Senarai Harapan…

Dalam erti kata lain, WISHLIST. Eh betul ke translation saya. Ah bantai. Harapan sangat buat senarai-senarai ini semua. Hehehe. Motif? Mahu dapat sekantung wishlist depan mata bila bangun Subuh esok? Hehehe. Harapan saaaaaaaaaangatttt!

Haha. Ada apa eh pagi esok? Ada apa wei? Eceh, saya malu mahu cerita. Sendiri mahu tahu la bukan? Alert please semua.

Alorh, birthday saya jerk!Bukan birthday saya ada Hari Cuti Umum ke apa, betul tak? Sebab tu ramai lupa. Hahaha, rajuk tidak menentu. Macam hormon yang kecamuk dari hujung rambut ke hujung kaki sekarang. Hehehe. Yes, yes! Saya semakin, semakin meningkat usianya. Meningkat juga berat badannya dek kerana penangan yang ada dalam tummy. Tidak apa, dlm tummy ni cinta hati baru saya. Cinta hati saya dan Encik Suami. Maka gain weightlah kamu Abby dengan nyamannya ;-)

Berbalik soal ‘senarai harapan’ saya, apa saya mahu di usia baru ini eh? Usia 24 tahun sudah!. Muda-muda. Muda lagi bertenaga. Wee! Apa ya? Banyak la. Banyak sangat.

Bakul ini sangat cute. Tetapi yang saya lihat di baby store, lagi comel. Kelambu dan tilam, 2 in 1. Ringan juga.

Setiap hari surf, jumpa sahaja saya dengan toy yang cun melecun ni. Macam-macam rupa and function. Cantek, comel pulok!


Cukup banyak tidak? Saya bukan mahu 1 untuk setiap 1, lagi-lagi gambar terakhir tu. Saya mahu lebih. Sebab? Sebab apa kamu tanya saya? Sebab CUMIL lah! Tahu tidak bayi itu comel kalau berbaju ;-) Derhh, of course my dear baby. Kamu akan disarungkan pakaian indah-indah. Sekarang kalau beli walau seguni pun, Ibu rasa tidak cukup taw!So apa Ibu buat? Ibu stop membeli. Tunggu hadiah dari kawan-kawan. Hahaha. Tiada maknanya sayang. Ibu stop membeli untuk ketenangan jiwa Ibu juga. Lagi membeli, lagi dirasakan tidak CUKUP. 1 lagi, Ibu wanna get rid from Tok Ma nye bebelan. Hehehe.

Tok Ma bebel macam-macam kan baby? Mana Ibu beli semua tak kena. Baik, kita tunggu Tok Ma nak beli apa. Dibelinya Ibu set bersalin TAW!Wah, mahal tidak hengat okeyh!Tapi Tok Ma kata bagus, banyak guna. Oh Ibu beli mahal, Ibu kena marah!Tak aciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

Sepertinya wishlist saya semua pun berkaitan baby. Tiada langsung untuk saya. Hehehe. Keluar sudah ayat sedih saya. Hahaha. Apapun, saya bersyukur dengan apa yang saya ada di usia baru ini. Kemeriahan? Sambutan? Tidak apalah. I am not looking forward any. Even dari Encik Suami.

Tetapi kalau ada, LAGI BAGUS!Hehehe. Who knows? Pecel lele pun TERBAEK apa!Okay, ramai dah geleng-geleng kepala. Hehehe.

Dipanjangkan usia sehingga ke saat ini juga sudah bersyukur banyak. Dengan kesihatan dan akal minda yang sebegini baik juga sudah patut saya rasa bangga dan happy. Inikan pula dgn adanya Encik Suami dan baby yang bakal lahir, ditambah pula dengan keluarga saya yang semuanya masih ada di belakang saya, saya rasa saya TIDAK LAYAK meminta apa-apa hadiah atau pemberian daripada semua.

Yang saya mohon sangat-sangat waktu ini, hanyalah doa dari semua. Semoga kelahiran bayi saya ini dipermudahkanNya dan selamat lahir ke dunia tidak lama lagi. Seperti mana baby tidak sabar lihat dunia, tidak sabar juga Ibu dan Abah mahu dukungnya. Doakan saya dan baby saya  di Hari Kelahiran saya yang ke-24 ini ya. Amin.

Popularity: 59% [?]

Leave A Comment