Monthly Archives: July 2010

Pengakhiran…

Pengakhiran…

Tidak ketahuan sebenarnya tujuan menulis post ini. Hahaha. Macam tiada punca. Tetapi dalam kepala dan memori, banyak perisitwa yang berlaku lately. Hendak dicerita semua, memang kena ada persediaan mental dan fizikal hendak dicurahkan semua di sini.

Baik!Tekad!Kita buat entry panjang kali ini!Yeay!

*Bunyi seperti tiada kerja lain, bukan? Hahaha sesekali. Apa salahnya? Tak gitu? Seperti memberi ganjaran kepada diri sendiri. Wee!

Pengakhiran…Saya rujuk kenyataan ini kepada pregnancy saya. Setiap hari, setiap minggu, saya kira detik. Kira usia si kecil dalam perut. Macam mana saya rancak kira, macam itu jugalah si kecil rancak bergolek-golek dalam perut saya. Kelakar. Bila saya ajuk bercakap manja dengan dia (ini sesi khas saya bersama baby, dah jadi amalan dan rutin), dia macam faham maksud saya. Lagi galak dia alun-alunkan perut ni. Kalau saya sedang khusyuk tgk TV dan buat tak layan je dgn gerakan dia (seperti contoh, kalau saya sedang tonton GLEE..hehe), baby macam meronta-ronta diminta berborak. Hahaha. Perasaan saya sahaja. Tetapi betul mungkin.

Al-maklum, dulu saya seorang. Sekarang kalau saya ‘seorang’ di rumah, sebenarnya saya duduk ‘berdua’. Berdua dengan baby saya. Berdua bukan kah lebih baik? Sebab itu, Encik Suami cemburu. Saya pergi bekerja, dengan anak kami, saya di rumah dengan anak kami, saya buat apa sahaja pun dengan anak kami. Encik Suami, ke mana pun seorang!Sebab itu dia hangin. Hehehe. Dan sebab itu juga, kalau ada sahaja kesempatan untuk kami keluar makan, shopping atau berehat bersama (ini termasuk waktu rehat Encik Suami di tempat kerja yg tidak menentu itu), Encik Suami seboleh-boleh mahu join kami.

Tgk baby, betapa cintanya Abah pada kamu!*Tetapi malang, masih ada yang selfish. Hahaha. Boleh buat tajuk lagu!

Menjelang pengakhiran ini, saya semakin-makin rasa mudah senak-senak perut. Back pain, sleepless…dah menjadi kronik!Hampir setiap malam. Balik dari kerja, saya memang dah tak boleh nak luang masa tgk tv. Kecuali kes-kes tertentu, seperti adanya GLEE, Desperate Housewives, Ghost Whisperer atau CSI. Hahaha. Bila duduk, sakitnya lain. Bila baring, sakitnya lain pula. Tidur malam saya jadi terganggu. Dan mudah juga berjaga malam. Terkebil-kebil saya tatap muka Encik Suami yang-jelas-lagi-nyata-tak-kuasa-dah-layan-muka-isteri-bila-penat-balik-kerja.  Hahahaha. Seb baik muka dia cute, maka saya tak jadi kacau-kacau dia. Kalau tidak, mahu sudah ada baby nanti, ditepuk-tepuknya muka Abah nnti. Hahahaha. Tanpa mengira situasi yang-jelas-lagi-nyata-tak-kuasa-dah-layan-muka-isteri-bila-penat-balik-kerja.

Tak apa, Encik Suami jenis redha. Hehehe. Saya kacau, baby kacau, dia YA kan sahaja. Orang lain, belum tentu eh!. Saya warning, orang lain belum tentu. Sesetengahnya. Hehehehe.

Sejak-sejak nak ‘berakhirnya’ pregnancy ni juga, Encik Suami banyak membantu pergerakan saya. Pendek kata, saya gagah berjalan di hadapan public. Tetapi bila di rumah, cramp, sengal dan lenguh are everywhere on my body and leg!Hehehehe. Comel kan? Buruk tul statement. Hehehe. Macam gagah berjalan, tetapi bila di rumah, sakit sana sini. Fake giler. Hahaha. Lumrah bukan. Haruslah saya gigih berjalan, memudahkan saya bersalin juga nnti. Bila di rumah, saat hendak membaringkan diri ITU sahaja, yg pada saya, memang saya akan rasa sengal sana-sini dulu, kemudian baru boleh lena tidur.

Tetapi tidak akan selena-tidur-si-encik-suami. Tahap kepuasan tidur saya sudah jadi sedang-sedang sahaja. Silap-silap saya boleh bangun tengah malam, buat sesi ‘senaman’ mulut atau mata tonton TV. Hehehe. Mujur Encik Suami tidak mudah melatah menangani saya. Kalau sesetengah lelaki di luar sana, mungkin sudah bising-bising atau mengeluh sana sini melayani isteri. Syukur!Saya dikurniakannya. Sudahlah memahami, menghulurkan bantuan pula bila perlu. Ohh heart you!

Moga anak kita mencontohi dirimu, sayang!

Cakap pasal pengakhiran ini, menariknya, soal makan dan selera memang tiada pengakhirannya pada saya. Wuahuahua. Saya craving untuk makan banyak benda juga. Dapat dalam kuantiti sikit, jadilah. Wat pelepas rasa. Apa antaranya? Memang betul saya craving, sebab apa yg saya mahu memang jarang-jarang saya makan dan tidak suka pun:

1. Roti canai banjir.

Memang tak suka part banjir tu. Lepas tu, teringin-ingin mahu makan kuah dal dgn sangat banyak.

2. Pengat durian.

Terbaik selalunya datang dari masakan Mama. Memang terbaek. Sehingga menjilat-jilat jari dan roti lah saya. Tidur semalam juga kami di Sg Buloh. Maka dua hari melantak pengat durian bila ada masa terluang. Hahaha.

3.  Nasi beriyani

Ini bukan craving saya. Tetapi Encik Suami. Secara tiba-tiba call saya di pejabat, tanya mana boleh dapat Nasi Beriyani best. Hahaha. Saya muntah-muntah malam sebelumnya (ada juga rasa mual, tapi tak sekerap mana), esoknya ada orang lain craving. Last2, dapat juga lepas rasa kat Mak Tim Keramat. Sedap juga.

4. Aiskrim Goreng

Ini craving terbaru. Sampai hari ini, tak dapat2 lagi. Saya jenis kalau craving, bukan merengek macam anak kecil. Saya teringin, saya cari. Saya bagitahu Encik Suami. Kalau boleh penuhi permintaan saya, kami sama-sama cari. Hehe. Takde adegan hentak-hentak kaki macam budak kecik okeyh? Anakku nanti, jangan juga dibuat perangai nangis depan umum ya kalau tak dapat apa yg Ibu dan Abah beli. Sebab Ibu dan Abah pun tak bising-bising okeyh?

5. Sate

Craving sate bukan benda baru. Sebab lalu selalu di Jalan Tun Razak tu, terpandang sate macam sedap je kalau makan. Demi penuhi hasrat saya ni, Encik Suami bawa juga makan. Bawa sekali Uncle Kumaran. Si penglipur lara saya kalau saya mahukan cerita panas, gosip dan ‘entertainment’. Keletah dia je dah menghiburkan. Hahaha. Tu belum masuk lagi gelagat si Parida atau rakan-rakan lain. Leh jadi terhibur tgk journalist-journalist ni bercerita. Dengan segala macam cerita politik, luar dan dalam kain orang (hahaha…Ini kes ‘kain’ yg memang dah terdedah ya!Bukan sengaja didedahkan! Penting nieh!) dan lain-lain.

Lain-lain tiada rasanya. Craving yang pelik-pelik macam di atas tadi je. Yg lain, biasa sahaja. Habit atau tabiat pun macam biasa juga, tiada pulak craving nak beg LV or Carlo Rino or Bonia atau apa-apa brand yang ada. Memang tiada lah.

Menjelang ‘pengakhiran’ ini juga, saya kerap sampai ke rumah lewat. Kerja banyak juga, but still manageable. Kerja-kerja rumah masih sempat dibuat pada hujung minggu sahaja. Itupun kadang-kadang tidak menjadi, kalau sudah berjalan-jalan ke Sg Buloh. Lately, kerap kami singgah ke rumah Tok Ma, Tok Abah. Menghantar barang-barang bayi ke sana dan spend masa dengan makanan best di sana. Hahaha.

Bukanlah. Rindu suasana perumahan teres. benornya. Tenang, dan ada kesempatan ke masjid mmg buat Encik Suami suka lepak di Sg Buloh. 1 lg, macam kena jadikan amalan juga. Sbb Sg Buloh soon jadi kampung bayi kami, di mana adanya Tok Ma dan Tok Abah. Hahaha. Perjalanan ke Sg Buloh kena dianggap sebagai journey pulang ke kampung. Lagi-lagi menjelang puasa nnti. Hahaha. 1 budaya yg best bg saya yang sibuk bekerja pada weekdays dan Encik Suami yang bekerja syif. Tidak apa, sayang. Ada peluang dan rezeki, kamu akan bekerja di tempat yang lebih baik juga nnti. Amin!

Cukup panjang kah belum? Belum?! Baik-baik, sambung.

‘Pengakhiran’ datang bersama-sama Ramadhan. Wee!Masuk minggu kedua Ramadhan, saya bakal berulang-alik dr Sg Buloh pula. Masa itu, mungkin Tok Ma atau adik yang menghantar saya ke tempat kerja. Encik Suami bakal duduk seorang di rumah kami. Sesekali mahu lepas rindu dengan saya, mungkin dia perlu ke Sg Buloh berjumpa saya. Ini semua persediaan menjelangnya kelahiran. Hehehe. Kira detik, kira waktu juga. Berdebor sahaja hati ini kalau bercakap mengenai kelahiran ;-)

Nak akhir-akhir ini juga, saya didatangi mimpi yang macam-macam. Terbaru, saya sudah pangku bayi saya. Cukup sempurna. Berambut lebat lagi ya. Ohh my son, kata saya!Hehe. Insyallah, segalanya bakal indah juga nnti. Dipermudahkan juga semua urusan. Insya-Allah.

Dramatik tak pengakhiran post ni kalau gini? Bosan?

Arghh..Pedulik! Sekian. ;-)

Popularity: 71% [?]

Kira, Hitung…

Kira, Hitung…

Eh eh lamanya ekau sambung birthday, Abby. Best kah? Takde gambar-gambar untuk dikongsi?!

Haha statement tidak berkadaran. Saya punya ultah, saya punya suka lah bukan. Mahu berapa lama dibiarkan bersawang blog ni?. Tetapi..saya pernah sanggup ‘memadukan’ blog ini dengan perkara lain lama-lama. Pokok pangkal, tidur mandi makan mesti teringat punya.

Cuma yang membataskan hanya si kecil dalam tummy ni dan simptom serta tempias sifat mim alif lam sin yg disokong penuh oleh baby saya. Dalam erti kata lain, dia mahu saya rehat sepenuhnya lorh. Isnin-Jumaat sudah kerjaan, ditambah Sabtu Ahad mahu dihadap sahaja laptop, dia pun pandai merajuk what…Hehe

Ya, sekarang saya sedang lagi kira detik dan minggu untuk menginjak ke usia 9 bulan pregnancy. Fuhh~ Takut, debor, cuak campur gerun pun ada. Macam-macam persoalan bergolak. Persiapan? Jangan cakap. Beg saya dan bayi sudah disediakan awal-awal. Bising Tok Ma setiap kali Sg Buloh. Ditanya macam-macam:

Dah asingkan beg dah? Beg awak dan beg baby? Berapa banyak lampin awak bawak? Kain batik cukup tak? Baju-baju dia dah masukkan?

Wah, kaget. Siapa kaget sekarang? Saya ke Tok Ma? Hahaha.Yang penting, 1 family saya memang sedang dalam keadaan debor tetapi pura-pura tak mahu debor. Gitulah mereka. Gerangannya mmg gitu. Relaks tetapi tidak relaks pun. Hahaha. Tok Abah lagi sempoi. Cool sahaja. Tetapi jauh sudut hati saya tahu dia pun excited sama nak jadi atuk. Hehehe. Comel sangat lah tu!

Baik, minggu sudah saya ada antenatal check up. Semuanya berada di dalam keadaan baik-baik sahaja. Bayi saya juga sudah seberat 2.3kg. Alhamdulilah. Patutlah mengah Ibu sayang. Kalau menendang sekarang, memang dah tahap berkungfu dah rasanya. Cuma tiada ‘jodoh’ saya je nak tgk kecomelan kakinya timbul kat muka perut ni. Hahaha. Tak apalah sayang, janji kamu bahagia dan keluar dengan mudah nnti.

Bahan bacaan saya, semakin-makin bertambah lately. Encik Suami turutkan sahaja. Dia tahu saya kaki magazine maka dia akur. Dek kerana saat-saat saya sedang begini, Encik Suami pun jadi belek buku sama. Dalam diam, saya perasan. Adakalah, dia mahu share dengan saya. Tetapi saya dah tahu dulu. Hehehehe. Tak apa, dia lagi sibuk dengan dunia sukannya, dunia parenthood ni, dia mmg harap saya spoon fed dia pada awalnya. Tetapi sekarang, dia sendiri ambil inisiatif nak tahu. Chaiyok3 hun!

Hmm selera? Bertambah-tambah. Saya tidak memilih sangat makan. Cuma mulut memang kerap sangat ‘bersenam’. Selang dua jam, mesti ‘bersenam’. Sedangkan saya bersenam hujung minggu sahaja. Hahahaha…Kalau mahu tengok saya bersenam dengan dashyatnya, tengoklah saya semasa sedang shopping. Memang rajin dan ronda. Hehehehe. Itulah senaman dan terapi terbaik pernah saya buat sepanjang pregnancy. Kawan-kawan lain boleh cuba eh.

Ada masa saya blogging lagi k. Sekarang, blog kena dibahagi-bahagi dengan urusan kantor. Kena siapkan kerja as if esok maternity leaves bermula!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Go Abby, go!

Popularity: 38% [?]

Senarai Harapan…

Senarai Harapan…

Dalam erti kata lain, WISHLIST. Eh betul ke translation saya. Ah bantai. Harapan sangat buat senarai-senarai ini semua. Hehehe. Motif? Mahu dapat sekantung wishlist depan mata bila bangun Subuh esok? Hehehe. Harapan saaaaaaaaaangatttt!

Haha. Ada apa eh pagi esok? Ada apa wei? Eceh, saya malu mahu cerita. Sendiri mahu tahu la bukan? Alert please semua.

Alorh, birthday saya jerk!Bukan birthday saya ada Hari Cuti Umum ke apa, betul tak? Sebab tu ramai lupa. Hahaha, rajuk tidak menentu. Macam hormon yang kecamuk dari hujung rambut ke hujung kaki sekarang. Hehehe. Yes, yes! Saya semakin, semakin meningkat usianya. Meningkat juga berat badannya dek kerana penangan yang ada dalam tummy. Tidak apa, dlm tummy ni cinta hati baru saya. Cinta hati saya dan Encik Suami. Maka gain weightlah kamu Abby dengan nyamannya ;-)

Berbalik soal ‘senarai harapan’ saya, apa saya mahu di usia baru ini eh? Usia 24 tahun sudah!. Muda-muda. Muda lagi bertenaga. Wee! Apa ya? Banyak la. Banyak sangat.

Bakul ini sangat cute. Tetapi yang saya lihat di baby store, lagi comel. Kelambu dan tilam, 2 in 1. Ringan juga.

Setiap hari surf, jumpa sahaja saya dengan toy yang cun melecun ni. Macam-macam rupa and function. Cantek, comel pulok!


Cukup banyak tidak? Saya bukan mahu 1 untuk setiap 1, lagi-lagi gambar terakhir tu. Saya mahu lebih. Sebab? Sebab apa kamu tanya saya? Sebab CUMIL lah! Tahu tidak bayi itu comel kalau berbaju ;-) Derhh, of course my dear baby. Kamu akan disarungkan pakaian indah-indah. Sekarang kalau beli walau seguni pun, Ibu rasa tidak cukup taw!So apa Ibu buat? Ibu stop membeli. Tunggu hadiah dari kawan-kawan. Hahaha. Tiada maknanya sayang. Ibu stop membeli untuk ketenangan jiwa Ibu juga. Lagi membeli, lagi dirasakan tidak CUKUP. 1 lagi, Ibu wanna get rid from Tok Ma nye bebelan. Hehehe.

Tok Ma bebel macam-macam kan baby? Mana Ibu beli semua tak kena. Baik, kita tunggu Tok Ma nak beli apa. Dibelinya Ibu set bersalin TAW!Wah, mahal tidak hengat okeyh!Tapi Tok Ma kata bagus, banyak guna. Oh Ibu beli mahal, Ibu kena marah!Tak aciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

Sepertinya wishlist saya semua pun berkaitan baby. Tiada langsung untuk saya. Hehehe. Keluar sudah ayat sedih saya. Hahaha. Apapun, saya bersyukur dengan apa yang saya ada di usia baru ini. Kemeriahan? Sambutan? Tidak apalah. I am not looking forward any. Even dari Encik Suami.

Tetapi kalau ada, LAGI BAGUS!Hehehe. Who knows? Pecel lele pun TERBAEK apa!Okay, ramai dah geleng-geleng kepala. Hehehe.

Dipanjangkan usia sehingga ke saat ini juga sudah bersyukur banyak. Dengan kesihatan dan akal minda yang sebegini baik juga sudah patut saya rasa bangga dan happy. Inikan pula dgn adanya Encik Suami dan baby yang bakal lahir, ditambah pula dengan keluarga saya yang semuanya masih ada di belakang saya, saya rasa saya TIDAK LAYAK meminta apa-apa hadiah atau pemberian daripada semua.

Yang saya mohon sangat-sangat waktu ini, hanyalah doa dari semua. Semoga kelahiran bayi saya ini dipermudahkanNya dan selamat lahir ke dunia tidak lama lagi. Seperti mana baby tidak sabar lihat dunia, tidak sabar juga Ibu dan Abah mahu dukungnya. Doakan saya dan baby saya  di Hari Kelahiran saya yang ke-24 ini ya. Amin.

Popularity: 50% [?]

Keperluan…

Keperluan…

Masih ingat kepanikan yang dialami saya dan Encik Suami? Huhu tak usah cerita. Sekarang, lagi best. Suami isteri silih berganti didatangi mimpi tentang bayi, saat kelahiran, saat di labour room dan macam-macam lagi. Sekiranya ada mimpi-mimpi ini, cepat-cepat kami berkongsi cerita. Semua pun sebaik sahaja saya sampai di office (al-maklum, syif bekerja kami tidak sama. Saya dah bangun tidur, Encik Suami di hospital sudah dukung baby kami…hahahaha). Kami jadi tergelak sendiri. Hehe.

Bila difikirkan semula, memang SAH kami dilanda sedikit rasa gelisah. Justeru, kami sedang di dalam zon berjaga-jaga. Apa yang bakal berlaku, semuanya adalah pengalaman pertama kami. Banyak juga insan-insan yang kami rujuk, semuanya memberikan pendapat yang berbeza-beza. Semua pun kami ambil tahu sebagai langkah persediaan. Saya  alert perkara-perkara yang perlu saya tahu sekiranya tanda kelahiran itu semakin hampir, sementara Encik Suami pula bersedia dari sudut hal-hal kecemasan yang tidak kira masa, tempat dan detiknya bila ia akan berlaku.

Huhu. Sounds serious bukan? Haruslah!. Sudahlah ini pengalaman pertama kami, maka perkara kecil tak boleh dipandang enteng. Eh eh, bahasa tinggi nampak? Baik bahasa kamu malam ini, ada baik mood jugak kah? Tidak rasa mahu melenting-melenting macam pasts entries?! Hehehe

Bercakap soal keperluan, ya, kami sudah menambah-nambah koleksi keperluan kami. Baik untuk baby, dan juga saya, si Ibu:

Feeding bottles and Steriliser

Breastmilk Storage Bottles

Cloth Diapers

dan banyak lagi….

Keperluan saya seperti bengkung, kain batik dan set bersalin juga sudah ada. Beberapa pakaian labuh juga sedang dipertimbang untuk dibeli lagi. Maybe lebih berselesa menyarung pakaian maternity lagi dan tidak berseluar sebaik sahaja selepas deliver. Pendek kata, hendak bergaya sekalipun, kena tunggu la after deliver kan…kut la saiz seluar dan pinggang lari banyak. Kui3. Pasti.

Tup tup, Ramadhan datang lagi. Saya sudah bertanyakan doktor sekiranya saya dibolehkan berpuasa dgn keadaan diabetic pregnancy saya. Katanya, TIDAK. Tetapi saya fikir, tiada salahnya bukan. Tengok bagaimana. Kuat juga hati hendak ‘menyiapkan’ diri untuk berdepan saat-saat kelahiran. Semuanya agar dipermudahkanNYA. Insya-Allah, semoga lebih berkat lagi bulan Ramadhan tahun ini. Kalau kelahiran berlaku sebelum Syawal, bermakna berayalah kami bertiga bersama ;-) Ohh tidak nampak sangat saya pada kemeriahan bulan raya nanti. Sebabnya rasa cuak dan panik itu MENDAHULUI perkara-perkara lain. Hohoho. Semoga yang baik-baik itu MILIK kita semua, Amin.

Popularity: 33% [?]

DeLapan…

DeLapan…

Entry panjang, jadi pendek. Sekarang, saya pendek-pendekkan ia lagi. Serious, not in mood. Sedangkan tadi berbunga-bunga menaip 1 entry panjang. Marah ni!. Pendek saja.

Fakta menarik last antenatal check up Rabu lalu:

Berat bayi: 1.9kg

Minggu: 31wk 4d (Sekarang sudah cecah minggu ke-32)

BP: 124/82

Dapat tahu saya kini sudah masuk bulan ke-8 mengandung (sedangkan ikut perkiraan saya baru nak masuk minggu ke-29), panik jadi tidak menentu. Checklist baby, my needs  during confinement, work tasks and many more berkecamuk dalam kepala. Doktor beritahu saya sudah boleh bersalin pada minggu ke-37, setelah melihatkan condition baby.

Panik sangat, sampai saya SMS semua saudara mara:

“Pak Long, Bilah nak announce ni. Kepada semua, Bilah dijangka bersalin seminggu sebelum RAYA. Beritahu nenek, khidmat dan kepakarannya diperlukan. Maka yang lain, tahun ini beraya di Sungai Buloh ek, HOORAY!!!Nanti bagitahu nenek untuk ready ubat and herba yang pahit-pahit tu eh. I redha je makan. Sekarang dah masuk minggu ke-32!”

Huhu. Panik, panik juga. Need more shopping spree and mood for this. Baby in tummy, behave and keep growing ya. Ibu and Abah also excited to celebrate Syawal with you. Therefore, zero preparation for Raya ya Encik Suami, boleh ke? ;-)

p/s: Haha. Padan muka. Dah la entry panjang td, sekarang beremosi, tak pasal-pasal entry jadi kontot. Huhu

Popularity: 39% [?]

Setengah Abad…

Setengah Abad…

My love for you, shall never pause,
Strong and determined with all our flaws.
It endures and doesn’t judge,
Never holds a lasting grudge.

Generous, loyal, always kind,
To your outer layer blind.
Surely, opposite of rude,
My beating heart I must include.

On your birthday, my love for you,
From the clouds, a perfect view.
Moments, memories, a year gone by,
I’m here for you, don’t you cry.

My love for you, lives by the truth,
Always keeps me, in my youth.
When it sees, our trust and hope,
It climbs and conquers any slope.

By Martin Dejnicki

Sweet sungguh kata-kata ucapan di atas. Kalau boleh saya ucapkannya di atas puncak dunia, ala-ala gaya penyampaian pidato…(siapa mahu dengar kalau macam itu, Abby?) Hehehe. Betul juga. Pendek kata, lebih baik bisikkan sahaja di telinga si penyambut hari jadi. Lagi-lagi bermakna, sehingga meleleh air mata dan hingus. Cis. Romantik, tetapi terselang seli dengan sedu sedan gitu, mmg tidak syok la. Hahaha. Gurau-gurau. Saya memang sedang di dalam mood atau dalam ayat lainnya, I’M IN MOOD~! Hua.

09 Julai 1985.

Encik Suami dilahirkan, di negeri kelahirannya, Pulau Pinang. Dia selalu claim dengan saya, tarikh lahirnya sama dengan tarikh lahir kereta pertama keluaran Proton. Baik-baik, awak sungguh patriotik, sayang. Do you realise that? Bagus juga. Tarikh yang pada saya sangat signifikan. Dan dia claim juga dia patut dia dapat kereta Saga Proton sebijik secara free dulu. Paling tidak kepada ibu dan bapanya. Hehehe..terlebih sudah sayang. Hahaha.

Untuk saya bercerita siapakah Encik Suami di zaman bayi, kanak-kanak dan tumbesarannya, saya sendiri tidak tahu semua. Masih dalam peringkat kenal hati budi lagi. Eceh. Ayat Fasha and Jejai putar belit. Ceh cet. Apsal sebut nama mereka di blog ini? Shuh. Saya masih mengenalinya kalau dia dahulu yang buka cerita, kalau ada saudara-maranya yang buka pekung Encik Suami. Hahaha. Manis, kalau diingatkan balik, katanya.

Menginjak ke usia 25, Encik Suami kini seorang lelaki dewasa. Semalam, sempat dia berbisik pada saya. Sudah setengah abad hidupnya. Alhamdulilah, dia sudah hampir dapat kesemuanya. Kerjaya, isteri, soon anak pula. Saya penuh emosi mendengarnya semalam. Emosi Ibu mengandung. Biasalah. Sambil diusap-usap perut, dia bercakap-cakap dengan anaknya. Tetapi saya sungguh pasti, si baby sedang tidur waktu tu. Tak apa, bayi kita dengar dan rasa every single words you tell him, dear

1 fakta menarik setiap kali datangnya 9 Julai (Bermula 05 tahun dulu…)

5 tahun dulu, adalah momen-momen awal saya mengenali Encik Suami. Momen pertama juga saya menjumpai situasi ini.

Setiap kali  9 Julai inilah, Encik Suami lebih excited untuk telefon ibunya. Encik Suami mahu ucap,

“Terima kasih sebab melahirkan dia dengan selamat ke dunia, membesarkannya sampailah ke hari ini.”

Ouch. Memang tersentuh hati keibuan saya ini. Pertama kali dalam hidup, saya berjumpa dengan insan sebegini. Mengucapkan terima kasih kepada ibu yang melahirkan instead of ternanti-nati hadiah-hadiah besar dan mega daripada kekasih hati atau kawan-kawan. Aihhh, luluh hati saya masa 1st time sambut hari lahirnya masa zaman bercinta dulu. Amalannya itu berterusan sampailah ke hari ini, saya yakin.

Pada saya, setiap kali hari lahir dia, itu perkara yang paling saya ingat tentang dia. Tentang ketulusan hati dia terhadap insan bernama Mak. Saya percaya anak kami akan belajar banyak perkara-perkara jujur daripada dia. Saya? Hehe. Akan lebih cengeng dan garang lah jawabnya. Huhu. Kombinasi keduanya adalah TERBAIK. Insyallah, kamilah yang akan ‘mencorakkan’ bayi kami nanti.

Namun, sedikit perkhabaran kurang baik, Mak atau mertua saya kini sedang di dalam wad. Kasihan dia, keletihan membawa adik Encik Suami ke Kuantan, untuk mendaftar kolej tempoh hari. Mak sudah tidak berapa gagah untuk berjalan jauh, tetapi demi anak-anak, dia gigihkan juga berjalan. Mak perlukan penjagaan lebih. Moga Tuhan memperkenan doa kami untuk membantunya.

Atas alasan ini, Encik Suami sedikit tidak seronok semalam. Sedikit muram dan sedih. Maka, kami hanya makan malam biasa-biasa sahaja. Tiada celebration gegak gempita mana. Katanya, seperti tidak manis meraikan tatkala Mak sedang sakit. Saya setuju dan akur. Ada kebenarannya, yang pasti. Cuma, Encik Suami bertukar gembira juga petang semalam semasa kami menambah-nambah koleksi keperluan bayi dan labour saya. Katanya lagi, si baby in tummy boleh buat dia gembira. Lagi-lagi melihatkan tummy saya semakin-makin membolat dengan mendadaknya. Ada senyum di wajahnya.

Untuk sekian kalinya,

Selamat Ulangtahun Kelahiran, sayang. Semoga Allah memelihara kamu, memberi kesihatan yang sempurna kepada kamu, dipanjangkan umur, diberikan kesihatan dan ditabahkan hati untuk menghadapi segala cubaan. Selamat menempuh alam keibubapaan tidak kurang 7 minggu dari sekarang ;-)

Popularity: 49% [?]

Hilang ‘Mineral’ Agaknya…

Hilang ‘Mineral’ Agaknya…

Menarik habis tak tajuk post di atas? Hahaha. Pembuka kata yang confuse sedikit, tetapi sedikit pedas. Kenapa pedas? Kalaulah boleh saya hambur kata-kata di atas pada orang perseorangan yang saya benar-benar boleh nyatakan namanya di sini. Ha, mmg bukan hari koranglah jawabnya. Saya kalau bab berhambur, tidak perlu bengkang, lawan dengan tinggi-tinggi suara. Cukup saya buat suara dan nada sinis, confirm kalian tak tidur malam. Siap boleh haunted kalian ke mana-mana aja. Kalian tu bukan anda semua ya, orang-orang lain yang tak pernah baca blog ini.

I kan suka gitu, attack dalam diam. Tp biar segala serangan yang saya buat ini dapat beri pengajaran dan contoh kepada semua. Hait!

Al-kisahnya gini. Saya on Twitter saya macam biasa. Sign in dan bersedia untuk menerima segala tweets dan bebelan anda itu (sebab saya membebel juga). Refresh punya refresh, saya ternampak ini.

Keterangan yang di bawah itu appear dulu sebenarnya, kemudian ada yang membalasnya kepada saya. Thanks for the info, man ;-) Saya jadi alert sekejap. Bukan sekejap. Lepas tu mood beralih jadi berang. Memang betul kata Encik Suami. Dia yang sebenarnya kerap sangat diganggu oleh panggilan-panggilan daripada Maybank. Ceritera penggunaan kad kredit.

Sejak-sejak saya di arena human resource management ni, saya memang pantang bab-bab hak kemanusiaan dan tatasusila kalau hendak bercakap atau berkomunikasi dengan orang. Berang, marah semua ada. Bercampur-campur  perasaan kalau yang bercakap dalam telefon di sebelah sana tu, kasar nak mampus!!Macam orang HILANG MINERAL tau. Dia masih ada AKAL, cuma dah takde kekuatan la tu nak menelefon orang, lepas tu cakap main lepas bila kita cuba mengelak daripada beritahu details kita.

What the.………..??!? Perempuan dan lelaki, sama aja. Bila kitaorg tanya, ‘Watpe nak nombor kad kredit kami, sedangkan korang boleh tahu dalam sistem?’, terus-terus nak melenting. Lepas tu, UGUT. ‘Encik, tak nak bagitahu saya pun takpe. Nanti kita potong / batalkan transaction etc’. Apalah kena minah/mamat ni, mak aiiiiiiiiiiiii? Kami tidak kedarah la mahu guna kad kredit korang yang sekeping tuuuuuuuuuuu. Boleh digunting-gunting lagi tau.

Plus, other banks can provide us more convenient ways of using card credit okeyh? Ingat tu!. Biadap tidak bertempat betul!. Lagi 1, kami tiada masalah pun hendak berurusan di kaunter, real counter korang yang merata kat banyak tempat tu. Setakat cakap dalam telefon, memang la kome berani memaki kan?! Sungguh tiada peradaban di situ. Cakap main ugut-ugut, ingat kita ni budak kecik agaknya. Jangan ingat kome tu perbankan paling GAH dalam Malaysia, jadi semua orang boleh bungkus perniagaan la kalau apa-apa jadi kat kome?

Perangai betul. Kita bertanya cara elok, jawab sikit, tinggi dah suara. Bila kita hendakkan kepastian, dia ugut. Bila kita berkeras, HEMPAS terus telefon. Wah wah wah. Itu yang dikatakan ‘Perbualan direkodkan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan?!‘ Simpan je la ayat tu masuk Arkib Negara. Tenggelam timbul kat Sungai Perak sana pun, orang tidak ambil peduli dah. Cakap tidak serupa bikin.

Huhu. Seperti bukan diri saya je yang menaip ni kan? Haha. Itu normal. Kalau kes-kes, hilang ‘mineral’ macam ini, siapa pun boleh hilang sabar. Yang penting, kalau hilang sabar sekali pun, saya masih boleh perlahankan nada saya, bukan terus-terusan hendak TINGGI. Sedar ya. Anda itu di bidang professional. PROFESSIONAL, saya ulang. Kalau yang kerjanya menyapu sampah di tepi-tepi jalan pun boleh berbudi bahasa, inikan anda yang PROFESIONAL?

Encik Suami sering sangat diganggu dengan orang-orang hilang ‘mineral’ ni. Setiap kali telefon plak, saya tiada di sebelahnya. Kalau ada, mmg saya cakap dengan cara ‘sopan’ saya itu. Nasihat saya, kalau ada yang terbaca ini, ubahlah pendekatan anda. Saya tahu tidak semua golongan yang buat panggilan kepada pelanggan menggunakan cara yang kasar. Siap boleh menolak dengan cara yang baik, saya respect anda. Tetapi disebabkan golongan yang sedikit inilah, boleh wat cacat cela 1 organisasi korang tau. So please bare in mind.

Ada customer service yang terima report berbentuk blog entries tak? Kalau ada, saya mahu submit sahaja entry yang ini. Senang.

Pelanggan datang dan pergi. Kalau rasa, organisasi anda boleh survive tanpa ambil peduli kes-kes remeh macam ini, teruskanlah perniagaan dan cara komunikasi anda yang sebegitu. Saya percaya kalau dah ghupe anda bercakap pun macam itu, kehidupan anda pun pasti lebih kuwang aje kan? Kerja nak bengkang je. Insaf. Minta dijauhkan daripada semua, moga anda peroleh sesuatu daripada kenyataan ini.

Author: Teringat incident mak mertua saya diperlaku kasar semasa shopping di Semua House, Jalan TAR. Dalam pada Mak sedang sibuk belek helaian baju di Top Girl tu, Mak leka sampai terlupa tertinggal beg shopping yang lain di mana. Bila ditanya pada minah-minah sales assistant yang ada situ, jawabnya lebih kuwang sama aja macam orang HILANG mineral di atas. Aishhh, golongan ini semakin membiak kah?!

Popularity: 48% [?]

Ulangtahun…

Ulangtahun…

Fuh, fuh. Haha ada gaya dan bunyi seperti seorang wanita mengandung di labour room tak? Hahaha. Belum, belum. Jangan panik. Belum tiba masanya bayi saya mahu keluar lihat dunia. Bayi saya masih seronok dan selesa berada di womb, menendang-nendang manja perut si Ibu. Si Ibu pula terasa dimanjakan dan terbuai sahaja dengan tendangan-tendangan itu. Al-maklum, pengalaman pertama beginilah yang membuat saya jakun dan terasa ingin cerita pada semua tentangnya. Jangan marah naa..

Tup tup. Baby saya sudah 7 bulan. Tup tup juga, tinggal 81 hari sahaja untuk berada di labour room, Insya-Allah. Tup tup tup juga, sudah masuk bulan Julai. Alhamdulilah. Masih panjang nyawa saya. Masih panjang juga jodoh saya dengan bayi saya dan terutama, masih manis jodoh saya bersama dengan seorang lelaki bergelar Encik Suami.

Fuh fuh, rasa basah ja airmata menaip entry ni. Mana tidaknya beb, telinga tengah dengar lagu Mia Sara nyanyian Afdlin Shauki ni babe. Fuh, sentap jiwa. Terkenang cerita-cerita manis pahit semua. Hehehe

05 Julai 2010.

Sekejap sahaja rasa. Saya betul-betul mula kenal rapat Encik Suami bermula dari detik 05 Julai ini lah. Tetapi it was 5 years ago. 5 tahun tuuuuuuuuuuh. Lamaaaaaaaaaaaa rasa. Alhamdulilah, banyak mana saya sayang dia, tetap sama malah berlebih-lebih lagi sekarang.

Macam mana saya kenal Encik Suami – daripada seorang kawan, kawan SMS, boyfie a.k.a kekasih hati, tunangan sampailah hari ini – dia masih dia. Dia tetap macam dia yang dulu. Cuma sekarang lebih-lebih penyayang dan bertanggungjawab lagi dek kerana komitmen yang semakin-makin bertambah. Itu lumrah. Mujur saya ada di sisi dia. Dia pun kata; tidak kekok kalau saya ada. Alhamdulilah ;-)

Kalau hendak dicerita semua detik, peristiwa, kejadian yang berlaku dari tarikh 5 Julai 5 tahun dulu, sampailah 5 Julai tahun ini, mahu blog saya bertukar jadi novel. Hehe. Saya kira, saya perlu ambil masa untuk menceritakan semua detik-detik itu. Mana tahu anak-anak boleh baca blog Ibu ni nanti. Sudah ada storage pasal cerita-cerita Ibu dan Abah. Ahh, masyuuuuuuuuuuuk.

Selamat Ulangtahun, sayang ;)

The days and years can go by so fast, but our memories are made to last.

Haip, jangan tenung jauh-jauh. Lovely wife depan mata sahaja okeyh? Hehehe…

Popularity: 48% [?]