Tidak ketahuan sebenarnya tujuan menulis post ini. Hahaha. Macam tiada punca. Tetapi dalam kepala dan memori, banyak perisitwa yang berlaku lately. Hendak dicerita semua, memang kena ada persediaan mental dan fizikal hendak dicurahkan semua di sini.
Baik!Tekad!Kita buat entry panjang kali ini!Yeay!
*Bunyi seperti tiada kerja lain, bukan? Hahaha sesekali. Apa salahnya? Tak gitu? Seperti memberi ganjaran kepada diri sendiri. Wee!
Pengakhiran…Saya rujuk kenyataan ini kepada pregnancy saya. Setiap hari, setiap minggu, saya kira detik. Kira usia si kecil dalam perut. Macam mana saya rancak kira, macam itu jugalah si kecil rancak bergolek-golek dalam perut saya. Kelakar. Bila saya ajuk bercakap manja dengan dia (ini sesi khas saya bersama baby, dah jadi amalan dan rutin), dia macam faham maksud saya. Lagi galak dia alun-alunkan perut ni. Kalau saya sedang khusyuk tgk TV dan buat tak layan je dgn gerakan dia (seperti contoh, kalau saya sedang tonton GLEE..hehe), baby macam meronta-ronta diminta berborak. Hahaha. Perasaan saya sahaja. Tetapi betul mungkin.
Al-maklum, dulu saya seorang. Sekarang kalau saya ‘seorang’ di rumah, sebenarnya saya duduk ‘berdua’. Berdua dengan baby saya. Berdua bukan kah lebih baik? Sebab itu, Encik Suami cemburu. Saya pergi bekerja, dengan anak kami, saya di rumah dengan anak kami, saya buat apa sahaja pun dengan anak kami. Encik Suami, ke mana pun seorang!Sebab itu dia hangin. Hehehe. Dan sebab itu juga, kalau ada sahaja kesempatan untuk kami keluar makan, shopping atau berehat bersama (ini termasuk waktu rehat Encik Suami di tempat kerja yg tidak menentu itu), Encik Suami seboleh-boleh mahu join kami.
Tgk baby, betapa cintanya Abah pada kamu!*Tetapi malang, masih ada yang selfish. Hahaha. Boleh buat tajuk lagu!
Menjelang pengakhiran ini, saya semakin-makin rasa mudah senak-senak perut. Back pain, sleepless…dah menjadi kronik!Hampir setiap malam. Balik dari kerja, saya memang dah tak boleh nak luang masa tgk tv. Kecuali kes-kes tertentu, seperti adanya GLEE, Desperate Housewives, Ghost Whisperer atau CSI. Hahaha. Bila duduk, sakitnya lain. Bila baring, sakitnya lain pula. Tidur malam saya jadi terganggu. Dan mudah juga berjaga malam. Terkebil-kebil saya tatap muka Encik Suami yang-jelas-lagi-nyata-tak-kuasa-dah-layan-muka-isteri-bila-penat-balik-kerja. Hahahaha. Seb baik muka dia cute, maka saya tak jadi kacau-kacau dia. Kalau tidak, mahu sudah ada baby nanti, ditepuk-tepuknya muka Abah nnti. Hahahaha. Tanpa mengira situasi yang-jelas-lagi-nyata-tak-kuasa-dah-layan-muka-isteri-bila-penat-balik-kerja.
Tak apa, Encik Suami jenis redha. Hehehe. Saya kacau, baby kacau, dia YA kan sahaja. Orang lain, belum tentu eh!. Saya warning, orang lain belum tentu. Sesetengahnya. Hehehehe.
Sejak-sejak nak ‘berakhirnya’ pregnancy ni juga, Encik Suami banyak membantu pergerakan saya. Pendek kata, saya gagah berjalan di hadapan public. Tetapi bila di rumah, cramp, sengal dan lenguh are everywhere on my body and leg!Hehehehe. Comel kan? Buruk tul statement. Hehehe. Macam gagah berjalan, tetapi bila di rumah, sakit sana sini. Fake giler. Hahaha. Lumrah bukan. Haruslah saya gigih berjalan, memudahkan saya bersalin juga nnti. Bila di rumah, saat hendak membaringkan diri ITU sahaja, yg pada saya, memang saya akan rasa sengal sana-sini dulu, kemudian baru boleh lena tidur.
Tetapi tidak akan selena-tidur-si-encik-suami. Tahap kepuasan tidur saya sudah jadi sedang-sedang sahaja. Silap-silap saya boleh bangun tengah malam, buat sesi ‘senaman’ mulut atau mata tonton TV. Hehehe. Mujur Encik Suami tidak mudah melatah menangani saya. Kalau sesetengah lelaki di luar sana, mungkin sudah bising-bising atau mengeluh sana sini melayani isteri. Syukur!Saya dikurniakannya. Sudahlah memahami, menghulurkan bantuan pula bila perlu. Ohh heart you!
Moga anak kita mencontohi dirimu, sayang!
Cakap pasal pengakhiran ini, menariknya, soal makan dan selera memang tiada pengakhirannya pada saya. Wuahuahua. Saya craving untuk makan banyak benda juga. Dapat dalam kuantiti sikit, jadilah. Wat pelepas rasa. Apa antaranya? Memang betul saya craving, sebab apa yg saya mahu memang jarang-jarang saya makan dan tidak suka pun:
1. Roti canai banjir.
Memang tak suka part banjir tu. Lepas tu, teringin-ingin mahu makan kuah dal dgn sangat banyak.
2. Pengat durian.
Terbaik selalunya datang dari masakan Mama. Memang terbaek. Sehingga menjilat-jilat jari dan roti lah saya. Tidur semalam juga kami di Sg Buloh. Maka dua hari melantak pengat durian bila ada masa terluang. Hahaha.
3. Nasi beriyani
Ini bukan craving saya. Tetapi Encik Suami. Secara tiba-tiba call saya di pejabat, tanya mana boleh dapat Nasi Beriyani best. Hahaha. Saya muntah-muntah malam sebelumnya (ada juga rasa mual, tapi tak sekerap mana), esoknya ada orang lain craving. Last2, dapat juga lepas rasa kat Mak Tim Keramat. Sedap juga.
4. Aiskrim Goreng
Ini craving terbaru. Sampai hari ini, tak dapat2 lagi. Saya jenis kalau craving, bukan merengek macam anak kecil. Saya teringin, saya cari. Saya bagitahu Encik Suami. Kalau boleh penuhi permintaan saya, kami sama-sama cari. Hehe. Takde adegan hentak-hentak kaki macam budak kecik okeyh? Anakku nanti, jangan juga dibuat perangai nangis depan umum ya kalau tak dapat apa yg Ibu dan Abah beli. Sebab Ibu dan Abah pun tak bising-bising okeyh?
5. Sate
Craving sate bukan benda baru. Sebab lalu selalu di Jalan Tun Razak tu, terpandang sate macam sedap je kalau makan. Demi penuhi hasrat saya ni, Encik Suami bawa juga makan. Bawa sekali Uncle Kumaran. Si penglipur lara saya kalau saya mahukan cerita panas, gosip dan ‘entertainment’. Keletah dia je dah menghiburkan. Hahaha. Tu belum masuk lagi gelagat si Parida atau rakan-rakan lain. Leh jadi terhibur tgk journalist-journalist ni bercerita. Dengan segala macam cerita politik, luar dan dalam kain orang (hahaha…Ini kes ‘kain’ yg memang dah terdedah ya!Bukan sengaja didedahkan! Penting nieh!) dan lain-lain.
Lain-lain tiada rasanya. Craving yang pelik-pelik macam di atas tadi je. Yg lain, biasa sahaja. Habit atau tabiat pun macam biasa juga, tiada pulak craving nak beg LV or Carlo Rino or Bonia atau apa-apa brand yang ada. Memang tiada lah.
Menjelang ‘pengakhiran’ ini juga, saya kerap sampai ke rumah lewat. Kerja banyak juga, but still manageable. Kerja-kerja rumah masih sempat dibuat pada hujung minggu sahaja. Itupun kadang-kadang tidak menjadi, kalau sudah berjalan-jalan ke Sg Buloh. Lately, kerap kami singgah ke rumah Tok Ma, Tok Abah. Menghantar barang-barang bayi ke sana dan spend masa dengan makanan best di sana. Hahaha.
Bukanlah. Rindu suasana perumahan teres. benornya. Tenang, dan ada kesempatan ke masjid mmg buat Encik Suami suka lepak di Sg Buloh. 1 lg, macam kena jadikan amalan juga. Sbb Sg Buloh soon jadi kampung bayi kami, di mana adanya Tok Ma dan Tok Abah. Hahaha. Perjalanan ke Sg Buloh kena dianggap sebagai journey pulang ke kampung. Lagi-lagi menjelang puasa nnti. Hahaha. 1 budaya yg best bg saya yang sibuk bekerja pada weekdays dan Encik Suami yang bekerja syif. Tidak apa, sayang. Ada peluang dan rezeki, kamu akan bekerja di tempat yang lebih baik juga nnti. Amin!
Cukup panjang kah belum? Belum?! Baik-baik, sambung.
‘Pengakhiran’ datang bersama-sama Ramadhan. Wee!Masuk minggu kedua Ramadhan, saya bakal berulang-alik dr Sg Buloh pula. Masa itu, mungkin Tok Ma atau adik yang menghantar saya ke tempat kerja. Encik Suami bakal duduk seorang di rumah kami. Sesekali mahu lepas rindu dengan saya, mungkin dia perlu ke Sg Buloh berjumpa saya. Ini semua persediaan menjelangnya kelahiran. Hehehe. Kira detik, kira waktu juga. Berdebor sahaja hati ini kalau bercakap mengenai kelahiran
Nak akhir-akhir ini juga, saya didatangi mimpi yang macam-macam. Terbaru, saya sudah pangku bayi saya. Cukup sempurna. Berambut lebat lagi ya. Ohh my son, kata saya!Hehe. Insyallah, segalanya bakal indah juga nnti. Dipermudahkan juga semua urusan. Insya-Allah.
Dramatik tak pengakhiran post ni kalau gini? Bosan?
Arghh..Pedulik! Sekian.
Popularity: 92% [?]