Sakit itu Nikmat…

Sakit itu Nikmat…

Saya bukan jenis suka merintih dan mengeluh. Lebih suka berlaku jujur. Kalau jujur saya katakan sakit, saya akan katakan saya sakit. Tetapi kalau ianya ada kaitan dengan pregnancy, maafkan saya kalau saya bercerita sakit terlalu banyak. Al-maklum, ini kisah kehamilan saya yang pertama. Sejauh mana ianya sakit, sebanyak itu juga saya CINTA setiap saat merasai sakit tu. Terasa diri benar-benar dihargai bila didatangkan ‘penyakit-penyakit’ kehamilan ini. Biar sakit, tetapi NIKMAT yang sebenarnya. Alhamdulilah.

Hari ini saya bertempik banyak kali di Twitter tentang back pain saya ini. Terasa amat sakit lebih-lebih lagi perihal pindah rumah masih ada lagi 40% mahu disudahkan.

Itulah perasan wanita gah. Macam slim, macam sihat.

Hahaha. Kasihan ma melihatkan Encik Suami buat banyak perkara. Tolong sikit-sikit jadilah. Yang penting, saya sendiri tak rasa semak mata memandang tengok isi rumah baru ini. Tidak cukup di Twitter, di Facebook saya teriak juga. Sebagai bukti sebenarnya saya sedang bangga dan seronok merasai ‘nikmat’ sakit ini. Tetapi tidak cukuplah, kalau terasa sakit dan teriak sana sini kan. Sungguh tidak manis.

Berbekalkan kedegilan saya, saya minta orang mengurut belakang saya. Just a soothing massage. A gentle one. Tidak kasar, tidak melukakan. Lega, cukup lega. Tetapi SAH! Tidak tahan lama seperti orang tua-tua kata. Seminit dua serang balik. Paling lama 1 jam. Paling lama la tu, kalau dipaksa juga diri duduk mengetuk blog, membuat memo dan membuat kerja-kerja rumah. Kalau bersila, kaki dah pelbagai gaya. Semua gerakan dibuat perlahan. Takut-takut baby di dalam perut pula yang cranky.

Ini kalau ada kerusi OGAWA, pun boleh tahan sakit sekejap sahaja. Bukan boleh diusung ke mana-mana. Ohh it is perfectly normal, Ibu. Chaiyok!

Balik ke rumah sendiri, saya tekad membuat sedikit exercise. Kemas dan bergerak keliling rumah. Semua gerakan pun dibuat dalam mode PERLAHAN. Sekejap, sekejap menghadap lappy. Lenguh, saya bangun pula. Letih, saya duduk kembali. Dalam pada itu, surf punya surf, memang 100% saya percaya inilah yang dinamakan nikmat seorang Ibu mengandung. Meh, saya ajar kamu.

Sebenarnya ada beberapa sebab back pain ini adalah normal. Sebabnya:

1. Salah satu hormon yang terhasil waktu ini, namanya Relaxin (okeyh, sangat tidak relaxing, tahu enggak!) menyebabkan ligamen dan pelvis kita menjadi lembut yang mana horman inilah yang akan memudahkan bayi keluar dari perut ibu. Disebabkan hormon inilah, ibu-ibu sebenarnya bertukar menjadi waddle (rasa tidak selesa macam orang berkaki pendek tetapi berbadan besar, badan terasa terawang-awang dan etc)

2. Hormon Relaxin ini jugalah yang menyebabkan rasa sakit pada spine dan muscles ibu

3. Uterus yang membesar

Normal bukan? Sebab kita bawa nyawa di dalam badan kita. Semua itu yang menyebabkan kehadiran hormon yang macam-macam, entah datang dari mana.

Walau macam manapun, expert masih tegas menasihatkan ibu-ibu untuk memelihara tulang belakang kita. Even semasa mendokong bayi selepas bayi lahir nanti. Antaranya:

1. Lift your children using your legs and not your back

2. Bathing baby kneel at the tub instead of bending at the waist

Langkah-langkah pencegahan memang ada. Buatlah ini secara kerap; Exercises, paying attention to your posture and lifting and bending appropriately. Setakat ini sahaja pembacaan saya tentang back pain. Pendek kata, back pain dan pregnancy memang hadir dalam 1 pakej khas. Senyum lebar sahaja Abby, because you are carrying a great and happy child with you. Amin, Insyallah ;-)

Baik-baik, semua pun dah mula cranky. Bayi pun menendang-nendang. Dapat cucur udang tadi tak cukup ya baby? Ok, let’s have early dinner and more milk tonight ya? Muah3!

Popularity: 29% [?]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>