Menunggu detik hendak berpindah, makan masa, makan hari, makan bulan. Bila tiba hari berpindah, TOING, sekelip mata sahaja dah ada di rumah baru. Dengan barang-barang dan kotak-kotak berbungkus di sana sini, niat hati memang rajin mahu dikemas semua. Pelan-pelan si Ibu mengandung ni kemas rumah, siap juga mana yang dihajatkan.
Bila mengemas memang tidak terasa lenguh dan sengal sendi. Nah, cuba kau duduk diam seminit dua. Sakitnya, ngilunya macam orang buat kerja 1 bulan, siang malam. Perghh, pinggang rasa mahu tercabut. Tulang belakang rasa mahu terpatah dua. Wah, sumpah!Tidak mahu pindah lagi!Kalau hendak pindah pun, biar lagi 7-8 tahun. Tunggu baby hendak mula bersekolah. Sumpah penat!
Baik! Luahan rasa yang tidak patut ada pada hari baru dan minggu baru macam hari ini. Tapi saya mahu teriak juga!Sebab saya tidak duduk goyang kaki, makan terbaring depan TV OKEYH hujung minggu lepas~!
Dalam penat berpindah dan selongkar barang pun, si Ibu ini boleh gigih pusing IKEA cari barang-barang baru. Dashyat tidak? Gigih sangat. Mana boleh tidak gigih, kalau sana-sini barang semua on SALES. Ibu punya tangan grab sahaja sana sini. Seronot!Encik Suami tolong grab sama. Manis tak? Hehehe. Barang-barang kecil dahulu, bukan perabot besar gabak. Kalau iya pun, bukan sekarang waktunya. Nanti-nanti. Janji puas dapat grab dlm 10 barang bawuuuu!
Baik-baik. Semua tidak mahu baca saya membebel. Semua mahu tengok gambar. Nanti ya. Langsir dan hiasan rumah sedang diusahakan Encik Suami. Kerja-kerja berat ala-ala guna tangga dan tenaga lebih dari 4 kerat ni, Ibu memang ditegah sama sekali. Free-free ja kena marah nanti. Baik Ibu on tv, layan program Imam Muda. Eh best kan program realiti baru ni. Sudah mula tonton minggu lepas, dengan harapan baby enjoy sama.
Baik, sakit pinggang saya sudah menyerang balik. Bukan boleh saya duduk sebarang 10 minit. Agaknya selang 2 minit duduk pun dah patut Ibu ni kena baring. Huahuahua. Tidak cukup tidur pun ya. Baik-baik saya qada’ nanti. Sambung kerjaan yok!
Popularity: 44% [?]