harganya. Subhanallah. Mengucap dengar. Datuk dari Kuching, Sarawak punya kes. Dengan anak sekali buat niaga. Memang betul LIFE IS DRAMA. Sebab tu CSI wat storyline gitu. Geleng-geleng.

Saya sendiri baru dikejutkan dengan berita kehilangan. Si sepupu. Walau hilang tidak sampai 8 jam. Sepatutnya berada di rumah selepas waktu sekolah, tetapi alih-alih jam 6pm orang Jabatan Kebajikan Masyarakat menelefon kata sepupu ada di Kuala Selangor. Memang terkejut! Inikan budak lelaki yang diambil oleh entah mana-mana perempuan (memang tiada hati, limpa ini olang!) dibawanya sampai ke Kuala Selangor sana.

Gesa saya, kalian berjaga-jagalah. Saya juga bakal punya anak tidak lama lagi. Bukan hendak kata dunia tidak selamat, tetapi hakikatnya mungkin betul. Berjaga-jagalah kamu selagi boleh dan bertawakal sama supaya kita sentiasa di bawah perlindunganNYA.

Saya kurang gemar hendak ulas panjang hal ‘dagangan’ yang melibatkan wanita ini. Adakala merengsakan!Menyeksakan kalau didengar satu persatu. Saya wanita, tidak boleh bayangkan kalau diperlakukan sebegitu rupa. Saya juga punya Mama, adik perempuan, sepupu, makcik, saudara-mara perempuan. Wanita, sejauh mana kita pergi, di mana sahaja kita melangkah, berwaspadalah. Tawakal sama. Saya mengingatkan diri saya juga. Insya-Allah, kita di bawah lembayung rahmatNya. Amin.

Popularity: 47% [?]

Siap siaga…

Siap siaga…

Huh!Gegak gempita habis tajuk entry. Gamak cam nak kenderaan mahu perang. Eh eh. Lirik lagu masuk plak. Bukan3. Nehi3. Biasa-biasa aja. Mood juga, ala kadar. Ala tak siap pasang pun ada. Serba tak kena. Tidur tak cukup. Mata bengkak nangis, tak sanggup duk berjauhan dengan Suami a.k.a macam-macam hal di pagi Senin ni.

Eh eh, apa ni? Mood tak siap pasang pun mahu dihebah ke? Bior!Huhu. Feeling tak besh!Nak balik!

Baik-baik. Sebenarnya ada perkongsian di sini. Ceritera Siap Siaga saya. Ke mana? Ke hospital la. Mana lagi. Ke tempat lain dah tak jadi minat, kecuali shopping barang bayi. Hehehe. Tetapi buat masa sekarang, memang aktiviti shopping dah dihentikan. Sebab kata Tok Ma, barang bayi dah cukup. Alhamdulilah. Dalam duk gelisah, takut tak cukup serba serbi, rupanya cukup sudeh.

Makanya, bila semua barang sudah sedia, apa lagi, sesi mengemas barang-barang puler la. La la la. Macam mahu pegi makan angin saja bunyik. Setiap kali lalu depan bilik yang sebuah lagi, tertinjau beg yang DUA itu. 1 kepunyaan saya. 1 lagi kepunyaan bayi. Hehehe.

Satu untuk saya.

Satu untuk dia. Encik Suami punya?

Biar saya perincikan kandungannya ya.

Untuk Ibu:

1. Maternity Pads (Kuantiti terpulang. Janji mencukupi)

2. Maternity Bra & Panties

3. Kain batik (Saya bawa 6 helai. Standby saja!)

4. Maternity Clothes (2 helai sekurang-kurangnya)

Untuk Dia:

1. Nappies (2pcs)

2. Nappy pins

3. Baby’s Cloth (3 helai – Bukan semua yg cun melecun ya boleh dibawa, yang PERLU sahaja)

4. Baby’s Cuddler

5. Diapers (8pcs)

6. Towel

Tips:

Pada saya, penyediaan beg untuk bayi adalah lebih sukar daripada diri saya. Huhu. Si bayi sudahlah belum lahir, fizikal badan pun saya tidak ketahuan, maka serba serbi memang blank masa nak isi beg bayi. Encik Suami pun sama. Pendek cerita kami ke Sg Buloh, bawa semua barang bayi supaya mudah utk Mama asingkan barang untuk kami. Ada tips berguna untuk dikongsi di sini, which is:

Pakaian bayi mesti ada dibawa bersama ke hospital. Jenis baju juga perlu betul supaya nurse tidak lah marah-marah kita nanti. Huhu. Maksudnya:

1. Baju dinasihatkan jenis berbutang. Asing baju dan seluar. Bukan seperti romper, atau romper berbutang sekalipun. Sebabnya, tali pusat bayi masih lagi belum kering waktu itu. Maka, pakaian berbutang sahaja sudah cukup.

2. Selebihnya, baju bayi sahaja sudah cukup. Maknanya tidak perlu ada seluar. Tetapi baju yang berbutang sahaja ya. Sebabnya seluar memang adakala bayi tidak akan pakai. Sebab bayi akan pakai nappies / diapers nnti. Lepas tu dibalut-balut dengan cuddler atau kain lampin  atau hood. Maka, nappies juga penting kalau dibawa lebih sikit.

Sebabnya, saya tertanya soalan mengong ni kat Mama.

“Mama, yang ni kenapa baju je. Seluar nya mana? Takkanlah takde. Sejuk kut baby.”

“Dia pakai lampin la nanti. Lepas tu dibedungkan je!”

“Ha ah ek. Silly me!”, kata hati saya je.

Ya. Ini adalah mengikut nasihat Mama saya. Masih ada kekurangan kah? Sebab kata Tok Ma, dia sendiri sudah lama tidak bersalin, so tidak berapa nak ingat barang apa yang perlu ada. Hahaha. Of course mama. Nama pun dah nak jadi Tok Ma. Hehehe. Tetapi katanya, mana yang dia suruh bawa ini sudah cukup. Basic yang perlu ada bila tanda-tanda kelahiran itu dah ada. Pendek kata, bila dah rasa sakit-sakit, dua beg ini grab sahaja. Jangan pikir panjang. Sebab semua benda dah tersedia, bukan? Senangkan kerja saya sudeh.

Nak kata terlalu awal bersedia, tidak juga. Just nice, mat salleh kata. Haha. Al-maklum kelahiran pertama. Sudahlah gelisah segala macam hal. Kalau ceritera beg-beg ini pun tidak boleh settle, memang masalah. Paling tidak, selesai 1 perkara bukan.

Barang-barang bayi yang lain mahupun set berpantang saya juga sudah tersedia. Cuma belum ada masa mahu berkongsi di sini sahaja. Set berpantang saya sangat3 menarik, tetapi belum tentu ‘sedap’ untuk saya. Huhu. Redha2. Nama pun kena berpantang, kena bertangkas, kena bertungku dan sebagainya. Wee!

Kalau ada perkongsian untuk saya berhubung kes ‘siap siaga’ saya ini, beritahulah saya ya. Perkongsian kan, 1 bentuk penjagaan juga? Derggh..Translation apakah? ;-)

Popularity: 41% [?]

‘Vizza’…

‘Vizza’…

Hehe. Awkward. Nama baru. Vizza Vivo. Atau lebih familiar dengan Pizza Vivo. Hehe. Saja, gedik2 tukar pangkal huruf jadi V. Mcm perbualan sesetengah kawan saya di Twitter. Maaf, saya cilok sekejap ya.

Kan sudah saya bilang, craving saya bukan melibatkan saya seorang. Encik Suami pun sama. Huhu. Suatu petang, yg mana dia tidak bekerja dan mengambil saya dari tempat kerja, dia sms lebih awal.

“Kita makan Vito pizza yok!”

“Vivo Pizza la my dear. Vito tu choc susu bancuh tu ha, mahukah?. Ni mesti tertengok kat AFC lagi ler tu”

“Hehe. Jom!”

“Set!”

5.30pm saya keluar office. Berjalan dengan mengahnya menuju ke kereta. Kereta berkilat. Wee! Jan Di telah dibawa basuh. My Jan Di, kalau lepas cuci, memang berkilat-kilat macam baru keluar kotak. Sayang Jan Di! Ke mana lagi kami? Terus sahaja ke The Curve, mencari VIVO!

Menanti Vizza dihantar ke meja. Dialah orangnya yang dikatakan sedang mengidam.

Scallop yang sedap. Tidak nyesal order, sebab banyak juga.

Saya, si Ibu yang menggemari scallop. Hehe. Selalu dapat rasa scallop di Sushi King sahaja.

Ini yang dipanggil Seafood Spaghetti Aglio Olio. Mmg menariks presentationnya. Gugat selera. Sekali rasa, pedas banget!Perggh!Tak hengat. Encik Suami perhabis. Too hot for me and baby. Ibu tak tahan.

Last sekali, yang sampai ke meja kami adalah VIVO Vizza nyer. Tetapi……..malang. Yang jadi kegilaan Encik Suami inilah, yang kami lupa amik gambar. Huhu. Sadis. Punyalah tak sabar nak merasa kut. Hehe. Pendek kata, sedap dan kenyang kami malam itu. Puas, tak yah citer. Sudahlah affordable, service pun okey!Kalian tahu mana mahu cari Vivo bukan? Google!

Popularity: 38% [?]