Keperluan…

Keperluan…

Masih ingat kepanikan yang dialami saya dan Encik Suami? Huhu tak usah cerita. Sekarang, lagi best. Suami isteri silih berganti didatangi mimpi tentang bayi, saat kelahiran, saat di labour room dan macam-macam lagi. Sekiranya ada mimpi-mimpi ini, cepat-cepat kami berkongsi cerita. Semua pun sebaik sahaja saya sampai di office (al-maklum, syif bekerja kami tidak sama. Saya dah bangun tidur, Encik Suami di hospital sudah dukung baby kami…hahahaha). Kami jadi tergelak sendiri. Hehe.

Bila difikirkan semula, memang SAH kami dilanda sedikit rasa gelisah. Justeru, kami sedang di dalam zon berjaga-jaga. Apa yang bakal berlaku, semuanya adalah pengalaman pertama kami. Banyak juga insan-insan yang kami rujuk, semuanya memberikan pendapat yang berbeza-beza. Semua pun kami ambil tahu sebagai langkah persediaan. Saya  alert perkara-perkara yang perlu saya tahu sekiranya tanda kelahiran itu semakin hampir, sementara Encik Suami pula bersedia dari sudut hal-hal kecemasan yang tidak kira masa, tempat dan detiknya bila ia akan berlaku.

Huhu. Sounds serious bukan? Haruslah!. Sudahlah ini pengalaman pertama kami, maka perkara kecil tak boleh dipandang enteng. Eh eh, bahasa tinggi nampak? Baik bahasa kamu malam ini, ada baik mood jugak kah? Tidak rasa mahu melenting-melenting macam pasts entries?! Hehehe

Bercakap soal keperluan, ya, kami sudah menambah-nambah koleksi keperluan kami. Baik untuk baby, dan juga saya, si Ibu:

Feeding bottles and Steriliser

Breastmilk Storage Bottles

Cloth Diapers

dan banyak lagi….

Keperluan saya seperti bengkung, kain batik dan set bersalin juga sudah ada. Beberapa pakaian labuh juga sedang dipertimbang untuk dibeli lagi. Maybe lebih berselesa menyarung pakaian maternity lagi dan tidak berseluar sebaik sahaja selepas deliver. Pendek kata, hendak bergaya sekalipun, kena tunggu la after deliver kan…kut la saiz seluar dan pinggang lari banyak. Kui3. Pasti.

Tup tup, Ramadhan datang lagi. Saya sudah bertanyakan doktor sekiranya saya dibolehkan berpuasa dgn keadaan diabetic pregnancy saya. Katanya, TIDAK. Tetapi saya fikir, tiada salahnya bukan. Tengok bagaimana. Kuat juga hati hendak ‘menyiapkan’ diri untuk berdepan saat-saat kelahiran. Semuanya agar dipermudahkanNYA. Insya-Allah, semoga lebih berkat lagi bulan Ramadhan tahun ini. Kalau kelahiran berlaku sebelum Syawal, bermakna berayalah kami bertiga bersama ;-) Ohh tidak nampak sangat saya pada kemeriahan bulan raya nanti. Sebabnya rasa cuak dan panik itu MENDAHULUI perkara-perkara lain. Hohoho. Semoga yang baik-baik itu MILIK kita semua, Amin.

Popularity: 43% [?]

2 Responses »

  1. Hye Shira :)

    Thank you coz dropping by here. I’ve been your blog silent reader for quite some times. What a nice blog you have. Jealous :P

    Ohh Cloth Diapers tu mmg cumil. Yang bercorak lagilah, especially corak leopard. Aummm, comel montot budak kalau gayakan. Tetapi 1 set sahaja dah HIGH in cost. Kena tolak tepi, beli barang lain yg lg penting dulu. Kalau tak, Tok Ma bising-bising sampai I leh tak lalu makan…lagi susah. Hehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>