Kira, Hitung…
Eh eh lamanya ekau sambung birthday, Abby. Best kah? Takde gambar-gambar untuk dikongsi?!
Haha statement tidak berkadaran. Saya punya ultah, saya punya suka lah bukan. Mahu berapa lama dibiarkan bersawang blog ni?. Tetapi..saya pernah sanggup ‘memadukan’ blog ini dengan perkara lain lama-lama. Pokok pangkal, tidur mandi makan mesti teringat punya.
Cuma yang membataskan hanya si kecil dalam tummy ni dan simptom serta tempias sifat mim alif lam sin yg disokong penuh oleh baby saya. Dalam erti kata lain, dia mahu saya rehat sepenuhnya lorh. Isnin-Jumaat sudah kerjaan, ditambah Sabtu Ahad mahu dihadap sahaja laptop, dia pun pandai merajuk what…Hehe
Ya, sekarang saya sedang lagi kira detik dan minggu untuk menginjak ke usia 9 bulan pregnancy. Fuhh~ Takut, debor, cuak campur gerun pun ada. Macam-macam persoalan bergolak. Persiapan? Jangan cakap. Beg saya dan bayi sudah disediakan awal-awal. Bising Tok Ma setiap kali Sg Buloh. Ditanya macam-macam:
Dah asingkan beg dah? Beg awak dan beg baby? Berapa banyak lampin awak bawak? Kain batik cukup tak? Baju-baju dia dah masukkan?
Wah, kaget. Siapa kaget sekarang? Saya ke Tok Ma? Hahaha.Yang penting, 1 family saya memang sedang dalam keadaan debor tetapi pura-pura tak mahu debor. Gitulah mereka. Gerangannya mmg gitu. Relaks tetapi tidak relaks pun. Hahaha. Tok Abah lagi sempoi. Cool sahaja. Tetapi jauh sudut hati saya tahu dia pun excited sama nak jadi atuk. Hehehe. Comel sangat lah tu!
Baik, minggu sudah saya ada antenatal check up. Semuanya berada di dalam keadaan baik-baik sahaja. Bayi saya juga sudah seberat 2.3kg. Alhamdulilah. Patutlah mengah Ibu sayang. Kalau menendang sekarang, memang dah tahap berkungfu dah rasanya. Cuma tiada ‘jodoh’ saya je nak tgk kecomelan kakinya timbul kat muka perut ni. Hahaha. Tak apalah sayang, janji kamu bahagia dan keluar dengan mudah nnti.
Bahan bacaan saya, semakin-makin bertambah lately. Encik Suami turutkan sahaja. Dia tahu saya kaki magazine maka dia akur. Dek kerana saat-saat saya sedang begini, Encik Suami pun jadi belek buku sama. Dalam diam, saya perasan. Adakalah, dia mahu share dengan saya. Tetapi saya dah tahu dulu. Hehehehe. Tak apa, dia lagi sibuk dengan dunia sukannya, dunia parenthood ni, dia mmg harap saya spoon fed dia pada awalnya. Tetapi sekarang, dia sendiri ambil inisiatif nak tahu. Chaiyok3 hun!
Hmm selera? Bertambah-tambah. Saya tidak memilih sangat makan. Cuma mulut memang kerap sangat ‘bersenam’. Selang dua jam, mesti ‘bersenam’. Sedangkan saya bersenam hujung minggu sahaja. Hahahaha…Kalau mahu tengok saya bersenam dengan dashyatnya, tengoklah saya semasa sedang shopping. Memang rajin dan ronda. Hehehehe. Itulah senaman dan terapi terbaik pernah saya buat sepanjang pregnancy. Kawan-kawan lain boleh cuba eh.
Ada masa saya blogging lagi k. Sekarang, blog kena dibahagi-bahagi dengan urusan kantor. Kena siapkan kerja as if esok maternity leaves bermula!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Go Abby, go!
Popularity: 62% [?]
