Daily Archives: June 28, 2010

Baru..dan lagu?

Baru..dan lagu?

Eh eh macam selambak pulak bilangan entry dalam sehari. Produktif kamu, apa kes? Angin apa yang melanda? Hehehe. Semangat seih. Melihatkan blog serba cute dan baru. Revamp sana sini, jadilah seperti ini. Santek!Hehehe. Sendiri buat, sendiri puji. Habis, hendak tunggu kamu, baik saya puji dahulu. Baik-baik. It’s time to tell you all a story. Of course, it is going to be about me, baby and hubby. Satisfied? Shuuuh, kalau sudah bosan membaca k?

Saya sedar sejak akhir-akhir ini, saya banyak bercerita tentang saya dan bayi.

Eh tak fun sudahlah. Abby dah keibu-ibuan. Sudah tidak keremajaan. Dan kebeliaan!

Eh tuduhan melulu betul. Sudah lupa tagline blog saya? To write about LIFE with their on style. Their means me and hubby. Maka, sahih la bukan kalau content management adalah mengikut polisi dan dasar saya. What the heck lorh tidak fun? Maksud kehidupan itu sendiri sudah FUN, maka ceriakan sahajalah. Susah kah? Masa susah sudah tentu ada. Eh itu normal. Saya juga moody apa sejak akhir-akhir ini. Done? Kita sambung cerita.

Umur sudah mahu berjinak-jinak nak cecah 24 tahun. Fuh. Makin besar angka ya. Besar juga komitmennya nanti. Berpeluh sekejap. Tetapi saya suka sangat berpegang kepada prinsip ‘Go With The Flow’. Maka, apa yang mendatang, walaupun bertentang dengan apa yang dirancang, kita kena terima, kita kena ikut arus. Jangan bentak-bentak.

Jangan gelabah orang kata. Melatah lagilah jangan.

Julai sudah semakin hampir. Argghhh, can’t wait. Serius!Kalian tunggu okeyh? Tunggu apa. Tunggu sahaja, jangan banyak tanya.

Sebenarnya, saya sudah lama ingin menyatakan ini. Dalam diam, ramai juga yang memberikan saya saranan untuk menulis blog tentang satu2 isu yang menarik dan boleh dikongsikan semua. Saya berterima kasih dengan golongan ini. Sebab jadi peniup semangat saya mahu terus-terusan blogging. Memandangkan masanya dikira agak bersesuaian, saya rasa apa kata saya propose untuk membincangkan tentang isu:

Lagu-lagu Rakyat Semasa Mendodoikan Anak / Lagu Kanak-kanak

Baik. Siapa punya isu ini, boleh claim hadiah dengan saya. Hadiahnya rahsia. Bergantung kepada respon dan maklum balas reader lain. Huhu. Ada sesiapa teruja nak bagi idea untuk next discussion? Abby buat promosi weih!

Sebagai penganjur discussion, saya ada juga Google dan Yahoo! apa yang patut untuk tajuk ini. Tetapi malangnya saya rasa seperti kurang menarik. Kata mereka lagu rakyat untuk dodoi anak, macam lagu-lagu seperti:

1. Dodoi Suriram – Suriram..ram..ram..Suriram yang manis.. (Memetik sedikit sahaja…)

2. Dodoi Si Manja (Baik, tidak pernah dengar langsung)

3. Lagu Anak Kecil Main Api (Kenapa saya mcm baru dengar masa umur 17 tahun…errr)

Eh tidak reti eh. Saya sendiri tertanya-tanya dulu Mama or Abah ada ke pernah nyanyikan lagu-lagu Melayu lama or lagu-lagu rakyat ni pada saya masa kecik-kecik dulu. Sumpah tak ingat. Bacaan selawat itu selalu. Tetapi kerakyatan ini tidak berapa nak hengat. Cuma saya yakin, nyanyian yang didendangkan banyak berunsur nasihat dan mesej ingin mengajar si kecil atau anak itu. Tidak kisahlah sama ada hendak belajar bergerak, berjalan atau ingin mendekatkan lagi hubungan si ibu, bapa dengan anak.

Maka inilah tujuan saya berblogging. Mahu feedback dari semua. Mana tahu anda lebih pakar di dalam bab ini. Dan mana tahu saya pula yang akan nyanyikannya nnti. Masa duk timang-timang si baby.

Fuh, sayakah yang akan menyanyi? Hehehe. Macam tidak percaya. Silap-silap saya buat video dan tepek sini. Mana tahu?

Mari-mari kita bincang. Sambil-sambil membaca, yok kita luang masa berdiskusi. Saya, kumpul bahan lagi ya. Sedang beryoutubing ni, tetapi semacam terhad je. Sadis.

Popularity: 46% [?]

Menjelangnya…

Menjelangnya…

Wah, macam lagu DJ Dave. Menjelang Hari Raya kah? Wah, berbulan lagi jauhnya. Cuma detik-detik ‘menjelang’ ini saya lebih suka kalau bercakap tentang si kecil dalam tummy saya. Kian membolat dan kian aktif juga si dia yang ada di dalam. Saya? Makin sakan berjalan sana dan sini. Tidak kisahlah untuk tujuan apa sekalipun; shopping, nonton wayang, berjumpa rakan-rakan, keluar mencari makan dan macam-macam lagi. Saya rasakan macam saya lagi aktif berjalan masa mengandung daripada masa-masa lepas berkahwin dulu. Sabtu dan Ahad cepat sahaja saya rasakan berlalu. Hmmm..perkembangan baik, bukan? Bagus!

Menjelangnya kehadiran si kecil ini, bertindih juga dengan kehadiran Ramadhan dan Syawal. Sumpah, kami tidak melakukan banyak persiapan untuk menjelangnya raya kali ini, walhal Raya 2010 ini merupakan yang pertama bagi kami suami isteri. Dan pertama kali juga dengan kehadiran si kecil dlm perutku. Kalau sudah lahirnya dia, pasti lebih-lebih signifikan lagik, bukan?

Eh sabar. Biar kamu cukup fascinatingnya 40 minggu. Insya-Allah. Kalau 36 minggu sekalipun, Ibu redha asalkan kamu sihat sahaja hendaknya, sayang.

Dua hari berturut-turut, saya gigihkan langkah ke Sogo, KL. Al-maklum, sejak kembali menghuni KL ni, senang sikit rasanya kami hendak sampai ke shopping complexes yang pelbagai di KL ini. 1 hari tidak cukup, kena sampai 2 hari baru puas sedikit dapat grab barang-barang bayi. Al-kisah mahu tunggu sehingga bulan ke-8, tetapi memandangkan kami juga bakal ke Penang minggu hadapan, maka sedikit duit kena disalurkan untuk bayi kami. Ini bagi mengelakkan lambakan belanja saat-saat akhir.

Setakat ini, Ibu dan Abah sudah grab few baby’s stuff. Alhamdulilah, rezeki bayi kami ini belum lahir lagi sudah ada melimpah ruah. Maka, banyaklah barangan bayi diberi saudara-mara Encik Suami. Kiranya cukup juga untuk kegunaan bayi kami nanti. Antaranya:

1. Stroller

2. Playpen

3. Rompers

4. Bouncer (Electronic Swing)

5. Mittens, footies, hat and baby’s couch

Buat masa ini, ya, itu sahaja. Ini sahaja sudah menelan belanja. Tak apa, kalau mahu diikut nafsu memang boleh habis diborong semua. Tetapi tidak manis lah. Biar berdikit, tetapi keseronokan tu ada.

Pengalaman membeli? Sumpah, serba tidak tahu. Saiz bayi lagilah. Tidak ketahuan.  Kalut saya dan Encik Suami mencarinya. Mujur lah, Tok Ma (eh eh, ada nama watak barulah) menemani juga petang Sabtu itu. Dinasihatkannya beli 1 kali ganda saiz yang lebih besar daripada newborn size. Betul juga. Maka, saya beli sikit dulu. Mana tahu, sale akan datang akan ada lagi rompers dan baju-baju bayi yang lebih comel. Wee! Saya suka sangat3 pada rompers. Terasa comel kalau digayakan seorang bayi.

Bayi ya, ulang suara!Orang tua, kanak-kanak umur 3 tahun pakai pun dah tak comel dah. Bayi SAHAJA.

Bercakap tentang stroller, Encik Suamilah orang paling teruja. Siap telefon tadi, beritahu, “Ohh saya baru habis main-main dengan kereta baby kita. Dah parking balik dah.” Hehehe. Saya tengok sahaja dari jauh kereta itu diparkir di satu sudut. Insya-Allah, akan ada si kecil yang riang duduk di atasnya nanti. Untuk dibawa berjalan dan rehlah dengan kami.

Amin. Doakan yang baik dan sihat itu milik bayi saya. :-)

Popularity: 44% [?]