Sayangnya Mahu…

Sayangnya Mahu…

Jangan ditanya kenapa blog sepi. Jangan ditanya ke mana gerangan si pemilik blog sepi. Sepikah idea kebelakangan ini? Huahuahua. Statement tidak berkadaran.  Al-kisah, serabutnya minda seperti seserabut tunggang langgang barang-barang di dalam rumah saya sekarang. Mahu tengok?

Wah, seram. 1 sudah cukup. Ngeri mahu ditunjuk semua. Ahh, lumrah la kalau mahu berpindah rumah. Sana sini dalam rumah, merata-rata ada barang rumah. Hahaha, cakap pun dah serabut. Ini pun ada sebahagian sahaja lagi yang tinggal untuk diangkut ke rumah bawu. Apapun, Encik Suami banyak la membantu. Nak harapkan Ibu, kerja duduk-duduk sahaja. Melipat, memasukkan ke dalam kotak sahaja. Ibarat 10% sahaja kerja Ibu, baki semua Encik Suami buat. Grateful habis, TQ sayang! Lain kali, kalau kes-kes pindah begini, kita panggil MOVERS sahaja ya, senang, Insya-Allah.

Sebab itu, macam sepi sikit blog ini. Tetapi Alhamdulilah, sales jualan handbags, totes and slings MAJU. Terima kasih kepada sesiapa yang sudah membeli. Harap suka dan puas hati. Kisah cerita, bulan Mei banyak sambutan, sambutan Hari Ibu la, Teacher’s Day la..maka, sales semakin laku. Wah, lain kali saya akan create ‘Happy Hour’ untuk semua. Dalam masa 1 jam, harga2 beg diberi diskaun 20%, amacam? BEST? Okeyh, catit!. Next month’s strategy!

Bermula bulan baru, bermula juga kehidupan kami di rumah bawu. Rumah yang sudah 100% siap dicat dan dicuci, tinggal masa masuk langkah kaki sahaja. Tetapi belum boleh duduk goyang kaki, sebab proses mengemas pula bermula. Bulan baru, bermakna rupa perut Ibu juga akan baharu. Wee!

Kali terakhir scan, baby sangat aktif. Berpusing-pusing kata doktor. Baby’s shy, she said. Susah nak scan muka. Finally dapat juga capture muka baby. Bila hendak capture gambar tangan pula, kata doktor, baby tak reti duduk diam. Berkungfu dia, haiyak sana sini. Baby betul3 buat Ibu and Abah gelak and senyum waktu tu. Jadi susah doktor hendak scan. Akhirnya dapat juga capture, kaki dan tangannya yang cukup sifat. Alhamdulilah. Behave ya baby. Itu baru 5 bulan. Sebelah malam, kalau tidur pun boleh rasa baby’s kicking. Kalau mengaruk lapar, macam Ibu juga, kicking sama. Hahaha. Lebih indah, kami sudah memanggil baby dengan namanya yang kami pilih. 2x scan, masih sama, a baby boy. Makin galak kami memanggil namanya. Alhamdulilah, baby berkembang baik. Sudah boleh mengurangkan kerisauan Ibu. Cuma bila mengenang detik hendak melahirkan nanti, Ibu takut2 tetapi tawakal.Doakan yang baik-baik sahaja, semua.

Okeyh, tidak boleh ‘goyang kaki’ lama3 di blog. Kurang 5 hari sahaja lagi saya bakal berblogging dari rumah bawu. Hehe. Semua pun jadi baru. Pagi yang baru, persekitaran baru dan etc baru. Sayangnya mahu tinggalkan suasana Sg Buloh ini. Sayang benar. Sini, sepi, aman, tenteram sahaja. Tiada terkejar-kejar atau rasa takut. Dekat sahaja dengan ‘pembekal’ makanan waktu emergency. Haha, mana lagi kalau bukan rumah Mama Abah. Hahaha. Tidak apalah. Ada baik juga barangkali. Cuma kangen lebih aje Ibu ini. Touching…Hahaha.

Baik, sayang mana sekalipun, saya kena chow sekarang! Jumpa lagi!

Popularity: 20% [?]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>