Wah, lama tidak menulis-nulis di sini. Tidaklah berapa lama mana, tetapi cukup lama untuk saya sebagai seorang dedicated blogger. Eceh. Blog ini asalnya minat, sampai sekarang juga masih minat, tetapi jikalau 1 hari, jadi 1 profesion atau sumber pendapatan, macam menarik juga kan?
Eh eh ada unsur-unsur niaga di situ. Ada bau-bau eh? Pandailah korang. Mana belajar nieh? Hehehe.
Al-kisah cerita, apa yang mendatang ini adalah peluang. Adalah menjadi satu KERUGIAN besar kalau peluang ADA, tetapi DIPERSIA macam itu sahaja. Eh pantang kalau tidak cuba, kalau dah ada peluang macam ini. Bukan orang Melayu namanya. Orang dungu adalah. Baik-baik. Saya cuba untuk tidak beremosi, sebab saya sedang enak benar dengan perasaan yang saya punya sekarang. Perasaan berbunga-bunga hendak memulakan perniagaan, ehem ehem.
Baik, apakah bentuk perniagaan? Saya harap kalian boleh bersabar sehingga esok atau lusa. Sebab saya perlukan masa membuat kira-kira dan penyata apa yang patut. Sesi photography model bersama produk juga perlu ada. Kalian tunggu sahaja. Sabar menanti, please?
Jujur saya katakan di sini, saya tidak mahu gelarnya perniagaan atas talian (online). Tetapi ya, saya menggunakan medium talian untuk menghebahkan kepada semua. Sebab ini satu-satunya cara untuk saya ‘sampai’ kepada anda. Untuk perniagaan saya ini, saya lebih suka kalau anda juga menggunakan talian sebagai medium untuk anda mengenal produk-produk saya. Kemudian, menempah dan membuat bayaran seperti yang dikehendaki. Sebaiknya, saya sendiri akan menghantar ke tempat anda. Boleh bukan? Salahkah?
Ini percubaan pertama. Tegas saya, ini percubaan pertama. Jangkaun saya, tidaklah melangit mana. Tetapi cukup sekadar saya boleh habiskan stock mana yang ada. Baik bukan? Sudah cukup baik, bukan? Masuk bulan kedua, saya kasi UP lagi. Stock juga tambah lagi. Moga saya berjaya.
Kalian tunggu sahaja update di sini ya. Stay tune, readers !
Popularity: 13% [?]