Sindrom awal-awal mengandung dahulu menyerang. M.A.L.A.S. Bukan semua perkara. 1 ini sahaja. Blogging. Sedangkan, boleh dikatakan tiap-tiap minggu saya punya aktiviti dan rencana. Kalau tidak melibatkan rakan, sahabat dan Encik Suami, dah tentu-tentu tentang saya dan baby, yg sekarang macam dah jadi rutin berdua di rumah.
Berdua sahaja okeyh? Bosan tetapi redha.
Encik Suami sekarang ini sedang lagi gigih bekerja, segigih bola World Cup yang digolek-golek pemain dunia (ada nada berbaur cemburu tak? Hahahaha). Ditinggalkan saya dengan penuh kasih sayang tinggal dengan baby. Saya yang jadi pusing memikirkan apakah aktiviti yang patut saya buat dengan baby.
Baby, kalau sudah boleh memberontak, mesti ‘bising-bising’ ngadu minta dibawa berjalan juga. Sebaiknya, saya duduk-duduk sahaja di rumah, menghadap lappy dan membaca blog orang. Baby, diperdengar bacaan ayat suci dgn toy kegemarannya dan rakaman-rakaman khas yang dibuat Ibu dan Abah. Apakah? Of course suara merdu kami berdua. Hehehe. Akan saya cerita di lain post.
Baik-baik, syaratnya mahu pendek aje. Saya undur diri sekarang. Rindu saya, baca past entry posts saya ya. Bosan juga, tunggu sahaja update bila ada ya. Penangan ini. Penangan bayi yang dah pandai meraih perhatian saya daripada terus leka blogging. Hahaha. Love!
Popularity: 21% [?]